I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH(11)

TEMA 10 (Bab 2 Tingkatan 5)



PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH

SKOP KAJIAN

·          Sebab penentangan pemimpin tempatan menentang British
·          Peristiwa penentangan pemimpin tempatan – Penentangan Dol Said, Rentap, Mat Salleh, Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong
·          Nilai dan iktibar


SOALAN STRUKTUR

Jadual di bawah menunjukkan pemimpin tempatan yang menentang penglibatan British di daerah mereka.

Negeri
Tokoh
Perak
Dato’ Maharajalela
Sarawak
Rentap

(a)     Apakah sebab Dato’ Maharajalela menentang penglibatan British di Perak ?.
 [2 markah]


(b)     Jelaskan peristiwa penentangan  Dato’ Maharajalela dan pembesar Melayu Perak terhadap British di Perak.
 [2 markah]

(c)     Nyatakan dua usaha yang dilakukan oleh pihak British untuk mengatasi penentangan tersebut.
[2 markah]

(d)    Kemukakan dua alasan yang menyokong tindakan Rentap menentang penglibatan James Brooke di Sarawak.
[2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, mengapakah penentangan Rentap tidak berjaya ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

(a)  Apakah sebab Dato’ Maharajalela menentang penglibatan British di Perak ?.

·          Residen bertindak melebihi had sebagai penasihat
·          Pembesar membantah sistem cukai baharu
·          Pembesar hilang kuasa memungut cukai
·          British menguasai kawasan pembesar
·          Pembesar hilang pengaruh di kawasannya
·          British mencampuri adat resam tempatan
·          J.W.W. Birch tidak memahami adat Melayu
 [2 markah]

(b) Jelaskan peristiwa penentangan  Dato’ Maharajalela dan pembesar Melayu Perak terhadap British di Perak.

·          Sultan Perak membantah campur tangan British.
·          Dato’ Maharalela membina kubu di Pasir Salak.
·          Dato’ Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang.
·          Mereka membantah undang-undang British.
·          Dato’ Maharaja Lela bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan pembesar Melayu di Belanja.
·          Dato’ Maharaja Lela mengambil tanggungjawab untuk membunuh J.W.W. Birch.
·          J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak.
·          British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama.
·          Dato’ Maharaja Lela. Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum  dan Pandak Induk dihukum mati.
·          Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syhabandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Sychelles.
 [2 markah]

(c)  Nyatakan dua usaha yang dilakukan oleh pihak British untuk mengatasi penentangan tersebut.

·          Menyerang Pasir Salak
·          Menangkap pembesar Perak dan orang suruhannya
·          Membunuh pembesar Perak dan orang suruhannya
·          Membuang negeri ke atas Sultan Perak dan pembesar
 [2 markah]

(d) Kemukakan dua alasan yang menyokong tindakan Rentap menentang penglibatan James Brooke di Sarawak.

Tindakan Rentap menentang James Brooke di Sarawak wajar kerana :
·          James Brooke menganggap orang Iban sebagai lanun.
·          James Brooke hendak menghapus orang Iban.
·          James Brooke membakar kampung Rentap.
·          Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
 (e)  Pada pandangan anda, mengapakah penentangan Rentap tidak berjaya ?

·          Kekurangan senjata.
·          Senjata kurang canggih
·          Tiada perpaduan
·          Tiada bantuan daripada pembesar lain
·          Kelemahan strategi
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Penglibatan British di Tanah Melayu telah ditentang oleh pemimpin tempatan seperti Penghulu Dol Said, Dato, Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh dan lain-lain demi menjaga kepentingan mereka daripada dikuasai oleh orang luar.

(a)   Huraikan sebab pemimpin tempatan menentang British.
[6 markah]

 (b)  Terangkan peristiwa penentangan Penghulu Dol Said di Naning atau Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
[6 markah]

(c)     (i)   Kemukakan hujah anda bagi menjelaskan bahawa penentangan pemimpin tempatan terhadap British adalah suatu tindakan yang wajar ?
[4 markah]

         (ii)  Pada pandangan anda, mengapakah penentangan pemimpin tempatan terhadap British tidak memperoleh kejayaan ?
[4 markah]

JAWAPAN ESEI

(a)  Huraikan sebab pemimpin tempatan menentang British.

·          Dasar penaklukan British
British menakluk Negeri Melayu untuk meluaskan tanah jajahannya.
British memperkenalkan peraturan supaya dapat mengukuhkan kedudukannya.
Pemimpin tempatan menentang kehendak British menyebabkan berlakunya peperangan.

·          British mengeksploitasi ekonomi tempatan.
British menguasai sumber ekonomi melalui perjanjian dengan pemimpin tempatan.
Saudagar Negeri Selat dibenar menjalankan kegiatan perlombongan dan perdagangan bijih timah.
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

·          Pelaksanaan pentadbiran Barat
British memaksakan pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
British memperkenalkan sistem cukai, peraturan tanah dan lain-lain untuk mendapatkan hasil.

·          Kesulitan penduduk tempatan.
Penduduk tertekan dengan undang-undang British.
Undang-undang British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat.
Cth: Di Terengganu, pembukaan tanah mestilah mendapat keizinan British dan dikenakan cukai tanah.

·           Pemimpin tempatan kehilangan kuasa
Pemimpin tempatan hilang kuasa memungut cukai.
Pembesar kehilangan pengaruh ke atas anak buah dan kawasan pegangannya.
Pemimpin tempatan yang mendapat sokongan anak buah mereka menentang British.

·          British campur tangan dalam adat resam tempatan.
British mencampuri adat resam tempatan.
British memaksa masyarakat tempatan menerima nilai-nilai British.
Cth: Di Perak, British melarang amalan gunakan orang suruhan.
 [6 markah]

(b) Terangkan peristiwa penentangan Penghulu Dol Said di Naning atau Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.

Penentangan Dol Said di Naning
·          British mendakwa Naning sebagai jajahan takluknya
·          Dol Said enggan menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada British di Melaka
·          British menghantar tentera untuk menakluki Naning.
·          Penghulu Dol Said yang dibantu oleh Penghulu Rembau, Penghulu Remai, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh berjaya mengalahkan tentera British
·          British menyerang Naning sekali lagi.
·          Penghulu Dol Said tidak dibantu oleh sesiapa pun.
·          Penghulu Dol said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka.
 [6 markah]

Penentang Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
·          Haji Abdul Rahman Limbong membantah sistem cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British.
·          Beliau mengetuai penduduk kampung membuka tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah.
·          Beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh British.
·          Penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata.
·          Mereka berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.
·          Dengan menggunakan nama Sultan, British menghantar pembesar dan berjaya menawan semula Kuala Berang.
·          Sepasukan polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya menangkap Haji Abdul Rahman Limbong.
·          Beliau dibuang negeri ke Makkah.
[6 markah]

(c)  (i)      Kemukakan hujah anda bagi menjelaskan bahawa penentangan pemimpin tempatan terhadap British adalah suatu tindakan yang wajar ?

·          Mereka mempertahankan kedaulatan tanah air
·          Mereka mempertahankan adat resam dan budaya tempatan
·          Mempertahankan hak mereka
·          Mempertahankan kewibawaan
·          Mempertahankan maruah
·          Mempertahankan agama
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

       (ii)     Pada pandangan anda, mengapakah penentangan pemimpin tempatan terhadap British tidak memperoleh kejayaan ?

·          Strategi penentangan kurang tersusun
·          Perpecahan dalam kalangan pengikut
·          Kelengkapan senjata kurang canggih
·          Kekurangan sokongan
·          Perjuangan bersifat setempat
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

No comments:

Post a Comment