I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 30, 2013

BAHAN PERUNCINGAN GEOGRAFI SPM 2013 KERTAS 2


SOALAN 1 HINGGA 5
BAHAGIAN A PETA TOPOGRAFI
Apa yang sering disoal dalam bahagian peta (20 markah )
1. Kedudukan RG
- Namakan bukit / puncak tertinggi
- Beri rujukan grid (RG tepat 2 markah /beza 1 1 markah )
2. Simbol garisan /kawasan dan RG
- Simbol merujuk kepada sungai, kontur , jalan raya , runut kenderaan bermotor dll
- Simbol kawasan merujuk kepada kawasan pertanian getah /kelapa sawit/ padi
3. Pola saliran
- Pola reranting
- Pola sepunca
4. Bearing
5. Jarak
- Jalanraya atau sungai
6. Fungsi ciri fizikal
- Kawasan hutan - nyatakan fungsi /kepentingan hutan
- Saliran - fungsi sungai / mengapa sungai berliku ( beri bukti)
7. Kesan penerokaan ciri fizikal terhadap alam sekitar
Cth hutan - kepupusan flora dan fauna
- Habitat haiwan terjejas
8. Kira luas
- Kawasan pertanian
- Hutan/laut
9. Jenis tanaman + faktor
Faktor yang mempengaruhi tanaman padi di kawasan tersebut
- Bentuk muka bumi tanah pamah , dan rata
- Jaringan pengangkutan yang baik
- Bekalan tenaga buruh yang ramai
- Bekalan air dari sungai / bantuan pengairan
- Permintaan yang tinggi
Faktor yang mempengaruhi tanaman getah dan kelapa sawit di kawasan tersebut
- Bentuk muka bumi tanah pamah , rata dan beralun
- Jaringan pengangkutan yang baik
- Bekalan tenaga buruh yang ramai
- Saliran yang baik
- Permintaan yang tinggi
10. Fungsi Bandar
a. Pusat pentadbiran
b. Pusat kesihatan
c. Pusat petempatan
d. Pusat perniagaan
e. Pusat pendidikan
f. Pusat pengangkutan
g. Pusat keselamatan dll
11. Halangan pembangunan /perkembangan bandar
- Kawasan berpaya
- Halangan sungai/laut
- Tanah tinggi
12. Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan
- Senarai kegiatan ekonomi yang bersesuaian dengan kawasan tersebut
- Cth. Petempatan , pertanian , perindustrian, rekreasi dan pelancongan , dll

Soalan 6 dan 7
1. Tajuk aktiviti gunung berapi
- Jenis kon
- Ciri lava
- Bentuk muka bumi jalar dalam
- Kesan letusan gunung
- Kepentingan atau potensi ekonomi
2. Rajah alat kaji cuaca (TOLOK HUJAN ATAU ANEMOMETER)
- Namakan alat
- Kegunaan alat
- Ciri lokasi
- Kesan hujan lebat / angin kencang
- Langkah mengurangkan kesan fenomena
3. Luluhawa kimia soalan Kedah
- Jenis luluhawa
- Agen luluhawa kimia
- Proses luluhawa
- Faktor yang mempengaruhi luluhawa
- Bentuk muka bumi luluhawa kimia
- Potensi kawasan batu kapur
4. Fenomena cuaca dan iklim
a. gambar hujan asid/pulau haba
b. faktor yang menyebabkan fenomena
c. Kesan fenomena
d. Langkah mengurangkan kesan fenomena
5. Hutan konifer
- Ciri –ciri hutan konifer
- Kepentingan hutan
- Kesan penerokaan hutan
- Cadangkan langkah mengurangkan kesan penerokaan

***** SOALAN INI BOLEH DITANYA DALAM BAHAGIAN STRUKTUR ATAU ESEI
BAHAGIAN B SOALAN 8-11
1. TEMA PENDUDUK
a. Ciri piramid penduduk progresif
b. Faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi
c. Kesan penduduk berlebihan
d. Langkah mengurangkan kesan penduduk berlebihan
1. Ciri-ciri Demografi Piramid PROGRESIF Kadar kelahiran tinggi Kadar kematian tinggi Pertumbuhan penduduk tinggi Jangka hayat penduduk rendah Kumpulan umur 0-4 tinggi Peratus kanak-kanak lelaki dan perempuan hampir sama Peratus warga tua lelaki dan perempuan hampir sama. Peratus penduduk lelaki dan perempuan hampir sama
2. Faktor Kadar kelahiran tinggi Kahwin awal / muda Kadar kesuburan tinggi Kemudahan perubatan Dasar kerajaan Amalan perancangan keluarga tidak berkesan Taraf pendidikan rendah Taraf kesihatan tinggi
Kesan-Kesan Penduduk Berlebihan
• Kekurangan kemudahan infrastruktur.
• Kadar pengangguran tinggi.
• Pendapatan perkapita rendah iaitu AS$136.
• Kadar pertumbuhan penduduk tinggi.
• Taraf teknologi rendah.
• Kekurangan makanan.
• Kekurangan tanah untuk bercucuk tanam.
• Penghijrahan pemuda-pemuda ke bandar.
• Kadar kenal huruf yang rendah.
• Kewujudan rumah setinggan
.Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Penduduk Berlebihan
• Menyediakan kemudahan-kemudahan sosial yang cukup.
• Meningkatkan peluang pekerjaan.
• Meningkatkan teknologi dalam pelbagai bidang.
• Perancangan keluarga.
• Meningkatkan penghasilan makanan.
ATAU
a. Ciri piramid penduduk stabil
b. Faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran rendah
c. Kesan negara kurang penduduk
d. Langkah mengurangkan kesan negara kurang penduduk
Ciri-ciri Demografi STABIL Kadar kelahiran rendah Kadar kematian adalah rendah Kadar pertumbuhan penduduk adalah hampir sama dengan 0 peratus Bilangan kumpulan umur muda kecil Kumpulan umur tua banyak kerana jangka hayat penduduk tinggi Contoh negara Sweden. Norway Taraf hidup tinggi Teknologi perubatan tinggi Taraf pendidikan tinggi
Kadar Kelahiran Di Beberapa Negara Berkecenderungan Menurun Wanita lewat berkahwin Tahap kesuburan rendah Suami isteri bekerja Kos membesarkan anak tinggi Mementingkan kerjaya Perubahan cara hdup Mementingkan kualiti hidup Amalan Perancangan keluarga
Trend keluarga kecil Dasar kerajaan yang menghadkan bilangan anak Taraf pendidikan meningkat
Kesan Kependudukan Negara Kurang Penduduk
• Kekurangan buruh
• Kos buruh /upah tinggi
• Pasaran tempatan kecil
• Kos menyediakan kemudahan orang tua tinggi
• Bayaran pencen/kos persaraan
• Kemasukan buruh asing
• Sumber tidak diteroka sepenuhnya
• Beban tanggungan golongan tua tinggi
Langkah Mengatasi Masalah Kurang penduduk
• Giat jentera/modal/ teknologi
• Membawa masuk buruh asing
• Lewatkan tempoh pencen
• Kempen beli barangan tempatan
• Luaskan eksport
• Pendekkan tempoh pendidikan
• Tingkatkan kadar kelahiran
• Beri insentif cukai
2. a. Faktor yang mempengaruhi perletakan dan taburan bandar
atau
Faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar
b. Sumbangan bandar kepada luar bandar
c. Kesan pembandaran terhadap alam sekitar
d. Langkah mengurangkan kesan pembandaran
1. Faktor Yang Mempengaruhi Peletakan Dan Taburan Petempatan Bandar
• Bentuk muka bumi tanah rata , tepi sungai , pinggir laut dan kawasan tanah tinggi
• Penemuan sumber mineral seperti petroleum dan gas asli serta bijih timah
• Darjah ketersampaian yang tinggi boleh dihubungi melalui jalan darat,sungai dan jalan laut
• Pembinaan bandar-bandar baru untuk menampung petempatan penduduk
• Dasar kerajaan yang mengggalakkan pembinaan bandar untuk mempercepat proses urbanisasi
2. Mengapa Bandar-Bandar Baru Perlu Diwujudkan ? Untuk mengatasi masalah kepadatan dan tepu bina di bandar utama Mengurangkan masalah kekurangan rumah di bandar utama Mengurangkan kesesakan lalulintas Mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar Untuk menyebarkan industri ke pinggir bandar Memajukan kawasan pinggir bandar dengan kemudahan moden Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan Meningkatkan ketersampaian antara bandar utama dengan bandar baru Mengurangkan masalah kepadatan penduduk di bandar Mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar besar
3. Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penduduk Bertumpu Di Bandar Besar Peluang pekerjaan yang banyak dalam pelbagai sektor Peluang dan kemudahan asas yang lebih sempurna seperti pendidikan Peluang perniagaan dan pasaran yang lebih luas Peluang pendidikan di IPTA dan IPTS yang lebih meluas Faktor perubahan sikap penduduk desa Kemudahan sistem pengangkutan dan perhubungan yang lebih cekap Gaji lebih lumayan di bandar berbanding luar bandar
4. Faktor Perkembangan Bandar Migrasi Masuk Pertambahan penduduk Peluang pekerjaan Dasar kerajaan / Governan Pusat Pengajian Tinggi/IPT Kemudahan asas/ social Jaringan jalanraya/Pelabuhan Pekembangan sektor perkhidmatan Penggabungan bandar Perkembangan sektor pelancongan Sumber galian Perindustrian/rebakan bandar
5. Kesan Pembandaran Oksigen Berkurangan Karbon dioksida meningkat Suhu meni gkat /Pulau Haba Jerebu Kalejuan angin tersekat Hujan asid Pencemaran air/udara/bunyi
Banjir kilat Kepupusan Flora dan fauna Pergerakan Jisim Hakisan Tanih Perubahan Lanskap
6. Langkah Mengurangkan Kesan Pembandaran Hijaukan bandar/tanam pokok Pasang alat penapis asap/pindahkan kilang ke kawasan luar bandar Kongsi kereta /penggunaan kereta api elektrik/k Kenderaan awam Merawat air/ pasang perangkap sampah di sungai Menggunakan Incinerator Baiki sistem perparitan/ Smart Tunnel Penguatkuasaan undang-undang Penggunaan petrol tanpa plumbum Pendidikan / kempen alam sekitar Kitar semula / sisa pepejal dilupuskan di tempat khas Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mengurang penggunaan CFC/Guna bahan berasaskan air
KEGIATAN EKONOMI
PERIKANAN
a. Ciri perikanan laut dalam atau pinggir pantai
b. Faktor yang mempengaruhi perikanan di Jepun
c. Kepentingan sektor perikanan
d. Kesan kegiatan perikanan terhadap alam sekitar
e. Langkah mengurangkan kesan sektor perikanan
1. Ciri Perikanan laut dalam Kawasan operasi lebih daripada 32 km dari pinggir pantai Tempoh masa kerja lebih dari 1 minggu Menggunakan pukat tunda / kapal besar Penggunaan teknologi tinggi /alat sonar / radar /pendingin beku Jenis tangkapan seperti ikan bawal/ tenggiri / tuna Menggunakan modal besar/ Awak-awak ramai dan kemahiran tinggi Jumlah tangkapan adalah banyak Dijalankan sepanjang tahun Dijalankan usahasama dengan negara luar
2. Ciri perikanan pinggir pantai Kawasan operasi tidak melebihi 32 km Tempoh masa keja pergi balik hari Menggunakan pukat hanyut dan tarik Menggunakan bot kecil , sampan Hasil tangkapan rendah Jenis tangkapan selar , kembung ,udang dan ketam
3. Faktor yang mempengaruhi perikanan laut di Malaysia Terletak di atas pentas seperti Pentas Sunda yang mengggalakkan pertumbuhan plankton Pinggir pantai yang panjang dan berteluk memudahkan pembinaan pelabuhan Pasaran yang luas dalam negara dan luar negara untuk industri berasaskan ikan Penggunaan teknologi tinggi dan moden seperti penggunaan kapal besar dan dingin beku Dasar kerajaan yang menggalakkan penerokaan laut dalam dengan member bantuan subsidi dan latihan Keselamatan terjamin kerana rondaan polis marin bagi mengawal lanun dan nelayan asing Pekerjaan yang dilakukan secara turun temurun menjadikan mereka mahir.
4. Kesan perikanan terhadap alam sekitar Pencemaran air laut akibat tumpahan minyak dan pembuangan sisa ikan Kemusnahan terumbu karang yang menjejaskan habitat ikan akibat penggunaan pukat tunda Kepupusan hidupan akuatik kerana tangkapan berlebihan dan penggunaan bom ikan Hutan paya bakau musnah akibat pembinaan kolam ternakan akuakultur Kepupusan hidupan penyu kerana penggunaan pukat dan buangan plastik Rantaian makanan laut terjejas
5. Langkah mengurangkan kesan perikanan Mewartakan sebagai sebagai taman laut Mengadakan zon tangkapan ikan Menggunakan tukun tiruan Menguatkuasakan undang-undang Memberi pendidikan alam sekitar Mengadakan kempen kesedaran alam sekitar Mewujudkan zon penampan Tanam semula pokok kayu bakau Penggunaan teknologi membersih tumpahan minyak R&D tentang pembiakan penyu dan ikan
PERLOMBONGAN
a. Faktor yang mempengaruhi perlombongan petroleum /bijih timah di Malaysia
b. Kepentingan sektor perlombongan petroleum kepada Malaysia
c. Kesan penerokaan sumber mineral di Malaysia
d. Langkah mengurangkan kesan penerokaan sumber
1. Faktor Yang Mempengaruhi Sektor Perlombongan
Penemuan kawasan baru yang mempenyai sumber yang banyak Penyelidikan dan pembangunan dari segi inovasi Menggunakan teknolog tinggi dalam usaha mencari gali Pemintaan dan pasaran yang tinggi Pelaburan dari dalam negara dan luar negara cth PETRONAS dan SHELL Ramai tenaga buruh yang mahir Sistem pengangkutan yang cekap Penggunaan kapal tangki besar atau saliran paip Galakkan daripada kerajaan Harga yang tinggi Kepelbagaian penggunaan sumber mineral
2. Kepentingan Sektor Perlombongan Terhadap Pembangunan Negara
Sumber pendapatan negara melalui eksport Mengurangkan import dan pergantungan bahan mentah negara lain Mewujudkan banyak peluang pekerjaan Sumber bahan mentah industri pembuatan Mempelbagaikan industri perkilangan Sumber tenaga atau elektrik Memajukan jaringan pengangkutan dan perhubungan Membantu pembangunan inftastruktur lain Mewujudkan petempatan atau bandar baru Kemajuan teknologi dari segi R&D Pembinaan pelabuhan dan gudang penyimpanan Kemasukan pelaburan atau modal asing Membantu perkembangan pelbagai sektor ekonomi
3. Kesan Kegiatan Perlombongan Petroleum Terhadap Alam Sekitar
Pencemaran laut akibat tumpahan minyak Pencemaran udara akibat pembakaran gas Pencemaran tanah akibat tumpahan minyak Perubahan landskap akibat penerokaan Kepupusan flora dan fauna Habitat hidupan terjejas
4. Kesan Kegiatan Perlombongan Bijih Timah Terhadap Alam Sekitar
Pencemaran sungai menyebabkan cetek dan keruh Ekosistem terganggu Kawasan bekas lombong menjadi berpasir dan tandus Hakisan tanah akibat permukaan tanah terdedah Lubang besar atau lekukan yang dalam Timbunan pasir atau tahi bijih Wujud hutan sekunder atau belukar Kepupusan flora dan fauna Habitat hidupan terjejas
5. Langkah Mengurangkan Kesan Perlombongan Petroleum
Jabatan alam sekitar melakukan pemantauan dan pemeriksaan Menguatkuasakan undang-undang maritim Menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknik pembersihan tumpahan minyak Kempen kesedaran dalam kalangan pengendali kapal , operator stesen minyak Kerjasama masyarakat membersihkan tumpahan minyak di pantai
6. Langkah Mengurangkan Kesan Perlombongan Bijih Timah
Tebusguna untuk petempatan dan perkilangan Kawasan rekreasi dan pelancongan seperti Mines Resort Menjalankan penternakan ikan air tawar / akuakultur Menjalankan kegiatan penternakan itik,aya, , lembu dan kambing Menggunakan pasir untuk industri pembinaan dan pembuatan kaca Tebusguna un tuk pertanian spt sayur-sayuran dan buah-buahan Menggunakan baja organik untuk memulihkan kesuburan tanih Membuat takungan khas untuk menyekat aliran air keruh dan lumpur
PEMBINAAN
a. Empat bidang khusus sektor pembinaan
b. Faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor pembinaan di Malaysia
c. Kepentingan sektor pembinaan kepada pembangunan ekonomi negara
d. Kesan pembinaan sektor pembinaan terhadap alam sekitar
1. Jenis-Jenis Industri Pembinaan
• Pembinaan perumahan - rumah kediaman teres, berkembar , banglo, tradisional
• Pembinaan bangunan bukan perumahan- bangunan pejabat perdagangan/perniagaan
• Pembinaan infrastruktur – jalan raya, jambatan , pelabuhan , lapangan terbang
• Pembinaan utiliti – paip , air, gas asli , elektrik
• Pemasangan penyaman udara dan penyejukan
• Kemasan bangunan - pemasangan lantai , jubin ,mozek , marmar
• Kemasan asas bangunan – perparitan , pendawaian , pemasangan paip , siling dan tingkap kaca dan kayu
2. Faktor Yang Mempengaruhi Industri Pembinaan
• Keadaan fizikal seperti tanah pamah yang banyak sesuai dijadikan kawasan pembinaan sebab tanah stabil
• Kawasan tanah tinggi tanah perlu ditereskan dan dibina cerucuk
• Permintaan yang tinggi
• Pendapatan penduduk meningkat
• Kelonggaran dan kemudahan pinjaman oleh bank dan kerajaan
• Pertambahan penduduk
• Tenaga kerja separa mahir dan mahir yang ramai
• Galakan daripada kerajaan memberi pinjaman daripada Syarikat Perumahan Negara
• Subsidi perumahan daripada kerajaan untuk golongan miskin dan kurang mampu
• Teknologi pembinaan yang maju dan tinggi
• Dasar penswastaan oleh kerajaan
3. Kepentingan Sektor Pembinaan Terhadap Pembangunan Negara
• Menyediakan peluang pekerjaan
• Pembukaan atau pembinaan Bandar-bandar baru
• Mempercepatkan proses pembandaran
• Meningkatkan penggunaan teknologi moden
• Pemindahan teknologi moden
• Menarik pelaburan asing
• Mempercepatkan pembinaan infrastruktur jalan raya , pelabuhan dan lebuh raya
• Meningkatkan kerjasama antara negara dan sektor swasta
4. Kesan Kegiatan Sektor Pembinaan Terhadap Alam Sekitar
• Pencemaran udara
• Peningkatan suhu setempat
• Hakisan tanah
• Tanah runtuh
• Perubahan landskap
• Menjejaskan kawasan tadahan
• Banjir kilat
• Kesihatan penduduk terjejas kerana wabak denggi kesan pembinaan bangunan tergendala
• Pencemaran air akibat pengambilan pasir dan penambakan laut
5. Langkah Mengurangkan Kesan Pembinaan terhadap Alam Sekitar
• Kajian Impak Alam Sekitar
• Penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan oleh JAS
• Pembangunan secara lestari
• Memberi pendidikan alam sekitar
• Membersihkan longkang yang tersumbat
• Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemaju
TEMA FENOMENA CUACA DAN IKLIM
a. Lukis graf garisan berganda
b. Nyatakan ciri iklim khatulistiwa
c. Punca kejadian pulau haba/ hujan asid
d. Kesan pulau haba / hujan asid
e. Langkah mengurangkan kesan fenomena pulau haba / hujan asid

No comments:

Post a Comment