I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL MELAYU : PENGGERAK NASIONALISME(10)

TEMA 10 (Bab 2 Tingkatan 5)



AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL : PENGGERAK NASIONALISME

SKOP KAJIAN

·          Judul akhbar dan majalah Melayu tahun 1930-an
·          Isu berkaitan orang Melayu yang dibangkitkan dalam akhbar dan majalah
·          Novel Melayu tahun 1930-an dan penulisnya
·          Mesej semangat kebangsaan yang disampaikan melalui novel Melayu


SOALAN STRUKTUR

Persoalan tentang pendidikan dan ekonomi dibangkitkan dengan meluas oleh akhbar Melayu pada tahun 1930-an supaya dapat menyedarkan dan memajukan bangsa Melayu.

(a)     Berikan judul akhbar dan majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1930-an.
        
         (i)   Akhbar
        
[1 markah]
         (ii)  Majalah
[1 markah]


(b)     Nyatakan persoalan penting tentang ekonomi dan sosial yang dibangkitkan dalam akhbar tersebut.

         Ekonomi
[2 markah]
         Pendidikan
[2 markah]


(c)     Berikan dua kelebihan akhbar sebagai media untuk menyedarkan dan memajukan masyarakat.
[2 markah]


(d)    Jelaskan langkah yang boleh dilakukan untuk memajukan pemikiran masyarakat di negara kita pada hari ini .
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

(a)  Berikan judul akhbar dan majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1930-an.
        
      (i)      Akhbar
        
·          Warta Malaya
·          Lembaga Malaya
·          Majlis
·          Utusan Melayu
·          Warta Negara
·          Fajar Sarawak
 [1 markah]
      (ii)     Majalah
        
·          Majalah Guru
·          Pengasuh
·          Bulan Melayu
 [1 markah]

(b) Nyatakan persoalan penting tentang ekonomi dan sosial yang dibangkitkan dalam akhbar tersebut.

               Ekonomi
·          Menggalakkan orang Melayu menubuhkan syarikat.
·          Meminta British mengurangkan kemasukan imigran.
·          Menggalakkan orang Melayu berniaga.
·          Melarang orang Melayu menjual tanah mereka.
·          Menyeru orang Melayu berjimat cermat.
·          Meminta British adakan kampung khas Melayu di KL.
 [2 markah]

               Pendidikan
·          Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
·          Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
·          Meninggalkan sikap memilih kerja dan malas.
·          Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak.
·          Mementingkan kemahiran tradsional Melayu.
·          Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris
·          Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
 [2 markah]

(c)  Berikan dua kelebihan akhbar sebagai media untuk menyedarkan dan memajukan masyarakat.

·          Harganya lebih murah
·          Mudah untuk disebarkan
·          Masyarakat sudah celik huruf
·          Boleh disampaikan dalam pelbagai gaya
·          Digemari oleh masyarakat pada masa itu.
·          Media elektronik belum begitu meluas
·          Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]

(d) Jelaskan langkah yang boleh dilakukan untuk memajukan pemikiran masyarakat di negara kita pada hari ini .

·          Menggalakkan masyarakat membaca
·          Menggalakkan masyarakat menimba ilmu pengetahuan
·          Menganjurkan forum ilmiah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap sesuatu isu
·          Mengadakan rapat umum untuk menerangkan sesuatu isu
·          Meningkatkan kualiti pendidikan
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Akhbar , majalah dan novel berperanan sebagai agen yang menyedarkan dan memajukan masyarakat pada tahun 1930-an dengan membangkitkan persoalan berkaitan sosial atau pendidikan, ekonomi dan politik orang Melayu.

(a)     Terangkan persoalan berkaitan ekonomi dan sosial orang Melayu yang dibangkitkan dalam akhbar dan majalah pada tahun 1930-an.
[8 markah]

 (b)    Jelaskan unsur semangat kebangsaan yang menjadi tema dalam novel Melayu pada ketika itu.
[4 markah]

 (c)    (i)   Pada pendapat anda, mengapakah wartawan pada tahun 1930-an lebih gemar menggunakan media cetak untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ?
[4 markah]

         (ii)  Apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat di negara kita ?
[4 markah]


JAWAPAN ESEI

(a)  Terangkan persoalan berkaitan ekonomi dan sosial orang Melayu yang dibangkitkan dalam akhbar dan majalah pada tahun 1930-an.

                Ekonomi
·          Menggalakkan orang Melayu menubuhkan syarikat.
·          Meminta British mengurangkan kemasukan imigran.
·          Menggalakkan orang Melayu berniaga.
·          Melarang orang Melayu menjual tanah mereka.
·          Menyeru orang Melayu berjimat cermat.
·          Meminta British adakan kampung khas Melayu di KL.

Sosial dan Pendidikan
·          Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
·          Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
·          Meninggalkan sikap memilih kerja dan malas.
·          Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak.
·          Mementingkan kemahiran tradsional Melayu.
·          Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris
·          Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
 [8 markah]

(b) Jelaskan unsur semangat kebangsaan yang menjadi tema dalam novel Melayu pada ketika itu.

·          Semangat perjuangan menentang penjajah.
·          Semangat cinta akan tanah air.
·          Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka.
·          Menghargai warisan bangsa.
·          Semangat generasi muda menjaga maruah bangsa.
·          Berbangga dengan kebolehan sendiri.
·          Kebebasan wanita menentukan hala tuju kehidupannya.
·          Mementingkan pendidikan untuk kebaikan diri.
·          Membuang pandangan negatif yang menghalang kemajuan.
 [4 markah]

(c)  (i)      Pada pendapat anda, mengapakah wartawan pada tahun 1930-an lebih gemar menggunakan media cetak untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ?

·          Harganya lebih murah
·          Mudah untuk disebarkan
·          Masyarakat sudah celik huruf
·          Boleh disampaikan dalam pelbagai gaya
·          Digemari oleh masyarakat pada masa itu.
·          Media elektronik belum begitu meluas
·          Mana-mana jawapan munasabah.
 [4 markah]

      (ii)     Apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat di negara kita ?

·          Menganjurkan pertandingan membaca
·          Menurunkan harga buku
·          Menggalakkan penulisan pelbagai karya
·          Menambahkan bilangan perpustakaan awam dalam negara
·          Memberi bantuan baucar buku
·          Memberi diskaun kepada buku bacaan umum
·          Memberi pengecualian cukai pendapatan ke atas pembelian bahan bacaan
·          Mana-mana jawapan munasabah.
 [4 markah]

No comments:

Post a Comment