I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-EKONOMI TRADISIONAL DAN EKONOMI DAGANGAN(16)

TEMA 9 (Bab 10 Tingkatan 4)



EKONOMI TRADISIONAL DAN EKONOMI DAGANGAN

SKOP KAJIAN

·         Maksud Revolusi Perindustrian
·         Faktor yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian
·         Perkembangan semasa Revolusi Perindustrian
·         Sumbangan Revolusi Perindustrian
·         Hubungan pekerja – majikan semasa Revolusi Perindustrian

SOALAN STRUKTUR (Model 1)

Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi sara diri.

(a)    Apakah maksud ekonomi sara diri ?
 [2 markah]

(b)    Sebutkan dua kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu.
 [2 markah]

(c)     Apakah kegunaan lebihan hasil ekonomi sara diri masyarakat Melayu ?
 [2 markah]

(d)    Pada pandangan anda, mengapakah kegiatan ekonomi              masyarakat Melayu sebelum kedatangan British tidak maju ?
 [2 markah]

(e)    Bagaimanakah kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu dapat dipertingkatkan ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR (Model 1)

(a) Apakah maksud ekonomi sara diri ?

·         Merujuk kepada aktiviti ekonomi untuk keperluan sendiri.
·         Aktiviti ekonominya dijalankan secara kecil-kecilan.
·         Tidak dijalankan secara komersil.
·         Jika ada lebihan, disimpan untuk kegunaan sendiri.
 [2 markah]


(b) Sebutkan dua kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu.

·         Melombong
·         Bercucuk tanam – iaitu menanam padi.
·         Menanam tanaman sampingan – ubi, pisang dan kelapa.
·         Memungut hasil hutan
·         Menternak binatang – ayam, itik, lembu dan kerbau.
·         Menangkap ikan secara kecil-kecilan
 [2 markah]


(c) Apakah kegunaan lebihan hasil ekonomi sara diri masyarakat   Melayu ?

·         Digunakan untuk pertukaran barangan
·         Digunakan untuk kenduri kendara
·         Digunakan untuk membayar zakat
·         Dijadikan sedekah dan hadiah
 [2 markah]












(d) Pada pandangan anda, mengapakah kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan British tidak maju ?

·         Bersifat sara diri
·         Menggunakan teknologi yang rendah.
·         Menggunakan modal yang kecil.
·         Pasaran yang kecil.
·         Pengeluaran dalam skala yang kecil.
·         Tiada pengkhususan kerja.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(e) Bagaimanakah kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu dapat dipertingkatkan ?

·         Hendaklah menggunakan teknologi moden.
·         Menggunakan intensif modal.
·         Hendaklah dipasarkan dengan lebih meluas.
·         Pengeluaran dijalankan dalam skala yang besar.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN STRUKTUR (Model 2)

Kedatangan British ke Tanah Melayu pada abad ke-19  telah menyebabkan ekonomi dagangan berkembang pesat dan seterusnya mewujudkan bentuk ekonomi duaan (dwiekonomi).

(a)    Apakah ciri ekonomi dagangan ?
 [2 markah]


(b)    Pada pandangan anda, mengapakah ekonomi dagangan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British dikuasai oleh pelabur Eropah dan Cina?
 [2 markah]


(c)     Nyatakan keadaan yang menyebabkan wujudnya dwi-ekonomi di            Tanah Melayu.
 [2 markah]


(d)    Nyatakan kesan kewujudan dwi-ekonomi.
 [2 markah]


(e)    Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menghapuskan dwiekonomi di negara kita ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR (Model 2)

(a) Apakah ciri ekonomi dagangan ?

·         Dijalankan untuk diperdagangkan
·         Pengeluaran adalah dalam skla besar
·         Menggunakan sumber buruh yang bayak
·         Modal yang besar
·         Teknologi yang lebih tinggi
·         Pasaran yang lebih luas                     
 [2 markah]

(b) Pada pandangan anda, mengapakah ekonomi dagangan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British dikuasai oleh pelabur Eropah dan Cina?

·         Mempunyai modal yang banyak.
·         Memiliki teknologi.
·         Memperoleh konsesi tanah yang luas.
·         Mendapat tempoh pajakan yang lama.
·         Masyarakat Melayu masih amalkan pertanian sara diri.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

 (c)   Nyatakan keadaan yang menyebabkan wujudnya dwi-ekonomi di Tanah Melayu.

·         Perdagangan berkembang pesat di pelabuhan utama di Tanah Melayu.
·         Dasar British menyebabkan wujudnya dwi-ekonomi.
·         British memajukan kawasan yang subur dan kaya dengan bijih timah.
·         Membiarkan ekonomi dagangan dikuasai orang Eropah dan Cina.
·         British mahu kekalkan orang Melayu sebagai petani.
·         British meminggirkan ekonomi tradisional di luar bandar.
·         Masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi sara diri.
·         British memberi tumpuan ekonomi di pantai Barat.
 [2 markah]

(d) Nyatakan kesan kewujudan dwi-ekonomi.

·         Industri perlombongan meningkat
·         Penekanan terhadap pertanian komersil.
·         Ekonomi dagangan dikuasai oleh pemodal Eropah.
·         Orang Melayu kekal dalam ekonomi sara diri.
·         Pembangunan tidak seimbang antara negeri di pantai barat dengan negeri pantai timur Tanah Melayu
·         Pembangunan ekonomi hanya tertumpu di pantai Barat
·         Taraf hidup tidak seimbang antara penduduk luar bandar dengan bandar.
·         Kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(e) Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menghapuskan dwiekonomi di negara kita ?

·         Memajukan ekonomi luar bandar
·         Menggalakkan masyarakat luar bandar menceburi ekonomi dagangan
·         Memberi bantuan modal untuk memajukan pertanian
·         Menambahkan kecekapan pemasaran supaya hasil petani dapat dipasarkan
·         Meningkatkan penggunaan teknologi moden
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Zaman penjajahan British di Tanah Melayu telah memberikan kesan mendalam kerana telah mengubah sistem ekonomi masyarakat tempatan daripada ekonomi tradisional kepada ekonomi dagangan.


(a)    Terangkan ciri ekonomi tradisional masyarakat Melayu sebelum  kedatangan British.
               [6  markah]

(b)    Jelaskan perkembangan sistem pertanian komersil di Tanah Melayu selepas kedatangan British.
               [6  markah]

 (c)    (i)   Pada pandangan anda, mengapakah pelabur Eropah berjaya menandingi pelombong Cina dalam industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada awal abad                                                    ke-20 ?
               [4  markah]

         (ii)  Apakah persediaan yang perlu ada untuk membolehkan ekonomi negara kita bersaing dengan cabaran di peringkat global ?
               [4  markah]

JAWAPAN ESEI

(a) Terangkan ciri ekonomi tradisional masyarakat Melayu sebelum kedatangan British.
              
·         Pengeluaran dalam skala kecil – untuk  kelangsungan bekalan makanan.
·         Untuk keperluan sendiri – tidak perdagangkan.
·         Tiada pengkhususan pekerjaan – Selain menanam padi, mereka menternak binatang dan menangkap ikan.
·         Pembahagian kerja melibatkan jantina dan umur sahaja.
·         Lebihan pengeluaran disimpan dan digunakan semula untuk kenduri-kendara, pembayaran zakat, sedekah dsb.
·         Menggunakan teknologi mudah –  oleh binatang atau manusia.
·         Peralatan diperbuat daripada bahan yang ada di sekitar.
·         Sistem pengairan berasaskan sumber air sungai dan hujan.
·         Modal yang diperlukan adalah kecil.
·         Penggunaan buruh terhad.
·         Kerja dilakukan bersama oleh ahli keluarga sahaja.
·         Pasaran yang kecil.
 [6  markah]

(b) Jelaskan perkembangan sistem pertanian komersil di Tanah Melayu selepas kedatangan British.
              
·         Pertanian komersil diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-19.
·         Tanaman yang diusahakan ialah ubi kayu, tebu, lada hotam, gambir, tembakau dan kopi.
·         Pemodal Eropah dan China menguasai pertanian komersil.
·         British memberi tumpuan kepada kopi dan tembakau manakala pemodal China mengusahakan gambir, lada hitam dan ubi kayu.
·         Tanaman getah diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-20.
·         Pada awalnya getah ditanam sebagai tanaman hiasan dikediaan Residen Hugh Low di Kuala Kangsar.
·         Perkembangan perusahaan getah dijalankan oleh H.N. Ridley.
·         Beliau berusaha meyakinkan peladang untuk menanam getah dengan mengagihkan benih getah secara percuma.
·         Beliau juga menemui cara penorehan teknik ibidem.
·         Syarikat Eropah membuka syarikat perwakilannya di Tanah Melayu untuk membuka ladang getah.
·         Pertanian getah menggalakkan perkembangan industri pembuatan barangan berasaskan getah.

(c) (i)      Pada pandangan anda, mengapakah pelabur Eropah berjaya menandingi pelombong Cina dalam industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 ?
              
·         Mempunyai modal yang banyak 
·         Pengeluaran berasaskan intensif modal
·         Mereka menggunakan teknologi kapal korek.
·         Aktiviti perlombongan dijalankan secara skala besar.
·         Pembesar memajakkan tanah lombong kepada pelabur Eropah
·         Enakmen / undang-undang lebih memihak kepada pemodal Eropah.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]
        
      (ii)     Apakah persediaan yang perlu ada untuk membolehkan ekonomi negara kita bersaing dengan cabaran di peringkat global ?
              
·         Pengeluaran berasaskan intensif modal
·         Menggunakan teknologi moden dalam pengeluaran.
·         Pengeluaran dijalankan secara skala besar.
·         Memberi tumpuan kepada perdagangan eksport
·         Meningkatkan produktiviti produk keluaran negara
·         Meningkatkan pasaran
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]

No comments:

Post a Comment