TEMA 9 (Bab 9 Tingkatan 4)
ZAMAN GELAP DI EROPAH 
 | 
SKOP KAJIAN
·         Maksud Zaman Gelap
·         Sistem feudal di Eropah pada Zaman Gelap
·         Keadaan politik di Eropah pada Zaman Gelap
·         Pengaruh Gereja Katolik pada Zaman Gelap
·         Keadaan ekonomi di Eropah pada Zaman Gelap
·         Perubahan yang berlaku selepas Zaman Gelap
SOALAN STRUKTUR
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri Zaman Gelap di Eropah pada Zaman Pertengahan.
CIRI ZAMAN GELAP 
 | |
Politik 
 | 
Kewujudan sistem feudal 
 | 
Ekonomi 
 | 
Kegiatan perdagangan merosot 
 | 
Sosial 
 | 
Dikongkong Gereja Katolik 
 | 
(a)    Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap di Eropah ?
 [2 markah]
(b)    Jelaskan ciri sistem feudal di Eropah pada Zaman Gelap.
 [2 markah]
 (c)    Berikan dua bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat Eropah pada Zaman Gelap dikongkong oleh Gereja Katolik.
 [2 markah]
(d)    Mengapakah kegiatan perdagangan di Eropah pada Zaman Gelap tidak berkembang pesat ?
 [2 markah]
(e)    Pada pandangan anda, apakah usaha yang dilakukan oleh masyarakat Eropah untuk keluar daripada Zaman Gelap ?
 [2 markah]
JAWAPAN STRUKTUR
(a)  Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap di Eropah ?
·          Zaman kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran di Eropah.
·          Pada masa ini tiada pentadbiran pusat yang kuat.
·          Kehidupan masyarakat dikongkong oleh Gereja.
·          Kegiatan perdagangan tidak meluas.
·          Masyarakatnya tidak menghargai ilmu pengetahuan.
 [2 markah]
(b) Jelaskan ciri sistem feudal di Eropah pada Zaman Gelap.
·          Raja menjadi penaung utama dalam negara.
·          Baron (tuan tanah) mendapat naungan istana.
·          Sebagai tukarannya, tuan tanah berkhidmat dan memberi cukai kepada raja.
·          Golongan baron / tuan tanah terlalu berkuasa.
·          Petani terpaksa membayar cukai untuk mendapatkan perlindungan tuan tanah.
·          Petani yang tidak mampu, terpaksa menyerahkan tanah mereka.
·          Petani menjadi hamba kepada tuan tanah.
 [2 markah]
(c)  Berikan dua bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat Eropah pada Zaman Gelap dikongkong oleh Gereja Katolik.
·          Gereka hanya memberi fokus kepada amalan agama.
·          Gereja hanya menekankan pembelajaran ilmu keakhiratan.
·          Gereja menjadi pelindung masyarakat.
·          Gereja menjadi institusi yang menyatukan masyarakat
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]
(d) Mengapakah kegiatan perdagangan di Eropah pada Zaman Gelap tidak berkembang pesat ?
·           Perdagangan diganggu orang Viking dan Magyar.
·          Orang Eropah tidak dapat berdagang ke Timur Jauh.
·          Perdagangan dikuasai oleh pedagang Islam.
·          Tumpuan ekonomi hanya kepada kegiatan pertanian.
·          Perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan.
·          Perdagangan melibatkan barangan pertanian sahaja.
·          Perniagaan dikendalikan secara sistem tukar barang.
·          Penggunaan mata wang sangat terhad.
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]
(e)  Pada pandangan anda, apakah usaha yang dilakukan oleh masyarakat Eropah untuk keluar daripada Zaman Gelap ?
·          Masyarakat menceburi bidang perdagangan
·          Menjalin hubungan dengan negara luar
·          Sanggup bersaing secara sihat.
·          Rajin berusaha hingga mencapai matlamat.
·          Menimba ilmu untuk mengubah kehidupan.
·          Menggunakan ilmu untuk memajukan bangsa.
·          Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]
SOALAN ESEI
Kejatuhan tamadun Rom telah membawa kepada bermulanya Zaman Pertengahan di Eropah. Zaman ini telah dikenali sebagai Zaman Gelap.
(a)    Mengapakah Zaman Pertengahan di Eropah dianggap sebagai Zaman Gelap ?
         [4  markah]
 (b)   Jelaskan keadaan politik, ekonomi dan sosial di Eropah pada Zaman Gelap.
         [6  markah]
(c)     (i)   Pada pandangan anda, mengapakah Gereja Katolik mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan sosial masyarakat di Eropah pada Zaman Gelap ?
         [5  markah]
         (ii)  Bagaimanakah kita mampu menghindarkan negara kita daripada mengalami Zaman Gelap seperti yang berlaku di Eropah pada Zaman Pertengahan.
         [5  markah]
JAWAPAN ESEI
 (a)    Mengapakah Zaman Pertengahan di Eropah dianggap sebagai Zaman Gelap ?
·          Keadaan politik di Eropah tidak stabil.
·          Tidak ada kerajaan pusat yang kuat.
·          Mengamalkan sistem feudal.
·          Keadaan ekonomi merosot.
·          Kegiatan perdagangan tidak maju.
·          Mereka hanya menjalankan pertanian sara diri.
·          Masyarakat tidak menghargai ilmu pengetahuan.
·          Ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom tidak dipelajari.
·          Gereja Katolik mengongkong masyarakat.
 [4  markah]
(b)    Jelaskan keadaan politik, ekonomi dan sosial di Eropah pada Zaman Gelap.
Keadaan politik
·          Tiada kerajaan pusat yang kuat mentadbir di Eropah.
·          Keadaan politik tidak stabil.
·          Berlaku peperangan antara kerajaan-kerajaan  kecil.
·          Wujudnya sistem feudal.
·          Berlakunya huru-hara – keadaan hidup tidak selamat.
·          Petani mencari perlindungan daripada tuan tanah.
·          Petani membayar wang perlindungan kepada Baron.
·          Petani menjadi hamba kepada Baron.
Keadaan sosial
·          Gereja Katolik sangat berpengaruh
·          Gereja menjalankan urusan keagamaan.
·          Gereja mengatur kehidupan masyarakat.
·          Gereja memberi pendidikan berkaitan keakhiratan.
·          Gereja menjadi pelindung masyarakat.
·          Gereja menjadi institusi yang menyatukan masyarakat
Keadaan ekonomi
·          Kegiatan perdagangan tidak meluas.
·          Perdagangan diganggu orang Viking dan Magyar.
·          Perdagangan dikuasai oleh pedagang Islam.
·          Tumpuan ekonomi hanya kepada kegiatan pertanian.
·          Perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan.
·          Perdagangan melibatkan barangan pertanian sahaja.
·          Perniagaan dikendalikan secara sistem tukar barang.
·          Penggunaan mata wang sangat terhad.
[6  markah]
(c)     (i)   Pada pandangan anda, mengapakah Gereja Katolik mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan sosial masyarakat di Eropah pada Zaman Gelap ?
·          Gereja menjadi penasihati raja dalam pentadbiran
·          Gereja menjalankan urusan keagamaan.
·          Gereja Katolik mengatur kehidupan masyarakat
·          Masyarakat mesti mematuhi arahan Gereja
·          Gereja menjadi pelindung masyarakat.
·          Gereja menjadi institusi yang menyatukan masyarakat
·          Gereka hanya memberi fokus kepada amalan agama.
·          Gereja hanya menekankan pembelajaran ilmu keakhiratan.
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [5  markah]
         (ii)  Bagaimanakah kita mampu menghindarkan negara kita daripada mengalami Zaman Gelap seperti yang berlaku di Eropah pada Zaman Pertengahan.
·          Masyarakat menceburi bidang perdagangan
·          Menjalin hubungan dengan negara luar
·          Sanggup bersaing secara sihat.
·          Rajin berusaha hingga mencapai matlamat.
·          Menimba ilmu untuk mengubah kehidupan.
·          Menggunakan ilmu untuk memajukan bangsa.
·          Mana-mana jawapan munasabah.
 [5  markah]
No comments:
Post a Comment