I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 24, 2011

Important Spot Topic Physics Trial Kedah SPM 2011

Structure & Essay
Radioactive-half life & uses radioisotope
Diode(Rectifier)/Logic Gate
Transformer(National Grid Network)-Efficiency
Catapult (drawing magnetic field line)
Diffraction wave/Interference-how to reduce noisy in orchestra hall
Total internal reflection(critical angle)-optical fiber
Specific latent heat
Gas Law (Pressure/Boyle/Charles)
Bernoulli/Buoyant/Archimedes/Barometer
Equilibrium force
Inertia/linear motion graph v-t
Hydraulic system of a car & car safety (designing & modification)
Experiment
Pascal (car tyre-pressure)
Resistance of wire-length/diameter
Extension of spring-Hooke Law
Lenses-focal length



Monday, August 22, 2011

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek

BAHASA MELAYU

Bagaimana membuat esei/karangan yang baik?

1.   Merangka karangan
·         Baca soalan dengan jelas sebelum merangka karangan.
·         Pilih tajuk yang kita ada paling banyak maklumat atau yang kita pernah buat persediaan.
  • Ketika merangka karangan carilah fakta dan isi yang terbaik
  • Keluarkan pengalaman dan pembacaan yang lalu.
  • Ada intro, isi dan penutup.
·         Jangan menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang diperiksa ialah karangan itu, bukan rangkanya.

2.   Karangan berbentuk fakta

·         Cari contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan.
·         Contoh global atau universal lebih diutamakan.
·     Gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk membuat karangan lebih menarik
·         Beri huraian yang lengkap dan padat
·         Tidak berulang-ulang dalam mengemukakan isi
·         Perbahasan dan hujah hendaklah matang
·         Isi terkini.

 3.  Karangan berbentuk cerita

·         Jalan cerita hendaklah menarik.
·         Ada watak yang menarik
·         Ada perkembangan watak.
·         Ada klimaks.
·         Jangan membosankan.
·         Bayangkan diri anda terlibat di dalam situasi cerita tersebut.
·         Ada pengajaran yang bermanfaat dari cerita tersebut.
·         Berhati-hati dengan tanda bacaan

Kaedah umum menguasai Bahasa Melayu
·         Mendalami tatabahasa.
·         Guna ayat yang pendek, ringkas dan jelas.
·         Mengetahui cara membuat ayat yang menarik.
·         Menambah pengetahuan dengan banyak keretan akhbar dan membaca.
·         Mengumpul semua rencana yang berfaedah dan berkaitan.
·         Tiru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa sendiri.
·         Libatkan diri di dalam aktiviti forum, bahas dan pidato.
·         Tawar diri untuk menjadi pengerusi majlis dalam setiap program sama ada yang kecil mahupun yang besar.


BAHASA INGGERIS

Bagaimana membut esei yang terbaik

Disamping tip bagi Bahasa Melayu di atas, tip tambahan ialah:
  • Pilih tajuk yang kita pernah buat persediaan.
  • Rangka karangan dengan teliti.
  • Recall semula ayat-ayat yang pernah kita buat persediaan.
  • Gunakan stuktur ayat yang mudah bagi mengelakkan kesilapan.
  • Pandai mengunakan perkataan-perkataan yang ‘bombastik’ di dalam ayat.

Kaedah Umum Menguasai Bahasa Inggeris
  • Menguasai tatabahasa.
  • Menguasai ‘vocabulary’ (perbendaharaan kata)
  • Menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian.
·         Banyak membaca buku, majalah dan akhbar terhadap rencana yang baik untuk rujukan
  • Menyalin frasa tertentu dan menggunakannya dalam ayat.
  • Perlu banyak membuat latihan.
  • Jadikan kamus sebagai kawan.
 SEJARAH

Bagaimana mengingati urutan peristiwa di dalam Sejarah?

·         Membaca sepintas lalu setiap topik.
·         Buat Peta Minda terhadap sesuatu urutan peristiwa.
·         Kaitkan urutan peristiwa seperti anda membaca novel.
·         Cari kata kunci bagi setiap topik dan tulis kata kunci tersebut di dalam buku nota.
·         Gambarkan urutan peristiwa dalam minda anda seperti anda menonton wayang atau filem.

Bagaimana mengingati tarikh dalam Sejarah?

“Saya tidak menggunakan sesuatu kaedah yang khusus. Mungkin lain orang lain caranya. Saya menggunakan kaedah ‘learn by hard’ dalam mengingati tarikh.”

MATEMATIK MODEN

Bagaimana menambah kelajuan dalam menyelesai masalah Matematik Moden?

·         Banyak membuat latihan.
·         Memahami soalan dan terus cari formula yang patut digunakan.
·         Tumpu perhatian ketika mengira.
·         Tulis dengan jelas langkah-langkah penyelesaian.
·         Buat soalan yang senang dahulu.

Bagaimana mengingati formula? 

·         Mamahami konsep formula
·         Membuat banyak latihan
·         Buat nota poket yang boleh dirujuk dan dihafal pada bila-bila masa
·         Buat carta formula dan tampal di dinding

 BIOLOGI

Bagaimana mengingati istilah-istilah Biologi yang rumit?

·         Bina cerita berdasarkan istilah-istilah biologi tersebut
·         Kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian
·         Cuba berimaginasi dengan membina cerita berdasarkan proses biologi
·         Melukis dan melabel semua gambarajah biologi tanpa merujuk kepada buku panduan/teks.

KIMIA

Petua-petua menguasai subjek Kimia:

·         Memahami konsep dan ciri-ciri setiap bahan kimia
·         Memahami dan menghafal formula
·         Mesti mengetahui bagaimana untuk mengimbangi dan membuat persamaan kimia(chemical equations)
·         Mesti faham membuat pengiraan berdasarkan persamaan tersebut
·         Banyak membuat latihan
·         Tumpu kepada ujikaji di makmal

FIZIK

Bagaimana menguasai subjek Fizik:

·         Kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian
·         Fahamkan konsep sesuatu topik
·         Cari contoh perkara yang dipelajari di sekeliling kita
·         Gunakan perseimbangan logik
·         Membuat banyak latihan penyelesaian masalah dalam fizik
·         Lukiskan masalah yang kurang difahami, kemudian selesaikan
·         Ingat apabila menyelesaikan msalah Fizik: Konsepnya sama, cuma nombor dan angkanya sahaja yang berubah.


EKONOMI ASAS

Petua-petua menguasai subjek Ekonomi Asas
·         Memahami konsep ekonomi, keluk keseimbangan dan turun naik mata wang asing
·         Memahami masalah-masalah asas ekonomi
·         Membuat nota ringkas dalam bentuk rajah atau peta minda untuk mengetahui apa yang berlaku dalam setiap topik
·         Membuat banyak latihan
·         Membaca kolum ekonomi dan perniagaan di dalam akhbar dan majalah dan meneliti perkara yang relevan
·         Cuba mengikuti segmen ekonomi di dalam berita dan lain-lain rancangan televisyen


PERDAGANGAN

Petua-petua menguasai subjek Perdagangan

·         Memahami konsep dalam setiap topik
·         Membuat nota ringkas berdasarkan apa yang difahami
·         Ingat fakta-fakta berdasarkan nota yang dibuat
·         Faham dan ingat akan istilah-istilah berkaitan
·         Membaca kolum ekonomi dan perdagangan di dalam akhbar dan majalah
·         Cuba mengikuti segmen ekonomi di dalam berita dan lain-lain rancangan televisyen

PRINSIP AKAUN

Petua-petua menguasai subjek Prinsip Akaun:

·         Memahami konsep perakaunan dari peringkat awal
·         Jangan sampai tertinggal kelas atau kuliah
·         Mesti memahami topik yang dipelajari sebelum memulakan topik baru
·         Memahami setiap operasi yang dilakukan
·         Membuat banyak latihan untuk memahirkan diri
·         Yakin dengan perkiraan yang dibuat setelah dilakukan dengan berhati-hati

SAINS

Petua-petua menguasai subjek Sains

·         Banyak buat Peta Minda
·         Jangan membaca sahaja tetapi mesti mencatat
·         Mahirkan diri dengan gambarajah dan carta berkaitan
·         Tutup buku dan cuba melukis dan melabel semua gambarajah dan carta ketika mengulangkaji. Apakah anda mampu melakukannya 100%? Kemudian check yang salah.
·         Cari kaedah untuk mengingat istilah-istilah Sains
·         Berfikir secara saintis

PENDIDIKAN SENI

“Untuk dapat menguasi subjek Pendidikan seni kita mesti memahami konsep pembelajaran subjek tersebut. Kita tidak semestinya perlu mempunyai bakat yang besar sebagai seorang pelukis.
“Cara untuk melukis dan mewarna boleh dipelajari. Anda mesti selalu membuat latihan melukis untuk memahirkan diri. Minat perlu ada supaya bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kerja seni dan bukan terpaksa.
“Apabila ada peluang pergilah melihat ekspo lukisan dan hasil seni yang lain. Anda juga boleh masuk pertandingan dengan niat untuk mencari pengalaman dan bukan untuk menang semata-mata.”

TASAWWUR ISLAM
  
Bagaimana menguasai subjek Tasawwur Islm?

·         Memahami setiap topik
·         Membuat nota ringkas atau peta minda tentang apa yang difahami
·         Ingat fakta berdasarkan nota tersebut
·         Kaitkan dengan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim.


KESUSASTERAAN MELAYU

Apa relevan subjek Kesusasteraan Melayu kepada pelajar Sains?

“Pelajar sains selalunya menggunakan otak kiri sahaja. Pelajar sastera lebih cenderung menggunakan otak kanan. Jadi pelajar sains yang mengambil subjek sastera akan menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan otak kiri sepanjang masa. Ini baik untuk pembelajaran kerana memudahkan kefahaman dan tidak meletihkan otak untuk belajar.
“Menggunakan sebelah otak sahaja meletihkan belajar. Sebab itu pelajar sains yang banyak menggunakan otak kiri terpaksa mendengar muzik, misalnya ketika belajar untuk mengimbangkan kegiatan otak kanan yang lebih sukakan santai dan imaginasi.
“Sementara pelajar sastera yang banyak menggunakan otak kanan yang lebih imaginatif terpaksa menggerakkan otak kiri untuk logik rasional supaya mudah memahami pelajaran.
“Mempelajari Sastera juga saya dapat mendalami khazanah kesusasteraan negara dan mengetahui ciri-ciri penting dalam penghasilan sesuatu karya.
“Tidak semestinya kalau seseorang itu pelajar sains, dia tidak boleh mengambil subjek sastera. Semuanya bergantung kepada minat individu itu sendiri.
“Saya sememangnya suka membaca dan mengambil subjek sastera kerana boleh menambah minat saya untuk membaca lebih banyak bahan sastera seperti :
            - Novel
- Drama
- Cerpen
- Sajak.”


MATEMATIK TAMBAHAN

Mengapa pelajar Melayu sangat lemah dalam subjek Matematik Tambahan?
·         Pelajar Malayu sudah mempunyai mind set yang mengatakan subjek ini susah kerana terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Maka, mereka tidak berminat umtuk belajar
·         Takut dengan formula-formula yang banyak dan kompleks
·         Malas untuk membuat latihan bagi memahirkan diri
·         Tidak memahami konsep dalam matematik sejak peringkat awal
·         Tiada asas yang kukuh dalam matematik


Bagaimana menerobos fobia ini?

·         Saya berminat dengan Matematik Tambahan kerana berpendapat subjek ini senang sekiranya memahami konsep sebenarnya
·         Suka dengan aktiviti pengiraan dan penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran berfikir
·         Saya suka cabaran terutama cabaran yang susah
·         Tidak dinafikan saya membuat banyak latihan dan latih-tubi. Saya membuat hampir semua soalan tahun-tahun lepas.
·         Saya dapati setiap tahun soalan yang keluar mengikut pattern (corak) yang sama, Cuma angkanya sahaja yang berubah. Ini memudahkan saya mendapat 100%.

Apa Nur Amalina buat apabila ‘stuck’ ketika menyelesaikan masalah dalam Matematik Tambahan?

·         Saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya sendiri dan merujuk buku-buku bagi mencari maklumat.
·         Check jalan, mungkin ada yang tersilap
·         Rujuk masalah lepas yang telah diselesaikan, mungkin ada persamaan
·         Pastikan formula yang digunakan betul
·         Sekiranya masih tidak dapat, berbincang bersama rakan-rakan di dalam study group tentang soalan tersebut dan menyelesaikannya secara bersama.
·         Jalan terakhir adalah bertanya kepada guru

BAHASA INGGERIS TEKNOLOGI

Apakah manfaat subjek ini terutama apabila pelajar melanjutkan pelajraan ke IPT?
“Bahasa Inggeris Teknologi memudahkan pelajar untuk memahami istilah dan terma sains dan teknologi di dalam bahasa Inggeris.
“Subjek ini juga membantu pelajar-pelajar yang tidak mempelajari matematik dan sains dalam bahasa Inggeris supaya dapat menguasai bahasa Inggeris digunakan secara meluas bagi pengajaran matematik dan sains di peringkat IPT.
“Kebanyakan buku teks dan buku rujukan di IPT bagi kursus Sains dan Teknologi juga di dalam bahasa Inggeris.”
PENDIDIKAN ISLAM

Apa kaitan antara menghafal butiran subjek Pendidikan Islam untuk mendapatkan A+ dengan mengamalkan ajaran di dalam Pendidikan Islam?

“Seseorang pelajar itu hendaklah mengaplikasikan apa yang dipelajari dan bukanlah sekadar menghafal tanpa memahami dan tujuan untuk mendapat A+ sahaja.
“Ada pelajar yang boleh mendapat A+ di dalam Pendidikan Islam tetapi tidak solat dan tidak mahir membaca al-Quran. Malah jika pelajar beragama lain dibenarkan mengambil peperiksaan Pendidikan Islam, mereka juga mampu untuk mendapat A+.
“Bagi saya mempelajari subjek Pendidikan Islam menambahkan pengetahuan saya untuk beramal ibadah. Ini menjadikan subjek ini antara subjek favourite saya dan saya sering mendapat markah 100% dalam peperiksan.”

Spot Important Topic for Trial Kedah Chemistry SPM 2011

Empirical formula (CuO)
Ionic / covalent compound
Electrochemistry (potential difference in between 2 metals)
Contact process (Sulphuric acid)
Esterification (preparation ester)
Rusting (Iron nail in jelly)
U-tube (Redox reaction)
Rate of reaction (graph)-temperature (factor)
Alloy / polymer

Thursday, August 18, 2011

Spot Trial Biology Kedah SPM 2011

Paper III-Anaerobic respiration of yeast
Paper II-Essay-Mitosis
Paper II-Structure-Effect of Hypertonic/Hypotonic of RBC

Tuesday, August 16, 2011

Ramalan Sejarah Trial & Real SPM 2011-by Important Topic


Nasionalisme di Asia Tenggara

a) Berikan tiga ciri gerakan nasionalisme Tahap Pertama di Asia Tenggara?
F1 Isu kebudayaan
F2 Agama
F3 Hak peribumi
F4 Penentangan terbuka
F5 Bercorak setempat
F6 Tidak berorganisasi
F7 Dipimpin oleh golongan pertengahan
F8 Kesedaran politik ( 2 M)
b) Berikan Dua ciri gerakan nasionalisme Tahap Kedua di Asia Tenggara?
F1 Radikal
F2 Berorganisasi
F3 Berpendidikan barat
F4 Matlamat jelas
F5 Menuntut kemerdekaan
( 2 M )
c) Namakan Dua pertubuhan gerakan nasionaisme tahap Pertama?
F1 Gerakan Dakyah
F2 Muhammadiyah
F3 Persatuan Belia Buddha
F4 Gerakan Islah
( 2 Markah )
d) Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan gerakan nasionalismedi Asia Tenggara yang lain?
F1 Tidak dijajah oleh kuasa barat
F2 Mendapatkan kuasa rakyat
F3 Hapuskan kuasa mutlak raja
( 2 M)
d. Pada pandangan anda, bagaimanakah generasi hari ini dapat mempertahankan kemerdekaan yang telah dicapai oleh Negara kita?
F1 mewujudkan perpaduan kaum
F2 Sanggup berkorbn untuk Negara
F3 taat setia kepada raja dan Negara
F4 Mematuhi arahan pemerintah
F5 menguasai ilmu pengetahuan
F6 penguasaan bidang sains dan teknologi
F7 Berfikiran positif dalam semua pekara
F8 Berfikir secara rasional


Tamadun Awal Asia Tenggara

a)  Apakah maklumat yang terdapat pada batu bersurat ditapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara?
F1 Agama Hindu Buddha
F2 Pemerintahan
F3 Raja
F4 Undang-Undang
F5 Keagungan kerajaan
F6 Salasilah raja
F7 Amaran kepada yg menderhaka kepada raja
( 3 M )
b)  Berikan Tiga contoh Bahasa sangskrit yang telah diserapkan ke dalam Bahasa Melayu?
F1 Dosa
F2 Dukha
F3 Deva
F4 Manusa
F5 Rupa
F6 Samsara
F7 Phala ( 3 M )
c)  Nyatakan Dua puisi dan prosa jawa yang dipengaruhi oleh Bahasa Sangskrit?
F1 Negarakertagama
F2 Sutosoma
F3 Arjunawiwaha
F4 Kunjakarna
d. Pada pandangan anda, apakahkepentingan tulisan Sanskrit kepada 
penduduk tamadun awal?

F1 Bahasa sarjana
F2 Mencatatkan keagungan kerajaan
F3 bahasa Komunikasi masyarakat kerajaan awal
F4 mempengaruhi hasil karya tempatan
F5 Bahasa Agama masyarakat lampau
F6 mempengaruhi sastera jawa kuno
F7 Diserapkan ke dalam Bahasa Melayu
F8 Penggunaan dalam bahasa ilmu


Perbezaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung

a) Berikan perbezaan di antara Adat Perpatih dan Adat  Temenggung? ( 8 M )
F1 Adat Perpatih berasal dari Palembang, dan telah disusun oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjalankan pemerintahannya di Pagar Ruyong.
H1a Adat Temenggung adalah berasal daripada Sumatera dan telah diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjalankan pemerintahannya di Palembang.
F2 Musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah yang akan dihadiri oleh 12 suku yang terdadapat di Negeri Sembilan.
H2a Dalam adat Temenggung, orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum ialah Tok Sidang, Tok Penghulu dan Tok Penggawa
F3 Undang-undang Adat Temenggung diamalkan disemua negeri di Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan.
H3a manakala Adat Temenggung di amalkan di Negeri Sembilan sahaja
F4 Adat Perpatih adalah bersifatmatrilinear yang mengutamakan jurai keturunan ibu.
H4a Adat Temenggung adalah bersifat parilineal, iaitu mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
F5 Mengikut adat Perpatih, Ahli dalam setiap Suku tidak dibenarkan berkahwin daripada suku yang sama.
H5a Manakala dalam adat Temenggung individu itu bebas untuk memilih pasangan hidupnya asalkan tidak melanggar hukum islam.
F6 Jurai keturunan adat perpatihmemberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunan wanita.
H6a Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian harta pusaka yang bertetapatan dengan faraid Islam.
 b) Jelaskan peraturan-peraturan yang terdapat di dalam undang- undang bertulis yang di amalkan semasa Zaman Kesultanan Melayu  Melaka? ( 8 M )
F1 Tanggungjawab raja
F2 dan pembesar
F3 Pantang larang dikalangan anggota masyarakat.
F4 Hukuman terhadap kesalahan jenayah
F5 Undang-Undang keluarga
F6 Permasalahan ibadah
F7 Jenis-jenis hukuman terhadap Kesalahan
F8 Hal-hal yang berkaitan perdagangan
F9 dan maritim
F10 Tugas-tugas nahkoda
F11 yang diumpamakan sebagai imam
F12 dan anak buah kapal dianggap sebagai makmun.
c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pelaksanaan undang-undang di sesebuah Negara? ( 4 M )
F1 Untuk mengawal segala tingkahlaku manusia
F2 Mengatasi sebarang permasalahan yang akan berlaku
F3 Mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera
F4 Undang-undang dan penguatkuasaan harus dipelihara tida kira apa keadaan
F5 Membendung tindakan liar manusia
F6 mewujudkan masyarakat yang tersusun
F7 menghukum pesalah yang melakukan kesalahan



Faktor kemunculan Melaka

a) Jelaskan faktor yang menyebabkan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara? ( 8 M )
F1 Strategik - Melaka adalah terletak di kedudukan yang strategik
H1a Ia terletak di tengah jalan perdagangan yang telah membantu perkembangannya
H1b tanpa perlu mengeluarkan barang-barang seperti rempah ratus.
F2 Melaka juga telah menyedikan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur  agar
H2a segala aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.
H2b Jawatan Laksmana telah diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan dan Jawatan Syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
H2b Undang-undang yang berkaitan dengan kelautan juga telah digubal iaitu Undang-Undang Laut Melaka.
H2c Di dalam undang-undang tersebut terdapat tugas-tugas nakhoda, jurumudi, dan  seumpamanya.
F3 Di Melaka terdapat lebih kurang 84 bahasa yang dipertutukan yang telah membuktikan kepesatan perdagangannya.
F4 Kemajuan aktiviti ekonomi di Melaka telah membolehkan wujudnya sistem timbang dan sukat seperti tahil, dan kati.
F5 Barangan seperti emas, perak, bahan wangian, dan batu permata telah ditimbang menggunakan sistem tahil dan kati.
b) Nyatakan sistem percukaian yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?
F1 Cukai adalah merupakan satu aspek penting aktiviti perdagangan di pelabuhan yang merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang dijalankan di pelabuhan tersebut.
F2 Ia akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan
H2a dan akan disalurkan kembali untuk pembangunan Negara.
F3 Semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, cukai telah dibayar terhadap barangan dagangan sebelum kegiatan perniagaan dapat dijalankan.
F4 Cukai tetap( cukai import ) merupakan cukai yang paling asas dan ditetapkan oleh pemerintah Melaka.
F5 Pedagang-pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barang yang dibawa.
F7 Pedagang dari Jepun, dan China dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus.
H7a Barang makanan seperti beras adalah tidak dikenakan cukai.
F8 Tedapat juga cukai diraja yang dikenakan ke atas orang asing yang datangdari kepulauan Melayu dan menetap di Melaka sebanyak tiga peratus
F9 Manakala orang asing lain pula telah dikenakan cukai sebanyak enam peratus.
F10 Dalam kegiatan ekonomi ini, terdapat pengaruh Islam yang telah mempengaruhi perkembangan ekonomi di Melaka
F11 Pengaruh islam tersebut ialah amalan riba yang telah diharamkan kepada perniagaan yang dijalankan oleh orang Islam.
F12 Di dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat penegasan berkaitan dengan larangan terhadap amalan riba, begitu juga dengan Hukum Kanun Pahang.
F13 Pemerintah Melaka juga telah mewajibkan golongan kaya supaya membayar zakat harta untuk menyeimbangkan pembangunan ekonomi rakyatnya.
F14 Harta zakat yang dikutip itu akan disimpan di baitulmal dan boleh digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran Negara serta sebagai suber bantuan kepada ahli masyarakat
( 8 M )
c) Berikan Empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya dapat
mempertingkatkan ekonomi Negara? ( 4 M )
F1 Memanfaatkan setiap peluang yang ada
F2 Berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mudah berputus asa
F3 mempelbagaikan kegiatan ekonomi
F4 menceburi bidang perdagangan ke peringkat antarabangsa
F5 Generasi hari ini harus giat, berinisiatif dan bersedia menguasahakan kekayaan Negara
F6 Sama-sama berganding bahu dalam memperingkatkan ekonomi Negara
F7 Berani menceburi bidang-bidang baru yang masih belum diterokai