I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN(25)

TEMA 8 (Bab 6 Tingkatan 4)



KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN

SKOP KAJIAN

·         Maksud Khalifah
·         Cara perlantikan Khalifah dalam Islam
·         Syarat kelayakan menjadi Khalifah
·         Tugas dan tanggungjawab Khalifah
·         Sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
·         Sumbangan Khalifah Umar al-Khattab


SOALAN STRUKTUR

Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 Masihi, sistem pemerintahan kerajaan Islam diteruskan melalui sistem pemerintahan khalifah yang dikenali sebagai Khulafa ar-Rasyidin.

 (a)   Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah ?
 [2 markah]
        
(b)    Nyatakan dua syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon Khalifah.
 [2 markah]
        
 (c)    Jelaskan kaedah yang digunakan dalam Islam untuk memilih seseorang Khalifah.
 [2 markah]

(d)    Pada pandangan anda, mengapakah syura dan baiah penting dalam perlantikan pemimpin sesebuah negara ?
 [2 markah]


(e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh pemimpin negara Islam ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah ?

·         Dari segi bahasa, Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w bagi melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Islam
·         Dari segi agama, Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian umat Islam.
 [2 markah]
        
(b) Nyatakan dua syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon Khalifah.

·          Lelaki yang merdeka
·         Beragama Islam
·         Memilki pengetahuan tentang Islam
·         Mematuhi perintah Allah / warak
·         Sanggup melaksanakan hukum Allah
·         Bersifat adil
·         Mempunyai akhlak yang baik
·         Tubuh yang sihat dan sempurna
·         Berfikiran cerdas
·         Pandai mentadbir kerajaan
 [2 markah]

 (c)   Jelaskan kaedah yang digunakan dalam Islam untuk memilih seseorang Khalifah.

·         Melalui musyawarah / syura
·         Cadangan satu nama daripada khalifah terdahulu
·         Pemilihan daripada beberapa orang calon
·         Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
·         Diperkukuhkan dengan baiah
 [2 markah]


(d) Pada pandangan anda, mengapakah syura dan baiah penting dalam perlantikan pemimpin sesebuah negara ?

·         Menjamin perlantikan pentadbir yang tepat dan berkelayakan
·         Menjamin pentadbiran lebih lancar
·         Menggalakkan pemerintah berusaha menjadi pemimpin cemerlang
·         Melantik pemerintah yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh pemimpin negara Islam ?

·         Memelihara kedudukan agama Islam
·         Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
·         Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
·         Memastikan kelicinan pentadbiran negara
·         Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
·         Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
·         Menjaga kebajikan rakyat
·         Menjaga dan meneruskan najaran Allah
·         Mengekalkan perpaduan ummah
·         Memantapkan sistem perundangan Islam
·         Menguruskan kewangan negara
·         Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Rajah di bawah merujuk kepada tokoh Khalifah ar-Rasyidin.

Khalifah
Tempoh
Sumbangan
Abu Bakar as-Siddiq
632 – 634 M
Penyelamat Umat Islam
Umar al-Khattab
634 – 644 M
Amirul Mukminin

 (a)   Mengapakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dianggap sebagai Penyelamat Umat Islam ?
[6  markah]

 (b)   Terangkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sebagai Amirul Mukminin (Pemimpin Orang Beriman)
[6  markah]

 (c)    (i)   Pada pandangan anda, apakah ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin tersebut sehingga berjaya meningkatkan kegemilangan negara ?
[4  markah]

         (ii)  Sebagai pemimpin negara Islam, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani ?
[4  markah]

JAWAPAN ESEI

(a) Mengapakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dianggap sebagai Penyelamat Umat Islam ?

·         Menyelesaikan masalah perlantikan Khalifah.
·         Menyatukan semula umat Islam yang berpecah-belah
·         Bertindak tegas terhadap golongan murtad.
·         Memerangi golongan ar-Riddah.
·         Mempertahankan ancaman Parsi dan Rom.
·         Menjaga kebajikan golongan mawali.
·         Mengumpul dan menyalin semula tulisan al-Quran.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [6  markah]

 (b)   Terangkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sebagaiAmirul Mukminin (Pemimpin Orang Beriman)

Politik dan Pentadbiran
·         Menubuhkan Majlis Syura.
Dianggotai oleh orang Ansar dan Muhajirin.
·         Membahagikan jajahan takluk Islam  kepada beberapa wilayah.
Melantik Wali / Gabenor menjadi pentadbir wilayah.
·         Menubuhkan Jabatan Kerajaan.
Contohnya Jabatan Tentera, Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
·         Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan lain
Untuk mengelakkan penyelewengan hakim.
Hakim dibayar gaji lumayan.

Sosial
·         Mengembangkan pengajian al-Quran
Menyediakan tempat pembelajaran al-Quran
Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah
·         Memperkenalkan Takwim Hijrah.
Peristiwa hijrah dikira tahun pertama kalendar Hjrah.

Ketenteraan
·         Menyusun semula sistem ketenteraan
Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
Tentera tetap diberi pakaian seragam.
·         Membina markas tentera di setiap bandar utama.
Membina kubu pertahanan di sempadan negara musuh.
·         Melantik Panglima Tentera.
Melucutkan jawatan Khalid al-Walid.
Menggantikannya dengan Abu Ubaidah al-Jarrah.

Ekonomi
·         Memajukan bidang pertanian
Membina terusan dan tali air untuk pengairan.
Eempangan Abu Musa di Basrah dan terusan Amirul Mukminin di Mesir.
Menggalakkan penerokaan tanah baru.
Memulihkan tanah terbiar.
·         Memperkenalkan sistem tanah
Mewujudkan tanah bertuan dan tanah tidak bertuan
·         Memperkenalkan sistem cukai.
Melaksanakan cukai jizyah dan kharaj
·         Mendirikan Baitulmal.
Untuk menguruskan hasil negara.
 [6  markah]

(c) (i)      Pada pandangan anda, apakah ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin tersebut sehingga berjaya meningkatkan kegemilangan negara ?

·         Mengamalkan ajaran Islam
·         Memilki pengetahuan yang luas tentang Islam
·         Mematuhi perintah Allah / warak
·         Sanggup melaksanakan hukum Allah
·         Bersifat adil dalam membuat keputusan
·         Mempunyai akhlak yang baik
·         Pandai mentadbir kerajaan
·         Mana-mana jawapan munasabah
[4  markah]


      (ii)     Sebagai pemimpin negara Islam, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani ?

·         Memelihara kedudukan agama Islam
·         Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
·         Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
·         Memastikan kelicinan pentadbiran negara
·         Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
·         Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
·         Menjaga kebajikan rakyat
·         Menjaga dan meneruskan ajaran Allah
·         Mengekalkan perpaduan ummah
·         Memantapkan sistem perundangan Islam
·         Menguruskan kewangan negara
·         Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
 [4  markah]

No comments:

Post a Comment