Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan-tindakan
bagi menangani iklan yang negatif dan kebaikan-kebaikan
memaparkan maklumat yang tepat dalam iklan. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Industri periklanan di Malaysia
merupakan satu daripada sektor yang berkembang pesat dan berdaya saing.
Perkembangan ini dapat meningkatkan pendapatan negara dan membuka peluang
pekerjaan. Di samping itu, kepesatan industri ini mendorong penghasilan dan
penerbitan iklan yang lebih banyak. Namun, disebabkan terlalu ghairah untuk
memenangi hati pengguna, kadangkala syarikat periklanan mengabaikan peranan
iklan sebagai sumber maklumat sehingga menjejaskan kepentingan pengguna. Oleh
hal yang demikian, kerajaan perlu bertindak bagi mengawal dan memantau aktiviti
periklanan di negara ini.
Dasar langit terbuka dan dunia tanpa
sempadan telah menyebabkan sebahagian masyarakat menggunakan kemudahan Internet
untuk membeli barangan dan perkhidmatan, terutamanya golongan berada. Walau
bagaimana pun, masyarakat perlu bijak melakukan pembelian kerana kes penipuan
melalui iklan di Inetrnet dilaporkan meningkat dari semasa ke semasa. Pembeli
dinasihati supaya menyimpan bukti transaksi pembayaran sebagai langkah
berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Dalam hal ini,
terdapat pembeli yang pernah tertipu telah mewujudkan laman sosial
antipenipuan. Mereka menyenaraikan nama kedai dan individu yang disyaki menipu
wang pelanggan sebagai panduan kepada pengguna. Kmen-komen di laman sosial
tersebut dapat dijadikan rujukan sebelum pengguna membuat pembelian.
Selain itu terdapat aduan bahawa
pengguna tidak menerima barangan yang dibeli walaupun pembayaran sudah dilakukan.
Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) telah melancarkan Garis Panduan Mengelakkan Iklan Palsu dan
Mengelirukan. Di samping itu, KPDNKK juga telah mengambil tindakan memperhalus
pindaan akta berkaitan iklan palsu, iaitu mengenakan hukuman atau penalti
terhadap pengiklan yang menghasilkan iklan yang mengelirukan. Misalnya, dakwaan
pengiklan terhadap penyembuhan penyakit kronik dan penggunaan logo halal yang
meragukan. Oleh itu, iklan yang hendak disiarkan mestilah mendapat kelulusan
daripada pihak berkuasa terlenih dahulu.
Kini, masyarakat semakin mudah
dipengaruhi oleh iklan yang dipaparkan. Oleh hal yang demikian, mereka terdedah
kepada pemaparan iklan palsu dan iklan yang mengelirukan oleh syarikat-syarikat
periklanan yang mengambil kesempatan daripada keadaan ini. Masyarakat pengguna
sewajarnya membuat aduan sekiranya terdapat iklan yang menyebarkan maklumat
palsu. Sehubungan dengan itu, masyarakat tidak seharusnya mempercayai sesuatu
iklan tanpa usul periksa. Sesungguhnya, iklan merupakan medium pemasaran yang
mampu mempengaruhi pengguna, namun menjadi tanggungjawab syarikat periklanan
menghasilkan iklan yang memberi manfaat kepada semua pihak.
Dipetik
dan diubahsuai daripada ‘Awasi Iklan Mengelirukan dan Palsu’ oleh zulaini
ismail, Dewan Ekonomi, Mac 2013
Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Apakah maksud mengambil
kesempatan? [2 markah]
(ii)
Pengarang mengemukakan beberapa
manfaat industry periklanan.
Kemukakan manfaat-manfaat
tersebut. [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, mengapakah
pengguna mudah dipengaruhi oleh iklan barangan dan perkhidmatan yang
dipaparkan?
Nyatakan
tiga alasan. [4
markah]
Contoh
jawapan rumusan karangan (Teknik Menjawab)
Pendahuluan (tukar terlebih dahulu perkataan kata kerja selepas arahan, iaitu
tindakan-tindakan kepada perkataan yang sinonim atau sama erti dengan tindakan)
Petikan membincangkan langkah-langkah
bagi menangani iklan yang negatif dalam
Internet di negara kita.
Isi tersurat (Isi yang terdapat
dalam petikan)
Cara mengesan isi tersurat yang
terdapat dalam petikan ialah cari perkataan berikut terlebih dahulu
Perlu
Dinasihati
Juga
Dapat
Selain itu
Telah
Sewajarnya
Sewajarnya
Antara tindakan bagi menangani
iklan yang negatif ialah kerajaan perlu bertindak bagi mengawal dan memantau
aktiviti periklanan di negara ini. Masyarakat perlu bijak melakukan pembelian
di Internet. Pembeli dinasihati supaya menyimpan bukti transaksi pembayaran
sebagai langkah berjaga-jaga. Seterusnya, komen-komen di laman sosial dapat
dijadikan rujukan sebelum pengguna membuat pembelian. Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan Garis
Panduan Mengelakkan Iklan Palsu dan Mengelirukan. Di samping itu, KPDNKK telah
mengambil tindakan memperhalus pindaan akta berkaitan iklan palsu.
Isi tersirat (tiada dalam
petikan tetapi KBKK iaitu kebaikan memaparkan maklumat yang tepat dalam iklan)
Kebaikan memaparkan maklumat yang tepat dalam iklan ialah dapat mempengaruhi
pengguna membeli barangan yang diiklankan. Selain itu, dapat melariskan
barangan yang dijual kerana barangan tersebut memberi kesan yang dikehendaki
oleh pengguna.
Kesimpulan (Saranan
Penulis/Calon)
Kesimpulannya, pengeluar dan syarikat periklanan perlu mematuhi garis panduan
yang ditetapkan agar pengguna tidak tertipu semasa membeli barangan di
Internet.
Rumusan karangan yang lengkap.
Petikan membincangkan langkah-langkah
bagi menangani iklan yang negatif dalam
Internet di negara kita.
Antara tindakan bagi menangani
iklan yang negatif ialah kerajaan perlu bertindak bagi mengawal dan memantau
aktiviti periklanan di negara ini. Masyarakat perlu bijak melakukan pembelian
di Internet. Pembeli dinasihati supaya menyimpan bukti transaksi pembayaran
semasa pembelian. Seterusnya, komen-komen di laman sosial dapat dijadikan
rujukan sebelum pengguna membuat pembelian. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan Garis Panduan Mengelakkan
Iklan Palsu dan Mengelirukan. Di samping itu, KPDNKK telah mengambil tindakan
memperhalus pindaan akta berkaitan iklan palsu.
Kebaikan memaparkan maklumat
yang tepat dalam iklan ialah dapat mempengaruhi pengguna membeli barangan yang
diiklankan. Selain itu, dapat melariskan barangan yang dijual kerana barangan
tersebut memberi kesan yang kepada pengguna.
Kesimpulannya, syarikat
periklanan perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan agar pengguna tidak
tertipu semasa membeli barangan di Internet.
[120 patah perkataan]
TARGET SOALAN RAMALAN TATABAHASA B. MELAYU SPM 2013
Soalan 3 : Pengetahuan dan
Kemahiran Tatabahasa
(a) Bina Ayat
(i) emosi
(ii) inovasi
(iii) situasi
(iv) promosi
(v) motivasi
(vi) dedikasi
Contoh Ayat
(i) emosi
Orang yang dapat mengawal emosi ialah orang yang sabar.
(ii) inovasi
Kita mestilah kreatif dan kritis dalam membina inovasi untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing.
(iii) situasi
Anggota keselamatan sentiasa berwaspada menjaga pertahanan negara dalam pelbagai situasi.
(iv) promosi
Pelbagai promosi telah diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang lalu.
(v) motivasi
Program Kecemerlangan yang diadakan oleh kebanyakan sekolah adalah untuk memberi motivasi kepada murid-murid agar maju dalam bidang akademik.
(vi) dedikasi
Seorang pemimpin yang baik ialah berhemah, penyayang dan mempunyai sifat dedikasi yang tinggi.
(a) Bina Ayat
(i) emosi
(ii) inovasi
(iii) situasi
(iv) promosi
(v) motivasi
(vi) dedikasi
Contoh Ayat
(i) emosi
Orang yang dapat mengawal emosi ialah orang yang sabar.
(ii) inovasi
Kita mestilah kreatif dan kritis dalam membina inovasi untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing.
(iii) situasi
Anggota keselamatan sentiasa berwaspada menjaga pertahanan negara dalam pelbagai situasi.
(iv) promosi
Pelbagai promosi telah diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang lalu.
(v) motivasi
Program Kecemerlangan yang diadakan oleh kebanyakan sekolah adalah untuk memberi motivasi kepada murid-murid agar maju dalam bidang akademik.
(vi) dedikasi
Seorang pemimpin yang baik ialah berhemah, penyayang dan mempunyai sifat dedikasi yang tinggi.
No comments:
Post a Comment