I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 1, 2014

Ramalan B.Melayu SPM 2014 By Sir Henry (FOC)

Kertas 1:
Karangan Bahagian A

Usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik
Kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan
Kepentingan bersukan
Ciri-ciri pengguna yang bijak
Kepentingan melabur untuk masa hadapan
Langkah mengelakkan keracunan makanan di sekolah
Faedah penganjuran rumah terbuka

Karangan Bahagian B

DIMENSI KELUARGA:

Peranan ibu bapa untuk membudayakan pendidikan alam sekitar.
menyediakan peralatan untuk membersihkan kawasan rumah.
menggalakkan anggota keluarga bergotong-royong membersihkan kawasan rumah.
menyediakan bahan bacaan berkaitan dengan kelestarian alam sekitar.
membawa anak-anak menyertai program kemasyarakatan untuk menjaga kebersihan.
melarang anak-anak daripada melakukan pembakaran terbuka di rumah.

Peranan ibu bapa untuk mengawal penyalahgunaan Internet di rumah.
memantau anak-anak ketika melayari Internet.
mengehadkan masa penggunaan Internet.
meletakkan peralatan ICT di tempat yang terbuka.
menyekat akses ke laman sesawang yang tidak bermoral.
memberi nasihat kepada anak-anak supaya menggunakan Internet secara sihat.

Peranan ibu bapa untuk mewujudkan budaya ilmu kepada anak-anak.
menyediakan perpustakaan mini di rumah
membeli bahan bacaan
membawa anak-anak menghadiri majlis ilmu
menyediakan peralatan ICT di rumah
menjadi suri teladan.

Peranan ibu bapa dalam menjana kecemerlangan pelajar. (Sarana ibu bapa)
Menyediakan peluang dan ruang belajar untuk anak-anak belajar di sekolah dan di rumah
Mendampingi anak-anak remaja sebagai sahabat
Menasihat, membimbing, mengajar, menyokong, menunjuk cara dsb
Mengatur kehidupan keluarga supaya aman dan tenteram, tenang dan bahagia.
Mengetahui maklumat terkini tentang perkembangan anak-anak
DIMENSI MASYARAKAT/NEGARA
Kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
Malaysia mempunyai banyak tempat yang bersejarah 
Malaysia kaya dengan keindahan alam semula jadi yang unik.
Malaysia mempunyai kebudayaan yang pelbagai 
Malaysia merupakan syurga makanan tradisional dan moden.
Malaysia merupakan negara yang aman damai.
Malaysia mempunyai prasarana dan infrastruktur yang moden

Usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
mengadakan aktiviti gotong-royong
membudayakan amalan ziarah-menziarahi
menganjurkan majlis rumah terbuka
menggalakkan penubuhan badan sukarela
mengadakan aktiviti Hari Keluarga
mengadakan kempen kesedaran 

Kertas 2:
Soalan 2(b) Prosa Moden

Pilihan 1 : Pahlawan Buntung
Pilihan 2 : Drama 1400
Pilihan 3 : Mellisa 

Soalan 2(c) Prosa Klasik

Pilihan 1 : Pelayaran yang penuh peristiwa
Pilihan 2 : Hikayat Opu Daeng Menambun

Soalan 2(d) Puisi

Pilihan 1 : Perpustakaan
Pilihan 2 : Harga Remaja
Pilihan 3 : Mahsuri


Soalan 3(b) Kemahiran Sintaksis

Pilihan 1 : Kenal pasti subjek dan predikat
Pilihan 2 : Menukar ayat biasa kepada ayat songsang
Pilihan 3 : Kenal pasti ayat majmuk 

Soalan 3(d) Kesalahan Tatabahasa


Soalan 4 Novel

Pilihan 1 : Nilai kemasyarakatan
Pilihan 2 : Peristiwa yang menunjukkan unsur klimaks. Mengapa?


No comments:

Post a Comment