I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 30, 2015

Spot Soalan KBAT Sejarah SPM 2015 - Tingkatan 4

TINGKATAN 4


Bab 1

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia

F1             Mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki
F2             Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan seharian
F3             Perancangan bandar / Mohenjo-Daro / Harappa
F4             Sumbangan ilmu geometri/ kesenian / matematik / pembinaan
F5             Perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat
F6             Yang mempunyai rangkaian jalan raya yang lurus
F7             Teknologi pembakaran batu bata
F8             Sikap keterbukaan
F9             Hubungan dengan tamadun lain / Mesopotamia / Mesir Purba
F10           Agama Hindu
F11           Tugasan piktograf
F12           Cap mohor
F13           Ilmu pengetahuan
F14           Arca
                  (Mana-mana jawapan munasabah)

Berdasarkan pemerhatian anda, adakah bandar tempat tinggal anda merupakan bandar yang terancang?
Berikan alasan-alasan anda.

Ya:
F1             Ada jalan raya
F2             Petempatan tersusun, berjajar
F3             Sistem pembentungan
F4             Kewujudun majlis perbandaran
F5             Bangunan tersusun
F6             Aktiviti pembinaan dikawal selia oleh kerajaan
                  (Mana-mana jawapan munasabah)

Tidak:
F1             Petempatan berselerak
F2             Tiada jalan raya
F3             Kemudahan infrastruktur tidak teratur
F4             Ketiadaan badan pengawal selia petempatan
F5             Petempatan sering dilanda bencana
                  (Mana-mana yang munasabah)

Bab 2

Pada pengetahuan sejarah anda,apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi?

F1             Rakyat terlibat dalam memilih/membentuk  kerajaan
F2             Rakyat boleh bersuara/kemukakan pandangan
F3             Pemimpin tidak berkuasa mutlak
F4             Menjamin hak asasi rakyat
F5             Tidak kejam
F6             Kedaulatan di tangan rakyat
F7             Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya
F8             Menjamin kerajaan yang adil/stabil


Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan ekonomi dalam tamadun India dan China untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.              

F1             Sentiasa bersikap inovatif
F2             Sentiasa berusaha membaiki/ meningkatkan kehidupan
F3             Memelihara/ mengekalkan keamanan negara
F4             Mempunyai pemerintahan yang kuat/ adil
F5             Pemerintahan yang berwibawa
F6             meneliti/ menghayati perubahan masyarakat lampau
F7             Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/ sains dan teknologi
F8             Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh
F9             Meningkatkan pemikiran/ kemahiran
F10           Meningkatkan ilmu
F11           Meneroka bidang baru
                  Mana-mana jawapan munasabah

Sebagai seorang warganegara Malaysia, mengapakah kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara ?
F1             Menjamin kedaulatan sesebuah negara
F2             Menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah
F3             Menjaga hak asasi rakyat
F4             Melaksanakan hukuman yang adil
F5             Menjalankan pentadbiran mengikut protokol
F6             Membentuk sistem pentadbiran kemas dan teratur
F7             Memastikan rakyat berdidiplin
F8             Memastikan rakyat hidup bersatu padu
F9             Membentuk hidup bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum
F10           Memupuk sikap saling hormat menghormati
F11          Menjamin keamanan negara
F12           Menjamin kemakmuran negara
F13           Menjamin keselamatan Negara

Sebagai generasi muda, apakah sumbangan anda untuk memajukan ekonomi negara?
                                   
F1             Meningkatkan ilmu pengetahuan
F2             Kreatif dan inovatif
F3             Berfikiran terbuka
F4             Bersifat daya saing
F5             Bersifat gigih dan dinamik
F6             Berani menanggung risiko
F7             Bersedia bekerja dalam pelbagai sektor
F8             Membeli barangan buatan Malaysia                                                                                                                   
            [Mana-mana jawapan munasabah]

Bab 3

Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah anda boleh mengekalkan bangunan bersejarah untuk dijadikan warisan generasi akan datang?

F1             Memelihara monumen
F2             Menubuhkan agensi yang mengurus monumen
F3             Mewartakan sebagai khazanah negara
F4             Mewartakan sebagai tapak warisan dunia
F5             Menggubal undang-undang khazanah negara
F6             Kempen melindungi monumen
                  Mana-mana yang munasabah

Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kebudayaan kebangsaan daripada pengaruh budaya luar ?
F1             Memahami budaya sendiri / negara
F2             Mempelajari segala aspek budaya tempatan
F3             Mengamalkan budaya tersebut dalam kehidupan seharian
F4             Tidak terikut-ikut dengan budaya luar
F5             Mengadakan kempen kesedaran tentang pentingnya mempertahankan budaya bangsa
F6             Memestikan rancangan televisyen memaparkan banyak budaya tempatan
F7             Media massa juga tidak digalakkan qq    mempamerkan / mengagungkan budaya luar
                  Mana-mana yang munasabah

Pada pandangan anda,apakah usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan bidang maritim di negara kita?

F1             Membina pelabuhan
F2             Menurunkan cukai
F3             Menyediakan kemudahan moden
F4             Membina pusat-pusat perdagangan
F5             Memudahkan urusan kemasukan pelabur asing
                  Mana-mana yang munasabah




Pada pendapat anda , mengapakah bidang berikut  penting bagi rakyat sesebuah negara ?

                         i.         Pendidikan

                        ii.         Pertanian

Pendidikan

F1             Melahirkan masyarakat yang  berpengetahuan
F2             Melahirkan modal insan berilmu
F3             Memajukan negara/ membangunkan negara
F4             Mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum
             [mana-mana jawapan munasabah]


Pertanian

F1             Menyediakan sumber makanan kepada rakyat
F2             Rakyat boleh mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman
F3             Menambahkan sumber pendapatan
F4             Menyumbangkan modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
F5             Mengelakkan pengangguran di kawasan luar bandar
           

Pada pendapat anda, apakah pengaruh Hindu dan Buddha yang masih diwarisi hingga kini?

F1             Dalam bidang kesenian/pembinaan
F2             Adat budaya/seni tarian/muzik/perkahwinan
F3             Kesusasteraan
F4             Keagamaan
F5             Kitab-kitab perubatan lama/ramuan herba/pemakanan
            (Mana-mana jawapan munasabah)


Bab 5

Sebagai seorang pemimpin, apakah peranan anda untuk memastikan keamanan  dan                   keharmonian negara terus berkekalan?  

F1             Mengutamakan kebajikan rakyat                       
F2             Mengamalkan akhlak yang mulia
F3             Saling bertolak ansur
F4             Menunjukkan teladan yang baik
F5             Mengutamakan kesabaran
F6             Memiliki kebijaksanaan
F7             Mengutamakan perpaduan
F8             Mengadakan perundingan
F9             Mengadakan perjanjian damai
F10           Menggunakan diplomasi
F11           Menunjukkan sikap persefahaman
F12           Tidak mudah menyerah kalah
F13           Menanam sikap perjuangan
F14           Cekal menempuh rintangan/ halangan
F15           Mengamalkan sikap berkecua
F16           Merealisasikan Gagasan ‘Satu Malaysia’                

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Aqabah.

F1             Toleransi antara kaum
F2             Kebijaksanaan dalam kepimpinan
F3             Mengutamakan keamanan
F4             Permuafakatan
F5             Kesungguhan dalam perjuangan
F6             Menepati janji
F7             Bijak mengatur strategi
F8             Amalan bersaudara
F9             Memberi bantuan kepada yang memerlukan
F10           Berakhlak mulia
F11           Tidak mudah berputus asa
F12           Memohon pertolongan Allah
                 


Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh
diperolehi daripada peristiwa perjanjian Aqabah ?

F1             Amalkan sikap tolong menolong / bekerjasama
F2             Pentingnya pengorbanan utk mencapai kejayaan
F3             Menepati janji
F4             Kesetiaan kepada pemimpin
F5            Mementingkan sikap berdisiplin
F6             Mewujudkan persefahaman
F7             Keikhlasan
F8             Semangat setia kawan
F9             Bersifat terbuka
F10           Tolak ansur / diplomasi
                  Mana-mana yang munasabah

Berdasarkan  pengetahuan sejarah anda,  apakah kepentingan
3
 
 perjanjian dalam   kehidupan.

F1     Membina persefahaman 
F2     Kaedah perundingan
F3     Sumber rujukan masa hadapan
F4     Sesuatu yang dipersetujui tidak mudah dimungkiri
F5     Kepentingan ekonomi
F6     Kepentingan sosial
         (Mana-mana jawapan munasabah)

Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hijrah dapat
 diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar.

F1             Sifat negatif  kepada positif
F2             Pemalas kepada rajin
F3             Berusaha mencari ilmu pengetahuan
F4             Menggunakan strategi dalam pembelajaran
                  Mana-mana yang munasabah

Apakah iktibar yang boleh rakyat Malaysia contohi daripada sikap masyarakat Madinah yang mementingkan perpaduan?

F1             Mengenepikan perbezaan bangsa dan agama
F2             Mengelakkan perbalahan semasa sendiri
F3             Mematuhi undang-undang
F4             Taat kepada ketua
F5             Mementingkan persaudaraan
F6             Menjaga keamanan
F7             Mengamalkan sikap bekerjasama
F8             Bertolak ansur
F9             Mematuhi ajaran agama
F10           Sanggup berkorban
            [Mana-mana jawapan munasabah]

Bab 6

Pada pendapat anda, mengapa Islam menekankan konsep syura dalam pemilihan pemimpin?

F1             Menjamin bakal pentadbir yang tepat
F2             Memilih pemimpin yang benar-benar layak
F3             Memastikan pemimpin yang berhemah
F4             Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan umat
F5             Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan negara
F6             Memilih pemimpin yang cemerlang dalam  pentadbiran
F7             Memastikan kelancaran pentadbiran
F8             Pemimpin yang mampu membawa kebahagian dunia akhirat
            (Mana-mana jawapan munasabah)

Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia boleh muncul sebagai pusat keilmuan?

F1             Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju
F2             Menganjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
F3             Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia
F4             Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara bangsa menuntut di IPT negara
F6             Melahirkan ramai tokoh pemikir/cendekiawan/intelektual dalam
                  pelbagai bidang ilmu
F7             Memajukan kegiatan penyelidikan/R&D
F8             Menggalakkan kegiatan penulisan
F9             Menggalakkan kegiatan penterjemahan
            (Mana-mana jawapan munasabah)

Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia boleh menjadi pusat kecemerlangan ilmu di persada dunia?

F1             Mengambil lebih ramai pelajar luar negara
F2             Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
F3             Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
F4             Menaiktaraf universiti di negara ini
F5             Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
F6             Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi
F7             Menggalakkan program pertukaran pelajar
F8             Memajukan program penterjemahan
F9             Memajukan program penulisan karya-karya/buku baru
F10           Menganjurkan program pendidikan antarabangsa

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara kita perlu memberi penekanan kepada pendidikan?

F1             Meningkatkan ilmu pengetahuan
F2             Menaikkan imej negara
F3             Melahirkan masyarakat berilmu
F4             Memajukan negara
F5             Meningkatkan ekonomi negara
F6             Membina modal insane cemerlang
F7             Melatih pemimpin masa depan
F8             Membina ilmu drp pelbagai sumber
F9             Mengadun budaya positif dari tamadun lain
F10           Menjana transformasi negara
F11           Melahirkan ilmuan / intelektual
                  Mana-mana yang munasabah

Bab 8
Sebagai seorang rakyat Malaysia, mengapakah kita perlu
mempertahankan sistem beraja di negara kita?

F1             Raja merupakan ketua negara
F2             Raja lambing kedaulatan negara
F3             Warisan turun temurun sejak zaman KMM
F4             Lambang keamanan rakyat
F5             Lambang perpaduan
F6             Pelindung semua rakyat
F7             Pelindung orang Melayu
F8             Menjaga hak istif1mewa orang Melayu dan    
                 bumiputera
F9             Memastikan keadilanj dilaksanakan
F10           Melicinkan pentadbiran
                  Mana-mana yang munasabah
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi wang?

F1             Kuasa membeli
F2             Lambang status 
F3             Keperluan hidup
F4             Penjagaan kesihatan 
F5             Peluang pendidikan 
F6             Keselesaan hidup
F7             Keharmonian rumahtangga
F8             Memenuhi kehendak
                  (Mana-mana jawapan munasabah)

Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan supaya nilai hidup yang dibawa oleh Islam ini terus diamalkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia?

F1             Melalui kempen
F2             Melalui didikan ibu bapa
F3             Melalui aktiviti sekolah/persatuan
F4             Pihak media massa memperbanyak program berkaitan
F5             Peranan sesebuah keluarga menghidupkan budaya ini
F6             Generasi muda mesti mempunyai jati diri yang kukuh
F7             Generasi muda mesti berbangga/tidak malu   
                 mengamalkan budaya ini
F8             Peranan pemimpin

Berikan cadangan anda untuk mengembalikan kegemilangan negara kita dalam bidang perdagangan.                           

F1             Bersama-sama berganding bahu  memajukan negara
F2             Berusaha gigih demi masa depan negara
F3             Menekankan  kemajuan dari sudut dunia /akhirat
F4             Memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial

F5             Menjadi modal insan terbilang / memiliki personaliti unggul

F6             Mendapatkan pendidikan berkualiti / berprestasi tinggi 

F7             Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa

F8             Berfikiran kritis / kreatif dalam memajukan bangsa

F9             Mencipta inovasi / nilai baru / ciptaan baru

F10           Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran

F11           Meningkatkan disiplin diri

F12           Sentiasa mengamalkan sahsiah / sikap / akhlak / moral yang baik

F13           Memanfaatkan usaha kerajaan / mengambil peluang / melibatkan diri dalam mengembangkan    ilmu pengetahuan          

F14           Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda / keterampilan diri

F15           Menjauhi diri daripada gejala negatif

F16           Mematuhi ajaran agama

F17           Memelihara jati diri

F18           Mengamalkan gaya hidup sihat

F19           Mengekalkan perpaduan / Gagasan Satu Malaysia

                  (Mana-mana jawapan yang munasabah)     
                           
Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pelabuhan utama dunia?
F1             Membina institusi pelaut
F2             Penambahan kemudahan pelabuhan
F3             Kemudahan baik pulih kapal
F4            Menyediakan pusat kemahiran
F5            Menyediakanj kursus perkapalan
F6            Memajukan sektor perikanan
F7             Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
                  Mana-mana yang munasabah

Bagaimanakah pendidikan dapat membantu  seseorang  menjadi insan yang berperibadi mulia?

F1          Menerap nilai-nilai murni
F2          Mengajar manusia bertanggung jawab
F3          Membangunkan sahsiah
F4          Menjadikan manusia berfikiran matang
F5          Menjadi insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
              (Mana-mana jawapan munasabah)

Andaikan anda seorang pemimpin negara, apakah langkah  yang akan diambil untuk melahirkan masyarakat berilmu?

                                                                                                
F1
Membina banyak sekolah
F2
Memastikan semua pelajar berpeluang belajar
F3
Memberi bantuan kepada pelajar yang tidak mampu meneruskan pelajaran
F4
Menyediakan kemudahan sistem maklumat / ICT 
F5
Meluaskan penggunaan jalur lebar
F6
Membekalkan komputer kepada sekolah
F7
Membanyakkan institusi pengajian tinggi


Pada pendapat anda, apakah kepentingan pendidikan ?

F1             Melahirkan manusia berakhlak mulia
F2             Melahirkan warganegara yang mematuhi undang-undang 
F3             Mengukuhkan semangat patriotisme rakyat 
F4             Mengukuhkan  perpaduan antara kaum
F5             Meningkatkan taraf hidup penduduk
F6             Meningkatkan bilangan pekerja mahir
F7             Memajukan ekonomi negara
F8             Memajukan teknologi canggih/inovasi
F9             Menguasai ilmu pengetahuan
             (Mana-mana jawapan munasabah)

Bab 9

Nyatakan nilai kehidupan yang boleh anda pelajari dari sejarah Zaman Gelap di Eropah?

F1             Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan
F2             Tanpa ilmu, kehidupan masyarakat akan mundur
F3             Mentaati pemerintah
F4             Hubungan baik antara rakyat dan pemerintah akan mengukuhkan negara
             [Mana-mana jawapan yang munasabah]

Bab 10

Kemasukan imigran Cina dan India telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini.
Cadangkan bagaimana perpaduan kaum dapat dipupuk.

F1             Sukatan pelajaran sekolah yang sama
F2             Penubuhan sekolah wawasan
F3             Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan
F4             Pengamalan kebudayaan
F5             Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati
F6             Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama
F7             One Malaysia
F8             Sukan untuk semua
F9             Program Latihan Khidmat Negara / PLKN
F10           Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga
F11           Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
F12           Perkahwinan antara kaum digalakkan
                  (Mana-mana jawapan yang munasabah)


Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kesan dasar kerajaan British terhadap orang Melayu?

F1             Terpaksa membayar cukai
F2             Tidak bebas mengusahakan/memiliki tanah
F3             Melayu terdedah dengan ekonomi wang
F4             Melayu terpaksa bergantung dengan orang tengah untuk meminjam wang
F5             Terpaksa menjual tanah untuk melangsaikan hutang
F6             Melayu kekal miskin/sebagai petani
F7             Pekebun kecil Melayu terpinggir daripada aliran/kemajuan ekonomi
F8             Melayu tidak berpeluang terlibat dengan ekonomi moden
F9             Melayu gagal bersaing dalam ekonomi
F10           Dasar tanah British menyulitkan orang Melayu
(Terima mana-mana jawapan munasabah dan kesan positif)


Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sebab negara kita harus mempertimbangkan kegiatan ekonomi perdagangan.

F1             Negara dapat dibangunkan kerana mempunyai sumber ekonomi yg banyak dan menguntungkan
F2             Dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk tempatan
F3             Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
F4             Kemudahan infrastuktur yang lebih baik
F5             Kemudahan prasarana yg bberkembang dgn pesat
F6             Jalinan jalan raya di seluruh negara dapat dibina
F7             Wujudnya bandar-bandar baru di seluruh negara
F8             Wujudnya kawasan-kawasan perindustrian
                  Mana-mana yang munasabah

Pada pendapat anda, apakah kesan kehadiran buruh asing ke Tanah
Melayu pada ketika itu?

F1             Terbentuk masyarakat berbilang kaum
F2             Penempatan yang berbeza
F3             Orang Melayu di kampung / luar bandar
F4             Orang India di estet
F5             Orang Cina di lombong / bandar
F6             Pekerjaan yang berbeza mengikut fungsi ekonomi
F7             Orang Melayu bertani / miskin
 F8            Orang India menjadi buruh
F9             Orang Cina peniaga / bekerja di lombong
F10           Bahasa pertuituran yang berbeza
F11           Pertambahan penduduk

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia,  bagaimanakah
anda berusaha mengisi kemerdekaan negara?                                       

F1             Bersama-sama berganding bahu  memajukan negara
F2             Menekankan  kemajuan dari sudut dunia /akhirat
F3             Memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial
F4             Menjadi modal insan terbilang / memiliki personaliti unggul
F5             Mendapatkan pendidikan berkualiti / berprestasi tinggi 
F6             Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa
F7             Berfikiran kritis / kreatif dalam memajukan bangsa
F8             Mencipta inovasi / nilai baru / ciptaan baru
F9             Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran
F10           Meningkatkan disiplin diri

F11           Sentiasa mengamalkan sahsiah / sikap / akhlak / moral yang baik

F12           Memanfaatkan usaha kerajaan / mengambil peluang / melibatkan diri dalam mengembangkan    ilmu pengetahuan          

F13           Menjauhi diri daripada gejala negatif

F14           Mematuhi ajaran agama

F15           Memelihara jati diri

F17           Mengekalkan perpaduan / Gagasan 1 Malaysia

                            
Pada pendapat anda, mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu perlu dikekalkan?

F1             Dapat melindungi Tanah Simpanan Melayu
F2             Sebagai warisan Melayu
F3             Elak daripada jatuh ketangan bukan Melayu / orang asing
F4             Menjaga warisan tanah orang Melayu
                  Mana-mana yang munasabah

Sekiranya anda memiliki tanah pusaka, bagaimanakah anda dapat mengekalkan hak milik tanah tersebut?  
                                                                                                                         
F1             Tidak menjual tanah tersebut
F2             Memajukan tanah yang dimiliki
F3             Mengusahakannya dengan aktiviti yang menguntungkan
F4             Memberikan pendidikan/ilmu tentang kepentingan tanah
F5             Memberikan kesedaran pentingnya tanah pusaka untuk kelangsungan hidup
F6             Menguatkuasakan undang-undang melarang tanah pusaka daripada dijual kepada orang asing
F7             Menubuhkan syarikat mengurus hartanah pusaka
           
Sebagai seorang rakyat  Malaysia, apakah pentingnya kita mempertahankan hak tanah yang kita miliki daripada terlepas ke tangan orang asing?

F1             Tanah merupakan sumber ekonomi negara
F2             Mengekalkan kedaulatan negara
F3             Menjamin kekayaan sama rata
F4             Mengekalkan hak warisan bangsa
   
Sebagai warganegara yang prihatin, apakah peranan anda dalam mengekalkan  perpaduan kaum?    

F1             Belajar di sekolah yang sama
F2             Menggunakan bahasa pertuturan yang sama
F3             Pelajar daripada kaum berlainan boleh berinteraksi melalui
                  kokurikulum
F4             Menggunakan kurikulum yang sama
F5             Saling hormat-menghormati
F6             Bekerjasama/bertoleransi
F7             Kunjung –mengunjungi pada hari perayaan
F8             Tidak membangkitkan isu-isu sensitif
           
Bagaimanakah kepelbagaian budaya dapat disepadukan di negara ini?

F1             Melalui Dasar Pendidikan Negara
F2             Melalui kempen 1 Malaysia
F3             Melalui aktiviti sukan
F4             Melalui program/aktiviti di sekolah
F5             Melalui aktiviti kokurikulum

F6             Sambutan perayaan semua kaum