Bahagian B
[ Masa
dicadangkan : 1 jam 30 minit ]
[ 100 markah ]
Pilih satu daripada
soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
1 1. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja.
Sebagai
seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.
2 2. Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi hari ini.
Berikan
pendapat anda tentang peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.
3
3. Usaha yang berterusan untuk membantu golongan
Orang Kurang Upaya (OKU) amat wajar supaya mereka dapat memberikan
sumbangan kepada negara.
Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk membantu golongan ini.
4
4. Kegiatan jenayah membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat.
Bincangkan
kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
5 Anak itik terenang-renang,
Air pasang
tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi
kenang-kenangan.
5 Berdasarkan
maksud pantun tersebut, huraikan kepentingan hidup berbudi dalam masyarakat.
Contoh Jawapan RAMALAN KARANGAN BAHAGIAN B
Rakan
sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja.
Sebagai
seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.
Peribahasa
Melayu ada menyebut, seperti isi dengan kuku. Hubungan yang akrab antara
seorang individu dengan seorang individu lain diumpamakan seperti isi dengan
kuku. Bagaimana rapatnya hubungan isi dengan kuku, begitulah juga ibaratnya
hubungan yang akrab antara seseorang itu dengan kawan rapatnya. Kawan rapat
ialah kawan tempat kita mengadu dan berkongsi masalah sama ada baik atau tidak.
Ibarat mencubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya. Begitulah peranan dan
fungsi rakan atau sahabat dalam kehidupan seseorang remaja. Remaja amat
memerlukan rakan sebaya untuk berkongsi masalah dan meluahkan perasaan. Namun,
hendak mencari kawan rapat yang sanggup menangis dan ketawa bersama-sama sangat
sukar. Sebagai seorang remaja, saya menggariskan beberapa kriteria dalam
pemilihan kawan rapat yang sebaya dengan saya.
Antara ciri
utama rakan sebaya yang menjadi pilihan saya ialah seorang yang menghormati ibu
bapa dan orang tua. Rakan sebaya yang menghormati ibu bapa dan orang tua lebih
cenderung untuk menghormati sahabat mereka. Rakan sebaya jenis ini akan lebih
bertolak ansur dalam perhubungan dan sentiasa menjaga hati dan perasaan sahabat
baiknya. Malah, rakan sebaya yang menghormati orang tua juga akan sentiasa
prihatin dan menjaga kebajikan sahabatnya. Mereka lebih mengutamakan sahabat
baik daripada kepentingan diri mereka sendiri. Mutiara kata ada menyebut, jika
kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya kita akan terkena tempias
wangiannya. Sebaliknya jika kita berkawan dengan pembuat senjata, nescaya kita
akan terkena percikan apinya. Oleh itu, dalam memilih rakan sebaya yang dapat
membantu semasa saya dalam kesusahan ialah memilih rakan sebaya yang
menghormati ibu bapa mereka dan orang yang lebih tua. Pujangga lama ada
menyebut, yang tua disayangi, yang muda dikasihi.
Selain itu,
memilih rakan sebaya yang rajin membaca dan bijak dalam pelajaran adalah ciri
yang sangat penting. Sekiranya kita mempunyai masalah dalam pembelajaran, kita
akan dapat meminta bantuan rakan sebaya kita menyelesaikan masalah
pembelajaran. Rakan sebaya yang rajin membaca akan sentiasa mengajak kita
menelaah pelajaran dan mengunjungi pusat sumber pada setiap masa senggang atau
masa cuti sekolah. Rakan sebaya yang bijak juga akan mengajar kita membahagikan
masa dengan baik. Berkawan dengan orang rajin membaca dan bijak dalam pembelajaran
akan meningkatkan motivasi saya. Saya akan menjadikan rakan sebaya yang bijak
sebagai idola saya dalam mencapai kejayaan. Mutiara kata yang berbunyi, kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya sangat sesuai dengan peranan
rakan sebaya yang membantu kita melakar kejayaan yang lebih baik pada masa akan
datang. Oleh itu, tidak rugi jika saya memilih rakan sebaya yang rajin membaca
dan bijak dalam pelajaran sebagai sahabat baik saya kerana ular yang menyusur
akar tidak akan hilang bisanya.
Sahsiah dan
budi pekerti memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seseorang
remaja. Pembentukan peribadi yang terpuji bukan hadir dalam sekelip mata.
Begitu juga bukan tugas ibu bapa menggalas tanggungjawab sedemikian. Peranan
rakan sebaya banyak mempengaruhi tingkah laku dan sahsiah remaja pada masa
kini. Sehubungan dengan itu, saya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai budi
pekerti yang baik dan sahsiah yang terpuji sahaja sebagai sahabat baik saya.
Hal ini demikian kerana, sahabat yang mempunyai sahsiah yang terpuji akan
menunjukkan saya mana yang positif dan mana yang negatif. Mutiara kata lama ada
menyebut, seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. Oleh itu,
untuk mengelakkan saya terjebak dalam gejala yang tidak sihat, saya akan memilih
rakan sebaya yang mempunyai budi pekerti yang terpuji agar saya dapat
mencontohinya.
Intihanya,
membuat pilihan adalah di tangan kita. Ibarat mencari pelangi, kita perlu
menunggu hujan reda. Ibarat mengutip kenangan, kita perlu mempunyai pengalaman.
Tidak perlu mengasah parang atau menarik baju ke lengan, kita bebas membuat
pilihan siapakah calon rakan sebaya yang layak menjadi sahabat baik kita. Oleh
itu, buatlah pilihan yang bijak dalam mencari rakan sebaya. Sekali terjebak
selamanya terpenjara. Sekali terlepas peluang, jalan pulang ke pangkal jalan
tetap ada. Justeru, berhati-hatilah memilih rakan sebaya kerana rakan sebaya
boleh membawa kita ke syurga dan rakan sebaya juga yang boleh mengheret kita ke
neraka.
useful. THX
ReplyDeleteawesome..gave my some tips for my karangan
ReplyDelete