I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-REVOLUSI PERINDUSTRIAN(17)

TEMA 9 (Bab 9 Tingkatan 4)



REVOLUSI PERINDUSTRIAN

SKOP KAJIAN

·         Maksud Revolusi Perindustrian
·         Faktor yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian
·         Perkembangan semasa Revolusi Perindustrian
·         Sumbangan Revolusi Perindustrian
·         Hubungan pekerja – majikan semasa Revolusi Perindustrian

SOALAN STRUKTUR

Rajah di bawah merujuk kepada kesan Revolusi Perindustrian di Britain.


Kesan Revolusi Perindustrian
·   Peningkatan perdagangan antarabangsa
·   Kemajuan bidang pengangkutan
·   Kemunculan golongan buruh dan majikan


(a)     Berikan dua faktor yang menyebabkan Britain melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa.
 [2 markah]


(b)     Nyatakan kesan kewujudan perdagangan antarabangsa ke atas             ekonomi Britain.
 [2 markah]


 (c)    Pada pandangan anda, mengapakah sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi Britain ?
 [2 markah]


(d)     Nyatakan dua bentuk penindasan pihak majikan terhadap pekerja bidang perusahaan di Britain pada zaman Revolusi Perindustrian.
 [2 markah]


(e)     Pada pandangan anda, mengapakah golongan pekerja berhak mendapat pembelaan ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a)  Berikan dua faktor yang menyebabkan Britain melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa.

·          Untuk memasarkan lebihan produk
·         Untuk memaksimumkan keuntungan
·         Mempunyai kemudahan mengendalikan perdagangan antarabangsa
·         Britain adalah negara penjajah utama
·         Britain adalah kuasa maritim yang ulung
·         Keperluan bahan mentah untuk industri
·         Peningkatan dalam sistem pengangkutan.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

 (b)  Nyatakan kesan kewujudan perdagangan antarabangsa ke atas ekonomi Britain.

·         Industri Britain berkembang maju
·         Britain terlibat dalam perdagangan import – eksport.
·         Peningkatan dalam sistem pengangkutan
·         Pengeksportan modal ke seberang laut
·         Sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara berkurangan.
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


 (c) Pada pandangan anda, mengapakah sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi Britain ?

·         Mempercepatkan sistem pengangkutan dan perhubungan
·         Membolehkan Britain menjelajah ke Timur
·         Membolehkan pelayaran ke Timur lebih selamat
·         Britain dapat menguasai bahan mentah di Timur
·         Bahan mentah dapat dibawa balik dengan cepat dan selamat
·         Menggalakkan pelaburan dalam bidang industri
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(d)  Nyatakan dua bentuk penindasan pihak majikan terhadap pekerja bidang perusahaan di Britain pada zaman Revolusi Perindustrian.

·          Pekerja tidak mendapat layanan yang sewajarnya.
·         Pekerja dibayar gaji yang rendah.
·         Mereka dilarang menubuhkan kesatuan sekerja.
·         Pihak majikan mengenakan akta yang ketat untuk mengawal pekerja.
·         Pihak majikan menggunakan buruh kanak-kanak dalam perusahaan.
·         Had masa bekerja melebihi sepuluh jam.
·         Menggunakan buruh wanita dalam perusahaan arang batu.
 [2 markah]

(e)  Pada pandangan anda, mengapakah golongan pekerja berhak mendapat pembelaan ?

·         Mengelakkan penindasan
·         Meningkatkan produktiviti
·         Menunjukkan sifat perikemanusiaan
·         Menggalakkan perkembangan ekonomi
·         Mencapai taraf negara maju
·         Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]

SOALAN ESEI

(a)     Apakah maksud Revolusi Perindustrian ?
         [2  markah]


(b)     Terangkan faktor yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian di Britain.
         [8  markah]


(c)     (i)   Nyatakan kesan Revolusi Perindustrian terhadap ekonomi dan sosial Britain.
               [6  markah]

         (ii)  Apakah kebaikan daripada Revolusi Perindustrian di Eropah yang dapat kita contohi dalam memajukan ekonomi negara ?
         [4  markah]

JAWAPAN ESEI

(a)  Apakah maksud Revolusi Perindustrian ?
        
·         Pengeluaran barang yang dihasilkan secara besar-besaran.
·         Pengeluaran barang melebih paras keperluan pengusaha.
·         Dihasilkan dengan perantaraan mesin.
·         Hasil keluaran dikomersilkan.
 [2  markah]

(b)  Terangkan faktor yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian di Britain.
        
·         Sumbangan Revolusi Pertanian.

        Menyediakan modal untuk kegiatan industri.

        Peladang kaya melabur modal dalam perindustrian.

·         Semangat keusahawanan peladang kaya.
                 Mereka sanggup melabur dalam bidang baru yang belum pasti mendatangkan keuntungan.
·         Bekalan makanan yang mencukupi
Makanan cukup untuk menampung pekerja kilang.
Revolusi pertanian menambahkan bekalan makanan.
Britain tidak perlu import bahan makanan dari luar.
        Dana dapat dilaburkan dalam industri.
·         Penggunaan teknologi.
        Penggunaan mesin menggantikan manusia atau binantang.
        Pelbagai mesin direka untuk tingkatkan pengeluaran.
        Barangan dapat dikeluarkan dengan banyak.
        Kos pengeluaran barangan menjadi murah.
        Barangan mudah dipasarkan kepada umum.
·         Skala pengeluaran yang besar
        Lebihan produk ini dapat dikomersilkan.
·         Wujudnya pengkhususan kerja.
        Pengkhususan kerja dapat mengurangkan kos.
        Pengkhususan kerja meningkatkan kualiti produk.
        Produk berkualiti dipasarkan di peringkat antarabangsa.
·         Penggunaan mesin berkuasa wap.
        Penggunaan enjin berkuasa wap meningkatkan perlombongan arang batu.
               Penggunaan kapal wap meningkatkan sistem perhubungan dan pengangkutan.
 [8  markah]

(c)  (i)      Nyatakan kesan Revolusi Perindustrian terhadap ekonomi dan sosial Britain.
              
·         Kegiatan pengilangan telah menggantikan kegiatan pertanian.
·         Bidang pembuatan menjadi sumber utama ekonomi negara.
·         Ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja industri
·         Bidang perindustrian menjadi punca ekonomi masyarakat.
·         Perindustrian membekalkan banyak peluang pekerjaan.
·         Perindustrian menjadi punca pendapatan masyarakat.
·         Ramai rakyat Britain menjadi pekerja industri.
·         Wujudnya golongan majikan dan buruh dalam masyarakat
 [6  markah]

      (ii)     Apakah kebaikan daripada Revolusi Perindustrian di Eropah yang dapat kita contohi dalam memajukan ekonomi negara ?
        
·         Memberi tumpuan kepada perindustrian
·         Pengeluaran dijalankan secara berskala besar
·         Meningkatkan produktiviti pengeluaran
·         Menggunakan teknologi moden
·         Menjaga kebajikan pekerja
·         Meningkatkan sistem pengangkutan dan perhubungan
·         Memberi tumpuan kepada pertanian seiring dengan perindustrian
·         Menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]

No comments:

Post a Comment