I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-PEMBANDARAN DI TANAH MELAYU(15)

TEMA 9 (Bab 10 Tingkatan 4)



PEMBANDARAN DI TANAH MELAYU

SKOP KAJIAN

·         Maksud pembandaran
·         Faktor pembandaran
·         Fungsi bandar baru
·         Punca pembandaran tidak seimbang

SOALAN ESEI

Pembandaran ialah proses perkembangan kampung atau pekan kecil menjadi bandar akibat pertambahan fungsinya.

(a)   Terangkan faktor yang membantu proses pembandaran di Tanah Melayu pada awal abad ke-19.
               [6  markah]

 (b)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi bandar-bandar baru di Tanah Melayu ?
               [6  markah]

 (c)  (i)    Pada pandangan anda, mengapakah proses pembandaran di kawasan pantai barat Tanah Melayu lebih pesat berbanding di kawasan pantai timur ?
               [4  markah]

        (ii)   Bagaimanakah pemerintah negara kita berusaha untuk mewujudkan pembandaran yang seimbang antara kedua-dua kawasan tersebut.
               [4  markah]

JAWAPAN ESEI

(a) Terangkan faktor yang membantu proses pembandaran di Tanah Melayu pada awal abad ke-19.
              
·         Kekayaan sumber semula jadi.
·         Faktor perlombongan bijih timah
·         Kesan pertambahan penduduk.
·         Terdapat pusat pentadbiran, perbankan, pusat kegiatan ekonomi dll.
·         Terdapatnya kemudahan infrastruktur.
·         Kedudukan yang strategik.
·         Kemajuan dalam bidang perhubungan .
·         Terdapatnya aktiviti pertanian komersil.
·         Terdapat industri berasaskan bijih timah dan getah.
·         Dasar British yang membangunkan kawasan tertentu.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [6  markah]


(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi bandar-bandar baru di Tanah Melayu ?
              
·         Menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.
·         Sebagai tempat mengumpul hasil lombong.
·         Menjadi pusat mendapatkan keperluan harian.
·         Menjadi pusat pentadbiran, perniagaan, perbankan dsb.
·         Menjadi pusat petempatan.
·         Menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian komersil.
·         Menjadi tempat persimpangan sistem perhubungan.
·         Sebagai pelabuhan
 [6  markah]

(c) (i)      Pada pandangan anda, mengapakah proses pembandaran di kawasan pantai barat Tanah Melayu lebih pesat berbanding di kawasan pantai timur ?
              
·         Pantai barat kaya dengan sumber semula jadinya.
·         Perlombongan bijih timah terdapat di pantai barat.
·         Pertanian komersil juga bertumpu di pantai barat.
·         Dasar penjajah memajukan kawasan pantai barat.
·         Pantai barat merupakan pusat pentadbiran penjajah.
·         Pantai Barat mempunyai kemudahan infrastruktur.
·         Pantai barat memilki pelabuhan.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]


      (ii)     Bagaimanakah pemerintah negara kita berusaha untuk mewujudkan pembandaran yang seimbang antara kedua-dua kawasan tersebut.
              
·         Memajukan kawasan luar bandar
·         Menggalakkan perindustrian di kawasan pantai timur
·         Membina lebuh raya menghubungkan kawasan pantai barat dengan pantai timur
·         Menggalakkan pelaburan asing ke pantai timur
·         Mewujudkan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]

No comments:

Post a Comment