I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN(20)

TEMA 8 (Bab 8 Tingkatan 4)



PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN

SKOP KAJIAN

·         Konsep pendidikan formal dan tidak formal
·         Aspek pendidikan tidak formal
·         Kaedah pendidikan tidak formal
·         Institusi pendidikan formal dalam masyarakat Melayu tradisional
·         Peranan istana sebagai pusat pendidikan
·         Pelaksanaan pendidikan di masjid dan surau
·         Ciri sistem pondok
·         Ciri sistem madrasah

SOALAN STRUKTUR (MODEL 1)

Pendidikan tidak formal merupakan aspek sosial yang sangat penting dalam masyarakat Melayu dan masih diamalkan hingga ke hari ini.

(a)    Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal masyarakat Melayu tradisional ?
 [2 markah]


(b)    Nyatakan aspek yang diberi penekanan dalam pendidikan tidak formal.
 [2 markah]

 (c)    Mengapakah aspek tersebut sangat dtekankan dalam pendidikan tidak formal ?
 [2 markah]

(d)    Bagaimanakah pendidikan tidak formal disampaikan dalam  masyarakat Melayu tradisional ?
 [2 markah]

(e)    Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan tidak formal perlu diberi keutamaan seiring dengan pendidikan formal ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR (MODEL 1)

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal masyarakat Melayu tradisional ?

·         Pendidikan awal atau asuhan keluarga.
·         Berlaku di peringkat institusi keluarga.
·         Menekankan pengajaran nilai-nilai moral.
·         Dipelajari melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.         
 [2 markah]

(b) Nyatakan aspek yang diberi penekanan dalam pendidikan tidak formal.

·         Nilai-nilai moral
·         Kemahiran pekerjaan
·         Hal-hal yang berhubung dengan agama
·         Nilai-nilai budaya yang murni
·         Pantang larang
·         Adat istiadat
 [2 markah]

 (c)   Mengapakah aspek tersebut sangat dtekankan dalam pendidikan tidak formal ?

·         Melahirkan masyarakat yang mematuhi ajaran agama
·         Menanam sifat murni dalam kalangan masyarakat
·         Memupuk perpaduan dalam masyarakat
·         Menyemai semangat kekitaan dalam masyarakat
·         Melahirkan masyarakat yang mematuhi norma masyarakat
·         Menghormati budaya Melayu
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(d) Bagaimanakah pendidikan tidak formal disampaikan dalam masyarakat Melayu tradisional ?

·         Disampaikan melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
·         Disampaiakn melalui teguran secara langsung
·         Mengajar nilai-nilai moral.
·         Disampaikan melalui kaedah bercerita
·         Diserapkan melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka.
·         Disampaikan melalui pergaulan sosial
·         Disampaikan dalam pantang larang, adab dan adat istiadat.
·         Disampaikan menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(e) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan tidak formal perlu diberi keutamaan seiring dengan pendidikan formal ?

·         Supaya melahirkan manusia yang seimbang antara rohani dan jasmani
·         Agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
·         Supaya nilai-nilai masyarakat dapat dipertahankan
·         Agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing
·         Supaya masyarakat dapat menilai antara unsur baik dan buruk
·         Melahirkan insan yang mempunyai minda kelas pertama
·         Agar dapat melahirkan insan yang berfikir di luar kotak
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

SOALAN STRUKTUR (MODEL 2)

Rajah di bawah merujuk kepada sistem pendidikan formal yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional.



Sistem Pendidikan Formal
·         Pengajian di istana
·         Pengajian di masjid dan surau
·         Sistem pondok
·         Sistem madrasah


 (a)   Apakah fungsi istana sebagai pusat pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional ?  ?
 [2 markah]

(b)    Bagaimanakah pengajian ilmu agama dijalankan di masjid dan di surau ?
 [2 markah]

 (c)    Nyatakan ciri sistem pendidikan pondok.
 [2 markah]


(d)    Sebutkan pusat pengajian pondok yang muncul di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam
 [2 markah]


(e)    Mengapakah sistem madrasah dianggap sebagai sistem pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional yang paling sistematik ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR (MODEL 2)

(a) Apakah fungsi istana sebagai pusat pendidikan dalam masyarakat  Melayu tradisional ?  ?

·         Pusat pengajian agama.
·         Tempat ulama berbincang hal agama.
·         Tempat mengembangkan ilmu tasawuf.
·         Tempat menyimpan buku-buku hikayat.
·         Tempat mempelajari ilmu politik dan pentadbiran.
 [2 markah]

(b) Bagaimanakah pengajian ilmu agama dijalankan di masjid dan di surau ?

·         Pada sebelah siang, masjid tempat kanak-kanak mengaji.
·         Kanak-kanak mengaji al-Quran, ilmu fikah, dan fardu ain.
·         Sebelah malam, masjid tempat orang dewasa mengaji.
·         Orang dewasa juga belajar perkara berkaitan keagamaan
·         tetapi tahapnya lebih tinggi daripada tahap kanak-kanak.
·         Mereka mengaji ilmu fikah, usuluddin, hadis dan tasawuf
 [2 markah]

(c) Nyatakan ciri sistem pendidikan pondok.

·         Menekankan ilmu agama.
·         Bertujuan melahirkan guru agama.
·         Bertujuan melahirkan pelajar yang boleh berkhidmat kepada masyarakat.

·         Tidak mempunyai batasan waktu.

·         Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian.
 [2 markah]

(d) Sebutkan pusat pengajian pondok yang muncul di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam

·         Pondok Pulai Chondong
– diasaskan oleh Haji Abdul Samad bin Abdullah
·         Pondok Kutan
– dibuka oleh Haji Mohamad bin Salleh
·         Pondok Pulau Manis
– dibuka oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah
·         Pondok Titi Gajah
– dibuka oleh Haji Muhamad Taib
·         Pondok Langgar
– dibuka oleh Haji Muhamad Nor
 [2 markah]

(e) Mengapakah sistem madrasah dianggap sebagai sistem pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional yang paling sistematik ?

·         Menggunakan sukatan pelajaran.
·         Dijalankan secara kelas.
·         Dilaksanakan mengikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
·         Diawasi oleh mudir (guru besar)
·         Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

No comments:

Post a Comment