I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 8, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH(8)

TEMA 11 (Bab 4 Tingkatan 5)



PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH

SKOP KAJIAN

·         Faktor penyerahan Sarawak kepada British
·         Sebab penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak
·         Cara penentangan penduduk Sarawak
·         Sebab pergerakan politik di Sabah tidak menonjol


SOALAN STRUKTUR

(a)     Apakah sebab Vyner Brooke bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British ?
[2 markah]


(b)     Mengapakah pemimpin tempatan di Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British ?
 [2 markah]


(c)     Nyatakan tindakan penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
[2 markah]


(d)     Berikan dua alasan, mengapakah anda menyokong penentangan penduduk Sarawak ?
[2 markah]


(e)     Pada pandangan anda, mengapakah kesedaran politik di Sabah amat perlahan berbanding di Sarawak ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

(a)  Apakah sebab Vyner Brooke bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British ?

·         Beliau telah tua / uzur
·         Beliau tiada waris yang akan menggantinya.
·         Anak saudaranya, Anthony Brooke tidak layak mentadbir
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(b)  Mengapakah pemimpin tempatan di Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British ?

·         Bercanggah dengan Perlembagaan 1941
·         Brooke tidak berunding dengan pemimpin tempatan
·         Hanya disokong bukan bumiputera dan pegawai British.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(c)  Nyatakan tindakan penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.

·         Persatuan menentang penyerahan Sarawak secara terbuka.
·         Kaum Ibu dalam PKMS berdemonstrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.
·         Kakitangan kerajaan menentang secara terbuka.
·         Seramai 338 kakitangan awam meletak jawatan sebagai tanda bantahan terhadap Surat Pekeliling kerajaan British.
·         Kaum terpelajar dan orang muda Sarawak mengadakan pakatan sulit.
·         Mereka menubuhkan Rukun Tiga Belas untuk menghadapi tekanan British.
·         Rosli Dhobi telah membunuh Gabenor Sarawak, Duncan Stewart.
 [2 markah]


(d)  Berikan dua alasan, mengapakah anda menyokong penentangan penduduk Sarawak ?

·         Menghalang Sarawak dijadikan tanah jajahan British
·         Untuk memerintah sendiri
·         Vyner Brooke tidak berpegang kepada jajanji
·         Mempertahankan kedaulatan negeri Sarawak
·         Menunjukkan perpaduan rakyat Sarawak
·         Mempertahankan maruah rakyat Sarawak
·         Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]


(e)  Pada pandangan anda, mengapakah kesedaran politik di Sabah amat perlahan berbanding di Sarawak ?

·         Pertubuhan yang ada berpecah belah
·         Gerakan politik tidak berkesan
·         Pertubuhan yang ditubuhkan ialah pertubuhan sosioekonomi.
·         Gerakan pertubuhan bersifat sederhana.
·         Sistem perhubungan kurang baik
·         Kesedaran berpersatuan dalam kalangan masyarakat masih rendah
·         Masyarakat tertutup
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

No comments:

Post a Comment