BAHAGIAN A
Amalan Menabung
Pendahuluan
Isu : amalan menabung
Tugasan : kepentingan amalan menabung
Cadangan isi
1. Persediaan semasa kecemasan
- Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang dikumpul dari usia setahun jagung sehingga dewasa akan dapat digunakan ketika berhadapan dengan sesuatu kejadian yang tidak diduga.
- bak kata pepatah Melayu, malang tidak berbau.
- individu tersebut tidak berada dalam keadaan terdesak apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini sekiranya mereka menjadikan aktiviti menabung sebagai suatu amalan.
- tamsilnya, hasil tabungan yang dikumpul daripada usia muda dapat digunakan untuk membiayai kos rawatan yang dikenakan oleh pihak hospital sekiranya berdepan dengan masalah seperti kemalangan, menghidapi penyakit dan sebagainya
- amalan menabung yang dididik sejak anak-anak kecil lagi jelas membantu meringankan masalah keluarga ketika berdepan situasi rumit.
2. Persediaan melanjutkan pelajaran
- menjamin masa hadapan yang cerah bagi anak-anak.
- hasil tabungan yang dikumpul mereka daripada kecil sehingga dewasa akan dapat digunakan untuk tujuan tertentu apabila mereka dewasa kelak.
- jika anak-anak berkehendakkan sesuatu, mereka mampu untuk mendapatkannya tanpa perlu membebankan atau bergantung harap kepada kedua-dua orang tua mereka.
- contohnya jika anak-anak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading sama ada dalam atau luar negara ibu bapa mereka tidak begitu risau dan akan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka tanpa perlu memikirkan soal pembiayaan pengajian anak-anak mereka.
- amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi jelas menjamin masa hadapan yang cerah buat cahaya mata mereka.
3. Memupuk amalan berjimat cermat
- individu yang menabung akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang.
- individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan.
- seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya.
- pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif kepada mereka sekali gus menyemai sikap suka berjimat dalam diri mereka.
Kesimpulan
- amalan ini amat mulia
- setiap individu perlu mengorak langkah membuat tabungan
- seandainya tidak mengamalkan amalan tersebut masyarakat akan dibelenggu dengan masalah kewangan
- merealisasikan impian diri sendiri dan keluarga
BAHAGIAN B
Soalan B1
Format : Tiada format
Cadangan isi:
1. Menghormati dan menghayati lagu-lagu patriotik
2. Meningkatkan ilmu tentang sejarah negara – sebagai persediaan masa hadapan
3. Menghargai jasa pejuang negara
4. Melawat tempat-tempat bersejarah – dapat melahirkan semangat juang
5. Menyertai program dan sambutan Hari Kebangsaan
Cadangan ungkapan menarik:
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung; Bersatu teguh bercerai roboh; biar putih tulang jangan putih mata.
Soalan B2
Format : Tiada format
Cadangan isi:
Usaha-usaha ibu bapa untuk menggalakkan amalan membaca
1. Membawa anak-anak ke pesta buku – Pameran Buku Antarabangsa di PWTC – anak-anak dapat lihat pelbagai jenis buku – boleh memilih buku yang diminati
2. Menjadi suri teladan - membaca buku di rumah bersama anak-anak – baca setiap hari pada waktu senggang -
3. Menyedia ruang bacaan dan menambah sumber bacaan di rumah - perpustakaan mini - majalah dan buku-buku - dapat menarik minat dan boleh mengembangkan minda anak-anak
4. Mendaftar anak-anak menyertai kelab buku - Sebagai contoh, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka - anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini - mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku
5. Memberi pengukuhan dan galakan kepada anak-anak – sama ada berbentuk lisan dan hadiah yang munasabah - pujian daripada ibu bapa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan suci hati – guna bahasa mesra – dapat menggalakkan anak-anak terus membaca .
Cadangan ungkapan menarik:
Melentur buluh biarlah dari rebungnya; membaca jambatan ilmu; usaha tangga kejayaan; bangsa membaca bangsa berjaya.
Soalan B3
Format : Surat Rasmi – alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, tajuk surat, tandatangan
(Tiada format tolak 2 markah)
Cadangan isi:
1. Kenderaan yang kondusif – bersih, selesa, kemudahan wifi
2. Jaminan keselamatan – sentiasa diselenggarakan (brek, tayar, enjin dan sebagainya), kursus pemanduan selamat
3. Pengurusan yang cekap – menepati masa, jadual perjalanan yang sesuai, mesra pelanggan, perkhidmatan atas talian,
4. Infrastruktur lengkap – stesen/perhentian berpusat, memenuhi keperluan pengguna
5. Pemantauan secara berkala oleh pihak berwajib – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Cadangan ungkapan menarik :
- pandu cermat jiwa selamat; biar lambat asal selamat; utamakan keselamatan
Soalan B4
Format : tiada
Cadangan isi :
i. Aspek ekonomi – menjana pendapatan penduduk, peluang pekerjaan, pertukaran mata wang asing, agro pelancongan
ii. Politik – mengukuhkan hubungan diplomatik, kawalan keselamatan di sempadan, mengurangkan kerenah birokrasi
iii Sosial – pertukaran budaya, pelancongan kesihatan, mengeratkan hubungan silaturahim
Cadangan ungkapan menarik :
Bagai aur dengan tebing; yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing; bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Soalan B5
Format : Tiada
Cadangan isi:
Nilai kasih sayang – kasih sayang terhadap diri sendiri, keluarga, sahabat dan alam.
Contoh: Novel Azfa Hanani
Kasih sayang Azfa Hanani terhadap keluarga Pak Long Madi.
Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni bagi mendapatkan pembiayaan rawatan adik sepupunya, Zuraini
Kita perlu menunjukkan kasih sayang terhadap ahli keluarga melalui pelbagai cara.
Nilai tanggungjawab – tanggungjawab sebagai pelajar, anak, keluarga, ahli masyarakat dan warganegara.
Contoh : Novel Kembara Amira
Tanggungjawab Tau melindungi hutan kawasan Gunung Mat Raya.
Tau menyamar sebagai makhluk berbulu untuk mengawasi hutan daripada diceroboh oleh orang asing.
Sebagai warganegara, kita mesti berusaha mengekalkan keamanan negara
Nilai ketabahan – mampu menghadapi cabaran, tabah menghadapi ujian
Contoh : Novel Azfa Hanani
Azfa Hanani tabah menjalani kehidupan sebagai anak yatim piatu.
Azfa Hanani melalui kehidupannya dengan tabah bersama-sama Pak Long Madi setelah ibu bapanya meninggal dunia.
Kita perlu tabahkan hati dalam melalui perjalanan hidup yang penuh dengan ujian atau cabaran.
(Nilai-nilai lain daripada novel lain boleh diterima jika bersesuaian.)
Ungkapan menarik : ungkapan yang sesuai boleh diterima
No comments:
Post a Comment