I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 8, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957(5)

TEMA 11 (Bab 5 Tingkatan 5)



PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

SKOP KAJIAN

·         Suruhanjaya Reid dan peranannya
·         Peristiwa kea rah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
·         Nilai dan iktibar


SOALAN STRUKTUR

Suruhanjaya Reid dibentuk pada bulan Mac 1956 untuk melaksanakan tanggungjawab memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

 (a)   Apakah Suruhanjaya Reid ?
[1 markah]

(b)    Senaraikan anggota Suruhanjaya Reid.
[2 markah]

(c)     Nyatakan tugas suruhanjaya tersebut ?
[2 markah]

(d)    Berikan dua perkara yang diberikan keutamaan oleh Suruhanjaya Reid dalam melaksanakan tugasnya.
[3 markah]

(e)    Pada pandangan anda, mengapakah Suruhanjaya Reid memberikan sumbangan  penting terhadap kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a)    Apakah Suruhanjaya Reid ?

·         Sebuah suruhanjaya yang dibentuk oleh pihak British pada bulan Mac 1956.
·         Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan dianggotai oleh empat orang pakar undang-undang yang lain.
·         Suruhanjaya ini ditugaskan untuk membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
 [1 markah]


(b)    Senaraikan anggota Suruhanjaya Reid.

·         Lord Reid (Hakim British)
·         Sir Ivor Jennings (England)
·         Sir William McKell (Bekas Gabenor Jeneral Australia)
·         Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
·         Tuan Abdul Hamid (Pakistan)
 [2 markah]


(c)    Nyatakan tugas suruhanjaya tersebut ?

·         Membincangkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu
·         Mengkaji isu-isu dalam merangka perlembagaan.
·         Menerima memorandum daripada pelbagai pihak.
·         Menerbitkan cadangan perlembagaan.
·         Menghantar cadangan perlembagaan ke Parlimen British untuk diteliti.
·         Menghantar cadangan perlembagaan kepada Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan untuk disah.
 [2 markah]


(d)    Berikan dua perkara yang diberikan keutamaan oleh Suruhanjaya Reid dalam melaksanakan tugasnya.

·         Pembentukan kerajaan persekutuan yang kuat

·         Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
·         Kedudukan Raja-Raja Melayu
·         Hak istimewa orang Melayu
·         Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
·         Pemberian kerakyatan kepada imigran
·         Agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu
·         Bahasa kebangsaan
 [3 markah]


(e)    Pada pandangan anda, mengapakah Suruhanjaya Reid memberikan sumbangan  penting terhadap kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 ?
        
·         Merangka dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Mengkaji isu-isu penting dalam merangka perlembagaan.
·         Mengekalkan sistem beraja di Persekutuan Tanah Melayu.
·         Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.
·         Berjaya mewujudkan bangsa Tanah Melayu yang berbilang kaum
·         Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu dan  Bumiputera.
·         Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]



SOALAN ESEI

Garis masa berikut merujuk kepada peristiwa ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.



 



(a)    Terangkan peranan Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan tersebut.
[8 markah]

(b)    Nyatakan isi perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[6 markah]


(c)     Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 kepada pembinaan negara dan       bangsa ?
[6 markah]


JAWAPAN ESEI

 (a)   Terangkan peranan Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan tersebut.

·         Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini membincangkan kandungan perlembagaan.
Suruhanjaya ini juga menyusun kandungannya.
·         Mengkaji isu-isu penting dalam merangka perlembagaan.
Isu yang diutamakan dalam merangka perlembagaan ialah pembentukan sebuah persekutuan yang kuat, pemberian kuasa autonomi kepada negeri, kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
·         Suruhanjaya Reid menerima memorandum.
Memorandum diterima daripada orang perseorangan dan pertubuhan politik.
        Cadangan Parti Perikatan diberi perhatian utama.
·         Suruhanjaya Reid menerbitkan cadangan perlembagaan.
Cadangan itu dihantar kepada Parlimen British.
·         Suruhanjaya Reid menghantar cadangan itu kepada Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu untuk disahkan.
        Cadangan tersebut disahkan pada 17 Ogos 1957.
 [8 markah]


(b)    Nyatakan isi perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

·         Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.

·         Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
·         Institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan
·         Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara.
·         Pemisahan kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
·         Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan Exco.
·         Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuatkuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi.
·         Prinsip jus soli diterima.
·         Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
·         Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
·         Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
·         Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
 [6 markah]


(c)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 kepada pembinaan negara dan bangsa ?

·         Merupakan satu langkah pembinaan negara dan bangsa yang kukuh.
        Unsur kesultanan Melayu dan sistem birokrasi Barat digabungkan untuk membentuk identiti negara dan      
        bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
        Kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.
·         Memperlihatkan persetujuan semua kaum menerusi pakatan murni.
        Pakatan murni di kalangan pemimpin mewujudkan perpaduan kaum.
        Keharmonian kaum dicapai tanpa pertumpahan darah.
·         Memberikan hak  mutlak kepada penduduk tempatan mentadbir negara.
        Mereka boleh mentadbir mengikut acuan sendiri.
·         Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
        Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.
 [6 markah]

No comments:

Post a Comment