Soalan : Usaha-usaha untuk menjadi pengguna bijak.
Isi : bersatu hati dalam menangani apa-apa jua isu yang berkaitan dengan hak pengguna
Dimensi masyarakat = masyarakat, orang ramai, pengguna
Pengguna yang bijak perlu sentiasa bersatu hati dalam menangani apa-apa jua isu yang berkaitan dengan hak kita sebagai pengguna. Hal ini demikian kerana apabila kita bersatu, suara kita akan bertambah kuat dan akan diberi perhatian oleh pihak lain. Oleh itu, tidak mungkin masalah yang dihadapi oleh pengguna tidak dapat ditangani jika kita mengamalkan sikap seperti serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Jika masing-masing mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing,sudah tentu hak kita sebagai pengguna akan diperlekehkanoleh pihak peniaga ataupun pengeluar. Hal ini sekali gus menjadikan pengeluar ataupun peniaga semakin berani untuk menaikkan harga barangan yang dijual kerana beranggapan pengguna itu sendiri yang tidak mengendahkan kepentingan menjaga hak mereka. lmpaknya, hak pengguna akan terus diketepikan. Para pengguna seyogianya sedar bahawa mereka diberikan pilihan untuk memilih atau membeli barangan tanpa paksaan dan ugutan. Para pengguna juga perlu mengetahui bahawa mereka mempunyai tempat untuk mengadu sekiranya berlaku penyelewengan ketika proses jual beli. Oleh hal yang demikian, mereka tidak perlu berasa gusar untuk melaporkan sebarang penipuan terhadap mereka kerana undang-undang berkaitan hak pengguna sentiasa menjamin kebajikan pengguna. Oleh itu, mereka tidak boleh berfikiran dangkal/cupul dalam usaha membanteras penyelewengan ini kerana hak kita sebagai pengguna tidak pernah diabaikan oleh pihak berkuasa.
Soalan : Usaha-usaha untuk menjadi pengguna bijak.
Isi : bersatu hati dalam menangani apa-apa jua isu yang berkaitan dengan hak pengguna
Dimensi diri = saya
Saya sebagai pengguna yang bijak perlu sentiasa bersatu hati dalam menangani apa-apa jua isu yang berkaitan dengan hak saya sebagai pengguna. Hal ini demikian kerana apabila saya dan pengguna lain bersatu, suara akan bertambah kuat dan akan diberi perhatian oleh pihak lain. Oleh itu, tidak mungkin masalah yang saya hadapi tidak dapat ditangani jika pengguna mengamalkan sikap seperti serumpun bagai serai, selubang bagai tebu dengan pengguna yang lain. Jika masing-masing mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, sudah tentu hak kita sebagai pengguna akan diperlekehkan oleh pihak peniaga ataupun pengeluar. Hal ini sekali gus menjadikan pengeluar ataupun peniaga semakin berani untuk menaikkan harga barangan yang dijual kerana beranggapan pengguna itu sendiri yang tidak mengendahkan kepentingan menjaga hak mereka. lmpaknya, hak pengguna akan terus diketepikan.Saya seyogianya sedar bahawa saya diberikan pilihan untuk memilih atau membeli barangan tanpa paksaan dan ugutan.Saya juga perlu mengetahui bahawa saya mempunyai tempat untuk mengadu sekiranya berlaku penyelewengan ketika proses jual beli. Oleh hal yang demikian, saya tidak perlu berasagusar untuk melaporkan sebarang penipuan terhadap sayakerana undang-undang berkaitan hak pengguna sentiasa menjamin kebajikan saya sebagai pengguna. Oleh itu, sayatidak boleh berfikiran dangkal dalam usaha membanteras penyelewengan ini kerana hak saya sebagai pengguna tidak pernah diabaikan oleh pihak berkuasa. Dengan kata lain saya sebagai pengguna yang bijak perlu sentiasa bersatu hati dalam menangani apa-apa jua isu yang berkaitan dengan hak saya sebagai pengguna.
No comments:
Post a Comment