Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan
Inilah sifar Pak Pandir,
Asalkan kaya itulah bergaya,
Asalkan berkilat itulah intan,
Asalkan buntat pasti bertuah,
Asalkan berbungkal itulah emas,
Sifat mudah percaya,
Tiada sedar terpedaya,
Susah buatan sendiri,
Akhirnya menyesal diri sendiri.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
a) Nyatakan jenis puisi di atas. (1 markah)
b) Berikan tiga gaya bahasa puisi di atas. (3 markah)
2. Maka jatuh kerunsinganlah Tuanku Puteri Sa’dung itu. Maka dengan sebab itu,
maka tuan puteri pun suruh Sultan Abdullah bawa beralih akan isteri yang baru itu
kerana mahligai itu ia punya, maka Sultan Abdullah beri orang lain duduk, kerana
ia hendak duduk mahligai itu.
(Dipetik daripada Hikayat Seri Kelantan)
Jelaskan dua perkara yang menyebabkan Puteri Sa’dung berasa runsing. (4 markah)
3. Maka kata tuan puteri, “Landak ini pun pandai berpantun sekali rupanya. Kitalah
yang disindirnya.” Maka kata Raden Kesuma Ningrat, “Hai adinda, sedangkan binatang
lagi pandai menyindir kita.” Maka tuan puteri pun tersenyum.
(Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih)
Berikan empat watak binatang dan peranan masing-masing dalam cerita di atas. (4 markah)
4. Masih menguntumkah
bunga damai
sekiranya dunia
masih berperang
kejahilan masih berleluasa
sebaris kejam
mengimami rumah mesra
merayap mesiu
dan mortar menyusup telinga
meratah rakus jiwa manusia?
Berikan dua gaya bahasa yang digunakan dalam puisi di atas berserta contoh. (4 markah)
5. RAJA SULAIMAN : Syukur, cucunda tuanku.....cucunda luka? (Memandang pakaian
SULTAN AHMAD yang penuh berpalit darah)
SULTAN AHMAD : Tidak luka, nenda Tengku! Ini darah musuh-musuh yang dapat
cucunda hapuskan. Alang-alang mandi biar basah. Mari lekas
kita semua berundur. Feringgi tentu mengejar kita. Nenda tuanku
sama-sama ketuakan hulubalang-hulubalang kita berkubu dan
membuat kota di Bentayan, Kuala Muar. Kita bertahan di sana,
kita belum putus asa.
(Dipetik daripada drama Bendahara Tepok : Madu Ilmu)
Jelaskan dua perwatakan Sultan Ahmad. ( 4 markah)
6. SEMUA :
Beradat berbudaya itu mulia
bersopan santun berbudi bahasa itu kaya
tapi jangan sampai lupa harga diri
jangan sampai tergadai harta benda.
(Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru)
Nyatakan dua citra masyarakat dalam drama di atas. (4 markah)
7. Jusoh melucutkan kainnya dan digantikan dengan seluar nipis kain payung terjun. Dengan
menggalas cangkulnya dia menerpa ke tanah sawah bagaikan tiga suku. Anak-anaknya
habis bangun. Masing-masing ternganga. Dengan mata mereka mengikuti langkah tiga
suku Jusoh. Panjang-panjang langkahnya di atas permatang.
(Dipetik daripada cerpen Gelungnya Terpokah)
a) Nyatakan peristiwa yang menyebabkan Jusoh bagaikan ‘tiga suku’. (2 markah)
b) Jelaskan tindakan yang dilakukan selepas peristiwa di atas. (2 markah)
8. Hei kawan, engkau ni dah buang tabiatkah? Rancangan kau ini tak masuk akal, tau! Ini
rancangan orang gila. Kami tak mahu turut serta.
(Dipetik daripada cerpen Melakar Impian)
a) Siapakah yang menuturkan dialog di atas dan dengan siapakah dialog tersebut dituturkan? (2 markah)
b) Jelaskan ‘rancangan’ yang dimaksudkan dalam cerpen di atas. (2 markah)
9. “Saya rasa Syed Fariz ada masalah. Saya sudah cuba berusaha untuk menyingkap
permasalahannya, tetapi dia terlalu berahsia. Saya bimbang.”
(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih)
Huraikan empat masalah yang telah ditimbulkan oleh Syed Fariz seperti dalam dialog di atas. (4 markah)
10. Berdasarkan dialog dalam novel Dari Lembah ke Puncak, lengkapkan jadual di bawah.
Dialog dalam novel
|
Latar tempat
|
a) “Ya, sayalah Pak Amat, apa halnya? Awak dari mana?” Soal Pak Amat pula.
| |
b) “Eh, Pah! Kenapa tak ke sekolah hari ni? Tanya Jalil pantas.
| |
c) “Maafkan saya Pak Lang. Saya tak tergamak tinggalkan pondok buruk ni. Jadi, terpaksalah saya bakar supaya hati saya tak berbelah bahagi lagi,” Jalil menjelaskan tindakannya
| |
d) “Latifah bekerjalah di sini. Abang ada satu perancangan besar dengan kampung kelahiran kita. Kalau Pah tidak ada bersama-sama abang, Pah tidak akan tahu perancangan itu.”Jalil mengumpan Latifah untuk berada di bawah satu bumbung dengannya.
|
(4 markah)
[Lihat sebelah
Bahagian Dua
[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PUISI
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Ambil galah jolok ramunia,
Kait mari sampai berdiri,
Kita hidup di atas dunia,
Buat baik taburkan budi.
Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
a) Nyatakan jenis puisi di atas. ( 2 markah)
b) Jelaskan tiga ciri bentuk puisi di atas. ( 6 markah)
c) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas. ( 4 markah)
d) Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih sayang. ( 8 markah)
2. Berdasarkan Hikayat Seri Kelantan, huraikan :-
a) Jelaskan lima latar masyarakat dalam cerita tersebut. ( 10 markah)
b) Berikan dua sebab Siam menyerang kerajaan Sultan Abdullah. ( 4 markah)
c) Jelaskan tiga kelebihan Puteri Sa’dung. ( 6 markah)
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4
3. MERDEKALAH BAHASAKU
Siti Zaleha M. Hashim
Merdeka
merdeka
merdekalah bahasaku
daripada retak-retak petamu
merdeka
merdekalah bahasaku
daripada warnamu hampir kelabu
merdeka
merdekalah bahasaku
daripada penjara anak-anakmu
ambil kembali tanjak
buka silat tegak bergerak
kembali ke tempat asal di puncak
kumpul semula sakti
suara dan martabat diri
di sana menanti pentas dunia
dengan penuh cahaya
merdeka
merdekalah bahasaku
agar kembali tumbuh segar
dalam setiap hati
anak-anak negara ini.
a) Huraikan nada sajak ini. (4 markah)
b) Jelaskan empat gaya bahasa berserta contoh. (8 markah)
c) Nyatakan empat harapan penyajak terhadap bahasa kebangsaan. (8 markah)
4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad Ismail :-
a) Huraikan dua persoalan dalam drama. (4 markah)
b) Nyatakan empat latar masyarakat yang dapat diperhatikan dalam drama ini. (8 markah)
c) Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam drama. ( 8 markah)
Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5, Soalan 6 atau Soalan 7
5. Dia mendongak ke langit. Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata
tua. Silau dan menyakitkan. Tetapi ada sentuhan kesyukuran. Alhamdulillah! Dia
menyeluk poket baju kusamnya mengeluarkan sapu tangan yang telah lusuh dan berbau
kemudian mengesat peluh yang membasahi muka tuanya. Selesa. Sapu tangan dilipat dan
dan dimasukkan kembali.
(Dipetik daripada cerpen Gersang dalam Madu Ilmu : halaman 94)
a) Huraikan lima teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen di atas.(10 markah)
b) Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen di atas.
(10 markah)
(10 markah)
6. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid:-
a) Jelaskan konflik yang dihadapi oleh empat watak dalam novel tersebut. ( 8 markah)
b) Berikan enam latar tempat dalam novel tersebut dengan mengemukakan
peristiwa yang dapat dikaitkan dengan latar tempat tersebut. ( 12 markah)
7. Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh;
a) Huraikan lima bukti yang menunjukkan kegigihan Jalil. (10 markah)
b) Huraikan lima nilai murni ysng terdapat dalam novel tersebut. (10 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
Skema Jawaban Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu
SKEMA PEMARKAHAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011
KESUSASTERAAN MELAYU (2215)
Bahagian Satu [40 markah]
No
|
Jawapan
|
Markah
|
1
|
a) Seloka Pak Pandir
|
1
|
b) Anafora, Asalkan kaya - baris ke 2, 3,4 dan 5
Asalkan berkilat
Asalkan buntat
Responsi, pengulangan tengah baris
Itulah
Itulah
Inversi, menyesal diri sendiri
|
1
1
1
| |
2
|
- Sultan Abdullah menduduki mahligai kepunyaan Puteri Saadung bersama-sama isteri barunya.
- Sultan Abdullah tidak setia kerana sanggup berkahwin dengan perempuan lain
|
2
2
|
3
|
Landak – putih dan hitam
Peranannya, mengawal Tuan Puteri Pelinggam Cahaya
Singa yang besar -
Peranannya, membawa Raden Kesuma Ningrat dan Raden Kesuma Wati naik ke atas gunung Meraksa Dewa.
Merbah putih,
mengiringi Raden Kesuma Ningrat dan melaporkan perkara yang
berlaku terhadapnya kepada singa dan landak
Merpati putih – bersarang di telinga naga
Peranannya, menyimpan telur yang digunakan untuk mengubati penyakit
Raja Indera Kemala
|
1
1
1
1
|
4
|
Metafora – bunga damai
Personafikasi – merayap mesiu
Hiperbola/ personafikasi - Meratah rakus jiwa manusia
|
2
2
2
|
5
|
- Berani - berjaya menghapuskan musuh
- Tidak mudah berputus asa – Tetap bertahan daripada serangan Feringgi dengan berundur ke Kuala Muar dan membina kota di sana.
|
2
2
|
6
|
i) Masyarakat yang berilmu pengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.
ii) Masyarakat yang mementingkan keuntungan diri
iii) Masyarakat yang menegakkan kebenaran.
|
2
2
2
|
7
|
a) Gelung petak sawah Jusuh telah terpongkah
dan disyaki akibat perbuatan Berahim memandangkan petak sawahnya
digenangi air sedangkan petak sawah Jusoh kering kontang.
b) Jusoh ingin membalas dendam terhadap perbuatan Berahim, dia mengambil lading
Isterinya cuba menghalang dengan mencadangkan agar Jusoh menuang cuka
getah ke atas kerbau Berahim
|
1
1
1
1
|
8
|
a) Lamin
Kepada Rosli
b) Projek penternakan burung ruak-ruak di kampung mereka
|
1
1
2
|
9
|
- Ponteng sekolah
- Melepak dengan budak-budak jahat
- Cubaan merogol Ruhaiza
- Memeras ugut
- Mengedarkan ubat batuk
|
1
1
1
1
1
(Mak: 4)
|
10
|
a) Rumah Pak Amat
b) simpang jalan untuk ke sekolah
c) pondok buruk di Kampung Sri Nibung
d) Wisma Sri Nibung
|
1
1
1
1
|
Bahagian Dua
[60 markah]
No Soalan
|
Jawapan
|
Markah
|
1
|
a) Pantun Empat Kerat – Budi
b) – mempunyai empat baris serangkap
Dua baris pembayang, dua baris maksud
Setiap baris mempunyai 4 hingga 5 perkataan
Mempunyai 9 hingga 11 suku kata
Rima akhir abab
Mempunyai 3 rangkap
c) Metafora – junjungan kasih
Repitisi – saya, baris pertama dan ketiga pada rangkap 3, selasihbaris 1 dan 2, pada rangkap 1
d) Pemarkahan secara impresion
|
2
1
1
1
1
1
1
2
2
8
Jum: 20
|
2
|
a)
i. Masyarakat feudal – Raja Abdullah mewakili golongan raja
Manakala Encik Siti mewakili golongan rakyat
ii. Masyarakat yang setia – Puteri Sadung setia kepada suaminya dan berjanji akan pulang.
iii. Masyarakat yang memiliki kuasa sakti – Puteri Sa’dung mampu mengenakan jampi sehingga Raja Siam dijangkiti kayap
iv. Masyarakat penyayang – dayang-dayang berusaha menghidupkan kembali Puteri Sa’dung berdasarkan wasiat yang ditinggalkan oleh Puteri Sa’dung
v. Masyarakat zalim – Raja Siam sanggup mengugut untuk menyerang kerajaan Raja Abdullah jika Puteri Sa’dung tidak diserahkan kepadanya.
b) Dua sebab
i. Raja Siam ingin memiliki Puteri Sa’dung yang terkenal dengan kejelitaannya
ii. Puteri Sa’dung mengghaibkan Kota Jelasin untuk menyembunyikan negeri,
malangnya dapat diketahui oleh Tuk Ca
c) - Boleh mengenakan jampi serapah sehingga Raja Siam ditumbuhi kayap
- Boleh dihidupkan kembali menggunakan air mawar di dalam jembul
- Boleh mengghaibkan Kota Jelasin berserta sekalian isi negeri
|
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
Jum : 20
|
3
|
a) Patriotik
Rakyat di negara ini patut mencintai bahasanya sendiri iaitu Bahasa Melayu dan tidak meminggirkan bahasa ini.
Sedih/ hiba
Kerana masih ramai anak bangsa yang meminggirkan bahasa Kebangsaan
b) Anafora – Merdeka
Metafora – penjara anak-anakmu
Sinkof – ku, mu
Repitisi – Merdeka pada setiap baris pertama
c) Harapan – Kita kembali memartabatkan Bahasa Melayu
- Tidak meminggirkan bahasa Melayu
- Rakyat bersatu mendaulatkan bahasa Melayu
- Rakyat berbangga bertutur dalam bahasa Melayu
|
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
Jum : 20
|
4
|
a) Persoalan Drama (dua sahaja)
i. Penderitaan hidup akibat peperangan - contoh
ii. Peranan kerajaan dalam urusan pentadbiran - contoh
iii.Perhubungan kekeluargaan yang erat - contoh
b. Latar Masyarakat (4 sahaja)
i. Masyarakat Melayu zaman moden
ii. Masyarakat yang mementingkan perbezaan darjat
iii. Masyarakat yang berpegang kuat kepada ajaran agama
iv. Masyarakat bertanggungjawab
v. Masyarakat penyayang
c. Nilai Murni (4 sahaja)
i. Penyayang
ii. Bertanggungjawab
iii. Tabah
iv. Rajin/ gigih
v. Sanggup berkorban demi mencapai cita-cita
|
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
Jum: 20
|
5
|
Teknik Plot
i. Imbas kembali – lelaki tua mengimbas kembali ketika dia menjumpai Sumi di
Kawasan sampah
ii. Monolog – Lelaki tua menyoal sendirian ketika mengimbau nasibnya, ‘merdeka’ – ms 95
iii. Dialog – antara lelaki tua dengan pihak pemaju yang dianggap sebagai
Makhluk asing.
iv. Saspens – kawasan tempat tinggal lelaki tua dirobohkan oleh Buldozer
iv. Imbas muka. Sumi memesan agar dia balik cepat kerana takut. Petanda awal
yang menunjukkan sesuatu yang buruk berlaku. (ms 99)
Pengajaran
1. Hendaklah bersimpati dengan mereka yang kurang bernasib baik – contoh
2. Janganlah melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu sahaja - contoh
3. Janganlah bertindak kejam dengan membuang bayi yang baru lahir – contoh
4. Hendaklah bertanggungjawab terhadap sesama makhluk – contoh
5. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya mencari rezeki yang halal - contoh
|
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
Jum: 20
|
6
|
a. Konflik Anuariza – Syarifah Farisha ingin menaruh hati kepadanya sedangkan emaknya sendiri dilamar oleh Syed Muzafar iaitu ayah Syarifah Farisha
Konflik Soleha – Nek Siah ingin menjadikan dia sebagai menantu
Konflik Syed Fariz – enggan menerima kematian ibunya dan terpaksa tinggal di
kampung
Konflik Syed Mustafa – anaknya liar sedangkan dia sibuk dengan kerjanya
b. Rumah Syed Mustafa – kenduri doa selamat
Bilik Disiplin – Nek Siah berjumpa guru disiplin
Rumah Soleha – Anuariza dibesarkan dengan kasih sayang oleh Soleha
Rumah Haji Lokman – Anuariza berjumpa Syarifah Farisha yang lari dari rumah
Hutan – Anuariza mencari buah kabung dan menjerat burung ruak-ruak
Taman Fantasi – Anuariza menanam anggur
Pejabat Kadi Daerah – Solehah berkahwin dengan Syed Mustafa
|
2
2
2
2
2
2
(Mak: 8)
2
2
2
2
2
2
2
2
(Mak: 12)
|
7
|
a) Berusaha mengambil peperiksaan walaupun serba kekurangan
Berusaha mengerjakan sawah padi dengan bantuan kerbau
Berusaha mendapatkan kembali tanah yang dijual oleh ibunya
Menjual lukisan sambil belajar untuk mendapatkan wang
Memajukan Wisma Seri Nibung sebagai Pusat Pelancongan Desa
b) Kegigihan – Jalil gigih mengusahakan sawah sendirian
Tolong-menolong – Latifah menolong Jalil merawat luka
Bersemangat tinggi – Jalil meneruskan pelajaran untuk mengubah nasibnya
Tidak mudah lupa diri – kembali ke kampung dan berbakti kepada masyarakat
Kerajinan- Jalil rajin belajar sehingga cemerlang dalam STPM
Pengorbanan – Jalil berkorban masa dan tenaga demi masa depannya
|
2
2
2
2
2
(Mak: 10)
|
No comments:
Post a Comment