I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 8, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-SISTEM AHLI(7)

TEMA 11 (Bab 5 Tingkatan 5)



SISTEM AHLI

SKOP KAJIAN

·         Maksud Sistem Ahli
·         Sebab pihak British memperkenalkan Sistem Ahli
·         Ciri Sistem Ahli
·         Tokoh yang menjadi anggota Sistem Ahli
·         Tugas Ahli
·         Kepentingan Sistem Ahli


SOALAN STRUKTUR

Sistem Ahli telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada bulan Februari 1950.

(a)    Apakah Sistem Ahli ?
 [2 markah]


(b)    Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli ?
 [2 markah]


(c)     Senaraikan tokoh yang menjadi anggota Sistem Ahli pada peringkat awal pelaksanaannya.
[2 markah]


(d)    Nyatakan dua tugas Ahli.
[2 markah]


(e)    Pada pandangan anda, mengapakah pelaksanaan Sistem Ahli mendatangkan kesan yang baik kepada pentadbiran negara ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

(a)  Apakah Sistem Ahli ?

·          Sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu.
·          Sistem pentadbiran yang ditiru daripada negara Kenya dan Rhodesia Utara.
·          Sistem yang diperkenalkan oleh British untuk melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran.
[2 markah]


(b) Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli ?

·          Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran.
·          Hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi
·          Mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya (PKM)
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(c)  Senaraikan tokoh yang menjadi anggota Sistem Ahli pada peringkat awal pelaksanaannya.

·          Dato Onn Jaafar                   Ahli Dalam Negeri
·          O.A. Spencer                       Ahli Ekonomi
·          Tunku Yaakob                      Ahli Pertanian & Perhutanan
·          Dr. Lee Tiang Keng              Ahli Kesihatan
·          E.E.C. Thuraisingam            Ahli Pelajaran
·          J.D. Hodgkinson                  Ahli Perindustrian &Sosial
·          J.D. Mead                            Ahli Perumahan & Kerja Raya
 [2 markah]

 (d)   Nyatakan dua tugas Ahli.


·          Menjaga satu portfolio dan jabatan
·          Menguruskan pentadbiran harian jabatan.
·          Mencadangkan undang-undang jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).
·          Berbincang dengan pegawai kanan British tentang cadangan undang-undang.
·          Menerima arahan dan cadangan Pesuruhjaya Tinggi British dalam menyediakan undang-undang.
 [2 markah]


(e)  Pada pandangan anda, mengapakah pelaksanaan Sistem Ahli  mendatangkan kesan yang baik kepada pentadbiran negara ?

·           Sistem Ahli melatih orang tempatan berkerajaan sendiri.
·          Sistem ini memulakan proses perpaduan kaum
·          Ia menjadi asas yang menentukan kemerdekaan yang akan dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk
·          Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui kerajaan walaupun dikuasai oleh British
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]



SOALAN ESEI

Sistem Ahli dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955, iaitu sebelum pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dijalankan pada bulan Julai 1955.

(a)    Jelaskan ciri Sistem Ahli yang diperkenalkan oleh British.
[4 markah]


(b)    Terangkan tugas Ahli dalam sistem tersebut.
[4 markah]


(c)     (i)   Pada pandangan anda, mengapakah pelaksanaan Sistem Ahli dapat memupuk perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu ?
[6 markah]


         (ii)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kebaikan yang boleh dinikmati oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu melalui pelaksanaan Sistem Ahli ?
[6 markah]


JAWAPAN ESEI

(a)  Jelaskan ciri Sistem Ahli yang diperkenalkan oleh British.

·          Ahli terdiri daripada pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.
·          Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
·          Ahli terdiri daripada sembilan orang anggota.
·          Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
 [4 markah]

(b) Terangkan tugas Ahli dalam sistem tersebut.

·          Menjaga satu portfolio dan jabatan
·          Menguruskan pentadbiran harian jabatan.
·          Mencadangkan undang-undang jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).
·          Berbincang dengan pegawai kanan British tentang cadangan undang-undang.
·          Menerima arahan dan cadangan Pesuruhjaya Tinggi British dalam menyediakan undang-undang.
 [4 markah]


(c)  (i)      Pada pandangan anda, mengapakah pelaksanaan Sistem Ahli dapat memupuk perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu ?

·          Melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pemerintahan Tanah Melayu.
·          Ahli yang dilantik terdiri daripada pelbagai kaum.
·          Semua kaum dapat berbincang untuk membuat keputusan terbaik dalam pentadbiran.
·          Pelaksanaan Sistem Ahli dipantau oleh British.
·          Pentadbiran Sistem Ahli berasaskan prinsip pakatan murni.
·          Setiap kaum menghormati kaum lain dalam melaksanakan pentadbiran
·          Sistem Ahli bertujuan untuk mensejahterakan semua kaum.
·          Sistem Ahli menjaga kebajikan semua kaum.
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [6 markah]


      (ii)     Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kebaikan yang boleh dinikmati oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu melalui pelaksanaan Sistem Ahli ?

·          Dapat menerajui sendiri pemerintahan Tanah Melayu.
·          Mendapat latihan untuk mentadbir Tanah Melayu.
·          Dapat mewujudkan perpaduan kaum.
·          Dapat menyelesaikan masalah tuntutan kaum berasaskan prinsip pakatan murni.
·          Meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di Tanah Melayu.
·          Dapat membuat persediaan ke arah mencapai kemerdekaan.
·          Mendapat bimbingan daripada British dalam urusan pentadbiran
·          Dapat mempraktikkan amalan bertolak ansur dalam melaksanakan pentadbiran.
·          Mana-mana jawapan munasabah

[6 markah]

No comments:

Post a Comment