I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-TAMADUN HWANG HO(29)

TEMA 7 (Bab 1 Tingkatan 4)



TAMADUN HWANG HO


SOALAN STRUKTUR (Modul 1)

(a)  Apakah ciri bandar dalam Tamadun Hwang Ho.

·          Terletak di kawasan tanah tinggi

·          Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

·          Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama
·          Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh
·          Dikelilingi oleh perkampungan petani
 [2 markah]

(b) Berikan dua golongan bawahan yang terdapat dalam susun lapis masyarakat Hwang Ho.

·          Petani,
·          Artisan
·          Pedagang
·          Hamba
[2 markah]

(c)  Jelaskan sistem kepercayaan yang menjadi amalan dalam masyarakat Hwang Ho.

·          Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan.
·          Mempercayai animisme
·          Menyembah sungai, bukit dan gunung.
·          Mengamalkan politeisme.
·          Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien)  dan tuhan bumi (Tu).
·          Memuja roh nenek moyang.
·          Mempercayai ramalan.
·          Mempercayai konsep Yin dan Yang.
·          Mempercayai konsep Feng Hsui.
 [2 markah]

(d) Nyatakan kepentingan penggunaan kalendar dalam kehidupan harian masyarakat Hwang Ho.

·          Menentukan bilangan hari dalam setahun

·          Meramalkan cuaca

·          Menetapkan tarikh perkahwinan
·          Memulakan aktiviti bercucuk tanam
·          Menjalankan aktiviti harian
·          Memulakan pelayaran
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(e)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini.

·          Memperkenalkan sistem pemerintahan monarki.
·          Mengamalkan pemerintahan berasaskan putaran dinasti
·          Pembinaan terusan untuk tujuan pertanian dan mengelakkan banjir.
·          Membajak tanah pertanian.
·          Menggunakan peralatan cangkul dan sabit untuk pertanian.
·          Menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

·          Memperkenalkan sistem tulisan ideogram.

·          Mengamalkan pemujaan roh nenek moyang
·          Mengamalkan konsep Yin dan Yang
·          Mengamalkan konsep Feng Hsui
·          Memperkenalkan Sistem kalendar 12 bulan dan 360 hari setahun.
·          Mengamalkan penggunaan kalendar untuk menjalani aktiviti harian.
·          Memperkenalkan Falsafah perang Sun Tzu.
[2 markah]



TAMADUN HWANG HO


SOALAN STRUKTUR (Modul 2)

(a)  Apakah keistimewaan bandar Anyang ?

·          Terletak di kawasan tanah tinggi

·          Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

·          Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama
·          Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh
·          Dikelilingi oleh perkampungan petani
 [2 markah]

(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja diamalkan dalam             Dinasti Shang ?
        
·          Pengganti raja adalah saudara lelaki atau anak lelaki raja.
·          Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama.
·          Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
·          Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
·          Raja tidak perlu mendapatkan pengesahan politik.
·          Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan.
·          Golongan bangsawan mentadbir wilayah.
·          Bangsawan boleh wujudkan sistem pentadbirannya sendiri.
·          Bangsawan dibenarkan memungut cukai, menguatkan pertahanan dan melaksanakan undang-undang sendiri.
 [2 markah]

(c)  Nyatakan amalan agama dan kepercayaan yang terdapat dalam masyarakat Shang.

·           Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan.
·          Mempercayai animisme
·          Menyembah sungai, bukit dan gunung.
·          Mengamalkan politeisme.
·          Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien)  dan tuhan bumi (Tu).
·          Memuja roh nenek moyang.
·          Mempercayai ramalan.
·          Mempercayai konsep Yin dan Yang.
·          Mempercayai konsep Feng Hsui.
 [2 markah]

(d) Kegemilangan tamadun Hwang Ho banyak bergantung kepada kemajuan masyarakat Dinasti Shang dalam bidang pertanian?  Nyatakan kemajuan tersebut.

·          Penggunaan sistem pengairan dalam pertanian.
·          Pembinaan terusan untuk pengairan dan mengelakkan banjir.
·          Teknologi pembajakan.
·          Penciptaan cangkul.
·          Penciptaan sabit.
·          Penggunaan batas untuk penanaman.
·          Penggunaan peralatan besi mengganti peralatan daripada kayu.
 [2 markah]

(e)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun di lembah Hwang Ho ?

·          Membolehkan masyarakat menjalankan kegiatan pertanian
·          Menyebabkan berlakunya kemajuan dalam pertanian
·          Menjalin bekalan makanan mencukupi
·          Menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk
·          Menyebabkan wujudnya pengkhususan pekerjaan
·          Menyebabkan wujudnya kegiatan perdagangan
·          Menyebabkan wujudnya susun lapis masyarakat
·          Mwujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


TEMA 7 (Bab 1 Tingkatan 4)

TAMADUN HWANG HO



SKOP KAJIAN
·         Proses pembentukan Tamadun Hwang Ho
·         Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho
Petempatan kekal (bandar Anyang)
Sistem pemerintahan
Agama dan kepercayaan
·         Sumbangan Tamadun Hwang Ho


SOALAN CONTOH :

SOALAN STRUKTUR (Modul 1)

Jadual di bawah merujuk kepada beberapa ciri Tamadun Hwang Ho.


CIRI
TAMADUN
HWANG HO
Mempunyai bandar
Mempunyai susun lapis masyarakat
Mengamalkan agama dan kepercayaan


(a)    Apakah ciri bandar dalam Tamadun Hwang Ho.
 [2 markah]


(b)    Berikan dua golongan bawahan yang terdapat dalam susun lapis masyarakat Hwang Ho.
 [2 markah]


(c)     Jelaskan sistem kepercayaan yang menjadi amalan dalam  masyarakat Hwang Ho.
 [2 markah]


(d)    Nyatakan kepentingan penggunaan kalendar dalam kehidupan harian masyarakat Hwang Ho.
 [2 markah]


(e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini.
 [2 markah]



SOALAN STRUKTUR (Modul 2)

Kemunculan bandar Anyang  yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang telah membawa banyak kemajuan dalam bidang ekonomi dan penyebaran budaya di sekitar Lembah Hwang Ho.

(a)    Apakah keistimewaan bandar Anyang ?
 [2 markah]


(b)    Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja diamalkan dalam Dinasti Shang ?
        
 [2 markah]


(c)     Nyatakan amalan agama dan kepercayaan yang terdapat dalam masyarakat Shang.
 [2 markah]


(d)    Kegemilangan tamadun Hwang Ho banyak bergantung kepada kemajuan masyarakat Dinasti Shang dalam bidang pertanian. Nyatakan kemajuan tersebut.
 [2 markah]


(e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun di lembah Hwang Ho ?
 [2 markah]

No comments:

Post a Comment