I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 8, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-KUASA PEMERINTAHAN DI MALAYSIA(3)

TEMA 11 (Bab 7 Tingkatan 5)



BADAN PERUNDANGAN, BADAN PELAKSANA DAN BADAN KEHAKIMAN

SKOP KAJIAN

·         Maksud Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman
·         Bidang kuasa Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman
·         Ciri Dewan Negara dan Dewan Rakyat
·         Struktur Kementerian
·         Bidang kuasa Badan Kehakiman


SOALAN STRUKTUR

Menurut konsep pengasingan kuasa, kuasa pemerintahan di Malaysia dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman yang dipegang oleh pihak yang berasingan.

(a)    Apakah maksud Badan Perundangan ?
 [2 markah]

(b)    Nyatakan kedudukan Ahli Dewan Negara dalam sistem pemerintahan di negara kita.
[2 markah]

(c)     Berikan dua tugas sesebuah kementerian di Malaysia.
[2 markah]

(d)    Nyatakan dua bidang kuasa mahkamah mengikut Perlembagaan Malaysia.
[2 markah]

(e)    Pada pandangan anda, apakah kebaikan amalan pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan di Malaysia ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a)    Apakah maksud Badan Perundangan ?

·         Merujuk kepada Parlimen
·         Terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat
·         Berfungsi menggubal undang-undang
 [2 markah]

(b)    Nyatakan kedudukan Ahli Dewan Negara dalam sistem pemerintahan di negara kita.

·         Ahli Dewan Negara digelar Senator.
·         Senator dilantik oleh YDP Agong.
·         Senator memegang jawatan selama tiga tahun.
·         Senator berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.
·         Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen.
·         Mereka boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri.
 [2 markah]

(c)    Berikan dua tugas sesebuah kementerian di Malaysia.

·         Menggubal dasar kerajaan
·         Mencadangkan rang undang-undang berkaitan dengan kementeriannya.
·         Melaksanakan dasar kerajaan di peringkat kementerian
·         Merancang dan menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial
·         Menjalankan pentadbiran di peringkat kementerian.
 [2 markah]

(d)    Nyatakan dua bidang kuasa mahkamah mengikut Perlembagaan Malaysia.

·         Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah
·         Menentukan kesahihan undang-undang.
·         Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
·         Mentafsirkan undang-undang.
·         Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan / Negeri.
·         Mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
·         Tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang.
 [2 markah]

(e)    Pada pandangan anda, apakah kebaikan amalan pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan di Malaysia ?

·         Melicinkan pemerintahan dan pentadbiran
·         Mewujudkan pengkhususan dalam menjalankan pemerintahan
·         Menjadikan pemerintahan lebih cekap
·         Mengelakkan campur tangan pihak tertentu dalam badan yang tiada kaitan dengannya.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Rajah di bawah menunjukkan konsep pengasingan kuasa Kerajaan Persekutuan.

Badan Kerajaan
Institusi
Badan Perundangan
Parlimen
Badan Pelaksana
Kementerian
Badan Kehakiman
Mahkamah

(a)    Terangkan proses menggubal dan meluluskan undang-undang di                           Parlimen Malaysia.
[6 markah]

(b)    Jelaskan struktur sesebuah kementerian di Malaysia.
[6 markah]

(c)     (i)   Jelaskan bidang kuasa Badan Kehakiman di negara kita.
[4 markah]

         (ii)  Pada pandangan anda, mengapakah sistem pemerintahan di negara kita mengamalkan prinsip pengasingan kuasa ?
[4 markah]

JAWAPAN ESEI

(a)    Terangkan proses menggubal dan meluluskan undang-undang di Parlimen Malaysia.

·         Kementerian membuat cadangan undang-undang
·         Jabatan Peguam Negara menggubal rang undang-undang
·         Ahli Dewan Rakyat membuat Pembacaan Pertama di Dewan Rakyat – membaca tajuk sahaja.
·         Ahli Dewan Rakyat membuat Pembacaan Kedua     
 – rang undang-undang dibaca dan dibahaskan.
·         Rang undang-undang dibincangkan secara terperinci oleh Jawatankuasa Dewan Rakyat.
·         Ahli Dewan Rakyat membuat Pembacaan Ketiga                
– rang undang-undang dibahas dan diluluskan.
·         Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dikemukakan ke Dewan Negara.
·         Rang undang-undang dibentangkan di Dewan Negara
– melalui proses yang sama seperti di Dewan Rakyat.
·         Rang undang-undang diserahkan kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong –memperkenan dan menurunkan Mohor Negara.
·         Mewartakan undang-undang dalam Warta Kerajaan.


(b)    Jelaskan struktur sesebuah kementerian di Malaysia.

·         Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri.
Menteri diberikan tugas berkaitan kementerian tertentu.
Dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
·         Perjalanan kementerian diawasi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jabatan Perkhidmatan Awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.
·         Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian
·         Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kaki tangan kerajaan.
                Kakitangan awam melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

·         Di bawah kementerian, terdapat jabatan.

        Terdapat  jabatan di peringkat pusat, negeri dan daerah.

·         Jabatan kerajaan diketuai Ketua Jabatan (Ketua Pengarah).

·         Terdapat kementerian yang mempunyai Badan Berkanun.

Badan berkanun ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri berkenaan
 [6 markah]


(c)    (i)   Jelaskan bidang kuasa Badan Kehakiman di negara kita.

·         Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah
·         Menentukan kesahihan undang-undang.
·         Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
·         Mentafsirkan undang-undang.
·         Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan / Negeri.
·         Mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
·         Tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang.
 [4 markah]


         (ii)  Pada pandangan anda, mengapakah sistem emerintahan di negara kita mengamalkan prinsip pengasingan kuasa ?

·         Melicinkan pemerintahan dan pentadbiran
·         Mewujudkan pengkhususan dalam menjalankan pemerintahan
·         Menjadikan pemerintahan lebih cekap
·         Mengelakkan campur tangan pihak tertentu dalam badan yang tiada kaitan dengannya.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

No comments:

Post a Comment