I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-PENINGKATAN TAMADUN MANUSIA (Sistem Pemerintahan)(28)

TEMA 7 (Bab 2 Tingkatan 4)


PENINGKATAN TAMADUN
(SISTEM PEMERINTAHAN)


SKOP KAJIAN

·         Latar Belakang kemunculan dan Ciri Sistem Demokrasi di Yunani
·         Perbandingan Demokrasi Yunani Dengan Demokrasi di Malaysia
·         Kepentingan Sistem Demokrasi
·         Perkembangandan Ciri Sistem Republik di Rom
·         Ciri pemerintahan Sistem Beraja Mutlak di India
·         Pelaksanaan Sisem Pemerintahan Bercorak Birokrasi di China
  

SOALAN STRUKTUR

Jadual di bawah menunjukkan bentuk pemerintahan pada zaman peningkatan tamadun manusia.

Tamadun
Bentuk Pemerintahan
Yunani
Sistem Demokrasi
Rom
Sistem Republik
India
Sistem Beraja Mutlak
China
Sistem Birokrasi

(a)    Nyatakan ciri sistem demokrasi di Athens.
 [2 markah]

(b)    Jelas peranan Dewan Perhimpunan dan Dewan Senat dalam sistem pemerintahan republik di Rom.

(i)      Dewan Perhimpunan
[markah]


         (ii)     Dewan Senat
 [markah]

(c)     Julius Caesar telah mengubah sistem republik di Rom kepada sistem beraja. Sebutkan perubahan yang dilakukan oleh beliau.
 [2 markah]

(d)    Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja mutlak dilaksanakan dalam tamadun India ?
 [2 markah]

(e)    Jelaskan sistem birokrasi awam dilaksanakan pada zaman Dinasti Chin di China.
 [2 markah]

JAWAPAN

(a)  Nyatakan ciri sistem demokrasi di Athens.

·          Mempunyai Dewan Perhimpunan dan Majlis.
·          Dewan Perhimpunan dianggotai oleh semua warganegara lelaki yang dewasa.
·          Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan ialah antara enam bulan hingga setahun.
·          Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan.
·          Dewan Perhimpunan bertanggungjawab mencadangkan dasar kerajaan.
·          Keputusan Dewan Perhimpunan dihantar kepada Majlis untuk dibincangkan.
·          Dewan Perhimpunan melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri.
·          Dewan Perhimpunan boleh memecat ahli Majlis, Majistret dan Juri.
 [2 markah]

(b) Jelas peranan Dewan Perhimpunan dan Dewan Senat dalam sistem pemerintahan republik di Rom.

      (i)      Dewan Perhimpunan

·          Melantik Konsul
·          Membantu Konsul menjalankan pentadbiran negara.
·          membincangkan hal-hal pentadbiran negara.
·          Merangka perundangan negara.
 [markah]

      (ii)     Dewan Senat

·          Menerima keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat.
·          Membincangkan semula apa yang telah diluluskan oleh Dewan Senat.
·          Meluluskan keputusan Dewan Senat.
 [markah]


(c)  Julius Caesar telah mengubah sistem republik di Rom kepada sistem beraja. Sebutkan perubahan yang dilakukan oleh beliau.

·          Menjalankan pemerintahan bercorak empayar
·          Membentuk pemerintahan berpusat
·          Menyatukan wilayah kecil yang ditaklukinya
·          Menamatkan pemerintahan republik
·          Menguasai angkatan tentera dan Senat
·          Mengisytiharkan dirinya diktator dan memakai gelaran Maharaja
 [2 markah]

(d) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja mutlak dilaksanakan dalam tamadun India ?

·          Raja mempunyai kuasa mutlak
·          Raja menjadi ketua pemerintah
·          Raja mengetuai pentadbiran
·          Raja menjadi ketua agama
·          Kedudukan raja diperkukuhkan dengan upacara ritual
·          Raja dianggap suci
·          Golongan Brahmin merupakan penasihat
·          Golongan Ksyatria menjadi pegawai tertinggi
 [2 markah]

(e)  Jelaskan sistem birokrasi awam dilaksanakan pada zaman Dinasti Chin di China.

·          Pegawai pentadbiran awam dilantik oleh maharaja
·          Pegawai dilantik daripada kalangan rakyat
·          Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perkhidmatan awam
·          Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam
 [2 markah]



PENINGKATAN TAMADUN
(SISTEM PEMERINTAHAN)


SOALAN ESEI

Sistem demokrasi Yunani dan sistem republik Rom adalah dua bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara demokrasi pada hari ini.

(a)    Terangkan perkembangan sistem pemerintahan di Athens sehingga munculnya sistem demokrasi.
[6 markah]

(b)    Bagaimanakah sistem republik diamalkan di Rom ?
[6 markah]

(c)     (i)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah perbezaan demokrasi di Yunani dengan demokrasi di Malaysia ?
[4 markah]


         (ii)  Mengapakah sistem demokrasi sesuai diamalkan di negara kita ?
[4 markah]

JAWAPAN

(a)  Terangkan perkembangan sistem pemerintahan di Athens sehingga munculnya sistem demokrasi.

·          Pada mulanya Athens mengamalkan pemerintahan beraja
Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
                Raja dibantu oleh konsul dalam pentadbiran.
·          Pemerintahan beraja bertukar menjadi pemerintahan oligarki
Kuasa dan peranan raja dibolot oleh Konsul.
Raja mempunyai kuasa yang terhad.
Pemerintahan dijalankan oleh konsul.
·          Pemerintahan oligarki bertukar kepada pemerintahan aristokrasi
Daripada golongan konsul lahirnya golongan aristokrat yang kuat.
Mereka memiliki kuasa yang besar.
Mereka menguasai pentadbiran.
·          Pemerintahan aristokrasi digantikan dengan pemerintahan diktator / tirani
Rakyat yang dipimpin oleh tentera menggulingkan golongan aristokrasi.
Pemimpin diktator memerintah secara kuku besi.
·          Pemerintahan diktator ditukar kepada pemerintahan demokrasi
Golongan aristokrat kembali menggulingkan pemerintahan diktator
Pemerintahan bercorak demokrasi diperkenalkan.
 [6 markah]


(b) Bagaimanakah sistem republik diamalkan di Rom ?

·          Di Rom, tiada pemerintah berkuasa mutlak.
·          Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul.
·          Konsul dilantik oleh Dewan Senat.
·          Dewan Senat membantu Konsul menjalankan pemerintahan.
·          Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan.
·          Dewan Senat membincangkan pentadbiran dan merangka perundangan.
·          Konsul dilantik daripada kalangan ahli Dewan Senat.
·          Sebelum dilantik menjadi konsul seseorang itu mestilah seorang praeotor
·          Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan.
·          Dewan Perhimpunan dianggotai semua rakyat Rom.
·          Keputusan Dewan Senat diluluskan oleh Dewan Perhimpunan
 [6 markah]


(c)  (i)      Berdasarkan pengetahuan anda, apakah perbezaan demokrasi di Yunani dengan demokrasi di Malaysia ?

·          Demokrasi di Yunani berbentuk penyertaan langsung.
·          Semua warganegara lelaki dewasa menjadi ahli Dewan Perhimpunan
·          Demokrasi di Malaysia berbentuk penyertaan tidak langsung.
·          Rakyat diwakili oleh wakil dalam Dewan Rakyat.
·          Wakil rakyat dipilih melalui pilhan raya.
 [4 markah]


      (ii)     Mengapakah sistem demokrasi sesuai diamalkan di negara kita ?

·          Memberi peluang kepada rakyat terlibat dalam pemerintahan
·          Melicinkan pentadbiran negara
·          Menjamin pemerintahan yang ada
·          Membolehkan kerajaan ditukar jika tidak cekap
·          Memberi peluang kepada rakyat menyuarakan pendapat
·          Melancarkan pembangunan negara
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

No comments:

Post a Comment