I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 8, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN TAHAP PERTAMA DAN KEDUA(1)

TEMA 11 (Bab 8 Tingkatan 5)



RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

SKOP KAJIAN

·         Matlamat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama
·         Strategi kea rah mencapai matlamat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama
·         Agensi kerajaan yang terlibat dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama
·         Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)
·         Langkah untuk menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)
·         Kejayaan Dasar Ekonomi Baru


SOALAN STRUKTUR (Model 1)

Jadual di bawah berkaitan dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama (1956 – 1970) di negara kita.

Tempoh
Rancangan Pembangunan
1956 – 1960
Rancangan Malaya Pertama
1961 – 1965
Rancangan Malaya Kedua
1966 – 1970
Rancangan Malaysia Pertama


(a)    Apakah matlamat Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) ?
[2 markah]

(b)    Nyatakan strategi yang dilaksanakan ke arah mencapai matlamat rancangan pembangunan tersebut.
[2 markah]

 (c)   Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) kurang memberangsangkan ?
 [2 markah]

(d)    Apakah peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA) dalam menjayakan matlamat Rancangan Malaya Kedua 1961 – 1965) ?
[2 markah]

(e)    Langkah kerajaan menubuhkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membangunkan masyarakat melalui Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970) adalah suatu tindakan yang bijak.
Kemukakan alasan anda.
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR (Model 1)

(a)    Apakah matlamat Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) ?

·         Membangunkan kawasan luar bandar
·         Merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar dengan di bandar
·         Mengurangkan kemiskinan penduduk luar bandar.
·         Mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara
·         Mempelbagaikan sumber pendapatan negara
·         Mengurangkan pergantungan kepada bijih timah dan getah
 [2 markah]

(b)    Nyatakan strategi yang dilaksanakan ke arah mencapai atlamat rancangan pembangunan tersebut.

·         Membuka tanah baru untuk pertanian
·         Menanam semula getah
·         Mempelbagaikan hasil keluaran pertanian
·         Memperluaskan perusahaan perlombongan bijih timah
·         Menyediakan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perhubungan
·         Membina infrastruktur
 [2 markah]

(c)    Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) kurang memberangsangkan ?

·         Ancaman komunis semasa Darurat
·         Sejumlah pendapatan negara dialih kepada keselamatan negara
·         Kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(d)    Apakah peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam menjayakan matlamat Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965) ?

·         Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
·         Meningkatkan hasil pertanian negara
·         Membuka tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian
·         Membuka tanah baru untuk petempatan
·         Menyediakan kemudahan asas di kawasan tanah baru dibuka
·         Memindahkan penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan petempatan baru
·         Menjadikan penduduk luar bandar yang miskin sebagai petani moden
·         Memberi tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan tanah baru dibuka
[2 markah]


(e)    Langkah kerajaan menubuhkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membangunkan masyarakat melalui Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970) adalah suatu tindakan yang bijak. Kemukakan alasan anda.

·         Dapat membangunkan masyarakat luar bandar
·         Dapat memberikan pinjaman modal kepada pengusaha pertanian
·         Dapat membantu petani memasarkan hasil pertanian
·         Menggalakkan orang Melayu dalam bidang perniagaan
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN STRUKTUR (Model 2)

Jadual di bawah berkaitan dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971 – 1990) di negara kita.

Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975)

DASAR EKONOMI BARU          (DEB)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980)
Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)
Rancangan Malaysia Kelima (1985 – 1990)

(a)    Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ?
 [2 markah]

(b)    Nyatakan dua langkah yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[2 markah]

 (c)   Berikan dua agensi yang terlibat dalam menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[2 markah]

(d)    Jelaskan peranan agensi yang disebut di atas.
 [2 markah]

(e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap kemajuan masyarakat di negara kita ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR (Model 2)

(a)    Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ?

·         Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
·         Merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
·         Merapatkan jurang ekonomi antara wilayah.
·         Menyusun semula masyarakat.
·         Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
·         Memajukan ekonomi masyarakat luar bandar.
 [2 markah]

(b)    Nyatakan dua langkah yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

·         Membuka tanah rancangan secara besar-besaran
·         Memberi tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit
·         Meningkatkan kemudahan dan infrastruktur di kawasan luar bandar
·         Menggalakkan masyarakat luar bandar menceburi bidang perniagaan
·         Memberikan bantuan modal dan teknikal kepada bumiputera
·         Melancarkan Skim Amanah saham Nasional
 [2 markah]


(c)    Berikan dua agensi yang terlibat dalam menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

·         Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
·         Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
·         Majlis Amanah Rakyat (MARA)
·         Bank Bumiputera
·         Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
·         Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
·         Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
[2 markah]


 (d)   Jelaskan peranan agensi yang disebut di atas.

·         Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Memainkan peranan dalam pembukaan tanah.
·         Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
Membangunkan ekonomi luar bandar.
·         Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Membangunkan masyarakat luar bandar.
·         Bank Bumiputera
        Menggalakkan bumiputera dalam perdagangan.
·         Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
        Menggiatkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan.
·         Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
        Menjalankan penyelidikan meningkatkan hasil pertanian.
·         Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
        Menggalakkan kemunculan industri baru.
 [2 markah]


(e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap kemajuan masyarakat di negara kita ?

·         Berjaya merapatkan jurang antara kaum dan wilayah
·         Kadar kemiskinan dalam KDNK menurun
·         Pendapatan perkapita kaum bumiputera meningkat
·         Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
·         Manfaat dinikmati oleh semua kaum
·         Hal milik modal saham orang asing berjaya dikurangkan.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]



SOALAN ESEI

Jadual di bawah berkaitan dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971 – 1990) di negara kita.


1971 – 1990
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Matlamat
·       Menyusun semula masyarakat
·       Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

(a)    Terangkan program yang dilaksanakan melalui pelan Rancangan Lima Tahun untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[6 markah]


(b)    Jelaskan peranan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan masyarakat luar bandar.
[6 markah]


(c)    (i)   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan pencapaian yang diperoleh melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[4 markah]


         (ii)  Kemukakan bukti yang menunjukkan bahawa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya meningkatkan kemajuan masyarakat luar bandar di negara kita.
[4 markah]



JAWAPAN ESEI

(a)    Terangkan program yang dilaksanakan melalui pelan Rancangan Lima Tahun untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

        Di Bawah RMK 2 dan RMK 3
·         Melaksanakan pembukaan tanah secara besar-besaran
        oleh KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR.
        Menumpukan kepada penanaman getah dan kelapa sawit.
·         Memperluaskan peranan agensi pembangunan wilayah
Memberi tumpuan dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.

        Di Bawah RMK 4
·         Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
        Mengenalpasti dan membuka perusahaan baru.
        Menguruskan projek industri berat dengan cekap.
·         Menggalakkan pelaburan modal asing
Membuka perusahaan baru seperti di Skudai (Johor), di Senawang (Negeri Sembilan), di Bintulu (Sarawak) serta di Manggatal dan Likas (Sabah)
·         Memperkenalkan zon perdagangan bebas
        Contohnya di Bayan Lepas (pulau Pinang) dan di Sungai Way Selangor).
·         Melancarkan program Kajian Dasar Perindustrian Negara
                Mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara.
·         Melancarkan Pelan Induk Perindustrian
                Menyediakan hala tuju perindustrian negara.

        Di Bawah RMK 5
·         Meningkatkan sektor perindustrian
                Melonggarkan peraturan syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta.
·         Meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian berorientasikan eksport
        Melonggarkan syarat pelaburan asing.
·         Meningkatkan kecekapan sektor kerajaan
        agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta.
·         Meneruskan pembangunan kawasan luar bandar
Menitikberatkan penggunaan tanah secara cekap.
·         Menggalakkan industri desa seperti industri kraftangan.
·         Memperluaskan kemudahan kredit dan insentif
Pinjaman melalui Bank Pertanian Malaysia dan  Amanah Ikhtiar Malaysia.
·         Menjadikan pelancongan sebagai perusahaan penting
Melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1990.
·         Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan
                Meningkatkan kecekapan guna tenaga bagi meningkatkan produktiviti negara.
 [6 markah]


(b)    Jelaskan peranan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan masyarakat luar bandar.

·         Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Memainkan peranan dalam pembukaan tanah.
·         Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
Membangunkan ekonomi luar bandar.
·         Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Membangunkan masyarakat luar bandar.
·         Bank Bumiputera
        Menggalakkan bumiputera dalam perdagangan.
·         Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
        Menggiatkan penyertaan bumiputera dalam               perusahaan.
·         Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
        Menjalankan penyelidikan meningkatkan hasil pertanian.
·         Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
        Menggalakkan kemunculan industri baru.
 [6 markah]


(c)    (i)   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan pencapaian yang diperoleh melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

·         Berjaya merapatkan jurang antara kaum dan wilayah
·         Kadar kemiskinan dalam KDNK menurun
·         Pendapatan perkapita kaum bumiputera meningkat
·         Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
·         Manfaat dinikmati oleh semua kaum
·         Hal milik modal saham orang asing berjaya dikurangkan.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]


         (ii)  Kemukakan bukti yang menunjukkan bahawa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya meningkatkan kemajuan masyarakat luar bandar di negara kita.

·         Kadar kemiskinan masyarakat luar bandar berjaya dikurangkan
·         Taraf hidup masyarakat luar bandar berjaya ditingkatkan
·         Pendapatan perkapita kaum bumiputera berjaya ditingkatkan
·         Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
·         Masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pendidikan
·         Kaum Bumiputera dapat melibatkan diri dalam perdagangan
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

No comments:

Post a Comment