I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-MALAYAN UNION 1946(9)

TEMA 11 (Bab 4 Tingkatan 5)



MALAYAN UNION

SKOP KAJIAN

·          Faktor kerajaan British memperkenalkan Malayan Union
·          Ciri-ciri Malayan Union
·          Sebab orang Melayu membantah Malayan Union
·          Cara bantahan terhadap Malayan Union
·          Kesan penentangan terhadap Malayan Union
·          Nilai dan iktibar


SOALAN STRUKTUR

Maklumat di bawah berkaitan dengan sebab penentangan orang Melayu terhadap pengenalan Malayan Union 1946.

SEBAB PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION
·          Kerakyatan jus soli
·          Menjejaskan Raja-Raja Melayu
·          Cara Harold MacMichael mendapatkan persetujuan Sultan


(a)     Berikan dua syarat kerakyatan jus soli.
[2 markah]

(b)     Pada pandangan anda, apakah kesan kerakyatan jus soli terhadap orang Melayu ?
[2 markah]

 (c)    Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pelaksanaan  Perjanjian Malayan Union menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu.
 [2 markah]

(d)    Apakah helah yang digunakan oleh Harold MacMichael untuk mendapatkan persetujuan Sultan terhadap Malayan Union ?
[2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, mengapakah penentangan terhadap Malayan Union merupakan suatu tindakan yang wajar ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a)     Berikan dua syarat kerakyatan jus soli.

·          Sesiapa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura
·          Mereka yang berumur 18 tahun ke atas serta bermastautin di Tanah Melayu selama 10 - 15 tahun.
·          Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas
·          Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya
 [2 markah]

(b)    Pada pandangan anda, apakah kesan kerakyatan jus soli terhadap orang Melayu ?

·          Mengancam status-quo orang Melayu.
·          Orang Melayu hilang hak istimewa
·          Menjadikan jumlah orang Melayu kecil.
·          Menyebabkan orang Melayu mundur.
·          Orang Melayu tidak dapat bersaing dalam ekonomi moden
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(c)     Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pelaksanaan Perjanjian Malayan Union menjejaskan kedudukan 
          Raja-Raja Melayu.

·          Raja Melayu tiada kuasa dalam pemerintahan.
·          Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
·          Raja Melayu menjadi ketua dalam agama Islam.
·          Raja Melayu hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat.
·          Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]

(d)    Apakah helah yang digunakan oleh Harold MacMichael untuk mendapatkan persetujuan Sultan terhadap Malayan 
         Union ?

·          Mengugut Raja Melayu.
·          Raja Melayu dipaksa menerima Malayan Union.
·          Raja Melayu akan diturunkan takhta jika enggan menerima MU.
·          Sultan tidak diberi masa berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri.
·          Menggunakan semangat setia kawan kepada British untuk mendapatkan tandatangan Sultan.
 [2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, mengapakah penentangan terhadap Malayan Union merupakan suatu tindakan yang            
           wajar ?

·          Mempertahankan negara dan bangsa yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka.
·          Menentang pembentukan bangsa Malayan Union
·          Mempertahankan status quo orang Melayu
·          Menentang pelaksanaan kerakyatan secara jus soli
·          Mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu
·          Menghalang penguasaan British terhadap ekonomi TM
·          Mengekalkan kuasa politik orang Melayu
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]



SOALAN ESEI

(a)    Terangkan sebab pihak British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946.
[6 markah]

(b)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union ?
[6 markah]

(c)     (i)   Nyatakan cara bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.
[4 markah]

         (ii)  Nyatakan kesan hasil daripada bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.
 [4 markah]

JAWAPAN ESEI

(a)  Terangkan sebab pihak British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946.

·          Untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka.
·          Sebagai persediaan untuk Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.
·          Untuk melicinkan pentadbiran.
Pembahagian pentadbiran negeri-negeri Melayu kepada Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMTB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB menyebabkan pentadbiran tidak cekap.
·          Untuk menjimatkan kos pentadbiran
·          Menseimbangkan pembangunan ekonomi antara negeri di Tanah Melayu
                 Kepelbagaian sistem pentadbiran negeri-negeri Melayu menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan 
                 ekonomi tidak seimbang.
·          Membentuk satu bangsa Malayan Union.
·          Pendatang dapat melupakan negara asal mereka.
        Mereka taat setia kepada Malayan Union.
British dapat memastikan sumber tenaga untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.
·          Untuk membolehkan British menguasai sumber ekonomi Tanah Melayu secara berterusan.
·          Mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
 [6 markah]

(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union ?

·          Sir Harold MacMichael mengugut Raja Melayu.
·          Raja Melayu dipaksa menerima Malayan Union.
·          Keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk pembaharuan politik.
·          Orang Melayu masih trauma dengan keganasan Jepun dan Parti Komunis Malaya.
·          Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja Melayu.
·          Pemberian kerakyatan jus soli yang longgar.
·          Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun Melayu.
[6 markah]

(c)  (i)      Nyatakan cara bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.

·          Menyuarakan bantahan melalui akhbar Melayu 
·          Mengadakan demonstrasi di Kota Bharu dan Alor Setar.
·          Membantah cara Harold McMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu.
·          Menghidupkan semula persatuan Melayu.
·          Menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
·          Orang Melayu menubuhkan UMNO.
·          Orang Melayu mengadakan kongres kedua membantah pengisytiharan Malayan Union.
·          Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar.
·          Berkumpul bersama Raja Melayu menyatakan bantahan.
 [4 markah]

      (ii)     Nyatakan kesan hasil daripada bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.

·          Bantahan terhadap Malayan Union berjaya menyatukan orang Melayu.
·          Orang Melayu bersatu mempertahankan status-quo mereka.
·          Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO.
·          British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO
·          Mereka berunding bagi membentuk sistem pentadbiran yang lebih baik.
·          British mengambil langkah membatalkan Malayan Union.
·          Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk menggantikan Malayan Union.
·          Mana-mana jawapan munasabah

No comments:

Post a Comment