I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 8, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-PILIHAN RAYA DI MALAYSIA(2)

TEMA 11 (Bab 7 Tingkatan 5)



PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

SKOP KAJIAN

·         Maksud pilihan raya
·         Jenis pilihan raya
·         Tujuan pilihan raya
·         Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya
·         Syarat menjadi calon pilihan raya
·         Kelayakan menjadi pengundi dalam pilihan raya
·         Proses pilihan raya
·         Nilai dan iktibar


SOALAN STRUKTUR (Model 1)

Rajah berikut berkaitan dengan pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya di Malaysia.


PILIHAN RAYA
·   Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
·   Calon
·   Pengundi


(a)     Apakah tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 [2 markah]


(b)     Berikan dua keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.
[2 markah]


 (c)    Nyatakan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu mengundi dalam pilihan raya.
[2 markah]


(d)     Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kemukakan hujah anda untuk menyokong kepentingan amalan pilihan raya dalam negara demokrasi.
 [2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan  untuk mewujudkan pilihan raya yang telus di negara kita ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR (Model 1)

(a)     Apakah tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

·         Menentukan sempadan pilihan raya
·         Menjalankan pendaftaran pemilih
·         Mengendalikan pilihan raya
·         Menjamin pilihan raya yang adil
·         Menjamin pilihan raya yang bebas
 [2 markah]

(b)     Berikan dua keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

·         Bukan warganegara Malaysia
·         Berumur kurang daripada 21 tahun
·         Tidak bermastautin di Malaysia
·         Tidak sempurna akal
·         Muflis
·         Masih memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
·         Pernah didenda lebih daripada RM 2 000.00
·         Pernah dipenjara lebih daripada 12 bulan
·         Membuat akuan taat setia kepada negara luar.
 [2 markah]

(c)     Nyatakan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu mengundi dalam pilihan raya.

·         Namanya terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih.
·         Berumur 21 tahun.
·         Bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia
·         Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau DUN.
·         Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
 [2 markah]


(d)     Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kemukakan hujah anda untuk menyokong kepentingan amalan pilihan raya dalam negara demokrasi.

·         Melibatkan rakyat dalam pemerintahan negara
·         Mengekalkan amalan demokrasi
·         Memilih kerajaan yang berwibawa
·         Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
·         Menjamin pemerintahan yang adil
·         Memastikan pentadbiran berjalan lancar
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(e)     Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang telus di negara kita?

·         Menggunakan Senarai Daftar Pemilih yang terkini.
·         Memberi peluang sama rata kepada calon bertanding untuk berkempen
·         Memberi ruang kepada semua parti politik menggunakan media arus perdana.
·         Mengadakan debat antara calon yang bertanding.
·         Mengelakkan amalan politik wang dalam pilihan raya.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN STRUKTUR (Model 2)


(a)     Apakah maksud pilihan raya ?
[1 markah]

(b)     Nyatakan perbezaan antara pilihan raya umum dengan pilihan raya kecil.

         (i)   Pilihan raya umum
[1 markah]

         (ii)  Pilihan raya kecil
[1 markah]


 (c)    Mengapakah pilihan raya kecil diadakan ?
 [2 markah]

(d)     Jelaskan syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.
[3 markah]

(e)     Mengapakah setiap warganegara harus melibatkan diri dalam proses pilihan raya ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR (Model 2)

(a)     Apakah maksud pilihan raya ?

·         Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.
·         Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
·         Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
·         Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
 [1 markah]

(b)     Nyatakan perbezaan antara pilihan raya umum dengan pilihan raya kecil.

         (i)   Pilihan raya umum

·         Diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
·         Diadakan serentak di seluruh Malaysia
·         Di Sabah dan Sarawak, pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
 [1 markah]

         (ii)  Pilihan raya kecil
        
·         Diadakan apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
·         Kekosongan mungkin disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
·         Diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak
 [1 markah]

(c)     Mengapakah pilihan raya kecil diadakan ?

·         Kekosongan kerusi Parlimen atau DUN
·         Kematian wakil rakyat
·         Perletakan jawatan wakil rakyat
·         Perlucutan jawatan wakil rakyat
 [2 markah]

(d)     Jelaskan syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

·         Warganegara Malaysia
·         Berumur 21 tahun
·         Bermastautin di Malaysia
·         Sempurna akal
·         Bukan seorang muflis
·         Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
·         Tidak pernah didenda lebih daripada RM 2 000.00
·         Tidak pernah dipenjara lebih daripada 12 bulan
·         Tidak membuat akuan taat setia kepada negara luar.
 [3 markah]

(e)     Mengapakah setiap warganegara harus melibatkan diri dalam proses pilihan raya ?

·         Melibatkan diri dalam pemerintahan negara
·         Mengekalkan amalan demokrasi
·         Memilih kerajaan yang berwibawa
·         Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
·         Menjamin pemerintahan yang adil
·         Memastikan pentadbiran berjalan lancar
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]
SOALAN ESEI

Pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

(a)     Jelaskan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
[4 markah]


(b)     Terangkan proses pilihan raya di Malaysia
[8 markah]


 (c)    (i)   Mengapakah pilihan raya menjadi amalan penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ? 
                [4 markah]
     

         (ii)  Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya perlu dilaksanakan secara telus dan teratur ?
[4 markah]


JAWAPAN ESEI

(a)     Jelaskan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

·         Menentukan sempadan pilihan raya
·         Menjalankan pendaftaran pemilih
·         Mengendalikan pilihan raya
·         Menjamin pilihan raya yang adil
·         Menjamin pilihan raya yang bebas
 [4 markah]

 (b)    Terangkan proses pilihan raya di Malaysia

·         Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian.
·         Penamaan calon yang bertanding diadakan.
·         Parti yang bertanding menyediakan manifesto.
·         Pihak yang bertanding melancarkan kempen pilihan raya.
·         SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.
·         Pemberian kertas undi kepada pengundi.
                Diberikan kepada pengundi di tempat pengundian.
                Kertas undi mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih oleh pengundi.
·         Pembuangan undi.
        Pengundi memangkah calon pilihannya pada kertas undi.
        Kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi.
·         Pengiraan undi.
·         Pengumuman keputusan pilihan raya
 [8 markah]


(c)     (i)   Mengapakah pilihan raya menjadi amalan penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ? 
               
·         Melibatkan rakyat dalam pemerintahan Negara
·         Mengekalkan amalan demokrasi
·         Memilih kerajaan yang berwibawa
·         Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
·         Menjamin pemerintahan yang adil
·         Memastikan pentadbiran berjalan lancer
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]


         (ii)  Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya perlu dilaksanakan secara telus dan teratur ?

·         Memelihara amalan demokrasi
·         Memastikan kerajaan yang dipilih adalah pilihan rakyat
·         Memilih kerajaan yang berwibawa
·         Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
·         Menjamin keamanan negara
·         Memastikan pilihan raya dijalankan secara adil
·         Menunjukkan kwibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

No comments:

Post a Comment