I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 12, 2014

NOTA TAMBAHAN BAB 7 TINGKATAN 5

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

7.1       CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN
1a.       Nyatakan dua corak negara demokrasi. [2 markah]
            -Sistem Raja Berpelembagaan
-Sistem Republik
b.         Apakah yang dimaksudkan dengan Demokrasi berparlimen?                         [2markah]
-rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
-manakala Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
c.         Senaraikan tiga ciri demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.[3 markah]
-Perlembagaan  menjamin kebebasan asasi
-Raja berpelembagaan iaitu raja menjadi pemerintah tertinggi negara dan negeri
- Parlimen bertindak menggubal undang-undang negara
-Pilihan Raya diadakan untuk memilih wakil rakyat
-Kuasa Pemerintahan iaitu badan perundangan,badan pelaksana dan badan kehakiman
-Parti-parti politik ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing
d.         Apakah yang dimaksudkan dengan Perlembagaan? [2 markah]
            -undang-undang tertinggi
            -yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan
-dokumen rasmi
-yang di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip
-sebagai panduan kepada kerajaan
-untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara.
e.         Pada pandangan anda, mengapakah perlu diwujudkan undang-undang bagi sebuah negara yang berdaulat? [1 markah]
            -mewujudkan keamanan
            -lambang keutuhan sebuah negara
            -mengelakkan penindasan
2a.       Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip rukun negara yang ketiga.Huraikan.
                                                                                                                                  [8 markah]
            -Perlembagaan mengatasi kuasa Yang di-pertuan Agong,parlimen,  jemaah menteri dan Badan kehakiman.
            -Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia tidak sah.
            -undang-undang negeri mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan
-Perkara 75 menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan terbatal.
-Perlembagaan memperuntukan kuasa kepada mahkamah
-membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen
-atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia
-mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang
-Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan.
-Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.
-menjamin kebebasan asasi rakyat.
b.         Jelaskan tentang perkara-perkara yang tidak boleh dipinda dalam Perlembagaan.
[5markah]
-Pemerintahan beraja sebagai ketua negara dan negeri
- Agama Islam sebagai agama rasmi negara
-Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
-Hak istimewa orang Melayu
-seperti pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan pendidikan,pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.
c.i        Pada pandangan anda, apakah rasionalnya Perlembagaan Malaysia diwujudkan?
            [7 markah]
            -menjamin kestabilan sesebuah negara
            -menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya
            - menjamin kecekapan ,kejujuran dan ketelusan pemerintahan
            -menjamin kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
            -setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah
-supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat
-menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara
-menyatakan kewarganegaraan seseorang boleh dilucutkan jika terbukti tidak setia  kepada negara ini.
-setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan
-seperti berpesatuan, beragama dan memiliki harta.
-Yang dipertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.  
-Hak istimewa dan dalam pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan pendidikan serta pemberian lessen  perniagaan dan perdagangan.
-tidak mengabaikan kaum lain
-menjamin kerjasama,kesepakatan,keadilan dankepentingan bersama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
-perlembagaan negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia
-Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak dipersoal.
-Kerajaan persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan Sabah dan Sarawak.
c.ii       Mengapakah Perlembagaan Malaysia dibenarkan untuk dipinda?
                                                                                                                                  [7 markah]
            -melindungi kepentingan rakyat
            -menjaga keselamatan negara
            -melicinkan urusan pentadbiran negara
            -supaya relevan dan sesuai dengan keperluan semasa
            -menjadikan sebagai undang-undang yang munasabah
            -dan kandungannya dipatuhi rakyatdengan rela hati
-melarang perkara sensitif dari dipersoalkan secara terbuka
-antaranya pemerintahan beraja,agama Islam,kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
-mengehadkan seorang individu bercakap perkara sensitif
- Akta Hasutan 1970 diluluskan
-memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum
-pemansuhan kekebalan bagi Yang diPertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah
3.a       Bagaimanakah yang di-Pertuan Agong dilantik?
[4 markah]
            -dipilih daripada 9 buah negeri Melayu secara bergilir-gilir
            -selama 5 tahun
-dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
-pemilihan dibuat oleh Majlis raja-raja Melayu
b.         Jelaskan tugas dan peranan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia.
          [12 markah]
-mengetuai 3 badan kerajaan
-iaitu badan Perundangan, badan perlaksanaan dan Badan Kehakiman
-berkuasa memanggil persidangan parlimen
-dan membubarkan parlimen
-merupakan KetuaTertinggi Angkatan Bersenjata
-berkuasa mengampun atau menangguh sesuatu hukuman
-terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
-bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.
-menitah Majlis Raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat
-bagi membincangkan keistimewaan,kedudukan dan kehormatan serta kemuliaan raja-raja Melayu.
-ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri dan negeri tidak beraja
-mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana Menteri
-mempunyai kuasa melantik dan melucut jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri
-setelah mendapat nasihat Perdana Menteri
-boleh mengisytiharkan undang-undang darurat dibawah undang-undang X jika keselamatan negara terancam
-berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
-bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan
-mempunyai kuasa mentauliah duta-duta.
c.         Bagaimanakah caranya anda ingin membuktikan bahawa anda adalah seorang warganegara yang setia pada negara?
[4 markah]
            -menyokong konsep 1 Malaysia
            -menghormati lagu Jalur Gemilang
            -mendokong 5 prinsip Rukun Negara
            -tidak melakukan jenayah 
4.a       Apakah fungsi Badan Perundangan?                                                           [2 markah]
            -menggubal undang-undang
-bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat
b.         Nyatakan 3 komponen yang terdapat dalam Parlimen.                               [3 markah]
            -Yang di-Pertuan Agong
            -Dewan Negara
            -Dewan Rakyat
c.i.       Senaraikan tiga ciri Dewan Negara
            -dewan tertinggi dalamsistem pemerintahan negara
-mengandungi 69 orang ahli
-iaitu 26 ahli dipilih daripada 13 buah negeri,2 orang bagi setiap negeri
-ahli yang dipilih bukan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri
-2 orang ahli dilantik oleh YdPA mewakili wilayah persekutuan.            
-40 orang ahli dilantik oleh YdPA
-yang dipilih daripada individu yang berjasa dan cemerlang dalam bidang professional
-ahlinya digelar senator
-yang mewakili setiap negeri
-dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya
-memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun
-berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
-tarafnya sama dengan Ahli Parlimen
-Boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri
c.ii       Senaraikan tiga ciri Dewan Rakyat                                                              [3 markah]
            -ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
-mengandungi 219 orang ahli
-mewakili semua kawasan pilihan raya   seluruh negara
-tempoh jawatan adalah 5 tahun
-tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat
-undang-undang yang dibuat dinamai Akta
d.         Apakah tugas Jemaah Menteri?                                                                   [2markah]
            -membuat dasar tertinggi negara
            -menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara
            -diketuai oleh Perdana Menteri
5a.       Jelaskan tugas dan peranan kementerian sebagai Badan Pelaksana.                                                                                                                                                       [8 markah]
-Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sebuah atau beberapa kementerian.
-setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan
-merancang program pembangunan ekonomi dan sosial
-menyelaras program pembangunan ekonomi di negara kita
-setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri
-dibantu oleh timbalan menteri,setiausaha parlimen dan setiausaha politik
-menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.
-kementerian ini diberikan tugas-tugas khas oleh Perdana Menteri
b.         Huraikan tentang perlaksanaan sistem perkhidmatan awam di Malaysia. [8 markah]
            -diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara
            -bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan
            -peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian
-beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam
-semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
-jabatan kerajaan diketuai oleh ketua jabatan
-yang dikenali dengan gelaran ketua pengarah
-setiap kementerian mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
-terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan-badan berkanun
-merupakan badan separuh kerajaan
-yang mempunyai kuasa autonomi tertentu
-mempunyai peruntukan kewangan sendiri
-ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan.
-bertujuan untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan
-di bawah rancangan lima tahun kerajaan
-cth:MADA dan MIDA
-Suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan kenaikan pangkat kakitangan perkhidmatan awam.
-bertanggungjawab memantau disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
-cth:Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya perkhidmatan Undang-undang dan kehakiman,Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan tentera.
c.         Pada pandangan anda, apakah peranan kerajaan yang sedang memerintah?                                                                                                                                         [4 markah]
            -sentiasa peka terhadap masalah rakyat
            -berusaha memajukan ekonomi negara
            -sentiasa berusaha menyembangkan bidang pendidikan
            -menggubal undang-undang yang boleh menurunkan kadar jenayah
            -mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
            -pandai menguruskan kewangan negara
            [lain-lain yang munasabah]
5a.       Jelaskan tentang bidang kuasa Badan Kehakiman di Malaysia.
                        [8 markah]
            -mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
            -perkara sivil berkaitan dengan saman
-biasanya memerlukan affidavit
-perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan
-boleh menentukan kesahihah undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana.
-berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri
-melaksanakan tugas kehakiman
-mengisyitiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri
-mempunyai kuasa mengisyitiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undang-undang.
-tidak boleh meminda undang-undang
-kerana perkara itu adalah kuasa badan perundangan atau Parlimen  .
b.         Huraikan ciri-ciri institusi kehakiman di negara kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.                                                                              [7 markah]
            -semua hakim dilantik oleh yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri
            -urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan perlucutan jawatan terletak di bawah kuasa         Yang di-Pertuan Agong.
            -Seseorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebab munasabah.
-hakim tidak boleh mengambil bahagian dalam politik
-hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjaminkeadilan dan kesaksamaan undang-undang.
-Peguam negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan
-menjadi Pendakwa Raya atau peguam Bela bagi kerajaan
-dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman
c.         Apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang Peguam Negara?                 [5 markah]
            -Pandai berhujah
            -bijak berfikir
            -mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang guaman
            -amanah
            -taat pada agama(warak)
            [mana-mana yang munasabah]
6a.       Berikan definisi pilihan raya.                                                                                  [2 markah]
            -proses memilih wakil rakyat untuk memerintah
            -sama ada diperingkat negeri atau persekutuan.
b.         Apakah tujuan diadakan pilihan raya?                                                         [2 markah]
            -membentuk kerajaan
            -di peringkat negeri dan persekutuan
            -memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

c.         Nyatakan tiga pihak yang terlibat dalam pilihan raya di Malaysia .                      [3 markah]
            -Suruhanjaya Pilihan Raya
            -pengundi
            -calon
d.i.       Senaraikan tiga tugas Suruhanjaya Pilihan Raya                                        [3 markah]
            -menjamin pilihan raya yang adil dan bebas
            -tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang
            -menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya
            -menjalankan pendaftaran pemilihan
            -mengendalikan pilihan raya
            -sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya  kecil
d.ii.     Apakah syarat-syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya?                    [3 markah]
            -warga negara Malaysia
            -berumur 21 tahun
            -bermastautin di Malaysia
            -sempurna akal
            -tidak muflis
            -tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
            -tidak disabit dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah
            -boleh bertanding atas nama parti atau sebagai calon bebas
            -mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon
d.iii.    Apakah syarat-syarat yang melayakkan seseorang untuk menjadi pengundi ?                          
[3 markah]
            -nama didaftarkan dalam Senarai Daftar pemilih
            -warga negara berumur 21 tahun
            -bermastautin atau tidak bermastautin
            -tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan             Negeri.
            -seorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja
            -anggota pasukan keselamatan,pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang      bertugas di luar negara
            -mengundi melalui pos
            -dengan syarat nama mereka berdaftar sebagai pengundi.
7a.       Huraikan tentang sistem pilihan raya yang diamalkan di negara kita.  [6 markah]
            -dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
            -proses memilih wakil rakyat peringkat negeri dan persekutuan
            -dilakukan secara sulit
-dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur
            -pengiraan undi dibuat secara terbuka
            -keputusannya direkodkan
            -calon yang mendapat undian terbanyak dikira menang
            -melalui sistem majoriti mudah
            -SPR adalah badan bebas
            -tanpa tekanan daripada parti pemerintah atau pembangkang
            -menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya
            -menjalankan pendaftaran pemilihan
            -mengendalikan pilihan raya
            -sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya  kecil
            -keanggotaan SPR dilantik oleh YdPA
            -pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali
            -untuk memilih  ahli Dewan rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri serentak
            -di seluruh negara
            -Sabah dan Sarawak diadakan berasingan
-pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi dimana-mana          kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
-disebabkan kematian,perletakan jawatan atau perlucutan jawatan
-selepas kekosongan tersebut, pilihan raya kecil perlu diadakan
-dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia
-dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak
-calon dibenarkan berkempen
-tempohnya antara 7 hingga 15 hari.
b.         Galurkan secara kronologi proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.
                                                                                                                                  [10 markah]
            -Pembubaran parlimen dilakukan oleh YdPA
            -penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR
            -penamaan calon
            -penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding
            -pelancaran kempen pilihan raya
            -pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi
            -pemberian kertas undi
            -yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih
            -kepada pengundi di tempat pengundian
-pembuangan undi
            -pengundi akan memangkah calon pilihan dan dimasukkan dalam pati undi
            -pengiraan undi
            -pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya
c.i        Apakah kepentingan pilihan raya kepada sesebuah negara?                          [4 markah]
            -memilih wakil rakyat di peringkat negeri atau persekutuan
            -membuktikan negara tersebut adalah negara demokrasi
            -memilih pemimpin dengan cara yang adil dan saksama
            -mewujudkan rasa tanggungjawab warga negara terhadap politik sesebuah negara
            -supaya warga negara mengambil tahu tentang perkembangan politik semasa
            [mana-mana yang munasabah]
c.ii.      Huraikan secara ringkas sejarah penubuhan mana-mana dua parti politik di bawah.
                                                                                                                                    [4 markah]
            i.         UMNO
            -ditubuhkan untuk menumbangkan Malayan Union
            -bekerjasama dengan parti MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan
            -bertujuan melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu
            -mencapai kemerdekaan
            ii         IMP
            -diasaskan oleh Dato Onn Jaafar
            -merupakan parti berbilang bangsa
            -tidak mendapat sambutan
            -menuntut supaya pilihan raya diadakan pada 1955
            -mahukan Tanah Melayu merdeka pada tahun1961
            iii        SUPP
            -ditubuhkan oleh Ong Kee Hui dan Stephan Yong
            -melahirkan perasaan taat setia
            -menyatukan kaum-kaum di Sarawak
            -mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak
            iv        USNO
            -ditubuhkan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun
            -menyokong gagasan Malaysia
            -menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
            -memperjuangkan  agama Islam sebagai agama rasmi.
            -menukarkan nama Borneo Utara kepada Sabah.
7.2       NEGARA PERSEKUTUAN
1a.i      Apakah yang dimaksudkan dengan negara Persekutuan?                              [2 markah]
            -penyatuan beberapa buah negeri
-yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan
-serta beberapa buah Kerajaan Negeri 
a.ii       Apakah yang dimaksudkan dengan Senarai Persekutuan?                             [2 markah]
            -memuatkan bidang kuasa Persekutuan
            -iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
a.iii      Apakah yang dimaksudkan dengan Senarai Negeri ?                                     [2 markah]
            -mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri
            -iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya
a.iv      Apakah yang dimaksudkan dengan Senarai Bersama?                                  [2 markah]
            -menurunkan bidang kuasa Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri
            -iaitu kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
b.i        Nyatakan dua Senarai Persekutuan                                                                [2 markah]
            -hal ehwal luar negeri
            -keselamatan dalam negeri
            -kerakyatan negara
            -kewangan
            -perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
            -pertahanan
            -pentadbiran dan keadilan
            -pilihan raya
            -perniagaan ,perdagangan dan perusahaan
            -jabatan ukur dan penyelidikan
            -kerja raya dan tenaga pusat
            -pelajaran
            -kesihatan
            -keselamatan buruh dan sosial
            -orang asli
b.ii.      Nyatakan dua Senarai negeri.                                                                         [2 markah]
            -Undang-undang Islam
            -Pertanian dan perhutanan
            -perkhidmatan tempatan
            -hari cuti negeri
            -tanah
            -kerajaan tempatan
            -Kerajaan Negeri
            -undang-undang negeri
b.iii.    Nyatakan dua Senarai Bersama                                                                      [2 markah]
            -kebajikan sosial
            -taman negara
            -penjagaan haiwan
            -parit dan tali air
            -hiburan awam
            -biasiswa
            -perancangan Bandar dan wilayah
            -kesihatan dan kebersihan awam
            -pemulihan
            -perhubungan
c.i.       Siapakah yang memegang kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan?       [1 markah]
            -YdPA
c.ii.      Siapakah yang memegang kuasa eksekutif bagi Kerajaan Negeri ?               [1 markah]
            -Sultan atau Yang Dipertua Negeri
d.         Namakan dua jawatan di dalam Dewan Undangan negeri selain daripada Ahli Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri di Malaysia.
            -Setiausaha Kerajaan Negeri
            -Pegawai kewangan negeri
            -Penasihat Undang-undang Negeri
e.         Mengapakah  perlu wujud kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan   Kerajaan Negeri?                                                                                                                    
                                                                                                                         [3markah]
-memastikan wujud keamanan di seluruh pelosok negara
-memastikan kebajikan rakyat terbela
-memajukan negara dalam semua aspek baik ekonomi,politik mahu pun sosial
[mana-mana yang munasabah]
7.3            LAMBANG-LAMBANG NEGARA
1a.       Nyatakan lambang-lambang negara Malaysia.                                           [3 markah]
            -Jata negara
            -Bendera kebangsaan
            -lagu kebangsaan
b.         Apakah yang dimaksudkan dengan cogan kata”Bersekutu Bertambah Mutu” yang terdapat pada Jata Negara?                                                                                                                                                                                                                         [2 markah]
            -semangat permuafakatan
            -akan mengeratkan lagi perpaduan
            -antara negeri di Malaysia
c.         Apakah yang dilambangkan oleh lima bilah keris pada Jata Negara ?
                                                                                                                                    [1 markah]
            -Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
d.         Apakah maksud tersirat pada lambang bulan sabit dalam bendera Malaysia?
                                                                                                                                    [1 markah]
            -agama Islam sebagai agama rasmi
e.i        Berikan kepentingan  bendera kepada sebuah negara yang merdeka.            [3 markah]
            -membezakan sesebuah negara dengan negara yang lain
            -membangkitkan semangat perjuangan
            -menimbulkan rasa bangga terhadap negara
            -dikibarkan sebagai tanda ketaatan rakyat terhadap raja dan negara
            -simbol perpaduan,kebanggaan dan kedaulatan negara
            [mana-mana yang munasabah]
e.ii       Nyatakan maksud  lagu kebangsaan negara kita “Negaraku”?                    [3 markah]
            -menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi
            -menuntut kita supaya bersyukur
            -meminta kita taat kepada raja
            -sanggup berkorban demi mempertahankan negara

No comments:

Post a Comment