Teknik Menulis Karangan Bahagian A
Ø Lihat gambar yang diberi dengan teliti.
Ø Baca arahan untuk mengetahui kehendak soalan.
Ø Kalau arahan meminta calon menjawab kepentingan sesuatu
tema yang diberikan,
Ø huraikan semua kebaikan tema berdasarkan isi di bawah
setiap gambar yang diberikan.
Ø Kalau arahan meminta calon menulis, kesan sesuatu tema,
Ø Huraikan semua akibat tema berdasarkan isi yang
diberikan.
Ø Calon wajib menulis 5 perenggan mengikut pembahagian
seperti berikut:
Ø Pendahuluan
Ø Isi 1
Ø Isi 2
Ø Isi 3
Ø Penutup dan kesimpulan.
Ø Mulakan pendahuluan tentang tema atau tajuk yang
dikemukakan dalam arahan soalan.
Ramalan Soalan Bahagian A
KEPENTINGAN MENJAGA TEMPAT BERSEJARAH
*Memperkenalkan negara kepada pelancong asing
*Keunikan senibina masyarakat Minang
*Mengkaji Masyarakat terawal yang mendiami sesuatu tempat
*Warisan Dunia UNESCO
Contoh Jawapan
KEPENTINGAN MENJAGA TEMPAT BERSEJARAH
Sejarah ialah satu kajian yang menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.Tempat bersejarah merupakan warisan sesebuah Negara. Bandaraya Melaka telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Hal ini demikian kerana, Bandaraya Melaka merupakan salah sebuah tempat bersejarah yang terkenal di negara kita. Terdapat beberapa tempat bersejarah di negara kita seperti Pasir Salak, Muzium Lenggong dan Bukit Belanda di Perak, Lembah Bujang di Merbok, Kedah, Bukit Melawati di Kuala Selangor dan Istana Menanti di Negeri Sembilan. Tempat bersejarah ini sering dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat pada musim cuti sekolah. Oleh itu terdapat beberapa kepentingan tempat bersejarah ini wajar dipelihara.
Antara kepentingan menjaga tempat bersejarah di Negara
kita ialah kita dapat memperkenalkan tempat-tempat bersejarah di Negara kita
sebagai tempat pelancongan. Pelancongan merupakan satu industry yang berkembang
pesat di seluruh dunia. Setiap Negara mempunyai produk pelancongannya yang
tersendiri. Salah satu produk pelancongan yang dapat menarik pelancong asing
datang melancong ke negara kita ialah tempat bersejarah. Tempat bersejarah
dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk mengunjunginya. Hal
ini demikian kerana, kita akan tertarik untuk mengetahui apakah
tinggalan-tinggalan sejarah yang ditinggalkan oleh masyarakat yang pernah
mendiami kawasan tersebut. Mutiara kata ada menyebut, tiada yang lama maka
tiada yang baru. Tempat-tempat bersejarah merupakan tarikan pelancong untuk
mengunjunginya seperti Kota A’Famosa di Melaka dan Muzium Lenggong di Perak. Di
Muzium Lenggong contohnya, kita dapat melihat “Perak Man”, iaitu manusia
terawal yang ditemui mendiami Tanah Melayu. Oleh itu, wajarlah tempat
bersejarah di negara kita dijaga dan dipulihara untuk menarik lebih ramai
pelancong mengunjunginya.
Selain itu, tempat bersejarah wajar dijaga adalah supaya masyarakat dapat mengetahui keunikan senibina masyarakat pada zaman silam. Istana Menanti di Negeri Sembilan misalnya, mempamerkan keunikan senibina yang tiada tolok bandingnya. Pembinaan istana ini menggunakan kayu jati yang tinggi mutunya dan tidak menggunakan sebatang paku pun. Reka bentuk dan sennibina istana ini jelas menggambarkan bahawa telah ada hubungan masyarakat nusantara antara pendudk Tanah Melayu dengan masyarakat Minang di Palembang. Hubungan serumpun masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu menunjukkan bahawa tanah Melayu merupakan pusat perdagangan entrepot yang maju di mana Kota Melaka adalah laluan utama yang menghubungkan masyarakat Timur dan Barat. Oleh itu, melalui tempat bersejarah ini, generasi masa kini dapat mengenali budaya dan senibina yang pernah bertapak di Tanah Melayu.
Selain itu, tempat bersejarah wajar dijaga adalah supaya masyarakat dapat mengetahui keunikan senibina masyarakat pada zaman silam. Istana Menanti di Negeri Sembilan misalnya, mempamerkan keunikan senibina yang tiada tolok bandingnya. Pembinaan istana ini menggunakan kayu jati yang tinggi mutunya dan tidak menggunakan sebatang paku pun. Reka bentuk dan sennibina istana ini jelas menggambarkan bahawa telah ada hubungan masyarakat nusantara antara pendudk Tanah Melayu dengan masyarakat Minang di Palembang. Hubungan serumpun masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu menunjukkan bahawa tanah Melayu merupakan pusat perdagangan entrepot yang maju di mana Kota Melaka adalah laluan utama yang menghubungkan masyarakat Timur dan Barat. Oleh itu, melalui tempat bersejarah ini, generasi masa kini dapat mengenali budaya dan senibina yang pernah bertapak di Tanah Melayu.
Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk
penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah
dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Manakala Shefer pula berpendapat
bahawa Sejarah adalah peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku. Oleh
itu, kepentingan menjaga tempat bersejarah adalah untuk menyelidik tentang
masyarakat terawal yang mendiami sesuatu kawasan. Hal ini demikian kerana
sejarah ialah masa lampau manusia dan persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap
meliputi urutan fakta masa tersebut. Tafsiran dan penjelasan tentang sesuatu
monumen yang terdapat di kawasan bersejarah memberi pengertian dan kefahaman
tentang apa yang berlaku. Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk
mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi
membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang
menjadi lebih cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada dalam diri semua
kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk
sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa
yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Justeru,
kita dapat mengenali tamadun awal manusia berdasarkan artifak dan monumen yang
ditinggalkan di sesebuah kawasan.
Kesimpulannya, tempat bersejarah wajar dijaga kerana
kepentingannya tidak dapat dinafikan. Apabila UNESCO mengisytiharkan Bandaraya
Melaka sebagai salah satu tapak warisan dunia, ramai pelancong asing dating
mengunjungi Negara kita semata-mata untuk melihat sendiri tempat bersejarah
tersebut. Selain itu, menjaga dan memulihara tempat bersejarah di Negara kita
adalah tanggungjawab semua pihak dan semua warganegara. Melalui sejarah kita
belajar mengenali suku kaum dan bangsa yang mula-mula mendiami Negara ini.
Melalui sejarah juga kita mengenali asal usul bahasa Melayu. Oleh itu, sama-samalah
kita menjaga dan memulihara tempat-tempat bersejarah di Negara kita.
No comments:
Post a Comment