I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 8, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-PAKATAN MURNI(6)

TEMA 11 (Bab 5 Tingkatan 5)



PAKATAN MURNI

SKOP KAJIAN

·         Maksud pakatan murni
·         Usaha mewujudkan pakatan murni
·         Kejayaan pakatan murni
·         Nilai dan iktibar


SOALAN STRUKTUR

Rajah di bawah menunjukkan langkah mewujudkan pakatan murni di Tanah Melayu.



 



(a)    Apakah yang dimaksudkan dengan pakatan murni ?
 [2 markah]


(b)    Sebutkan dua kaum yang menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK).
[2 markah]


(c)     Senaraikan perkara yang dipersetujui dalam rundingan antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK).
[2 markah]


(d)    Pada pandangan anda, mengapakah hasrat Dato’ Onn Jaafar untuk membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu ditentang oleh orang Melayu ?

 [2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni di negara kita ?
[2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

(a)    Apakah yang dimaksudkan dengan pakatan murni ?
        
·         Pakatan murni merupakan usaha semua kaum menghasilkan kerjasama politik melalui rundingan.
·         Pakatan murni merupakan jalan untuk menyelesaikan tuntutan dan masalah setiap kaum.
·         Pakatan murni bertujuan menyatupadukan kaum.
 [2 markah]


(b)    Sebutkan dua kaum yang menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK).
        
·         Melayu
·         Cina
·         India
·         Sri Lanka
·         Serani
·         Eropah
 [2 markah]


(c)    Senaraikan perkara yang dipersetujui dalam rundingan antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK).

·         Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
·         Memajukan ekonomi dan pendidikan luar bandar.
·         Melantik Dato’ Onn Jaafar menjadi Pengerusi RIDA
·         Memberikan Kerakyatan Negeri 1951 kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu atau bapanya rakyat Tanah Melayu
·         Pilihan raya di semua peringkat akan diadakan pada masa yang sesuai.
 [2 markah]


(d)    Pada pandangan anda, mengapakah hasrat Dato’ Onn Jaafar untuk membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu ditentang oleh orang Melayu ?

·         Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti.
·         Semua kaum bekerjasama mencapai kemerdekaan.
·         Perubahan politik di Tanah Melayu pada ketika itu.
·         Orang Melayu tidak lagi rakyat tunggal negara ini.
·         Orang bukan Melayu turut menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
 [2 markah]


(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni di negara kita ?

·         Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK).
·         Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan yang akan dicapai.
·         Menjadi Pengerusi pertama RIDA
·         Mencadangkan supaya keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
·         Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
·         Membuka IMP kepada semua kaum.
·         Menggunakan konsep kerjasama kaum sebagai dasar IMP.
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian untuk mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu melalui rundingan dan tolak ansur politik.

(a)   Terangkan empat usaha yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu untuk mengadakan pakatan murni.
[8 markah]

(b)    Jelaskan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan Pakatan Murni.
[4 markah]

(c)   (i)    Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, mengapakah kita perlu menghormati prinsip pakatan murni ?
[4 markah]

        (ii)   Pada pandangan anda, apakah yang mungkin terjadi jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip pakatan murni?
[4 markah]

JAWAPAN ESEI

 (a)  Terangkan empat usaha yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu untuk mengadakan pakatan murni.

·         Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (JHAK)
JHAK dianggotai oleh kaum Melayu,  Cina dan India..
        JHAK mengutamakan perpaduan untuk kemerdekaan
·         JHAK mengadakan rundingan dengan UMNO.
                Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan untuk memajukan masyarakat luar bandar,            
                pemberian kerakyatan kepada imigran,dan pelaksanaan pilihan raya pada masa sesuai.
·         Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
        Beliau dikecam kerana orang Melayu.
        Dato’ Onn meninggalkan UMNO.
·         Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
        Beliau membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
        Konsep kerjasama kaum dalam satu parti diutamakan
·         Pihak British menganjurkan Persidangan Kebangsaan.
        Ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald.
        Tujuannya ialah mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perkauman.
·         Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
Konvensyen dianjurkan bersama MCA.
                Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti politik.
 [8 markah]


(b)    Jelaskan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan Pakatan Murni.

·         Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952.
·         Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama.
·         Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri 1954.
·         Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti PERIKATAN.
·         PERIKATAN turut dianggotai oleh MIC pada 1955.
·         Pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Perundangan.
·         PERIKATAN memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
·         PERIKATAN berjaya menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet
·         Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri.
·         Tunku melantik anggota kabinet daripada pelbagai kaum.
·         Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan.
 [4 markah]


(c)   (i)    Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, mengapakah kita perlu menghormati prinsip pakatan murni ?

·         Mewujudkan kestabilan politik
·         Menjamin kebajikan kepada semua kaum
·         Membahagikan hak yang adil antara kaum
·         Memupuk perpaduan kaum
·         Menjamin keamanan negara
·         Meningkatkan kemakmuran negara
·         Menggalakkan perkembangan ekonomi
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]


        (ii)   Pada pandangan anda, apakah yang mungkin terjadi jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip pakatan murni?

·         Keadaan politik dalam negara tidak stabil
·         Hubungan tegang antara kaum
·         Semangat perkauman semakin menebal
·         Tidak wujud perpaduan kaum
·         Berlaku perbalahan kaum
·         Perkembangan ekonomi terbantut
·         Kuasa besar mencampuri urusan negara kita
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

No comments:

Post a Comment