I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA(26)

TEMA 7 (Bab 3 Tingkatan 4)



PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA

SKOP KAJIAN

·         Cara Penyebaran Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara
·         Pengaruh Hindu dan Buddha Dalam Sistem Pemerintahan
·         Pengaruh Hindu dan Buddha Dalam Seni Bina Candi Borubudur dan Angkor Wat
·         Pengaruh Hindu dan Buddha Terhadap Bahasa dan Kesusasteraan


SOALAN ESEI

Setelah wujud perhubungan dengan kerajaan India sejak abad ke-3 Masihi, masyarakat Asia Tenggara mula menerima dan mengamalkan aspek kebudayaan yang dipengaruhi agama Hindu – Biddha.


(a)    Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha datang ke Asia Tenggara ?
[6  markah]

 (b)   Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang terdapat dalam sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.
[6  markah]

 (c)    (i)   Jelaskan sistem pentadbiran Srivijaya yang menerima pengaruh India.
[4  markah]
        
         (ii)  Pada pandangan anda, mengapakah sistem beraja di negara kita perlu dipertahankan ?
[4  markah]
        
JAWAPAN ESEI

 (a) Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha datang ke Asia Tenggara ?

·          Disebarkan oleh Ksyatria (tentera) semasa menakluki tanah jajahan
·          Disebarkan oleh Vaisya (pedagang) yang berdagang ke Asia Tenggara.
·          Disebarkan oleh golongan Brahmin (Pendeta) yang menerapkannya dalam pemerintahan, kesenian dan kesusasteraan.
·          Disebar oleh pedagang Asia Tenggara yang berdagang ke India
·          Mereka mengambil unsur kebudayaan India dan menyesuaikannya dengan budaya tempatan
·          Disebarkan oleh pemerintah yang menganut agama Hindu dan Buddha dan menjadi ikutan rakyat.
 [6  markah]

(b) Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang terdapat dalam sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.

·          Sistem pemerintahan meniru sistem beraja di India.
·          Pemerintah menggunakan gelaran raja.
·          Raja berada di puncak pemerintahan
·          Raja dinasihati Brahmin dalam pentadbiran dan agama.
·          Raja berkuasa mutlak.
·          Perintah raja adalah undang-undang.
·          Melanggar titah raja adalah derhaka.
·          Raja dianggap bayangan tuhan / dewaraja.
·          Raja dipercayai mempunyai kesaktian.
·          Unsur mitos digunakan untuk menunjukkan kehebatan raja.
·          Pelbagai istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan raja.
·          Pembinaan kota yang melambang orde kosmos.
 [6  markah]
 
(c)  (i)      Jelaskan sistem pentadbiran Srivijaya yang menerima pengaruh India. 

·          Raja mengetuai pemerintahan.
Raja menguasai pentadbiran pusat dan daerah.
Raja boleh diganti oleh puteranya yuvaraja, pratiyuvaraja dan raja kumara.
Raja putra tidak boleh menggantikan raja kerana dia anak gundik.
·          Pentadbiran pusat diketuai oleh anak-anak raja
Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Raja Kumara dan Raja Putra mengetuai pentadbiran pusat.
Anak raja dibantu oleh Parvanda / Senapati dalam pentadbiran.
Di bawah Parvanda terdapat hakim, temenggung dan penghulu.
·          Pentadbiran peringkat daerah ditadbir oleh datu.
Datu dilantik oleh raja.
Datu terbahagi kepada dua iaitu parvanda (berketurunan raja) dan bhupati (orang-orang kaya)
Datu hendaklah mengangkat sumpah di Telaga Batu.
·          Hamba raja adalah golongan paling bawah dalam sistem pentadbiran.
Hamba raja menjadi orang suruhan.
 [4  markah]

      (ii)     Pada pandangan anda, mengapakah sistem beraja di negara kita perlu dipertahankan ?

·          Mengekalkan identiti
·          Menambahkan kecekapan pemerintahan
·          Menjamin keadilan
·          Mengekalkan ciri pemerintahan sedia ada
·          Menerima pakai unsur yang lebih baik
·          Memenuhi kehendak rakyat
·          Mengelakkan pengaruh unsur negatif
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]




SOALAN STRUKTUR

Gambar rajah di bawah merujuk kepada pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap aspek budaya di Asia Tenggara.



 



(a)    Apakah tujuan pemerintah kerajaan awal di Asia Tenggara membina monumen ?
 [2 markah]


(b)    Nyatakan dua ciri binaan Angkor Wat.
 [2 markah]

(c)     Jelaskan pengaruh agama Buddha yang terdapat pada binaan candi Borubudur di Jawa Tengah.
 [2 markah]


(d)    Nyatakan dua kegunaan bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
 [2 markah]


(e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah pengaruh agama Hindu dan Buddha yang terdapat dalam kesusasteraan masyarakat di Asia Tenggara ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

 (a) Apakah tujuan pemerintah kerajaan awal di Asia Tenggara membina monumen ?

·          Memperingati tokoh ternama
·          Mengingati peristiwa penting.
·          Menunjukkan kehebatan pemerintah
·          Menunjukkan kegemilangan sesebuah kerajaan
·          Menunjukkan kekayaan negara
·          Menjadi rumah ibadat
·          Tempat menyimpan abu jenazah raja
·          Tempat menyimpan patung dewa utama
·          Melambangkan orde kosmos
 [2 markah]

(b) Nyatakan dua ciri binaan Angkor Wat.

·          Tingginya 213 meter
·          Keluasan ialah 208 hektar.
·          Di tengahnya ada dewan pemujaan
·          Tempat pemujaan berbentuk teres bertingkat empat.
·          Setiap sudut mempunyai menara.
·          Di bahagian luarnya terdapat tembok.
·          Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabharata di dinding tembok.
 [2 markah]

(c)  Jelaskan pengaruh agama Buddha yang terdapat pada binaan candi Borubudur di Jawa Tengah.

·          Mempunyai tiga tingkat yang melambangkan tahap kehidupan dalam ajaran Buddha iaitu sila, samadhi dan panna.
·          Mempunyai lapan teres yang melambangkan Jalan Mulia Lapan Lapis.
·          Di tingkat pertama terdapat tiga teres yang melambangkan tiga jalan mulia iaitu “berusaha dengan benar”, “membuat pertimbangan dengan benar” dan “memberi tumpuan dengan benar”.
 ·          Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita riwayat hidup Gautama Buddha.
·          Tingkat kedua melambangkan samadhi (penumpuan)
·          Tingkat kedua ada tiga teres yang melambangkan tiga jalan mulia iaitu “bertindak benar”, “bercakap benar” dan “berfikir benar”.
·          Tingkat ketiga melambangkan panna.
·          Tingkat ketiga mempunyai dua teres yang melambangkan dua jalan mulia iaitu “memahami dengan benar” dan “berfikir dengan benar”.
·          Setiap tingkat diletakkan stupa dan patung Buddha.
sebagai tanda ingatan kepada kematian.
 [2 markah]

(d) Nyatakan dua kegunaan bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

·          Menulis batu bersurat
·          Menulis kitab agama Hindu dan Buddha
·          Mendalami kitab agama Hindu dan Buddha
·          Menulis kesusasteraan
·          Menjadi bahasa diplomatik
·          Mencatat doa
·          Mencatat salasilah raja
 [2 markah]

(e)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah pengaruh agama Hindu dan Buddha yang terdapat dalam kesusasteraan masyarakat di    Asia Tenggara ?

·          Perkataan Sanskrit digunakan dalam kesusasteraan
·          Ditulis menggunakan bahasa Sanskrit
·          Terdapat unsur mitos dan lagenda dalam cerita
·          Meniru jalan cerita epik Ramayana dan Mahabharata
·          Cerita lisan membawa cerita Ramayana dan Mahabharata
·          Wayang kulit mengambil cerita Ramayana
·          Cerita hikayat adalah saduran epik Ramayana dan Mahabharata
 [2 markah]

No comments:

Post a Comment