I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 28, 2012

TAJUK FOKUS SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012


TAJUK : PENGERTIAN DAN CIRI TAMADUN AWAL

SOALAN STRUKTUR


(a)               Apakah pengertian tamadun menurut pandangan sarjana berikut.

(i)   Sarjana Barat
(ii)  Sarjana Islam
[2 markah]


(b)               Berikan dua tamadun awal yang terbina di lembah sungai.
[2 markah]


(c)                Nyatakan dua ciri tamadun awal.
[2 markah]


(d)               Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal memilih lembah sungai sebagai pusat petempatan mereka ?
[2 markah]


(e)                Berdasarkan pengetahuan anda, sumbangan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun awal manusia ?
[2 markah]



SOALAN ESEI


(a)               Terangkan proses pembinaan tamadun awal manusia.
[4 markah]
(b)               Huraikan ciri tamadun awal manusia.
[10 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada kehidupan manusia pada hari ini ?
[6 markah]

TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (SISTEM PEMERINTAHAN)

SOALAN STRUKTUR


(a)               Apakah bentuk pemerintahan yang dijalankan di Yunani sebelum wujudnya sistem pemerintahan demokrasi ?
[2 markah]


(b)               Nyatakan dua ciri demokrasi di Yunani.
[2 markah]


(c)                Bagaimanakah sistem pemerintahan bercorak republik diamalkan di Rom ?
[2 markah]


(d)               Beradasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ciri sistem pemerintahan beraja dalam tamadun India ?
[2 markah]


(e)                Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai sistem pemerintahan yang teratur ?
[2 markah]


SOALAN ESEI


(a)               Terangkan sejarah sistem pemerintahan yang diamalkan di Yunani sehingga membawa kepada kemunculan sistem demokrasi.
[8 markah]


(b)               Dewan Perhimpunan memainkan peranan penting dalam amalan demokrasi di Yunani.                             Jelaskan ciri dewan tersebut.
[6 markah]


(c)                Pada pendapat anda, apakah kelebihan amalan  sistem pemerintahan bercorak demokrasi ?
[6 markah]



TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (PERUNDANGAN)

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah satu jenis undang-undang Rom.
[1 markah]


(b)               Nyatakan dua prinsip yang menjadi pegangan dalam menguatkuasakan undang-undang di Rom.
[2 markah]


(c)                Bagaimanakah undang-undang yang berasaskan agama Hindu dilaksanakan dalam tamadun India ?
[2 markah]


(d)               Apakah ciri undang-undang berteraskan falsafah legalisme yang dilaksanakan pada zaman Dinasti Han di China.
[2 markah]


(e)                Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang sangat penting dalam sesebuah negara ?
[3 markah]

SOALAN ESEI

(a)               Jelaskan tentang undang-undang bertulis dalam tamadun Rom.
[6 markah]

(b)               Undang-undang yang dilaksanakan dalam tamadun China berteraskan dua prinsip iaitu berasaskan falsafah legalisme dan ajaran Confucius.                                                                        Terangkankedua-dua undang-undang tersebut.
[8 markah]

(c)                Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang dikuatkuasakan dalam sesebuah negara ?
[6 markah]


TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (PERLUASAN KUASA)

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah peranan Alexander The Great untuk meluaskan empayar yunani.
[2 markah]

(b)               Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh Maharaja Augustus Caesar dalam mengukuhkan empayar Rom.
[2 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Asoka berjaya mengukuhkan empayar Maurya ?
[2 markah]

(d)               Nyatakan langkah yang dilakukan oleh Shih Huang Ti mengukuhkan empayar Dinasti Chin.
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, apakah matlamat seseorang pemerintah menjalankan dasar perluasan pengaruh ?
[2 markah]


TAJUK : PENINGKATAN EKONOMI

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah punca yang menyebabkan semua negara kota di Yunani memberikan tumpuan terhadap kegiatan perdagangan ?
[2 markah]

(b)               Nyatakan faktor yang mendorong kepesatan bidang perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi.
[2 markah]

(c)                Berikan dua kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh masyarakat dalam tamadun China.
[2 markah]

(d)               Mengapakah aktiviti perdagangan mengalami peningkatan yang pesat pada zaman Dinasti Han di China ?
[2 markah]

(e)                Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan kegiatan perdagangan antarabangsa kepada negara kita ?
[2 markah]


TAJUK : PENINGKATAN PENDIDIKAN

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah yang anda faham tentang falsafah pendidikan Athens di Yunani ?
[2 markah]

(b)               Berikan dua kesan yang berlaku di Rom hasil daripada pendidikannya yang menekankan ilmu praktikal.
[2 markah]

(c)                Nyatakan ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
[2 markah]

(d)               Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam tamadun China pada peringkat pendidikan berikut :
(i)   Peringkat rendah
(ii)  Peringkat menengah
[2 markah]

(e)                Berdasarkan pengetahuan anda, apakah matlamat pendidikan dalam sesebuah tamadun ?
[2 markah]


SOALAN ESEI

(a)               Jelaskan tentang falsafah pendidikan Athens dan falsafah pendidikan Sparta dalam tamadun Yunani.
[6 markah]

(b)               Pendidikan dalam tamadun China bertujuan untuk lulus peperiksaan awam.                                               Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam tersebut.
[8 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?
[6 markah]

TAJUK : KERAJAAN AGRARIA

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah ciri kerajaan agraria ?
[2 markah]

(b)               Berikan dua buah kerajaan agraria yang terdapat di Asia Tenggara.
[2 markah]

(c)                Nyatakan dua kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat agraria.
[2 markah]

(d)               Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang membantu kemajuan bidang pertanian kerajaan agraria?
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan agraria di Asia Tenggara muncul di kawasan lembah sungai ?
[2 markah]

TAJUK : KERAJAAN AGRARIA

SOALAN ESEI

(a)               Nyatakan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria di Asia Tenggara.
[6 markah]

(b)               Berdasarkan pengetahuan anda, terangkan faktor yang membantu perkembangan bidang pertanian kerajaan Angkor.
[8 markah]

(c)                Pada pendapat anda, mengapakah tasik Tonle Sap memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan Angkor ?
[6 markah]


TAJUK : KERAJAAN MARITIM

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah yang anda faham tentang kerajaan agraria di Asia Tenggara ?
[2 markah]

(b)               Nyatakan fungsi pelabuhan kerajaan maritim yang berikut :
(i)   Pelabuhan kerajaan
(ii)  Pelabuhan entreport
[2 markah]

(c)                Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Srivijaya muncul sebagai sebuah kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara pada abad ke-13 Masihi ?
[2 markah]

(d)               Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan Kedah Tua boleh berperanan sebagai pelabuhan entreport di Semenanjung Tanah Melayu ?
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu pada zaman kerajaan awal berjaya menguasai perdagangan maritim ?
[2 markah]

SOALAN ESEI

(a)               Jelaskan perkembangan yang berlaku terhadap petempatan awal di pesisiran pantai Asia Tenggara hingga menjadi pelabuhan enterport.
[6 markah]

(b)               Merujuk kepada kerajaan Angkor atau Srivijaya, terangkan faktor yang membantu kerajaan tersebut menguasai perdagangan maritim di Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal.
[8 markah]

(c)                Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan maritim sangat bergantung kepada kerajaan agraria ?
[6 markah]


TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP SISTEM   
             PEMERINTAHAN DI ASIA TENGGARA

SOALAN ESEI

(a)               Beradasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha tersebar di Asia Tenggara ?
[6 markah]

(b)               Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.
[8 markah]

(c)                Pada pendapat anda, mengapakah sistem pemerintahan perlu disesuaikan dengan keadaan setempat ?
[6 markah]


TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP SENI BINA           
             DI ASIA TENGGARA

SOALAN ESEI

(a)               Binaan Angkor Wat banyak dipengaruhi oleh agama Hindu.                                                                                     Nyatakan ciri binaan Angkor Wat.
[6 markah]

(b)               Jelaskan pengaruh agama Buddha yang terdapat pada binaan candi Borobudur.
[8 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah kerajaan awal di Asia Tenggara membina monumen ?
[6 markah]

TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP BAHASA DAN
             KESUSASTERAAN DI ASIA TENGGARA

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah kegunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara ?
[2 markah]

(b)               Berikan dua perkataan Melayu yang diubahsuaikan daripada bahasa Sanskrit.
[2 markah]

(c)                Nyatakan pengaruh Hindu dan Buddha yang terdapat dalam kesusasteraan di Asia Tenggara.
[3 markah]

(d)               Pada pendapat anda, mengapakah karya kesusasteraan penting dalam sesebuah masyarakat ?
[3 markah]


TAJUK : PENGENALAN BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah ciri pemerintahan tradisional di IndoChina sebelum penjajahan Perancis di negara tersebut.
[2 markah]

(b)               Nyatakan sistem pentadbiran birokrasi Union Indochinoise yang dilaksanakan oleh Perancis semasa menjajah IndoChina.
[2 markah]

(c)                Apakah yang anda faham tentang sistem encomienda ?
[2 markah]

(d)               Berikan dua tugas encomiendero di bawah sistem encomienda.
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, mengapakah sistem encomienda ditentang oleh masyarakat tempatan Filipina ?
[2 markah]


SOALAN ESEI

(a)               Huraikan ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh penjajah Barat di tanah jajahannya di Asia Tenggara.
[8 markah]

(b)               Nyatakan perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn di Thailand.
[6 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan pelaksanaan sistem birokrasi terhadap pemerintahan di negara Asia Tenggara.
[6 markah]


TAJUK : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah yang dimaksudkan dengan semangat nasionalisme ?
[2 markah]

(b)               Nyatakan dasar penjajah yang menyebabkan munculnya semangat nasionalisme.
[2 markah]

(c)                Nyatakan ciri nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap berikut :

(i)   Tahap pertama
[2 markah]

(ii)     Tahap kedua
[2 markah]

(d)               Pada pendapat anda, mengapakah setiap warganegara perlu memiliki semangat cinta akan negara ?
[2 markah]

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah matlamat perjuangan Jose Rizal di Filipina ?
[2 markah]

(b)               Nyatakan langkah yang dilakukan oleh Andres Bonifacio untuk menuntut kemerdekaan Filipina daripada Sepanyol.
[2 markah]

(c)                Nyatakan peranan Raden Adjeng Kartini untuk mengubah nasib rakyat Indonesia.
[2 markah]

(d)               Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tindakan yang dilakukan oleh penjajah Barat untuk menangani gerakan bersifat radikal di Asia Tenggara ?
[2 markah]

(e)                Sebagai generasi selepas merdeka, mengapakah kita harus menghargai perjuangan nasionalis silam ?
[2 markah]



SOALAN ESEI

(a)               Terangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
[6 markah]

(b)               Nyatakan ciri perbezaan gerakan nasionalisme antara tahap pertama dengan tahap kedua di Asia Tenggara.
[8 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?
[6 markah]

SOALAN ESEI

(a)               Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina atau di Indonesia.
[8 markah]

(b)               Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara ?
[6 markah]

(c)                Pada pendapat anda, apakah faktor yang menjamin kejayaan sesuatu perjuangan ?
[6 markah]


TAJUK : GERAKAN ISLAH

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah maksud gerakan Islah ?
[2 markah]

(b)               Namakan dua tokoh Kaum Muda di Tanah Melayu.
[2 markah]

(c)                Nyatakan matlamat perjuangan Kaum Muda.
[2 markah]

(d)               Apakah cabaran yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam mencapai matlamat perjuangannya ?
[2 markah]

(e)                Sebagai pemimpin Kaum Muda, apakah tindakan yang boleh anda laksanakan untuk menghadapi cabaran di atas ?
[2 markah]


TAJUK : AKHBAR, MAJALAH & NOVEL : PENGGERAK NASIONALISME

SOALAN STRUKTUR

(a)               Berikan dua akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan di negara kita pada tahun 1930-an.
[2 markah]

(b)               Apakah isu yang dibincangkan oleh penulis dalam akhbar tersebut ?

(i)   Isu ekonomi
[2 markah]

(ii)     Isu sosial
[2 markah]

(c)                Nyatakan persoalan berkaitan wanita yang dibincangkan oleh pengarang majalah Bulan Melayu.
[2 markah]

(d)               Pada pendapat anda, mengapakah media cetak menjadi saluran utama untuk  membangkitkan kesedaran masyarakat di negara kita ?
[2 markah]

SOALAN ESEI

(a)               Jelaskan isu politik, ekonomi dan sosial yang dibangkitkan dalam akhbar berbahasa Melayu di negara ini pada tahun 1930-an.
[9 markah]

(b)               Berdasarkan pengetahuan anda, apakah mesej semangat kebangsaan yang disampaikan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) melalui novel karangan beliau.
[6 markah]

(c)                Pada pendapat anda, mengapakah persoalan berkaitan orang Melayu diberi perhatian meluas oleh media cetak sekitar tahun 1930-an ?
[5 markah]

TAJUK : NASIONALISME PERSATUAN MELAYU

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ?
[2 markah]

(b)               Berikan dua peranan Mohamed Eunos Abdullah dalam Kesatuan Melayu Singapura (KMS).
[2 markah]

(c)                Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dalam perjuangannya.
[2 markah]

(d)               Nyatakan tujuan penubuhan Persatuan Sabahat Pena Malaya (PASPAM).
[2 markah]

(e)                Sekiranya anda menjadi pemimpin Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM), apakah aktiviti yang akan anda laksanakan untuk mencapai matlamat penubuhan persatuan tersebut ?
[2 markah]
SOALAN STRUKTUR


(a)        Apakah tujuan penubuhan persatuan Melayu di  Negeri Melayu Bersekutu (NMB) ?
[2 markah]

(b)        Nyatakan dua tindakan bersifat politik yang dilakukan oleh Kesatuan
            Melayu Muda (KMM) untuk membantu Jepun menentang British di Tanah Melayu.
[2 markah]

(c)        Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,  me ngapakah hasrat Kesatuan Melayu
            Muda  (KMM)  untuk membentuk Melayu Raya tidak tercapai ?
[2 markah]

(d)               Apakah matlamat persatuan Melayu menganjurkan Kongres Melayu pada tahun 1939 dan 1940 ?
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, mengapakah Kongres Melayu berjaya meningkatkan kesedaran nasionalisme orang Melayu ?
[2 markah]




BAB
TAJUK / SOALAN
3
TAJUK :  PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA


SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah maksud realpolitik
[1 markah]
(b)   Berikan dua amalan realpolitik yang dilakukan oleh  Otto Eduard von Bismarck untuk membina negara bangsa Jerman.
[2 markah]

(c)   Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Camillo Benso de       Cavour untuk menyatukan negara bangsa Itali.
[2 markah]

(d)   Apakah hujah yang boleh anda kemukakan untuk       membuktikan bahawa pembinaan negara Islam       Madinah bukan berasaskan amalan realpolitik ?
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah       pembinaan negara Malaysia dianggap unik ?
[3 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan usaha yang dilakukan oleh Count Camillo       Benso de Cavour untuk menyatukan negara bangsa        Itali.
[8 markah]
(b)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah bukti yang       menunjukkan bahawa pembinaan negara Islam       Madinah tidak berasaskan amalan realpolitik ?
[6 markah]
(c)   Pada pendapat anda, apakah keunikan yang       terdapat dalam pembinaan negara Malaysia ?
[6 markah]

3
TAJUK :  WARISAN NEGERI MELAYU


SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah syarat yang membolehkan seseorang itu       ditabalkan menjadi Terengganu ?
[2 markah]

(b)   Nyatakan bidang kuasa Sultan Terengganu.
[2 markah]

(c)   Berikan dua ciri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri       Johor.
[2 markah]

(d)   Apakah syarat untuk menjadi Jemaah Menteri Johor ?
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tugas       menteri ?
[3 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan persamaan kandungan Undang-Undang       Tubuh Kerajaan Johor dengan Undang-Undang Tubuh       Negeri Terengganu.
[8 markah]
(b)   Jelaskan Sistem Jemaah Menteri yang dibentuk oleh       Sultan Muhammad II di Kelantan.
[6 markah]
(c)   Berdasarkan kajian anda, mengapakah sistem       pentadbiran Negeri Sembilan yang berasaskan Adat       Perpatih mempunyai ciri amalan demokrasi ?
[6 markah]

5
PAKATAN MURNI

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah maksud pakatan murni ?
[2 markah]

(b)   Berikan dua kaum yang menganggotai Jawatankuasa       Hubungan Antara Kaum (JHAK) di Tanah Melayu.
[2 markah]

(c)   Nyatakan persetujuan yang dicapai melalui rundingan       Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK)       dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu        (UMNO).
[2 markah]

(d)   Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Dato’       Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya       (IMP) ?
[2 markah]

(e)   Pada pendapat anda, mengapakah pakatan murni       diwujudkan di negara kita ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan langkah yang diusahakan untuk       mewujudkan pakatan murni antara kaum sebelum       negara kita mencapai kemerdekaan.
[8 markah]

(b)   Jelaskan kejayaan yang dicapai hasil daripada       pakatan murni antara kaum sehingga negara kita       mencapai kemerdekaan.
[6 markah]

(c)   Pada pendapat anda, apakah yang mungkin terjadi       jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip       pakatan murni ?
[6 markah]

5
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Reid pada       bulan Mac 1956 ?
[2 markah]

(b)   Senaraikan anggota Suruhanjaya Reid.
[2 markah]

(c)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah isu yang       diberi perhatian utama oleh Suruhanjaya Reid semasa       melaksanakan tugasnya.
[2 markah]

(d)   Berikan dua isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu       1957.
[2 markah]

(e)   Pada pendapat anda, apakah kepentingan Perjanjian       Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan langkah yang dilaksanakan untuk       merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[2 markah]

(b)   Nyatakan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[2 markah]

(c)   Pada pendapat anda, mengapakah Perjanjian       Persekutuan Tanah Melayu 1957 begitu penting        terhadap pembinaan negara dan bangsa ?
[2 markah]

6
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

SOALAN STRUKTUR
(a)   Siapakah tokoh yang mengemukakan idea       pembentukan Malaysia sebagaimana berikut ?
            Menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan                     Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
[1 markah]

(b)   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,       mengapakah Tunku Abdul Rahman menerima        cadangan di atas ?
[2 markah]

(c)   Apakah faktor yang menyebabkan Lee Kuan Yew       begitu berhasrat menggabungkan Singapura dengan       Persekutuan Tanah Melayu ?
[2 markah]

(d)   Daripada kajian anda, apakah faedah dari segi       ekonomi yang boleh dinikmati hasil daripada       pembentukan Malaysia.
[3 markah]

(e)   Pada pendapat anda, mengapakah Sarawak dan       Sabah bersetuju menyertai persekutuan Malaysia ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan faktor yang membawa kepada       pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
[10 markah]

(b)   Nyatakan reaksi Indonesia terhadap pembentukan       Malaysia.
[5 markah]

(c)   Sebagai seorang pemimpin negara Malaysia pada       ketika itu, apakah tindakan yang akan anda lakukan       untuk menyelesaikan penentangan Indonesia        terhadap pembentukan Malaysia ?
[5 markah]

6
LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

SOALAN STRUKTUR
(a)   Namakan tokoh yang dipilih menganggotai       Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
[2 markah]

(b)   Apakah tugas Jawatankuasa Perunding Perpaduan       Kaum (JPPK) ?
[2 markah]

(c)   Mengapakah Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan ?
[2 markah]

(d)   Pada pendapat anda, mengapakah majoriti rakyat       Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai persekutuan       Malaysia ?
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah nilai moral       yang boleh dipelajari daripada peristiwa        pembentukan Malaysia ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
 (a)  Apakah reaksi penduduk Sarawak dan Sabah       terhadap pembentukan Malaysia pada tahun 1963 ?
[2 markah]

(a)   Huraikan langkah yang diusahakan untuk       mendapatkan sokongan penduduk Sarawak dan        Sabah tentang pembentukan Malaysia.
[2 markah]

(c)   Berdasarkan kajian yang anda buat, apakah faedah       yang boleh dinikmati jika negeri Sarawak dan Sabah       menyertai persekutuan Malaysia ?
[2 markah]

7
KUASA PEMERINTAHAN DI MALAYSIA

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah yang anda faham tentang badan       perundangan di Malaysia ?
[2 markah]

(b)   Berikan dua ciri Dewan Negara.
[2 markah]

(c)   Nyatakan syarat menjadi ahli Dewan Negara.
[2 markah]

(d)   Apakah fungsi Dewan Rakyat ?
[2 markah]

(e)   Pada pendapat anda, apakah kriteria yang diperlukan       untuk menjadi ahli Dewan Rakyat yang baik ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Jelaskan perbezaan antara Dewan Negara dengan       Dewan Rakyat.
[6 markah]

(b)   Terangkan proses menggubal dan meluluskan undang-       undang di Parlimen Malaysia.
[8 markah]

(c)   Sekiranya anda seorang ahli Dewan Rakyat, apakah       perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam      membahaskan sesuatu rang undang-undang ?
[6 markah]

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan Jemaah Menteri ?
[2 markah]

(b)   Apakah tugas sesebuah kementerian di negara kita ?
[2 markah]

(c)   Nyatakan ciri badan berkanun.
[2 markah]

(d)   Berikan dua suruhanjaya perkhidmatan yang terdapat       di Malaysia.
[2 markah]

(e)   Nyatakan peranan sesebuah suruhanjaya       perkhidmatan ?
[2 markah]

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah bidang kuasa badan kehakiman di Malaysia.
[2 markah]

(b)   Nyatakan mahkamah yang terdapat dalam hirarki       mahkamah berikut :
       i.   Mahkamah Rendah
       ii.  Mahkamah Atasan
[2 markah]

(c)   Nyatakan kedudukan seseorang hakim dalam sistem       kehakiman di negara kita ?
[2 markah]

(d)   Apakah tugas Peguam Negara ?
[2 markah]

(e)   Sekiranya anda seorang hakim, apakah prinsip yang       menjadi pegangan anda untuk menjadi hakim yang       berkaliber ?
[2 markah]

7
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah maksud pilihan raya ?
[2 markah]

(b)   Nyatakan keadaan yang membolehkan pilihan raya       kecil diadakan.
[2 markah]

(c)   Berikan dua tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ?
[2 markah]

(d)   Apakah syarat yang perlu dipatuhi untuk       membolehkan anda menjadi calon bertanding dalam       pilihan raya ?
[2 markah]

(e)   Nyatakan kelayakan untuk menjadi pengundi dalam       pilihan raya.
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Jelaskan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di       Malaysia.
[6 markah]

(b)   Terangkan proses pilihan raya di negara kita.
[8 markah]

(c)   Berikan cadangan anda, apakah langkah yang perlu       dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang        bersih di negara kita ?
[6 markah]

8
DASAR PERPADUAN DI MALAYSIA

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah peranan Bahasa Melayu mengikut       Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?
[2 markah]

(b)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah langkah       yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa        Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
[2 markah]

(c)   Mengapakah kerajaan melancarkan Dasar       Kebudayaan Kebangsaan ?
[2 markah]

(d)   Berikan dua ciri Kebudayaan Kebangsaan.
[2 markah]

(e)   Pada pendapat anda, mengapakah sukan boleh       berperanan mewujudkan perpaduan di negara kita ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan langkah yang dilaksanakan untuk       memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa       Kebangsaan.
[8 markah]

 (b)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah rasionalnya       kerajaan melancarkan Dasar Kebudayaan       Kebangsaan ?
[6 markah]

(c)   Pada pendapat anda, mengapakah sukan dapat       memupuk perpaduan di negara kita ?
[6 markah]

8
WAWASAN 2020

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan Wawasan 2020 ?
[2 markah]

(b)   Nyatakan cabaran yang perlu diatasi untuk mencapai       Wawasan 2020.
[2 markah]

(c)   Pada pendapat anda, apakah ciri masyarakat       demokratik yang matang di negara kita menjelang       tahun 2020 ?
[2 markah]

(d)   Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah       masyarakat di atas dapat dicapai ?
[2 markah]

(e)   Sebagai seorang pelajar, apakah tanggungjawab       yang perlu dilaksanakan untuk mencapai Wawasan        2020 ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan strategi yang perlu dilaksanakan untuk       mengatasi sembilan cabaran Wawasan 2020.
[8 markah]

(b)   Pada pendapat anda, mengapakah negara kita       berusaha mencapai matlamat Wawasan 2020 ?
[6 markah]

(c)   Apakah ciri masyarakat Malaysia yang menjadi impian       anda sekiranya sembilan cabaran Wawasan 2020       berjaya diatasi ?
[6 markah]





BAB
TAJUK / SUBTAJUK
3


Pembinaan Negara dan Bangsa
  • Konsep dan amalan realpolitik
  • Amalan realpolitik dalam pembinaan negara bangsa Itali dan Jerman
  • Prinsip pembinaan negara Islam Madinah
  • Keunikan pembinaan negara Malaysia
3
Warisan Negeri Melayu
  • Kandungan dan persamaan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu
  • Latar belakang Sistem Jemaah Menteri Kelantan serta bidang tugas jemaah Menteri
  • Prinsip demokrasi yang terdapat dalam pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan
5
Pakatan Murni
  • Maksud dan matlamat pakatan murni
  • Penubuhan JHAK dan matlamat penubuhannya
  • Hasil rundingan antara UMNO dengan JHAK
  • Peranan Dato’ Onn Jaafar ke arah mewujudkan pakatan murni
  • Langkah mewujudkan pakatan murni antara kaum
  • Kejayaan pakatan murni
5
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Keanggotaan dan peranan Suruhanjaya Reid
  • Isu yang diberi keutamaan oleh Suruhanjaya Reid semasa merangka perlembagaan PTM 1957
  • Proses merangka perlembagaan PTM 1957
  • Isi Perjanjian PTM 1957
  • Kepentingan Perjanjian PTM 1957
6
Faktor Pembentukan Malaysia dan Reaksi Terhadapnya
  • Idea pembentukan Malaysia
  • Faktor yang mendorong pembentukan Malaysia
  • Kepentingan pembentukan Malaysia
  • Reaksi Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia
  • Langkah menangani penentangan Indonesia
6
Langkah Pembentukan Malaysia
  • Reaksi rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia
  • Langkah mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah
  • Usaha yang dilaksanakan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia
  • Nilai yang boleh diambil daripada pembentukan Malaysia
6
Kuasa Pemerintahan
Badan Perundangan
  • Maksud Badan Perundangan
  • Ciri Dewan Negara dan Dewan Rakyat
  • Proses menggubal dan meluluskan undang-undang di Parlimen
Badan Pelaksana
  • Tanggungjawab jemaah menteri
  • Struktur sesebuah kementerian
  • Ciri badan berkanun
  • Suruhanjaya perkhidmatan dan tugasnya
Badan Kehakiman
  • Bidang kuasa badan kehakiman
  • Hirarki mahkamah di Malaysia
  • Status hakim
  • Peranan Peguam Negara
6
Pilihan Raya
  • Maksud pilihan raya
  • Peranan dan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya
  • Maksud pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
  • Keadaan yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan
  • Proses pilihan raya
  • Syarat menjadi calon dalam pilihan raya
  • Kelayakan menjadi pengundi dalam pilihan raya
6
Perpaduan Kebangsaan
  • Kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Malaysia
  • Langkah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  • Objektif kerajaan mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Ciri Kebudayaan Kebangsaan
  • Sebab sukan boleh berperanan ke arah mewujudkan perpaduan
6
Wawasan 2020
  • Matlamat Wawasan 2020
  • Teras kemajuan bersepadu
  • Cabaran Wawasan 2020
  • Strategi menghadapi cabaran Wawasan 2020
  • Ciri masyarakat Malaysia pada tahun 2020
  • Tanggungjawab merealisasikan Wawasan 2020



Petunjuk :


Tajuk Pilihan Pertama



Tajuk Pilihan Kedua