I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 9, 2014

Contoh Jawapan Sejarah Kertas 3

Cabaran kehidupan Masyarakat Berbilang Kaum 


Penafian agama Islam sebagai agama rasmi

Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir mempunyai satu komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Di antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau 'state religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. . Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti penduduk Malaysia menganuti Islam. Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya akan pasti menggugatkan keselamatan dan kedaulatan negara Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.


Pelaksanan sistem pendidikan negara

Cabaran yang kedua ialah daripada segi pendidikan . Seperti yang kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan sistem meritokrasi. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan yang sihat di kalangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Malah pendidikan juga dilihat sebagai wadah yang bolehmerapatkan jurang antara kaum dalam sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Negara ini. Namun begitu, keadaan sebaliknya telah berlaku. Misalnya, statistik pencapaian di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia pada 1998 menunjukkan prestasi pelajar Bumiputera peringkat ijazah pertama yang mendapat Kelas Pertama hanya sekitar 2.9 peratus berbanding bukan Bumiputera (17.2 peratus). Malah, keluaran Burniputera yang dikatakan 'cream of the cream' yang berjaya mendapat Kelas Pertama pada 1998 hanya 3.4 peratus berbanding 33.3 peratus bukan Bumiputera.Pencapaian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia juga menunjukkan 'trend yang serupa, terutama bagi subjek sains dan matematik. Pada 1998, hanya 2.6 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan Al bagi subjek Fizik dalam peperiksaan SPM berbanding 17.3 peratus pelajar bukan Bumiputera. Begitu juga bagi subjek Matematik Tambahan, 6.7 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan A2 berbanding 36.4 peratus bukan Bumiputera.

keselamatan negara

Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.
Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar.

Peningkatan masalah sosial

Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada Negara. Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan ini menyebabkan pendudukan melayu lebih ramai daripada penduduk cina selepas penghijrahan berlaku Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup yang sering meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia.
 Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya tinggal di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang-ladang. Imej ini tetap tidak berubah secara menyeluruh walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya. Buktinya, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen anti dadah dan juga kempen ‘tak nak’ merokok secara besar besaran di seluruh negara , namun dilihat tidak membuahkan hasil yang memberansangkan.

Pengekalan perpaduan rakyat

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar dan memerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.Hal ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahan dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan .


Memastikan pembangunan negara seimbang


Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan mana-mananya (www.scribd.com/doc/261975/Pn-Zairiha).
Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang perindustrian. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei 1969 kembali berulang seperti masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara kaum.Tambahan pula , apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor pertanian, kemungkinan kaum Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk membangunkan ekonomi masyarakat melayu sahaja dan akan meminggirkan kaum Cina. Adalah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan isu ini.


Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara


Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini. Konsep khidmat negara ala Malaysia ini digubal bagi mencapai tujuan untuk memperkasa semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional, membina perwatakan positif serta menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan. Walaupun program ini mempunyai pelbagai manfaat kepada negara pada masa hadapan, tetapi sehingga kini pelbagai usul dan usaha bagi menghentikan program ini telah dilakukan oleh pelbagai pihak. Hal ini kita dapat lihat apabila seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta agar kerajaan segera mempertimbangkan untuk menghentikan program tersebut serta merta.Hal ini berdasarkan kepada alasan di mana telah berlakunya kekerapan kematian, masalah kesihatan dan keselamatan di kalangan pelatih PLKN. Menurut Fong lagi usul ini amat penting kerana ianya melibatkan persoalan nyawa dan keselamatan golongan pelatih tersebut (www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/05/879) . Tambahan pula, mengikut statistik, sehigga kini 16 kematian pelatih telah direkodkan berlaku sepanjang program latihan ini dijalankan. Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara dari segala segi seperti memupuk perpaduan , pertahanan negara, dan juga sebagai salah satu proses menerapkan semangat patriotik dalam kalangan belia mendedahkan ilmu mempertahankan diri, dan juga sangat membantu negara


<Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan, menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru). DEB ini dilihat lebih memihak kepada kaum Bumiputera. Memang tidak dinafikan kaum Bumiputera khususnya kaum Melayu masih ramai lagi yang miskin dan wajarlah program ini ditumpukan kepada masyrakat Melayu. Tetapi , bagaimanakah nasib segelintir masyarakat Cina yang miskin? Ini akan mencetuskan perasaan cemburu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, dalam menangani dilemma ini masyarakat majmuk di Malaysia masyarakat harus sedar akan tanggungjawab masing-masing agar kelestarian hidup yang aman akan berterusan. BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.


Langkah-Langkah Menjadikan Malaysia Negara Maju

.
 Langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju..


                Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa dipelihara kerana kemajuan sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara kita untuk mengukuhkan kewangan negara.
        Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah negara kita perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk memastikan negara kita sentiasa berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita perlu meneliti dan menghayati perubahan yang berlaku pada masyarakat lalu dan mengambil iktibar daripada peritiwa yang telah berlaku serta menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju.
                          Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik minat pelancong asing, bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat membantu negara dalam mempromosikan negara kita kepada negara lain. Pusat-pusat pendidikan perlulah dimajukan dan pendidikan haruslah dijadikan sebagai keutamaan kerana ilmu itu pelita hidup. Para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, bolehlah dihantar belajar ke luar negara supaya mereka mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan lebih terperinci seterusnya dapat memberi serba sedikit ilmu yang diperoleh ketika berkhidmat kepada negara.
                       Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan ekonomi yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun lebih canggih daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran teknologi agar negara kita juga setanding dengan negara mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui umum, zaman sekarang merupakan zaman kemunculan teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah meningkatkan teknologi ICT agar negara kita juga maju seperti negara mereka.

                       Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan usahawan-usahawan muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Program-program yang berkaitan seperti program cara menjadi pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh diadakan untuk memberi panduan kepada para pengusaha dan usahawan untuk memajukan perusahaan masing-masing.


Langkah Malaysia untuk memajukan ekonomi negara


Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara ialah dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain itu, masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, pihak berkuasabertanggungjawab menjaga keamanan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.

Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga perlu bersikap kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang.Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan asing di negara kita untuk menambahkan bilangan tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk Malaysia harusmengurangkan kerenah biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik negara. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi eksport dan import.

Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan diplomatik antara negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia.

Soalan KBKK Sejarah Tingkatan 5

BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

1. Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air kita daripada diganggu gugat kuasa asing.

F1 Mengukuhkan semangat cinta negara
F2 Mengeratkan perpaduan bangsa
F3 Menjaga nama baik negara
F4 Tidak bekerjasama dengan kuasa asing
F5 Memelihara jati diri
F6 Menguasai ilmu pengetahuan
F7 Menguasai segala bidang kemahiran 
F8 Mengukuhkan pasukan tentera
F9 Meningkatkan sains teknologi
F10 Mana-mana jawapan munasabah

2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kebaikan pengenalan sistem Birokrasi Barat ke atas kemajuan negara kita?

F1 Perkhidmatan awam kemas
F2 Penglibatan rakyat dalam pentadbiran
F3 Raja mengikut perlembagaan
F4 Pengenalan sistem persekutuan
F5 Kemudahan awam
F6 Pengangkutan
F7 Perhubungan 
F8 Pendidikan moden
F9 Kemajuan sains teknologi
F10 Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat nasionalisme boleh terus dipupuk dalam kalangan generasi muda kita hari ini?

F1 Menerapkan semangat patriotik di sekolah
F2 Menjaga nama baik negara di mana sahaja
F3 Melengkapkan diri dengan ilmu 
F4 Bersatu padu semua kaum
F5 Mempunyai semangat kepimpinan 
F6 Mempertahankan kedaulatan negara
F7 Sikap berdisiplin
F8 Gigih berusaha
F9 Tolong-menolong / bekerjasama
F10 Mana-mana jawapan munasabah

4. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara?

F1 Penubuhan Kerajaan Pusat
F2 Diketuai gabenor Jeneral / pesuruhjaya tinggi
F3 Pembesar tempatan di peringkat pusat dihapuskan
F4 Raja kehilangan kuasa
F5 Pegawai Barat dilantik menjadi ketua biro
F6 Beberapa jabatan ditubuhkan seperti pelajaran
F7 Pengenalan sistem undang-undang Barat
F8 British memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F9 Raja menerima penasihat Barat 
F10 Pembesar tempatan kehilangan pengaruh
Mana-mana jawapan munasabah

5. Pada pandangan anda, apakah iktibar yang diperoleh daripada perkembangan nasionalisme yang berlaku di negara-negara Asia Tenggara? 

F1 Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
F2 Bersatu padu dalam perjuangan
F3 Mempunyai semangat kepimpinan yang baik
F4 Berusaha membentuk kerajaan yang berdaulat
F5 Sikap berdisiplin
F6 Gigih berusaha
F7 Tolong-menolong / bekerjasama
F8 Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
F9 Sanggup berkorban untuk bangsa
F10 Kebijaksanaan pemimpin
Mana-mana jawapan munasabah


BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai pejuang tanah air seperti Dol Said, Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain, apakah nilai yang boleh diteladani oleh anda sebagai warganegara Malaysia yang patriotik?

F1 Cinta akan negara
F2 Tidak putus asa
F3 Berani berjuang
F4 Sanggup berkorban
F5 Semangat kental
F6 Benci penjajahan
F7 Mempertahankan tanah air
F8 Tidak mengalah
F9 Mana-mana jawapan munasabah
2. Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah media massa amat penting dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat dari zaman dahulu hingga sekarang?

F1 Membetulkan pandangan salah
F2 Memberi kesedaran 
F3 Mengkritik pemimpin yang salah
F4 Menyebarkan ilmu
F5 Memperjuangkan rakyat
F6 Memberi teladan
F7 Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan peristiwa pahit zaman penjajahan yang boleh menimbulkan perasaan berani mempertahankan negara kepada generasi hari ini?

F1 Kezaliman kuasa Jepun
F2 Pembunuhan oleh Bintang 3
F3 Parti Komunis Malaya
F4 Kebuluran makanan zaman komunis
F5 Pembunuhan rakyat tidak berdosa komunis
F6 Kezaliman penjajah seperti Birch
F7 Penipuan dalam perjanjian seperti perjanjian Pangkor 
F8 Pembunuhan pejuang seperti Tok Janggut
F9 Mana-mana jawapan munasabah

4. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kejayaan yang dicapai oleh Gerakan Islah di Tanah Melayu?

F1 Berjaya menghadapi halangan Kaum Tua/Penjajah
F2 Menyedarkan kepentingan pendidikan
F3 Membela pendidikan wanita/perempuan
F4 Mendirikan madrasah
F5 Memajukan pendidikan dunia dan akhirat
F6 Pendidikan Ilmu Hisab
F7 Pendidkan Bahasa Inggeris
F8 Ilmu Fardu ain
F9 Mana-mana jawapan munasabah

5. Pada pendapat anda, mengapakah kegiatan persatuan dan politik kurang menonjol di Sabah dan Sabah?

F1 Tidak tersebar di kawasan pedalaman
F2 Masalah perhubungan
F3 Taraf pendidikan yang masih rendah
F4 Pengangkutan mundur
F5 Ekonomi kurang berkembang
F6 Kurang kesedaran politik
F7 Mana-mana jawapan munasabah
BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

1. Pada pandangan anda, mengapakah konsep Realpolitik yang dipegang oleh pemimpin Itali dan Jerman jika diamalkan pada hari ini akan menghancurkan keharmonian dunia?

F1 Pembunuhan
F2 Kuku besi
F3 Tipu helah
F4 Pemalsuan dokumen
F5 Provokasi
F6 Penipuan
F7 Ugutan
F8 Perang
F9 Diktator
F10 Tidak mengikut undang-undang
F11 Ekonomi mundur
F12 Kejam
Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pemerhatian anda, bagaimanakah undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis dapat mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni masyarakat hari ini?

F1 Menjamin kedaulatan
F2 Taat pemerintah
F3 Hukuman adil
F4 Mengikut protokol
F5 Berdisiplin
F6 Pembahagian kuasa raja dan menteri
F7 Sopan santun
F8 Bertoleransi
F9 Pentadbiran kemas
F10 Bersatu padu
F11 Saling hormat
Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan mengapakah Adat Perpatih dikatakan mempunyai amalan demokrasi?

F1 Raja tidak berkuasa mutlak
F2 Agihan kuasa mengikut peringkat
F3 Musyawarah
F4 Muafakat
F5 Keputusan ramai
F6 Semangat kerjasama
F7 Kedaulatan di tangan rakyat
F8 Perundingan Raja dan Undang
F9 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan ke atas negara kita jika Malayan Union berjaya dilaksanakan oleh penjajah British?

F1 Raja hapus
F2 Negeri Melayu hapus
F3 Adat istiadat Melayu hilang
F4 Agama Islam bukan agama rasmi
F5 Bahasa Melayu terpinggir
F6 Ekonomi Melayu mundur
F7 Imigran menguasai ekonomi
F8 Kerakyatan longgar
F9 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pendapat anda, apakah kebaikan penubuhan negara Persekutuan seperti Persekutuan Tanah Melayu?

F1 Perkongsian kekayaan
F2 Negara lebih besar
F3 Penduduk ramai
F4 Kekuatan ketenteraan
F5 Pasaran ekonomi
F6 Negeri kaya membantu miskin
F7 Hubungan kerajaan persekutuan dan negeri
F8 Kerjasama persekutuan dan negeri
F9 Muafakat
F10 Mana-mana jawapan munasabah


BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA


1. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diterima daripada peluang mentadbir yang diberi oleh British dalam Sistem Ahli kepada orang tempatan?

F1 Latihan mentadbir 
F2 Pengalaman memerintah
F3 Persediaan merdeka
F4 Toleransi kaum
F5 Sokongan rakyat
F6 Perpaduan kaum
F7 Sokongan British
F8 Mana-mana jawapan munasabah



2. Pada pandangan anda, mengapakah sikap toleransi seperti dalam Pakatan Murni penting kepada negara kita yang mempunyai rakyat pelbagai kaum?

F1 Elak perasaan perkauman
F2 Kerjasama
F3 Permuafakatan
F4 Tidak berlaku perbalahan
F5 Kestabilan ekonomi
F6 Hormat menghormati
F7 Pelabur asing
F8 Agihan kekayaan
F9 Mana-mana jawapan munasabah

3. Kemerdekaan negara kita hasil kebijaksanaan pemimpin berbincang dengan pihak penjajah. Mengapakah pendekatan berunding lebih baik daripada berperang dalam usaha menuntut kemerdekaan?

F1 Mengelak pertumpahan darah
F2 Kemerdekaan lebih terancang 
F3 Memelihara perpaduan kaum
F4 Dapat terus kerjasama British selepas merdeka
F5 Rakyat lebih bersedia
F6 Tiada kerosakan harta benda
F7 Ketenteraman awam
F8 Lebih matang dan dihormati dunia
F9 Mana-mana jawapan munasabah

4. Bagaimanakah tolak ansur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia boleh membantu negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan?

F1 Mengamalkan semangat inkuiri/ingin tahu
F2 Mengambil berat terhadap sesuatu isu 
F3 Bergembling tenaga untuk memajukan ekonomi
F4 Menjaga kestabilan politik
F5 Menjaga sentimen perkauman
F6 Bertoleransi
F7 Merealisasikan konsep 1 Malaysia
F8 Mana-mana jawapan munasabah









BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1. Penubuhan Malaysia memperlihatkan kematangan pemimpin kita melihat masa depan. Pada pandangan anda, mengapakah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia memberi banyak faedah kepada rakyat negeri tersebut?

F1 Kemajuan ekonomi
F2 Perniagaan 
F3 Pasaran
F4 Kestabilan politik
F5 Bantuan persekutuan
F6 Peluang mentadbir
F7 Kemudahan awam
F8 Pengangkutan
F9 Perhubungan
F10 Pendidikan
F11 Universiti
Mana-mana jawapan munasabah

2. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada tentangan negara luar iaitu Indonesia dan Filipina dalam usaha menubuhkan Malaysia?

F1 Perpaduan rakyat penting
F2 Sikap matang
F3 Mengelak perang
F4 Mementingkan diplomasi
F5 Melalui meja perundingan
F6 Perang menghancurkan negara
F7 Berhati-hati dengan anasir luar
F8 Berjuang untuk negara
F9 Semangat patriotisme
F10 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

1. Berdasarkan pemerhatian anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada rakyat pelbagai kaum di Malaysia? 

F1 Kecekapan mentadbir
F2 Keadilan rakyat
F3 Menjamin taat setia kepada negara
F4 Hak asasi rakyat
F5 Rujukan mentadbir
F6 Ketenteraman awam
F7 Agihan kuasa persekutuan negeri
F8 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pandangan anda, mengapakah sistem Raja Berperlembagaan masih relevan dan penting kepada negara Malaysia? 

F1 Melindungi rakyat pelbagai kaum
F2 Ketika darurat
F3 Melindungi Islam 
F4 Kebebasan agama
F5 Melindungi hak orang Melayu
F6 Melindungi kerakyatan kaum lain
F7 Perpaduan kaum
F8 Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pendapat anda, mengapakah lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan perlu dihormati dan dipelihara? 

F1 Lambang kedaulatan
F2 Semangat patriotisme
F3 Cinta akan negara
F4 Perpaduan kaum
F5 Taat kepada negara
F6 Pembakar semangat
F7 Mana-mana jawapan munasabah

4. Pada pandangan anda, mengapakah hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri amat penting?

F1 Menyatupadukan pelbagai wilayah yang berasingan
F2 Membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil 
F3 Mengurangkan perbalahan antara etnik
F4 Menjamin keharmonian dan hubungan baik
F5 Toleransi untuk kepentingan bersama
F6 Memudahkan pembangunan ekonomi
F7 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

1. Pada pandangan anda, mengapakah bidang pertanian masih penting walaupun Malaysia kini menuju ke arah negara maju? 

F1 Bantu ekonomi bumiputera 
F2 Pertanian dagang
F3 Usahawan tani
F4 Bekalan makanan
F5 Mengurang import
F6 Keselamatan ketika darurat
F7 Petani miskin dibantu
F8 Mana-mana jawapan munasabah
2. Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah pendidikan perlu terus diutamakan dalam kehidupan kita hari ini? 

F1 Memajukan diri
F2 Pembangunan negara
F3 Sahsiah anak muda
F4 Tuntutan agama
F5 Peluang pekerjaan 
F6 Pemimpin berwibawa
F7 Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia perlu menjadi negara maju selaras dengan Cita-cita Wawasan 2020? 

F1 Ekonomi maju
F2 Pendapatan tinggi
F3 Kestabilan politik
F4 Maruah bangsa
F5 Kemajuan ilmu
F6 Masyarakat penyayang
F7 Agihan ekonomi
F8 Perpaduan
F9 Mana-mana jawapan munasabah


BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

1. Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada Perang Dunia Pertama dan Kedua? 

F1 Kehilangan nyawa
F2 Rosak harta benda
F3 Tamadun rosak
F4 Kanak-kanak/wanita 
F5 Perpecahan negara
F6 Pendidikan terjejas
F7 Masyarakat hancur
F8 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kelebihan dasar luar Malaysia yang berbaik-baik dengan semua negara? 

F1 Tiada musuh
F2 Ekonomi stabil
F3 Tiada ancaman kuasa besar
F4 Negara aman
F5 Rakyat bersatu
F6 Mana-mana jawapan munasabah
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengelak perang daripada berlaku? 

F1 Patuh undang-undang
F2 Hormat negara lain
F3 Jadi ahli PBB
F4 Berdiplomasi
F5 Muafakat
F6 Mana-mana jawapan munasabah

4. Pada pandangan anda, apakah kesan perkembangan globalisasi pada zaman kini?

F1 Jurang antara luar bandar dengan bandar
F2 Jurang antara negara maju dengan membangun
F3 Menyekat peluang pekerjaan
F4 Merendahkan taraf hidup
F5 Perkembangan masalah sosial
F6 Mewujudkan sikap individualistik
F7 Persaingan tidak sihat
F8 Penindasan golongan kaya terhadap orang miskin
F9 Mana-mana jawapan munasabah

5. Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia sepatutnya menghadapi cabaran globalisasi?
F1 Memajukan prasarana ICT
F2 Mengambil peluang dan faedah ICT
F3 Mempromosikan penggunaan ICT
F4 Memajukan projek Koridor Raya Multimedia 
F5 Menyediakan e-pendidikan
F6 Menjadi warga global
F7 Mengamalkan e-dagang 
F8 Mana-mana jawapan munasabah