TEMA 8 (Bab 7 Tingkatan 4)
PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA 
 | 
SKOP KAJIAN
·         Faktor kedatangan Islam ke Asia Tenggara
·         Peranan pedagang dalam penyebaran Islam
·         Peranan pemerintah dalam penyebaran Islam
·         Peranan kerajaan Islam dalam menyebarkan Islam
·         Peranan pusat kebudayaan Islam dalam penyebaran Islam
·         Peranan ulama dan mubaligh dalam menyebarkan Islam
·         Sebab Islam tersebar dengan mudah
SOALAN STRUKTUR
Maklumat di bawah berkaitan dengan faktor penyebaran Islam ke Asia Tenggara.
FAKTOR                       PENYEBARAN                        ISLAM 
 | 
Peranan pedagang 
 | 
Peranan kerajaan Islam 
 | |
Peranan ulama 
 | 
(a)    Jelaskan cara pedagang menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
 [2 markah]
(b)    Apakah usaha yang dilakukan oleh pemerintah Kesultanan Melayu Melaka untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara ?
 [2 markah]
 (c)    Bagaimanakah Kerajaan Acheh memainkan peranannya menyekat pengaruh agama Kristian di rantau Asia Tenggara ?
 [2 markah]
(d)    Pada pandangan anda, mengapakah ulama memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan Islam di Asia Tenggara ?
 [2 markah]
(e)    Apakah nilai murni yang boleh kita teladani daripada kesungguhan mereka menyebarkan Islam?
JAWAPAN STRUKTUR
 (a)   Jelaskan cara pedagang menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
·         Mengamalkan Islam dalam perniagaan.
·         Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
·         Menunjukkan sifat mahmudah.
·         Mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
·         Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
·         Menetap dan membuka perkampungan Islam.
·         Menjadikan perkampungan sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
·         Berkahwin dengan wanita tempatan.
·         Mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
·         Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah
·         Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]
(b)    Apakah usaha yang dilakukan oleh pemerintah Kesultanan Melayu Melaka untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara ?
·         Apabila raja memeluk Islam, negeri tersebut menjadi kerajaan Islam.
·         Pengislaman raja menjadi ikutan pembesar dan rakyat.
·         Kerajaan islam akan menakluki dan menaungi negeri kecil yang lain.
·         Raja menghantar ulama untuk menyebarkan Islam di tanah jajahan
·         Raja memberi keistimewaan kepada penganut Islam.
·         Raja menjadikan negerinya sebagai pusat Islam.
·         Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]
(c)    Bagaimanakah Kerajaan Acheh memainkan peranannya menyekat pengaruh agama Kristian di rantau Asia Tenggara ?
·         Menghalang penyebaran Kristian di rantau Asia Tenggara.
·         Menaungi kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera.
·         Menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu.
·         Menjadi Serambi Makkah.
·         Tempat persinggahan orang yang akan menunaikan haji.
·         Menjadi pusat pengajian ilmu Islam.
·         Menjadi pusat pertemuan ulama.
·         Menjadi pusat kesusasteraan Islam.
 [2 markah]
(d)    Pada pandangan anda, mengapakah ulama memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan Islam di Asia Tenggara ?
·         Berdakwah menyebarkan Islam.
·         Mengajar asas Islam secara tidak formal.
·         Mengajar Islam di istana, masjid, rumah dan pondok.
·         Menubuhkan pondok, pesantren dan dayah.
·         Menjadi penterjemah kitab Arab ke dalam bahasa Melayu.
·         Menghasilkan karya penulisan tentang Islam
·         Menjadi pakar rujuk ulama lain tentang masalah agama.
·         Menjadi penasihat raja dalam pentadbiran.
·         Mempraktikkan Islam dalam politik dan pentadbiran.
·         Menjadikan kerajaan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah.
·         Menjadikan Masjid Agung Demak sebagai markas dakwah.
 [2 markah]
(e)    Apakah nilai murni yang boleh kita teladani daripada kesungguhan mereka menyebarkan Islam?
·         Gigih menyebarkan dakwah
·         Tidak berputus asa dalam menyampaikan dakwah
·         Bersabar walaupun menghadapi pelbagai dugaan
·         Kreatif yang menyampaikan dakwah
·         Berani menyuarakan kebenaran
·         Sanggup menghadapi pelbagai risiko untuk berdakwah
·         Mengamalkan sifat lemah lembut melayani masyarakat
·         Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]
SOALAN ESEI
Maklumat berikut merujuk kepada faktor penyebaran Islam ke Asia Tenggara.
FAKTOR                      PENYEBARAN                        ISLAM 
 | 
Perdagangan 
 | 
Perkahwinan 
 | |
Pengislaman raja dan pembesar 
 | |
Peranan mubaligh 
 | 
(a)    Terangkan faktor yang membantu yang membantu penyebaran                Islam di Asia Tenggara.
         [8  markah]
 (b)   Mengapakah Islam mudah tersebar melalui perdagangan ?
         [4  markah]
 (c)    (i)   Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Asia Tenggara mudah menerima Islam ?
         [4  markah]
         (ii)  Apakah langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan syiar Islam di negara kita ?
         [4  markah]
SOALAN ESEI
 (a)   Terangkan faktor yang membantu yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara.
·         Disebabkan kegiatan perdagangan.
·         Kesediaan masyarakat Asia Tenggara menerima Islam.
·         Islam tersebar di Asia Tenggara melalui perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa.
·         Pengislaman raja dan bangsawan menjadi ikutan rakyat.
·         Kerajaan Islam di Asia Tenggara berperanan menyebarkan Islam.
·         Kerajaan Islam menjadi pusat kebudayaan dan keintelektualan Islam.
·         Peranan pendakwah membantu menyebarkan Islam.
·         Disebabkan keistimewaan agama Islam sendiri.
 [8  markah]
(b) Mengapakah Islam mudah tersebar melalui perdagangan ?
·         Pedagang Islam dari Arab, China dan India berdagang di Asia Tenggara.
·         Pedagang menggunakan perniagaan untuk menyebarkan Islam.
·         Pedagang menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
·         Pedagang menunjukkan sifat mahmudah.
·         Pedagang Islam mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
·         Pedagang membawa ulama bersama mereka
·         Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam.
·         Pedagang menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
·         Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan.
·         Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
·         Mereka menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah untuk berdakwah.
·         Pedagang menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
 [4  markah]
(c) (i)      Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Asia Tenggara mudah menerima Islam ?
·         Islam mudah difahami
·         Islam sesuai dengan budaya masyarakat Asia Tenggara
·         Masyarakat asia Tenggara mudah menerima perubahan
·         Masyarakat tertarik dengan cara hidup Islam
·         Agama Islam dianuti oleh pemerintah
·         Semua pihak sama-sama menyebarkan Islam
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]
      (ii)     Apakah langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan syiar Islam di negara kita ?
·         Menganjurkan tilawah al-Quran
·         Menjalankan pentadbiran secara Islam
·         Melaksanakan undang-undang Islam
·         Menjalankan perbankan Islam
·         Memperkenalkan sistem pajak gadai Islam
·         Melancarkan kempen mengamalkan budaya Islam
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]
No comments:
Post a Comment