1.
CARA-CARA MENINGKATKAN KUALITI HIDUP
-
Peningkatan kualiti hidup rakyat merupakan antara ciri sesebuah negara yang
menuju ke arah
kemodenan dan
kemajuan yang mapan. Hal ini disebabkan kemodenan dan kemajuan sesebuah negara
tidak bererti
sekiranya kualiti hidup rakyat masih ketinggalan zaman.
-
Kualiti hidup biasanya dikaitkan dengan penyediaan infrastruktur sosial dan
fizikal oleh pihak pentadbir
di sesuatu kawasan.
Walau bagaimanapun, persekitaran yang baik tidak membawa maksud kualiti hidup
juga baik kerana hal
ini juga turut berkait dengan penerimaan atau penolakan dan tindak balas
penduduk
terhadap
persekitaran yang disediakan.
- Semua pihak
termasuk individu, keluarga, masyarakat, dan kerajaan perlu bersinergi dan
memainkan
peranan secara
bersepadu bagi meningkatkan kualiti hidup di negara ini dan seterusnya mencapai
aspirasi
negara ke arah
Wawasan 2020.
Isi-isi penting:
1. Membina keluarga bahagia
-
Setiap individu dalam keluarga perlu memainkan peranan masing-masing untuk
mewujudkan kehidupan keluarga yang harmoni, saling bertoleransi, dan saling
menghormati.
-
Ibu bapa berperanan untuk menyediakan sumber kewangan yang
mencukupi bagi memenuhi keperluan anak-anak dan keluarga mereka secara umumnya.
Ibu bapa perlu mempunyai pegangan hidup dan sebaik-baiknya bertunjangkan
didikan moral dan ajaran agama kerana mereka turut berperanan untuk menanamkan
asas-asas didikan moral dan ajaran agama ini dalam diri anak-anak.
-
Datuk dan nenek pula menguatkan asas binaan keluarga bahagia lagi dengan
mendidik cucu cicit mereka agar menghormati ibu bapa, adik beradik, orang tua
dan sesiapa sahaja sebagai suatu cara hidup berkomuniti.
-
Setiap aktiviti juga dilakukan bersama dengan keluarga seperti makan
bersama-sama, melakukan aktiviti riadah bersama-sama dan sebagainya. Dengan
ini, keluarga yang bahagia dapat dilahirkan.
-
Keluarga bahagia sememangnya melambangkan kualiti hidup masyarakat yang baik
kerana individu daripada keluarga bahagia biasanya akan dapat mengelakkan diri
daripada terjebak dalam kancah negatif – selesaikan masalah melalui
perbincangan keluarga dan sebagainya.
2.
Menambahkan ilmu pengetahuan
-
Penguasaan ilmu pengetahuan melambangkan kualiti hidup yang baik. Setiap
individu perlu mengejar dan menambah ilmu setinggi yang boleh supaya tidak
menjadi seperti katak di bawah tempurung.
-
Hadis bermaksud “Carilah ilmu hingga ke negara
China” menunjukkan bahawa ilmu ada di mana-mana dan tuntutlah ilmu
setinggi yang boleh. Ilmu yang dituntut pula tidak terhad kepada cabang ilmu
sains dan teknologi sahaja malah dalam pelbagai bidang ilmu supaya insan
berilmu yang terhasil merupakan insan yang kamil dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
-
Individu yang berilmu akan membentuk masyarakat yang berfikiran rasional,
berinovasi, dan berdaya saing setanding dengan masyarakat berilmu di
negara-negara maju. Individu yang berilmu dapat mengangkat martabat diri,
keluarga, dan meningkatkan taraf hidup supaya keluar daripada kepompong
kemiskinan apabila mendapat pekerjaan yang baik ataupun menjadi usahawan yang
berjaya. Malah, Malaysia akan mempunyai aset modal insan bagi
mentransformasikan negara ini bagi mencapai taraf negara maju menjelang tahun
2020 dan masyarakat yang dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersatu
padu selaras dengan aspirasi konsep 1 Malaysia. Jadi, jelaslah bahawa kualiti
hidup dapat ditingkatkan melalui penguasaan ilmu.
3. Menjana pertumbuhan ekonomi negara
-
Pertumbuhan ekonomi negara turut melambangkan peningkatan kualiti hidup.
Individu dan masyarakat termasuk golongan wanita perlu aktif dalam memberikan
sumbangan bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini bertujuan supaya
setiap tenaga kerja yang masih aktif di negara ini dapat digembleng dalam
setiap sektor ekonomi sama ada dalam bidang pertanian, perindustrian,
pelancongan, pengangkutan, dan banyak lagi.
-
Pihak kerajaan pula memainkan peranan penting dengan menyediakan pelbagai dasar
seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Industri Kecil dan
Sederhana, dan Pelan Transformasi Ekonomi Negara bagi menarik pelaburan dari
dalam dan luar negara untuk menanam modal dan menyediakan ruang niaga yang
kukuh bagi masyarakat Malaysia sendiri.
-
Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif
dalam pembangunan negara bagi menjamin kesuburan pertumbuhan ekonomi.
Seterusnya, kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan kerana pihak kerajaan akan
mempunyai dana yang kukuh untuk menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur
kepada rakyat semula.
4. Penggunaan sistem pengangkutan mesra alam
-
Alam sekitar yang bersih mencerminkan kualiti hidup
yang sihat. Oleh itu, kebersihan dan kecantikan alam sekitar perlu dijaga. Oleh
itu, penggunaan sistem pengangkutan yang mesra alam adalah perlu untuk
mengurangkan pencemaran di negara ini. Hal ini demikian kerana asap daripada
cerobong alat-alat pengangkutan yang ketinggalan zaman merupakan antara faktor
utama pencemaran alam terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,
Shah Alam, George Town, dan Johor Bahru.
-
Setakat ini, tidak banyak sistem pengangkutan yang
mesra alam digunakan di Malaysia – cuma KLIA Ekspres dan penggunaan minyak NGV
– perlu diperluas kepada penggunaan enjin kenderaan elektrik seperti di negara
China.
- Alam sekitar yang bersih akan
mengurangkan risiko penyakit – kualiti hidup meningkat.
Penutup:
Penutup:
-
Terdapat banyak cara yang dapat dipraktikkan dalam
kehidupan harian kita.
-
Pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di
negara
ini.
-
Aspirasi negara dapat direalisasikan dengan mudah dan tidak menjadi seperti angan-angan
Mat Jenin
2. AMALAN RUMAH TERBUKA
(TEMA) Rumah terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada
sambutan perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal
dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah
terbuka sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui
istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim dalam kehidupan mereka. (ISU)
Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum
atau agama dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan
kerajaan negeri. (ARAHAN) Menyedari kesungguhan kerajaan untuk
menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang sering
berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan
rumah terbuka?
(ISI 1) Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak
memberikan kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam
kalangan anggota masyarakat di negara kita. (MENGAPA) Perpaduan yang
terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi
negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu,
amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai
erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap
keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang
melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun
berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. (BAGAIMANA)
Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh
berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang halangan dan kekangan yang
perlu dibimbangi. (KESAN) Sehubungan dengan itu, perasaan muhibah antara
satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni. (PENEGAS)
Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah
terbuka.
(ISI 2) Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota
masyarakat serta pemimpin sendiri, amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu
sesama kaum memahami budaya kaum-kaum lain. (MENGAPA) Mereka hanya akan
merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya
dan juga agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah
kaum-kaum lain, memahami antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat
resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. (BAGAIMANA) Sebagai
contoh, orang-orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakan
sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga
sebaliknya. (KESAN) Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan
adat kaum lain serta budaya yang sihat juga dapat diwujudkan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat
toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. (PENEGAS)
Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan
murni ini.
(ISI 3) Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri, penganjuran
rumah-rumah terbuka juga merupakan persembahan kepada pelancong asing yang
datang melancong di negara kita. (MENGAPA) Mereka bukan sahaja datang ke
Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga
dapat mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di
negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. (BAGAIMANA) Kerajaan
melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dengan kerjasama
kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka
Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari
Gawai, Deepavali dan Krismas. (KESAN) Pengalaman pelancong asing
meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan nama
Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka ke
negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan
negara. (PENEGAS) Izharlah bahawa konsep rumah terbuka dapat memberikan
persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.
(ISI) Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim
dalam hubungan kekeluargaan. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana
simboliknya amalan rumah terbuka ialah amalan ini merupakan medan pertemuan
yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga.
Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan
sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa
konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit
demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi akan datang yang
semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. (BAGAIMANA) Semasa
menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan
kerinduan di samping mendapat perkembangan terkini antara satu sama lain.
Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam
pertemuan ahli keluarga ini. (PENEGAS) Ringkasnya, hubungan kekeluargaan
dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka
dibudayakan.
(PENUTUP) Bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih banyak
membawa kebaikan kepada negara dan masyarakat. (CADANGAN) Oleh
itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak.
Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan ini akan
mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita
tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap baru pahat berbunyi
apabila menganjurkan rumah terbuka. (HARAPAN) Jika amalan murni ini
dibudayakan sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan
menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun
negara kita merupakan satu titik kecil di dalam peta dunia namun usaha kerajaan
untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan
kepada mata dunia.
3.
CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN
(TEMA) Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan
merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara kerana
ahli pujangga pernah berkata bahawa generasi berwawasan sebagai pemangkin
pembangunan negara. Generasi berwawasan dapat ditafsirkan sebagai
golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju
selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. (ISU) Dewasa
ini, isu generasi berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan
masyarakat kita. Isu generasi berwawasan menjadi amat penting untuk diberikan
perhatian dan tumpuan yang sewajarnya kerana mereka merupakan nadi negara. Oleh
itu, usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin diberikan keutamaan.
(ARAHAN) Persoalannya, apakah ciri-ciri seseorang remaja yang
dikategorikan mempunyai wawasan?
(ISI 1) Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen
yang maslahat untuk menelurkan remaja yang berwawasan. (MENGAPA) Intelek
merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa.
Remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mencakupi semua bidang dapat
membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam menghadapi kehidupan yang
penuh dengan onak dan duri ini. (BAGAIMANA) Sehubungan dengan itu,
remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga
menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui
pelbagai wahana, seperti membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia
maya dan sebagainya. (KESAN) Ketekunan dan inisiatif merupakan
prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak
di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang
cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk
merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai
dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau
mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, “Ikut hati mati, ikut rasa
binasa.” (PENEGAS) Tegasnya, remaja yang berwawasan sentiasa memastikan
dirinya tidak jemu menimba ilmu untuk memiliki mentaliti kelas pertama.
(ISI) Selain itu, remaja yang berwawasan juga perlu sentiasa dinamik dan
progresif dalam menjalankan sesuatu tugas. Dinamik dapat diertikan sebagai
perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya. (MENGAPA) Hal ini
dikatakan demikian kerana negara yang pesat membangun seperti Malaysia
memerlukan generasi yang memiliki ciri-ciri ini untuk mencapai kemajuan dalam
setiap aspek. (BAGAIMANA) Individu yang dinamik tidak memiliki ciri-ciri
negatif seperti berputus asa sebaliknya bersemangat tinggi. Dalam mengejar
kejayaan, individu yang berwawasan seharusnya gigih menghadapi cabaran tanpa
berputus asa kerana tiada kejayaan yang datang bergolek bak kata pepatah, yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. (KESAN)
Ekoran daripada itu, remaja yang dinamik dan progresif sudah pasti dapat
mencapai cita-cita yang diimpikan. (PENEGAS) Pendek kata, remaja yang
berwawasan sudah pasti akan memastikan dirinya berubah untuk memajukan diri dan
negaranya.
(ISI) Dalam nada yang sama, remaja yang berwawasan perlu berkreatif dan
berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. (MENGAPA) Hal ini terjadi
demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori
bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang. Dalam industri
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani
mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis. (BAGAIMANA) Rentetan
daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan
berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus
memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka
melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan mat
jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. (KESAN)
Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada
kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti
dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita mampu
menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak. (PENEGAS) Sesungguhnya,
pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri remaja yang berwawasan.
(ISI) Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, remaja yang
berwawasan seharusnya cinta akan negara. (MENGAPA) Remaja yang berjiwa
patriotik ini akan menjadi bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk
pemerintahan negara. Sebagai bakal pemimpin negara sudah pasti mereka perlu
sentiasa berusaha untuk memelihara imej negaranya daripada tercemar dan menjadi
bahan cemuhan masyarakat luar. (BAGAIMANA) Oleh itu, mereka haruslah
menghormati lagu kebangsaan negara iaitu lagu Negaraku dan mengamalkan
prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Mereka tidak akan
sekali-kali menjadi pengkhianat negara dan tidak akan melibatkan diri dalam
gejala sosial yang akan mencemarkan imej negara. (KESAN) Jiwa patriotik
remaja yang menebal ini akan menjamin keharmonian negara dan sekali gus
berupaya menjaga maruah negara di pentas global. (PENEGAS) Ringkasnya,
remaja yang berwawasan sentiasa bersemangat patriotik untuk mengekalkan
keharmonian dan kedaulatan nusa tercintanya.
(PENUTUP) Sebagai intihanya, terdapat banyak ciri yang memaparkan
seseorang remaja itu mempunyai wawasan yang tinggi. Remaja sebagai tunjang yang
bakal menerajui kepimpinan negara kita harus terlepas daripada belenggu
angkara sosial. Generasi yang berwawasan menjadi akar pada pertumbuhan dan
pembangunan modal insan yang menjadi agenda utama negara kita. (CADANGAN)
Oleh itu, golongan remaja perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan
diri sebelum terlewat bak kata pepatah, sesal di hujung jalan, balik ke
pangkal jalan. Golongan remaja kita perlulah melakukan anjakan
paradigma untuk menjadi remaja kelas pertama dan memangkinkan kecemerlangan
negara. (HARAPAN) Diharapkan kelahiran remaja berwawasan dapat
merealisasikan segala aspirasi negara di samping dan menyerbakkan keharuman
negara kita di persada antarabangsa.
4.
AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
(TEMA) Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan
kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan
masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup
dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan
kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. (ISU) Sudah pasti dalam
kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi
satu matlamat yang perlu dicapai segera. (ARAHAN) Oleh itu, terdapat
pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
(ISI) Satu amalan yang penting untuk diamalkan
adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. (MENGAPA) Tubuh orang
yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang
diperlukan. (BAGAIMANA) Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak
mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta
mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. (KESAN)
Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan
darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih
baik daripada mengubatinya. (PENEGAS) Jadi, izharlah bahawa pemakanan yang
seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria dan sihat.
(ISI)
Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan
bersukan atau beriadah. (MENGAPA) Aktiviti sukan dan riadah yang
dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan
perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. (BAGAIMANA) Oleh
itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh
iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seseorang itu boleh bersukan
seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau
berenang. (KESAN) Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah
pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana badan cergas, otak cerdas.
(PENEGAS) Tegasnya, aktiviti beriadah dan bersukan dapat menjamin
kesihatan seseorang.
(ISI) Selain itu, setiap orang perlu melakukan
pemeriksaan kesihatan secara berkala. (MENGAPA) Hal ini akan memastikan
anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan
pankreas berfungsi dengan baik. (BAGAIMANA) Melalui cara itu juga,
penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan
darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam
bidang perubatan. (KESAN) Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat
dilakukan dengan segera kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu
penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah.
(PENEGAS) Ringkasnya, seseorang itu akan senantiasa memastikan dirinya
sentiasa sihat dengan mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual sebelum
kudis menjadi tokak.
(ISI) Akhir sekali, setiap individu perlu menjauhi gaya hidup yang negatif
dan tidak sihat seperti pengambilan alkohol yang banyak, ketagihan rokok dan
juga pengambilan dadah atau pil-pil perangsang. (MENGAPA) Hal ini
dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan
kesihatan dan mengancam nyawanya atau nyawa orang lain. (BAGAIMANA)
Pengambilan alkohol dan dadah akan mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit
dan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan kesihatan mental.
Selain kita, setiap orang juga perlu menjauhi amalan mengunjungi rumah
pelacuran atau tempat-tempat maksiat bagi mengelakkan diri daripada jangkitan
penyakit kelamin dan HIV Aids. (KESAN) Tahap kesihatan rakyat yang baik
dapat menjamin maruah diri dan meningkatkan produktiviti negara. (PENEGAS)
Pendek kata, seseorang yang mengimpikan kehidupan yang sihat akan memastikan
dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.
(PENUTUP) Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan dengan banyak cara. Amalan-amalan ini memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. (CADANGAN) Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (HARAPAN) Semoga kempen kerajaan iaitu kempen ‘Rakyat Sihat Negara Maju’ dapat direalisasikan kerana rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif.
5.
KEJAYAAN MALAYSIA DALAM PELBAGAI BIDANG
(TEMA) Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai
kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. (ISU) Kalau dijejaki atau
ditelusuri, begitu banyak kejayaan membanggakan dicapai dan dilakukan rakyat
Malaysia dalam rentang masa 55 tahun kemerdekaan negara. Kejayaan-kejayaan luar
biasa yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada
antarabangsa. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu menandingi
kejayaan yang ditempa oleh orang Barat yang jauh lebih maju daripada kita. (ARAHAN)
Persoalannya, apakah kejayaan-kejayaan yang diraih oleh nusa tercinta ini?
(ISI 1) Tidak dapat dinafikan bahawa bidang perusahaan automobil
merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. (HURAIAN –
MENGAPA) Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya
mengeluarkan kereta sendiri setanding kereta asing. (CONTOH – BAGAIMANA)
Di Malaysia, terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu
Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd
(PERODUA). Teknologi industri berat yang diusahakan oleh rakyat Malaysia ini
membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti Australia,
Singapura, United Kingdom dan sebagainya. (HURAIAN CONTOH –KESAN) Perusahaan
ini secara tidak langsung telah dapat meningkatkan pendapatan negara kita. (PENEGAS)
Tegasnya, bidang automobil negara menjadi salah satu mercu kejayaan negara.
(ISI 2)
Selain itu, kejayaan Malaysia turut dapat dilihat melalui pembinaan bangunan
yang menjadi kebanggaan negara. (HURAIAN – MENGAPA + UNGKAPAN)
Pembangunan negara yang bergerak pantas bagai belut diketil ekor
dapat dilihat melalui pembinan bangunan-bangunan yang tinggi terutamanya di ibu
kota metropolitan, Kuala Lumpur. (CONTOH – BAGAIMANA) Pembinaan bangunan
pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS
merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan
tersebut terletak di Kuala Lumpur. (HURAIAN CONTOH – KESAN) Ciri-ciri
istimewa kedua-dua menara ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan dan menarik banyak pelancong asing melancong ke negara Malaysia
sepanjang tahun. (PENEGAS) Pendek kata, pembinaan bangunan yang
tersergam gah telah membuktikan kejayaan negara dicapai.
(ISI 3) Malaysia
juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya
melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II.
(HURAIAN – MENGAPA & CONTOH - BAGAIMANA) Pelancaran satelit ini
menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit
angkasanya sendiri. Bukan itu sahaja, program penghantaran angkasawan negara
yang pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah
berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. (HURAIAN CONTOH – KESAN)
Program ini telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk
belajar mata pelajaran sains dan teknologi. (UNGKAPAN MENARIK) Melalui
program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang angkasawan dan
memupuk minat mereka untuk menceburi dalam bidang angkasawan sejak kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (PENEGAS)
Sesungguhnya, penerokaan negara dalam bidang angkasa lepas juga merupakan salah
satu kejayaan negara yang patut dibanggakan.
(ISI 4) Kemajuan dalam
bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama Malaysia di seantero
dunia. (HURAIAN – MENGAPA) Di Malaysia, terdapat sistem pengangkutan
yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem
Transit Ringan (LRT), KTM, PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan
Terowong SMART. (CONTOH – BAGAIMANA & KESAN) KLIA ialah lapangan
terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang
terpenting di rantau Asia Tenggara. Selain itu, sistem pengangkutan seperti
Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, monorel dan PUTRA menjimatkan masa, wang dan
tenaga kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka.
Perkembangan teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina
untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. (PENEGAS)
Ringkasnya, kecanggihan sistem pengangkutan dan perhubungan negara turut
menjadi kayu ukur kejayaan negara pada alaf ini.
(ISI 5) Kejayaan negara yang seterusnya
ialah kejayaan dalam bidang sukan. (HURAIAN – MENGAPA) Sukan negara
semakin rancak apabila banyak atlet negara yang berjuang bermati-matian
untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. (CONTOH –
BAGAIMANA) Pemain sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah ratu skuasy
negara, Datuk Nicol Ann David. Kini, Datuk Nicol merupakan pemain skuasy wanita
nombor satu di dunia. Selain bidang skuasy, nama pemain badminton di Malaysia
juga terkenal di dunia, khasnya Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei
merupakan seorang pemain badminton profesional di Malaysia. Beliau selalu
menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan
keputusan yang cemerlang. (PENEGAS) Jadi, izharlah bahawa peningkatan
pencapaian yang cemerlang oleh atlet-atlet negara berjaya menempa nama Malaysia
di seantero dunia.
(PENUTUP – KESIMPULAN
ISI-ISI) Sebagai konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa negara kita telah
meraih kejayaan dalam pelbagai bidang yang menakjubkan. Pencapaian yang
menakjubkan dalam bidang perusahaan automobil, pembinaan bangunan pencakar
langit, bidang aeroangkasa, bidang pengangkutan dan perhubungan, dan bidang
sukan membolehkan rakyat negara kita bertanding dengan kejayaan yang ditempa
oleh orang Barat. (CADANGAN) Oleh itu, rakyat Malaysia harus bersikap
sedia menghadapi segala cabaran untuk mencapai Wawasan 2020. Dengan itu, rakyat
Malaysia perlu berusaha gigih, bangga dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada
pelbagai pihak untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang. (HARAPAN)
berharap agar kejayaan luar biasa ini juga dapat membangkitkan semangat rakyat
Malaysia agar lebih berani untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia.
No comments:
Post a Comment