I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 2, 2014

Susunan Ayat Biasa dan Susunan Ayat Songsang

SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal dibina oleh dua konsituen, iaitu subjek dan predikat.

Contoh:


  1. (Ali) (suka makan nasi goreng berlada).
  2. (Kereta itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah).
Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu;

i). Susunan biasa
ii). Susunan songsang

Susunan Biasa

Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut:

  1. Seorang guru telah memenangi hadiah itu.
  2. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
  3. Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu.
  4. Setiap tuntutan akan mendapat layanan.
  5. Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia.
  6. Setengah-setengah bangunan itu masih kukuh lagi.
  7. Kebanyakan calon tidak memahami soalannya.
  8. Hampir semua pekarja telah hadir dalam majlis tersebut.
  9. Negeri-negeri pantai timur masyhur dengan perusahaan kraftangan.
  10. Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga pekerja negara kita.
Ayat susunan biasa yang menggunakan kata penegas seperti -lah, -tah, -kah. Dalam penggunaannya, konstituen yang menerima kata penegas akan mengalami proses pendepanan, seperti dalam contoh berikut:
1. (a). Bapa saya dia.
(b). Dialah bapa saya.
2. (a). Adik kami datang semalam.
(b). Datangkah adik kami semalam?.
3. (a). Daya kita apa?
(b). Apatah daya kita?.
Dalam ayat sunusnan biasa, Kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi.
Contoh;
  1. Pengawai itu pun tidak melayan kita.
  2. Saya ingin juga ke sana.
  3. Kita meminta rahmat daripada Allah jua.
  4. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja.
  5. Orang itu tidak akan datang lagi.
Susunan Songsang.
Ayat tunggul boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan predikat iaitu;
a. Pendepanan seluruh predikat.
Seluruh konstituen predikat di bawa ke hadapan mendahului subjek.
  1. Perangainya baik sungguh.
  2. (Baik sungguh perangainya.)
  3. Pendaki itu berjaya juga akhirnya.
  4. (Berjaya juga akhirnya pendaki itu.)
  5. Orang itu sangat rajin.
  6. (Sangat rajin orang itu.)
  7. Rasa buah itu enak sekali.
  8. (Enak sekali Rasa buah itu.)
  9. Penyesalannya tidak berguna lagi.
  10. (tidak berguna lagi penyesalannya.)
  11. Ayam itu sudah mati agaknya.
  12. (Sudah mati agaknya ayam itu.)
  13. Pegawai itu masih belum sampai.
  14. (Masih belum sampai pegawai itu.)
  15. Ahmad sungguh bernasib baik.
  16. (Sungguh bernasib baik Ahmad)
  17. Surat itu dari seberang laut agaknya.
  18. (Dari seberang laut agaknya surat itu.)
  19. Bapanya petani.
  20. (Petani bapanya)
b. Pendepanan sebahagian daripada predikat.
i. Pendepanan frasa kerja
Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu:
  • kata kerja sahaja
  1. Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang.
  2. (Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.)
  3. Hati saya terkilan tadi.
  4. (Terkilan hati saya tadi.)
  5. Mereka bekerja setiap hari.
  6. (Bekerja mereka setiap hari.)
  7. Dia terduduk di situ.
  8. (Terduduk dia di situ.)
  9. Bayi itu menangis setiap malam.
  10. (Menangis bayi itu setiap malam.)
  • kata kerja dengan objek
  1. Dia membaca buku di perpustakaan.
  2. (Membaca buku dia di perpustakaan.)
  3. Pak Abu menanam jagung tahun ini.
  4. (Menanam jagung Pak Abu tahun ini.)
  5. Hatiku terpaut oleh kemesraannya.
  6. (Terpaut hatiku oleh kemesraannya.)
  7. Sampah itu dibakarnya.
  8. (Dibakarnya sampah itu.)
  9. Budak-budak itu kena pukul kelmarin.
  10. (Kena pukul budak-budak itu kelmarin.)
  • kata bantu dengan kata kerja
  1. Budak-budak itu masih bermain.
  2. (Masih bermain budak-budak itu.)
  3. Anaknya belum sampai ke sekolah.
  4. (Belum sampai anaknya ke sekolah.)
  5. Mereka akan pergi ke Melaka pagi esok.
  6. (Akan pergi mereka ke Melaka pagi esok.)
  7. Guru itu sedang mengajar.
  8. (Sedang mengajar guru itu.)
  9. Keluarga itu pernah berkunjung ke ibu kota.
  10. (Pernah berkunjung keluarga itu ke ibu negara.)
ii. Pendepanan frasa adjektif
  • Pendepanan Kata Adjektif Sahaja
  1. Dia sakit pada masa itu.
  2. [Sakit dia pada masa itu.]
  3. Badannya lesu sepanjang masa.
  4. [Lesu badannya sepanjang masa.]
  5. Calon itu baik dalam semua pelajarannya.
  6. [Baik calon itu dalam semua pelajarannya.]
  7. Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba.
  8. [Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.]
  9. Orang itu bijak.
  10. [Bijak orang itu.]
  • Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif
  1. Barang itu belum tentu baik.
  2. (Belum tentu baik barang itu.)
  3. Bangunan itu masih teguh lagi.
  4. (Masih teguh lagi bangunan itu.)
  5. Pesakit itu sedang sakit tenat.
  6. (Sedang sakit tenat pesakit itu.)
  7. Anak pendeta itu sudah tentu pandai.
  8. (Sudah tentu pandai anak pendeta itu.)
iii. Pendepanan frasa sendi nama
  • Frasa sendi nama sebagai predikat.
  1. Barang-barang itu untuk ibu.
  2. [Untuk ibu barang-barang itu.]
  3. Surat itu tentu daripada Ali.
  4. [Tentu daripada Ali surat itu.]
  5. Arahan itu tetap kepada pekerjanya.
  6. [Tetap kepada pekerjanya arahan itu.]
  7. Tiket basnya masih pada saya.
  8. [Masih pada saya tiket basnya.]
  9. Dia di Kuala Lumpur dia sekarang.
  10. [Di Kuala Lumpur dia sekarang.]
  • Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
  1. Saya berpegang pada janji.
  2. [Pada janji saya berpegang.]
  3. Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.
  4. [Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.]
  5. Perarakan itu menghala ke bandar.
  6. [Ke bandar perarakan itu menghala.]
  7. Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota.
  8. [Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.]
  9. Kami mengait buah itu dengan galah.
  10. [Dengan galah kami mengait buah itu.]

No comments:

Post a Comment