I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-PENINGKATAN TAMADUN MANUSIA (Peningkatan Ekonomi dan Pendidikan)(27)

TEMA 7 (Bab 2 Tingkatan 4)



PENINGKATAN TAMADUN (Peningkatan Ekonomi)

SKOP KAJIAN
·         Punca negara kota Yunani memberi tumpuan kepada bidang perdagangan
·         Faktor kepesatan perdagangan dalam tamadun India
·         Kemajuan bidang pertanian dalam tamadun China
·         Kepentingan dan sumbangan bidang perdagangan dan pertanian
·         Usaha meningkatkan bidang perdagangan dan pertanian di negara kita

SOALAN STRUKTUR

Peningkatan tamadun manusia telah membawa kepada kemajuan dalam pertanian hingga membawa kepada penghasilan yang berlebihan dan meningkatnya aktiviti perdagangan.

(a)    Apakah faktor yang membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi.
 [2 markah]

(b)    Apakah tujuan penubuhan  persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) di India pada Zaman Vedik ?
 [2 markah]

(c)     Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan kebanyakan negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada aktiviti perdagangan ?
 [2 markah]

 (d)   Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian sejak zaman Dinasti Han hingga ke zaman Dinati Shang.
 [2 markah]

(e)    Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita ?
 [2 markah]

JAWAPAN

(a)  Apakah faktor yang membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi.

·          Hubungan perdagangan dengan luar
·          Munculnya pusat perusahaan
·          Mempunyai barang dagangan yang banyak
·          Terdapat banyak pelabuhan
·          Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)
·          Terdapat undang-undang perdagangan.
·          Menggunakan mata wang sebagai medium jual beli
·          Pelaksanaan sistem cukai
·          Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

(b) Apakah tujuan penubuhan  persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) di India pada Zaman Vedik ?

·          Mengawal harga barang
·          Mengawal kualiti barang
·          Mengawal gaji pekerja
·          Menjaga kebajikan pekerja
[2 markah]

(c)  Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan kebanyakan negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada aktiviti perdagangan ?

·          Mahu mendapatkan makanan dari luar
·          Muka buminya tidak sesuai untuk pertanian
·          Wujudnya hubungan perdagangan dengan negara luar
·          Berkembangnya perdagangan melalui jalan laut.
·          Yunani mempunyai bekalan dagangan yang banyak
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(d) Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian sejak zaman Dinasti Han hingga ke zaman Dinati Shang.

·          Penggunaan tenggala
·          Penggunaan batas
·          Penggunaan kolar kuda
·          Penciptaan alat kegunaan pertanian.
·          Pengenalan sistem tanaman bergilir
·          Penggunaan sistem teres
·          Pembinaan terusan untuk pengairan
 [2 markah]


(e)  Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita ?

·          Menggunakan teknologi moden
·          Menjalankan kegiatan secara berskala besar
·          Memberi tumpuan kepada pertanian komersil
·          Memproses hasil pertanian menjadi barangan pengguna
·          Mengeksport hasil pertanian
·          Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan hasil
·          Membantu petani mendapatkan kemudahan kredit
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

SOALAN ESEI

Peningkatan ekonomi yang berlaku dalam Tamadun India dan China telah membawa kepada perkembangan peradaban manusia

(a)    Terangkan faktor yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam tamadun India pada abad ketiga sebelum masihi.
 [6  markah]

(b)    Jelaskan peningkatan kemajuan pertanian di China pada zaman Dinasti Chou.
[6 markah]

(c)     (i)   Pada pandangan anda, apakah sumbangan bidang perdagangan terhadap kemajuan sesebuah negara ?
[4  markah]

         (ii)  Berdasarkan pengetahuan  anda, apakah usaha yang dilaksanakan untuk menjadikan pertanian di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?
[4  markah]

JAWAPAN

 (a) Terangkan faktor yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam tamadun  India pada abad ketiga sebelum masihi.

·          Hubungan perdagangan dengan luar
Kerajaan Maurya mengadakan hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia Tenggara.
·          Munculnya pusat perusahaan
Contohnya  Anga, Kalinga dan Karusa.
·          Berkembangnya bidang perusahaan
Contohnya perusahaan tekstil, dan sutera di Bengal dan Benares.
Contohnya perusahaan emas, mutiara dan batu permata
·          Mempunyai barang dagangan yang banyak
Contohnya senjata, gading gajah, emas, berlian dll.
·          Terdapat pelabuhan
yang menghubungkan India dengan negara luar
ContohnyaTamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul dan Cambay.
·          Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)
Stresthin mengawal harga dan kualiti barang serta mengawal gaji pekerja.
Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dsb.
·          Terdapat undang-undang perdagangan.
Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan.
Undang-undang diawasi oleh raja
·          Menggunakan mata wang sebagai medium jual beli
Contohnya mata wang emas pada Zaman Gupta.
·          Pelaksanaan sistem cukai
Contohnya cukai hasil pertanian dan buah-buahan.
 [6  markah]


(b) Jelaskan peningkatan kemajuan pertanian di China pada zaman Dinasti Chou.

·          Penggunaan tenggala
·          Penggunaan batas
·          Penggunaan kolar kuda
·          Penciptaan alat kegunaan pertanian.
·          Pengenalan sistem tanaman bergilir
·          Penggunaan sistem teres
·          Pembinaan terusan untuk pengairan
 [6 markah]
          
(c)  (i)      Pada pandangan anda, apakah sumbangan bidang perdagangan terhadap kemajuan sesebuah negara ?

·          Membolehkan barangan negara kita dieksport
·          Menjana ekonomi negara
·          Menyediakan peluang pelaburan
·          Membekalkan peluang pekerjaan
·          Menggalakkan pengaliran dana asing
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]

      (ii)     Berdasarkan pengetahuan  anda, apakah usaha yang dilaksanakan untuk menjadikan pertanian di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?

·          Menjalankan kegiatan pertanian secara komersil
·          Mengeksport hasil pertanian
·          Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian
·          Memproses menjadi barangan pengguna
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]


PENINGKATAN TAMADUN (Peningkatan Pendidikan)

SKOP KAJIAN
·         Falsafah pendidikan Athens dan Sparta
·         Kesan penekanan negara kota Rom terhadap pendidikan ilmu yang praktikal
·         Matlamat dan Ciri pendidikan agama di India pada Zaman Vedik
·         Pelaksanaan sistem pendidikan dan peperiksaan awam di China
·         Kepentingan pendidikan kepada negara
·         Usaha menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan
·         Langkah meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita

SOALAN STRUKTUR

Jadual  di bawah berkaitan dengan peningkatan sistem pendidikan dalam tamadun manusia.

Tamadun
Sistem Pendidikan
Yunani
Falsafah Pendidikan Athens
India
Pendidikan Agama
China
Pendidikan Awam


 (a)   Apakah matlamat Falsafah Pendidikan Athens ?
 [2 markah]

(b)    Nyatakan ciri pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
[3 markah]

(c)     Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan China pada tahap berikut :

(i)             Pendidikan Tahap Rendah
 [markah]
(ii)            Pendidikan Tahap Menengah
 [markah]

 (d)   Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan tamadun manusia ?
[3 markah]

JAWAPAN

(a)  Apakah matlamat Falsafah Pendidikan Athens ?

·          Bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
·          Bertujuan melahirkan manusia seimbang dari segi fizikal dan mental.
·          Bertujuan melahirkan manusia yang cemerlang.
·          Bertujuan melahirkan manusia yang menguasai semua aspek.
·          Bertujuan melahirkan manusia yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.
 [2 markah]

(b) Nyatakan ciri pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik.

·          Mempelajari agama Hindu.
·          Didominasikan oleh kaum lelaki sahaja.
·          Mempelajari kitab Veda.
·          Menggunakan bahasa Sanskrit
·          Menggunakan kaedah hafalan
·          Dijalankan di rumah dan di istana.
·          Diajar oleh Brahmin / guru agama
 [3 markah]

(c)  Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan China pada tahap berikut :

         (i)   Pendidikan Tahap Rendah

·          Peringkat rendah – dan menghafal tulisan ideogram serta menghafal sembilan buah buku suci
 [markah]
(ii)  Pendidikan Tahap Menengah

·          Peringkat menengah – Menulis karangan dan mempelajari karya sastera.
 [markah]


 (d)          Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan tamadun manusia ?

·          Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
·          Melahirkan tenaga pekerja yang mahir
·          Melahirkan masyarakat yang patuh kepada ajaran agama
·          Memudahkan masyarakat menerima maklumat
·          Membasmi buta huruf dalam masyarakat
·          Memudahkan hubungan dengan negara luar
·          Membolehkan teknologi digunakan dengan lancar
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [3 markah]

SOALAN ESEI

Perkembangan pendidikan dalam tamadun dunia bertujuan membina kegemilangan dan meningkatkan martabat bangsa dalam tamadun tersebut.
       
(a)    Jelaskan tentang falsafah pendidikan berikut :
                       
         (i)   Falsafah pendidikan Athens
         (ii)  Falsafah pendidikan Sparta
[ markah]
 (b)   Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam di China pada zaman peningkatan tamadun.
 [6  markah]
 (c)    (i)   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?
[4  markah]
         (ii)  Pada pandangan anda, bagaimanakah mutu pendidikan di negara kita dapat dipertingkatkan ?
[6  markah]

SOALAN ESEI

 (a) Jelaskan tentang falsafah pendidikan berikut :
                       
      (i)      Falsafah pendidikan Athens
        
·          Bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
·          Bertujuan melahirkan manusia seimbang dari segi fizikal dan mental.
·          Bertujuan melahirkan manusia yang cemerlang.
·          Bertujuan melahirkan manusia yang menguasai semua aspek.
·          Bertujuan melahirkan manusia yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.
[ markah]
      (ii)     Falsafah pendidikan Sparta

·          Bertujuan melahirkan tentera yang gagah berani.
·          Bertujuan melahirkan manusia yang mempunyai semangat patriotik.
·          Bertujuan melahirkan munsia yang setia kepada negara.
·          Bertujuan mengutamakan latihan fizikal.
·          Menekankan kemahiran menggunakan senjata.
[ markah]
       
(b) Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam di China pada zaman peningkatan tamadun.

·          Peperiksaan awam mempunyai tiga tahap
iaitu tahap pertama (Hsiu Tai), tahap kedua (Chun Jen) dan tahap ketiga (Chin Shih).
Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama.
Tahap kedua setaraf dengan ijazah sarjana.
Tahap ketiga setaraf dengan ijazah doktor falsafah.
·          Tempat peperiksaan diadakan mengikut tahapnya.
Tahap pertama dijalankan di peringkat daerah.
Tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah.
Tahap ketiga dijalankan di istana.
·          Lulusan peperiksaan akan mendapat faedah
Lulus tahap pertama boleh jadi pegawai kerajaan.
Lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik.
·          Tempoh peperiksaan mengikut tahap
Tahap pertama diadakan dua kali dalam tiga tahun.
Tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
·          Peraturan peperiksaan sangat ketat
Mereka yang meniru akan dijatuhi hukuman mati.
Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk  menjawab.
 [6  markah]

 (c) (i)      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?

·          Hendak mempelajari hukum agama
·          Sebagai persediaan menghadapi hari selepas mati.
·          Menjadikan manusia hidup sempurna
·          Supaya mengetahui nilai murni yang diajar agama
·          Bertujuan mendalami agama Hindu dan Buddha
·          Bertujuan melahirkan Brahmin yang berilmu.
·          Bertujuan menambahkan ilmu.
·          Bertujuan mengatasi buta huruf.
·          Untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran.
·          Mana-mana munasabah
 [4  markah]

      (ii)     Pada pandangan anda, bagaimanakah mutu pendidikan di negara kita dapat dipertingkatkan ?

·          Melengkapkan prasarana pendidikan
·          Membekalkan guru terlatih yang mencukupi
·          Meningkatkan kaedah pengajaran secara berkesan
·          Menggunakan teknologi ICT dalam pendidikan
·          Menambahkan pusat pengajian tinggi
·          Membuat penambahbaikan terhadap sistem peperiksaan
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [6  markah]

No comments:

Post a Comment