I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-NASIONALISME DI ASIA TENGGARA(12)

TEMA 10 (Bab 1 Tingkatan 5)



NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

SKOP KAJIAN

·          Maksud nasionalisme
·          Faktor kemunculan semangat nasionalisme
·          Ciri nasionalisme di Asia Tenggara – Nasionalisme tahap pertama dan tahap kedua
·          Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara – Fokus : Filipina, Indonesia, Thailand
·          Cara Barat menangani gerakan nasional
·          Kesan kebangkitan semangat nasionalisme


SOALAN STRUKTUR (Model 1)

(a)     Apakah maksud nasionalisme ?
[1 markah]

(b)     Jelaskan perbezaan antara ciri gerakan nasionalisme tahap pertama dengan ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.

(i)             Tahap Pertama
 [2 markah]

(i)             Tahap Kedua
 [2 markah]

 (d)   Berdasarkan kajian anda terhadap gerakan nasionalisme di Asia Tenggara, nyatakan sifat yang dimiliki oleh para nasionalis dalam perjuangan mereka.
 [2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, apakah faktor yang memainkan peranan ke arah kejayaan sesuatu perjuangan ?
[3 markah]

JAWAPAN STRUKTUR (Model 1)

(a)  Apakah maksud nasionalisme ?

·          Perasaan cinta akan negara dan bangsa
·          Gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan politik, ekonomi dan kebudayaan asing.
 [1 markah]

(b) Jelaskan perbezaan antara ciri gerakan nasionalisme tahap pertama dengan ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.

(ii)            Tahap Pertama
        
·          Penentangan bersifat setempat sahaja.
·          Gerakan ini dipimpin oleh golongan agama
·          Tiada parti politik yang menjadi penggerak.
·          Perjuangan berkaitan isu sosial, kebudayaan, agama dan hak peribumi
·          Bertujuan menuntut hak dan taraf hidup rakyat tempatan dibaiki.
·          Gerakan ini bersifat sederhana dan tidak bersifat politik
·          Mereka tidak menuntut kemerdekaan segera.
·          Cara perjuangan ialah memberikan kesedaran kepada masyarakat.
 [2 markah]

(ii)  Tahap Kedua
        
·          Penentangan menyeluruh di seluruh negara.
·          Gerakan ini dipimpin oleh ahli politik.
·          Mempunyai parti politik sebagai penggerak.
·          Isu berkaitan politik dan kemerdekaan tanah air.
·          Bertujuan menuntut kemerdekaan dan memerintah sendiri.
·          Gerakan ini bersifat radikal.
·          Gerakan ini bersifat tindakan politik
·          Menentang secara tegas atau menggunakan kekerasan.
 [2 markah]


(c)  Berdasarkan kajian anda terhadap gerakan nasionalisme di Asia Tenggara, nyatakan sifat yang dimiliki oleh para nasionalis dalam perjuangan mereka.
        
·          Berpandangan jauh
·          Daya kepimpinan yang tinggi
·          Bijak membuat keputusan
·          Sabar menghadapi rintangan
·          Berpengetahuan luas dalam politik
·          Pandai berhujah
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(d) Pada pandangan anda, apakah faktor yang memainkan peranan ke arah kejayaan sesuatu perjuangan ?
        
·          Mempunyai matlamat perjuangan yang jelas
·          Perpaduan dalam kalangan nasionalis
·          Mempunyai perancangan strategi yang berkesan
·          Memilki pemimpin yang berwawasan
·          Menggunakan kaedah yang sesuai
·          Sokongan rakyat terhadap perjuangan
·          Mana-mana munasabah
 [3 markah]



SOALAN STRUKTUR (Model 2)

Jadual di bawah menunjukkan pemimpin gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara.

Pemimpin Gerakan Nasionalisme di Asia Tenggara
Negara
Tahap Pertama
Tahap Kedua
Filipina
Jose Rizal
Andres Bonifacio
Thailand
Pridi Panomyong
Phibul Songram


(a)     Apakah matlamat diperjuangkan oleh Jose Rizal melalui gerakan nasionalisme yang tahap pertama di Filipina ?.
[2 markah]

(b)     Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Andres Bonifacio untuk mendapatkan kemerdekaan Filipina daripada Sepanyol.
[2 markah]

 (c)    Mengapakah Pridi Panomyong memimpin gerakan yang mencetuskan Revolusi Thai pada tahun 1932 ?
 [2 markah]

(d)    Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Phibul Songram untuk mengurangkan pengaruh Cina dalam ekonomi dan sosial di Thailand.
[2 markah]


(e)     Pada pandangan anda, mengapakah gerakan nasionalisme yang berlaku di Thailand berbeza dengan yang berlaku di negara lain ?
 [2 markah]

SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah matlamat diperjuangkan oleh Jose Rizal melalui gerakan nasionalisme yang tahap pertama di Filipina ?.

·          Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
·          Menuntut supaya bangsa Filipina mendapat hak seperti bangsa Sepanyol
·          Menuntut kebebasan bersuara
·          Menuntut supaya bangsa Filipina mendapat pembelaan
 [2 markah]

(b) Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Andres Bonifacio untuk mendapatkan kemerdekaan Filipina daripada Sepanyol.

·          Menubuhkan parti Katipunan.
·          Melakukan penentangan secara radikal.
·          Menerbitkan akhbar Kalayan.
·          Menyebarkan fahaman revolusi melalui Kalayan
·          Melancarkan revolusi bersenjata.
 [2 markah]

(c)  Mengapakah Pridi Panomyong memimpin gerakan yang mencetuskan Revolusi Thai pada tahun 1932 ?
        
·          Kerabat diraja menguasai politik di Thailand.
·          Rakyat tidak mahu sistem raja berkuasa mutlak.
·          Rakyat mahukan sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan.
·          Kelemahan sistem pentadbiran.
·          Sikap raja yang boros.
 [2 markah]

(d) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Phibul Songram untuk mengurangkan pengaruh Cina dalam ekonomi dan sosial di Thailand.

·          Meluluskan undang-undang yang menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi.
·          Menggalakkan orang Thai menceburi bidang perniagaan.
·          Menamatkan penerbitan akhbar Cina
·          Membubarkan sekolah Cina.
·          Menukarkan nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas).
·          Pegawai kerajaan dilantik daripada kalangan penganut agama Buddha
 [2 markah]


(e)  Pada pandangan anda, mengapakah gerakan nasionalisme yang berlaku di Thailand berbeza dengan yang berlaku di negara lain ?
        
·          Tidak bersifat antipenjajah.
·          Bertujuan untuk mengekalkan kemerdekaan negara Thailand.
·          Mereka menentang penguasaan politik oleh kerabat diraja.
·          Melancarkan revolusi untuk menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
·          Bertujuan memperbaiki kelemahan dalam sistem pentadbiran.
·          Menentang sikap raja yang boros.
·          Mahu menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi.
·          Mahu mewujudkan perpaduan kaum.
·          Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]

SOALAN ESEI

(a)   Terangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
 [6 markah]

 (b)  Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme di  negara Indonesia dan Burma.
[6 markah]

 (c)    (i)   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?
[4 markah]

         (ii)  Sebagai pemimpin gerakan nasionalisme, nyatakan usaha yang akan anda lakukan untuk memastikan gerakan nasionalisme yang lebih berkesan ?
[4 markah]


JAWAPAN ESEI

(a)  Terangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

·          Dasar Penjajah
Rakyat tempatan tiada peluang dalam birokrasi Barat.
Mereka kekal dalam ekonomi tradisional.
Dasar ekonomi penjajah menindas penduduk.
Contohnya Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo
Penjajah mewujudkan jurang sosial masyarakat.
Penjajah membawa masuk imigran
Golongan imigran menguasai ekonomi.

·          Pengaruh Agama
Agama menyatukan rakyat tempatan menghadapi Barat.
Agama digunakan untuk menghalang kebudayaan Barat dan agama Kristian.
Contohnya gerakan Islah di Tanah Melayu, Indonesia serta penubuhan Persatuan Belia Buddha di Burma.
Golongan agama menjadi pencetus nasionalisme.
Agama Kristian menyatukan penduduk Filipina menentang Sepanyol.
Rakyat Filipina yang beragama Kristian dianggap golongan kelas kedua.

·          Karya Kesusasteraan
Karya sastera memaparkan kesengsaraan masyarakat akibat  penindasan penjajah.
Karya sastera membangkitkan kesedaran rakyat.
Karya sastera membangkitkan kecintaan kepada negara.
Karya kesusasteraan menjadi inspirasi kepada rakyat.
Contohnya Noli Me Tangere (Filipina), Kerikil,Kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda (Indonesia), Putera Gunung Tahan (Tanah Melayu) dll.

·          Sistem Pendidikan
Penjajah bersikap pilih kasih dalam pendidikan.
Penjajah mengutamakan sekolah yang menggunakan pengantar bahasa penjajah.
Mereka hanya menyediakan kemudahan pendidikan  di sekolah tersebut sahaja.

Penjajah hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja.
Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar sahaja.
Pendidikan anak-anak bangsawan diasingkan daripada anak orang kebanyakan.
Pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh memberi ancaman kepada sekolah agama.
Lepasan sekolah vernakular sukar mendapatkan pekerjaan.

·          Kemunculan Golongan Intelektual
Golongan intelek berpendidikan Barat dan Asia Barat menjadi pencetus gerakan nasionalisme.
Mereka terdedah kepada falsafah Barat dan Islam.
Mereka menyedari bahawa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan dengan baik.
Mereka memimpin gerakan nasionalisme apabila kembali ke tanah air.
Mereka menuntut  taraf hidup rakyat diperbaiki.
Mereka memperjuangkan kemerdekaa tanah air
 [6 markah]


(b) Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme di  negara Indonesia   dan Burma.

                Nasionalisme di Indonesia

                Nasionalisme Tahap Pertama
·          Dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini.
·          Beliau mahu mengubah nasib rakyat melalui pendidikan.
·          Beliau berusaha memajukan pendidikan kaum wanita.
·          Beliau menyedarkan masyarakat melalui karyanya “Habis Gelap Terbitlah Terang” dan  “Penulisan Seorang Puteri Jawa”.
·          Karya itu mendedahkan kemunduran rakyat dan penindasan Belanda.
·          Perjuangan beliau menjadi inspirasi kepada pejuang-pejuang untuk menubuhkan persatuan yang tersusun.
·          Pertubuhan Muhammadiyah ditubuhkan.
·          Matlamat Muhammadiyah ialah untuk menyebarkan Islam sebenar serta menghindari ancaman agama Kristian
·          Muhammadiyah membina sekolah, klinik dan masjid.
   
                Nasionalisme Tahap Kedua
·          Dimulakan oleh Soekarno.
·          Beliau menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI).
·          Parti politik radikal yang lain seperti Sarekat Islam (SI) dan Parti Komunis Indonesia (PKI) juga ditubuhkan.
·          Parti-parti politik ini menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
·          PNI pimpinan Soekarno mendapat sokongan rakyat.
·          Parti tersebut berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia.
·          Belanda menangkap pemimpin dan mengharamkan parti politik radikal.
 [6 markah]

Nasionalisme di Burma

Nasionalisme Tahap Pertama
·          Gerakan tahap pertama dipelopori oleh sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat.
·          Sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha.    
·          Persatuan ini mahu mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan rakyat Burma.                
·          Persatuan ini menggunakan isu kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat.
·          Pemimpin persatuan itu menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma yang lebih radikal.

Nasionalisme Tahap Kedua
·          Gerakan tahap kedua muncul apabila sami Buddha membantah Laporan Montagu-Chelsford yang menyatakan Burma belum bersedia untuk memerintah sendiri.
·          Mereka menubuhkan Majlis Am Sangha Sametggi yang dipimpin oleh Saya San.
·          Mereka mencetuskan pemberontakan.
·          Pelajar lancarkan revolusi untuk menuntut sebuah universiti
·          Pejuang kemerdekaan menubuhkan Liga Antipemisahan yang menentang pemisahan Burma daripada India.
·          Perlembagaan Burma diluluskan pada 1935 telah memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
·          Golongan Thakin menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan.
·          Dr. Ba Maw menang pilihan raya dan dilantik menjadi Perdana Menteri
[6 markah]

(c)  (i)      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?

·          Menjatuhkan hukuman bunuh
Cth:  ke atas Jose Rizal dan Andres Bonifacio (Filipina), Nguyen Thai Hoc (IndoChina)
·          Menangkap dan memenjarakan
Cth:  ke atas Emilio Aguinaldo (Filipina), Soekarno (Indonesia)
·          Hanya membenarkan penubuhan parti politik bersifat sederhana sahaja
Cth : Kerajaan Amerika Syarikat membenarkan penubuhan parti politik sederhana di Filipina.
·          Penjajah mengharamkan parti politik radikal.
Cth : Belanda haramkan Parti Nasional Indonesia
·          Melarang pemerintah tempatan terlibat dalam politik
Cth : Penjajah Perancis melarang Maharaja Bao Dai di Vietnam melibatkan diri dalam politik.
·          Penjajah memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
Cth;  Penjajah British meluluskan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang berkerajaan sendiri
Cth : Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik menjadi Perdana Menteri Burma yang pertama.
Cth : Parti Nasional memenangi pilihan raya Filipina pada tahun 1907 menyebabkan Sergio Osmena mengetuai Dewan Perhimpunan.
 [4 markah]


      (ii)     Sebagai pemimpin gerakan nasionalisme, nyatakan usaha yang akan anda lakukan untuk memastikan gerakan nasionalisme yang lebih berkesan ?

·          Menyusun strategi yang terancang supaya gerakan lebih mantap
·          Menggunakan media untuk sebarkan idea nasionalisme kepada rakyat
·          Memilih pemimpin yang berilmu pengetahuan
·          Membuat tuntutan secara toleransi untuk elak pertumpahan darah
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]


SOALAN STRUKTUR (Model 3)

Jadual berikut berkaitan dengan gerakan nasionalisme di Thailand.

Tahap
Ciri Gerakan
Pertama
Menamatkan sistem beraja mutlak
Kedua
Mengurangkan pengaruh Cina


(a)   Sebutkan tokoh yang memimpin gerakan nasionalisme di Thailand.
[2 markah]

(b)   Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand ?
[2 markah]

(c)   Apakah langkah yang dilakukan oleh kerajaan Thailand untuk mengurangkan pengaruh ekonomi dan kebudayaan Cina di Thailand ?
[2 markah]


(d)   Pada pandangan anda, mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan gerakan nasionalisme di negara lain ?
 [2 markah]

(e)   Apakah iktibar yang boleh kita pelajari daripada keistimewaan gerakan nasionalisme di negara Thailand ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR (Model 3)

(a)  Sebutkan tokoh yang memimpin gerakan nasionalisme di Thailand.

·          Nai Pridi Panomyong
·          Phibul Songram
 [2 markah]

(b) Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand ?

·          Kerabat diraja menguasai politik di Thailand.
·          Rakyat tidak mahu sistem raja berkuasa mutlak.
·          Perkembangan sistem pendidikan Barat mendedahkan rakyat kepada fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan.
·          Kelemahan sistem pentadbiran.
·          Sikap raja yang boros.
 [2 markah]

(c)  Apakah langkah yang dilakukan oleh kerajaan Thailand untuk mengurangkan pengaruh ekonomi dan kebudayaan Cina di       Thailand ?

·          Phibul Songram meluluskan undang-undang yang menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi.
·          Menggalakkan orang Thai menceburi bidang perniagaan.
·          Menamatkan penerbitan akhbar Cina
·          Membubarkan sekolah Cina.
·          Beliau menukarkan nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas).
 [2 markah]

(d) Pada pandangan anda, mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan gerakan nasionalisme di negara lain ?
        
·          Nasionalisme Thailand tidak bersifat antipenjajah.
·          Nasionalisme bertujuan untuk mengekalkan kemerdekaan negara Thailand.
·          Mereka menentang penguasaan politik oleh kerabat diraja.
·          Rakyat melancarkan revolusi untuk menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
·          Nasionalisme bertujuan memperbaiki kelemahan dalam sistem pentadbiran.
·          Rakyat menentang sikap raja yang boros.
·          Rakyat tidak puas hati terhadap penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
·          Mereka mahu menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi.
·          Mereka mahu mewujudkan perpaduan kaum.
·          Mereka berusaha mendapatkan semula wilayah Siam di IndoChina dan Tanah Melayu.
·          Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]

(e)  Apakah iktibar yang boleh kita pelajari daripada keistimewaan gerakan nasionalisme di negara Thailand ?
        
·          Kesedaran semangat kebangsaan bermula di peringkat pemerintah
·          Kita patut berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara
·          Kita hendak sanggup membuat perubahan ke arah yang lebih baik
·          Perpaduan memainkan peranan penting dalam sesuatu perjuangan
·          Kita hendaklah berusaha mewujudkan jati diri masyarakat
·          Mana-mana munasabah
 [2 markah]

No comments:

Post a Comment