I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 9, 2014

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014-IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA(13)

TEMA 10 (Bab 1 Tingkatan 5)



IMPERILAISME BARAT DI ASIA TENGGARA

SKOP KAJIAN

·          Maksud imperialisme
·          Kuasa imperialis yang menjajah negara Asia Tenggara
·          Faktor yang mendorong imperialisme
·          Kesan imperialism
·          Iktibar daripada imperialism Barat

SOALAN STRUKTUR

(a)     Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ?
 [markah]

(b)     Berikan dua kuasa Barat yang menjalankan dasar imperialismenya di Asia Tenggara.
[2 markah]

(c)     Pada pendapat anda, mengapakah Asia Tenggara menjadi tarikan kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di rantau tersebut ?
[2 markah]

 (d)   Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan mendorong imperialisme Barat di Asia Tenggara ?
 [2 markah]

(e)     Imperialisme Barat di Asia Tenggara bukanlah bertujuan mentamadunkan orang Timur, tetapi mempunyai muslihat tertentu.  Jelaskan muslihat tersebut.
[3 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a)  Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ?

·          Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah
·          dengan menjajah negara lain
·          untuk kepentingan tertentu
 [markah]
 
(b) Berikan dua kuasa Barat yang menjalankan dasar imperialismenya di Asia Tenggara.

           Imperialis
Negara yang dijajah
·          Britain
  Tanah Melayu dan Burma
·          Perancis
  IndoChina
·          Belanda
  Indonesia
·          Sepanyol
  Filipina
 [2 markah]


(c)  Pada pendapat anda, mengapakah Asia Tenggara menjadi tarikan kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di rantau tersebut ?

·          Kedudukannya strategik
·          Menjadi tempat persinggahan perdagangan
·          Dekat dengan kawasan pasaran
·          Terletak antara China dan India
·          Tanah yang subur
·          Kaya dengan bahan mentah
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(d) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan mendorong imperialisme Barat di Asia Tenggara ?

Pembukaan Terusan Suez
·          Mempercepatkan perjalanan antara Timur – Barat..
·          Memendekkan jarak perjalanan Timur – Barat.
·          Perjalanan lebih selamat.
·          Menjimatkan kos perjalanan.
·          Mana-mana jawapan munasabah

Penggunaan Telegraf
·          Memudahkan perhubungan.
·          Membolehkan kuasa imperialis memberi arahan kepada pegawainya dengan lebih cepat.
·          Ahli perniagaan Barat dapat berhubung dengan wakilnya di Timur.
·          Urusan perniagaan lebih mudah.
·          Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(e)  Imperialisme Barat di Asia Tenggara bukanlah bertujuan mentamadunkan orang Timur, tetapi mempunyai muslihat tertentu.  Jelaskan muslihat tersebut.

·          Bertujuan meluaskan tanah jajahan
·          Bertujuan mencari kekayaan
·          Bertujuan menguasai bahan mentah
·          Bertujuan menguasai pasaran
·          Bertujuan menyebarkan agama Kristian
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [3 markah]


SOALAN ESEI

(a)     Terangkan faktor yang mendorong imperialisme Barat di  Asia Tenggara.
[6 markah]

 (b)    Imperialisme Barat banyak mendatangkan kesan negatif terhadap masyarakat di negara Asia Tenggara. Jelaskan  kesan tersebut.
[6 markah]

(c)     (i)      Kuasa Barat menggunakan slogan “beban orang putih” dan “tugas menyebarkan tamadun” untuk melindungi muslihat imperialisme mereka di Asia Tenggara.  Pada pandangan anda, apakah muslihat tersebut ?
[4 markah]

         (ii)     Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh pemimpin negara untuk  memastikan kemerdekaan yang kita nikmati akan terus terpelihara ?
[markah]

JAWAPAN ESEI

(a)  Terangkan faktor yang mendorong imperialisme Barat di Asia Tenggara.

·          Keistimewaan Asia Tenggara
Kedudukan Asia Tenggara yang strategik
Terletak antara China dan India.
Asia Tenggara dekat dengan kawasan pasaran.
Asia Tenggara memiliki tanah yang subur.
Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah.
·          Revolusi perindustrian
Sektor perkilangan meningkat.
Hasil perkilangan dikeluarkan secara besar-besaran.
Kuasa Barat memerlukan bahan mentah.
Mereka juga perlukan pasaran yang luas.
·          Perkembangan sistem perhubungan.
Kapal wap membolehkan muatan lebih banyak.
Terusan Suez memendekkan jarak dan mempercepatkan perjalanan.
Perjalanan menjadi lebih selamat serta menjimatkan kos.
Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan perdagangan.
·          Persaingan kuasa Barat.
Kuasa Barat bersaing untuk meluaskan tanah jajahan
Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan.
Tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan.
·          Slogan
British dan Belanda gunakan slogan “Beban Orang Putih”.
Mereka mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.
Mereka mahu majukan orang Timur.
Perancis menggunakan slogan  “Tugas Menyebarkan Tamadun”.
Mereka hendak mentamadunkan orang Timur.
Mubaligh Kristian berhasrat menyebarkan agama Kristian.
 [6 markah]

(b) Imperialisme Barat banyak mendatangkan kesan negatif terhadap masyarakat di negara Asia Tenggara. Jelaskan kesan tersebut.

·          Asia Tenggara menjadi tanah jajahan kuasa Barat.
·          Sistem birokrasi Barat diperkenalkan di Asia Tenggara.
·          Berakhirnya sistem beraja di Asia Tenggara.
·          Undang-undang Barat dilaksanakan di Asia Tenggara
·          Sumber ekonomi dibolot oleh penjajah
·          Penyebaran agama Kristian di Asia Tenggara
·          Lenyapnya tamadun masyarakat di Asia Tenggara
·          Munculnya semangat menentang penjajah
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [6 markah]

(c)  (i)      Kuasa Barat menggunakan slogan “beban orang putih” dan “tugas menyebarkan tamadun” untuk melindungi muslihat  imperialisme mereka di Asia Tenggara.  Pada pandangan anda, apakah muslihat tersebut ?

·          Bertujuan meluaskan tanah jajahan
·          Bertujuan mencari kekayaan
·          Bertujuan menguasai bahan mentah
·          Bertujuan menguasai pasaran
·          Bertujuan menyebarkan agama Kristian
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

      (ii)     Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh pemimpin negara untuk  memastikan kemerdekaan yang kita nikmati akan terus       terpelihara ?

·          Mewujudkan keamanan dalam negara
·          Mengekalkan perpaduan
·          Mewujudkan pentadbiran yang cekap
·          Memajukan ekonomi negara
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [markah]

No comments:

Post a Comment