I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 20, 2013

Ramalan Soalan Penting Yang Kerap Ditanya Dalam Pendidikan Agama SPM 2013 (Trial & Real)

MAKANAN YANG HALAL DAN BAIK

1. Nyatakan dua ciri makanan yang baik menurut Islam
2. Jelaskan dua hikmah memakan makanan yang baik
3. Terangkan pengajaran hadis
4. Nyatakan dua ciri makanan yang haram
5. Senaraikan dua contoh makanan dan minuman yang haram
6. Jelaskan akibat megabaikan makanan yang halal
7. Nyatakan ciri makanan yang halal
8. maksud kalimah bergaris
9. Jelaskan dua garis panduan berpakaian menurut Islam
10. Jelaskan hikmah menutup aurat
11. Dalam keadaan darurat, Islam mengharuskan umatnya memakan makanan yang haram.
Apakah syarat-syarat yang mengharuskan seseorang itu memakan makanan yang haram?
12. Apakah hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadat yang kita lakukan?
13.Apakah maksud makanan yang baik?
14. Jelaskan usaha anda untuk menjadi mukmin yang soleh
15. Nyatakan dua perintah allah yang terdapat dalam hadis
16. Nyatakan dua suruhan allah dalam hadis selain memakan makanan yang halal
17. Rakan anda Amin makan di restoran bukan Islam, Apakah tindakan yang wajar anda
lakukan?

KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU

1. Jelaskan persamaan antara kehidupan manusia di dunia dengan seorang perantau
2. Terangkan dua akibat menangguhkan sesuatu urusan
3. Bekalan terbaik untuk menuju akhirat ialah taqwa, Nyatakan maksud taqwa
4. Nyatakan tuntutan yang terdapat dalam hadis
5. Jelaskan sebab kegagalan manusia mengurus masa
6. Jelaskan dua kesan individu yang suka menangguhkan kerja
7. Apakah maksud pernyataan “ kehidupan di dunia ibarat seorang perantau” ?
8. Nyatakan dua persediaan menghadapi akhirat
9. Terangkan dua akibat menangguhkan suatu urusan
10. Nyatakan dua bekalan untuk menghadapi hari akhirat
11. Jelaskan keburukan menangguhkan kerja
12. Jelaskan cara yang boleh anda lakukan untuk mencapai wawasan hidup
13. Maksud perkataan bergaris
14. Jelaskan dua pengurusan masa yang efektif yang dituntut dalam hadis
15. Nyatakan gambaran hadis tentang kehidupan di dunia
16. Apakah bekalan yang terbaik untuk kehidupan kita di akhirat?
17. Nyatakan dua amalan yang sewajarnya dilakukan ketika sihat
18. Jelaskan dua kesan pengurusan yang terancang dalam kehidupan seseorang
19. Apakah maksud perantau dalam hadis di atas?
20. Jelaskan dua akibat mengabaikan pesanan Rasulullah
21. Nyatakan dua pesanan Rasulullah dalam hadis selain membuat persediaan untuk hari akhirat
22. Jelaskan kesan positif jika seseorang pelajar mempunyai wawasan hidup

ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH

1. Nyatakan dua contoh amalan nawafil
2. Jelaskan dua kelebihan orang yang melakukan amalan tersebut
3. Senaraikan dua amalan sunat yang berkaitan hubungan sesama manusia
4. Jelaskan kelebihan amalan di atas
5. Terangkan dua pengajaran hadis di atas
6. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “mengasihinya”
7. Jelaskan ciri-ciri orang yang soleh
8. Jelaskan dua kelebihan orang yang melakukan ibdat nawafil
9. Nytakan dua contoh amalan fardu dan dua contoh amalan nawafil
10.Jelaskan dua kelebihan menyempurnakan amalan fardu dalam kehidupan
11. Siapakah yang dimaksudkan dengan wali Allah?
12. Senaraikan dua amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah
13. Jelaskan cara mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah
14. Jelaskan dua kelebihan seseorang yang menajdi kekasih Allah

PERPADUAN TERAS KEMAJUAN

1. Nyatakan dua perkara tersebut
2. Jelaskan sebab Islam melarang umatnya melakukan perkara di atas
3. Terangkan dua pengajaran yang boleh diamalkan dalam masyarakat
4. Maksud kalimah bergaris
5. Dua ciri persaudaraan dalam Islam berdasarkan hadis
6. Jelaskan dua kesan berpaling muka dalam masyarakat
7. Apakah maksud dengki?
8. Nyatakan dua sebab Islam melarang umatnya bersikap hasad dengki
9. Jelaskan dua langkah mengukuh perpaduan di Malaysia
10. Nyatakan dua contoh perbuatan menghina di kalangan pelajar
11. Jelaskan sebab allah melarang perbuatan menghina orang lain
12.Jelaskan dua akibat mengingkari larangan yang terdapat dalam hadis ini
13. Hadis di atas mnejelaskan tentang sifat-sifat keji, nyatakan dua sifat tersebut
14. Terangkan dua usaha untuk mengeratkan hubungan baik dengan rakan-rakan

No comments:

Post a Comment