TEMA 9 (Bab 10 Tingkatan 4)
PENDIDIKAN VERNAKULAR 
 | 
SKOP KAJIAN
·         Maksud pendidikan vernakular
·         Ciri pendidikan vernakular Cina dan Tamil
·         Perkembangan sekolah Melayu
·         Perkembangan sekolah Inggeris
SOALAN STRUKTUR
Kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.
(a)    Apakah maksud pendidikan vernakular ?
 [2 markah]
(b)    Nyatakan ciri umum pendidikan vernakular.
 [2 markah]
(c)     Jelaskan persamaan pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
 [2 markah]
 (d)   Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan vernakular tidak mampu memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu ?
 [2 markah]
(e)    Bagaimanakah perpaduan kaum di negara kita boleh dipupuk melalui sistem pendidikan ?
 [2 markah]
JAWAPAN STRUKTUR
(a) Apakah maksud pendidikan vernakular ?
·         Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar.
 [2 markah]
(b) Nyatakan ciri umum pendidikan vernakular.
·         Berorientasikan kaum.
·         Menggunakan pengantar bahasa ibunda.
·         Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.
·         Sukatan pelajaran dibawa dari negara asal.
·         Guru-guru juga diambil dari negara asal.
·         Buku teks dibawa dari negara asal.
 [2 markah]
(c) Jelaskan persamaan pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
·         Dibiayai oleh pengusaha (taukeh lombong dan pengusaha ladang)
·         Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar.
·         Guru dibawa dari negara asal.
·         Buku dibawa dari negara asal.
·         Sukatan pelajaran berasaskan sistem pendidikan di negara asal.
 [2 markah]
(d) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan vernakular tidak mampu memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu ?
·          Pendidikan ini berorientasikan kaum.
·         Murid daripada pelbagai kaum telah dipisahkan.
·         Murid tidak melalui sistem pendidikan yang sama.
·         Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.
·         Sukatan pelajaran dan guru dibawa dari negara asal.
·         Tidak dilaksanakan hingga ke peringkat tinggi.
 [2 markah]
(e) Bagaimanakah perpaduan kaum di negara kita boleh dipupuk melalui sistem pendidikan ?
·         Menggunakan sukatan pelajaran yang sama.
·         Menggunakan pengantar Bahasa Melayu untuk pendidikan
·         Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
·         Mewujudkan Sekolah Kebangsaan
·         Mana-mana jawapan munasabah
SOALAN ESEI
Rajah di bawah menunjukkan sistem pendidikan yang terdapat di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British.
SISTEM PENDIDIKAN 
 | 
Pendidikan vernacular Cina 
 | 
Pendidikan vernacular Tamil 
 | |
Sekolah Melayu 
 | |
Sekolah Inggeris 
 | 
(a)    Terangkan ciri pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
               [4  markah]
 (b)   Jelaskan perkembangan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
               [6  markah]
 (c)    (i)   Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah keadaan sistem pendidikan vernakular Melayu di negara kita semasa penjajahan British ?
               [6  markah]
         (ii)  Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan kita untuk memperkasakan sistem pendidikan Melayu selepas negara mencapai kemerdekaan ?
               [4  markah]
JAWAPAN ESEI
(a) Terangkan ciri pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah  Melayu semasa penjajahan British.
·         Berorientasikan kaum.
·         Menggunakan pengantar bahasa ibunda.
·         Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.
·         Sukatan pelajaran dibawa dari negara asal.
·         Guru-guru juga diambil dari negara asal.
·         Buku teks dibawa dari negara asal.
 [4  markah]
(b) Jelaskan perkembangan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
·         Sekolah Inggeris ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela.
·         Sekolah aliran Inggeris mula ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat
        –  Penang Free School (18160) di Pulau Pinang
        –  Malacca Free School (1826) di Melaka.
·         Sekolah Inggeris juga didirikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
        – King Edward VII School (1883) di Taiping
        – Victoria Institution (1894) di Kuala Lumpur.
·         Sekolah Inggeris didirikan di bandar sahaja.
·         Pelajarnya terdiri daripada golongan atasan.
·         Kurikulum sekolah Inggeris sistem pendidikan di England.
·         Pihak British menubuhkan universiti sebagai institusi lanjutan – Universiti Malaya di Singapura.
 [6  markah]
(c) (i)      Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah keadaan sistem pendidikan vernakular Melayu di negara kita semasa penjajahan British ?
·         Sekolah Melayu mula ditubuhkan di Negeri Selat.
                 Sekolah Melayu pertama didirikan di Teluk Belanga, Singapura pada 856 dan seterusnya didirikan di 
                 Seberang Perai pada tahun 1871.
·         Sekolah Melayu didirikan di Negeri Melayu Bersekutu.
        Didirikan di Perak iaitu di Kuala Kangsar dan Batu Gajah.
·         Sekolah Melayu didirikan untuk murid perempuan.
        Hanya ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat pada 1885.
·         Sekolah Melayu dilaksanakan di peringkat sekolah rendah sahaja.
        Mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira shj.
        Bertujuan mengekalkan orang Melayu sebagai petani.
·         Pendidikan Melayu menyediakan pendidikan lanjutan.
        Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan.
        Maktab ini  melatih guru sekolah Melayu..
·         Pendidikan Melayu turut menyediakan sekolah untuk golongan elit.
                Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905) ditubuhkan.
 [6  markah]
      (ii)     Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan kita untuk memperkasakan sistem pendidikan Melayu selepas negara mencapai kemerdekaan ?
·         Menggunakan pengantar Bahasa Melayu
·         Menyediakan peluang pendidikan ke pusat pengajian tinggi
·         Mewajibkan lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan
·         Melengkapkan prasarana pendidikan
·         Melengkapkan sekolah dengan kemudahan ICT
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]
No comments:
Post a Comment