I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-KERJAAN BANI ABBASIYAH(24)

TEMA 8 (Bab 6 Tingkatan 4)



KERAJAAN BANI ABBASIYAH

SKOP KAJIAN

·         Latar belakang pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyah
·         Faktor kegemilangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam kegiatan keilmuan
·         Peranan kota Baghdad sebagai pusat intelektual
·         Kegiatan keilmuan di kota Baghdad

SOALAN STRUKTUR

Pada zaman kegemilangan Kerajaan Bani Abbasiyah, kota Baghdad telah menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan yang membawa peradaban baru dalam dunia Islam dan Barat.

(a)     Apakah peranan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan ilmu ?
 [2 markah]

(b)     Nyatakan faktor yang membantu kemunculan kota Baghdad sebgai pusat kegiatan ilmu.
 [2 markah]

(c)     Nyatakan cabang ilmu Islam yang berkembang di kota Baghdad.
 [2 markah]

 (d)    Berikan dua tokoh ulama Islam yang muncul pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.
 [2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, apakah usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

(a)  Apakah peranan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan ilmu ?

·         Pusat penulisan karya bahasa Arab.
·         Pusat penulisan kajian ilmiah.
·         Pusat  penterjemahan karya Yunani
·         Pusat kegiatan ulama.
·         Pusat pengajian tinggi.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(b)  Nyatakan faktor yang membantu kemunculan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan ilmu.

·         Peranan Khalifah menggalakkan kegiatan keilmuan
·         Pembinaan Baitulhikmah sebagai pusat aktiviti penulisan dan penterjemahan.
·         Penglibatan ulama dalam kegiatan keilmuan.
·         Penemuan kaedah baru dalam penulisan ilmiah.
·         Kreativiti cendekiawan dalam penterjemahan.
·         Penubuhan pusat pengajian tinggi.
·         Kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu.
[2 markah]

(c)  Nyatakan cabang ilmu Islam yang berkembang di kota Baghdad.

·         Fikah
·         Tafsir
·         Hadis
·         Sirah
·         Tasawuf
·         Sains
 [2 markah]


(d)  Berikan dua tokoh ulama Islam yang muncul pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.

·         Imam Malik
·         Imam Abu Hanifah
·         Imam Shafie
·         Imam Ahmad ibn Hambal
 [2 markah]


(e)  Pada pandangan anda, apakah usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu ?

·         Pemerintah hendaklah menggalakkan kegiatan keilmuan
·         Menubuhkan pusat kegiatan keilmuan
·         Menubuhkan universiti
·         Menggalakkan masyarakat menimba ilmu pengetahuan
·         Menggalakkan penulisan buku ilmiah
·         Menterjemah karya asing ke dalam Bahasa Melayu
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid dan al-Makmun, kota Baghdad telah memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu.

(a)     Nyatakan peranan kota Baghad sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.
[6  markah]

 (b)    Huraikan faktor yang membantu kota Baghdad muncul sebagai pusat penyebaran ilmu.
[8  markah]

 (c)    (i)   Pada pandangan anda, mengapakah kegiatan intelektual memainkan peranan penting dalam sesebuah negara  ?
[4  markah]

         (ii)  Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan negara kita sebagai hub pendidikan dunia ?
[4  markah]


JAWAPAN ESEI

(a)  Nyatakan peranan kota Baghad sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.

·         Pusat penulisan karya bahasa Arab.
·         Pusat penulisan kajian ilmiah.
·         Pusat  penterjemahan karya Yunani
·         Pusat kegiatan ulama.
·         Pusat pengajian tinggi.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [6  markah]

 (b) Huraikan faktor yang membantu kota Baghdad muncul sebagai pusat penyebaran ilmu.

·         Peranan pemerintah
Khalifah Harun al-Rashid dan al-Makmun menggalakkan kegiatan keilmuan
·         Pembinaan Baitulhikmah
Menjadi pusat kegiatan ulama.
Menjalankan aktiviti penulisan dan penterjemahan.
·         Penglibatan ulama dalam kegiatan keilmuan.
Contohnya Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Shafie, Imam Ahmad Ibn Hambal, Ibn Ishaq dll.
Ulama menyusun hadis dan menulis pelbagai ilmu.
·         Penemuan kaedah baru dalam penulisan ilmiah.
Dijalankan mengikut tiga tahap iaitu mencatat idea, mengumpul bukti dan menyusun hasil penulisan  mengikut bab.
·         Kreativiti cendekiawan dalam penterjemahan.
Menambahkan keterangan dan ulasan dalam karya.
·         Penubuhan pusat pengajian tinggi.
Menjalankan kajian dan penyelidikan.
Dapatan kajian disebarkan ke Eropah.
Menyumbang kepada kelahiran Zaman Renaissance.
·         Kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu.
Menimba ilmu pengetahuan daripada sumber asing.
Memulihara ilmu Eropah daripada lenyap.
Memperbaiki dan  meningkatkan mutu karya asalnya.
 [8  markah]

(c)  (i)      Pada pandangan anda, mengapakah kegiatan intelektual memainkan peranan penting dalam sesebuah negara  ?

·         Dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
·         Dapat mewujudkan k-masyarakat
·         Dapat melahirkan golongan cendekiawan
·         Dapat meneroka bidang ilmu baharu
·         Dapat memulakan k-ekonomi dalam negara
·         Dapat meningkatkan kajian dalam pelbagai bidang
·         Dapat menjana kemajuan ekonomi negara
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]

      (ii)     Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan negara kita sebagai hub pendidikan dunia ?

·         Memperbanyakkan pusat pengajian tinggi bertaraf dunia
·         Menggalakkan kegiatan penulisan ilmiah
·         Mewujudkan pendidikan bestari yang menggunakan kemudahan ICT
·         Mengenakan yuran pengajian yang berpatutan
·         Melahirkan tenaga pendidik yang berkualiti
·         Mewujudkan sukatan pelajaran mengikut piawaian antarabangsa
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]

No comments:

Post a Comment