Bincangkan peranan masyarakat dalam Tamadun Indus dan China pada zaman klasik . ATAU
Bincangkan organisasi sosial dalam Tamadun Indus dan China pada zaman klasik. ATAU
Bincangkan stratifikasi masyarakat dalam Tamadun Indus dan China pada zaman klasik.
Bincangkan organisasi sosial dalam Tamadun Indus dan China pada zaman klasik. ATAU
Bincangkan stratifikasi masyarakat dalam Tamadun Indus dan China pada zaman klasik.
A) Pengenalan
1. Peranan masyarakat merujuk kepada Organisasi Sosial @ stratifikasi sosial sesebuah masyarakat.
- Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan, gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani.
- Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil- hasil ekonomi negara.
- Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi.
2. Menyatakan lokasi Tamadun Indus dan China .
B) Isi
A) Organisasi sosial di Lembah Indus
1. Golongan Pendeta
- Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja, maka tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan pendeta yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat dengan tuhan ataupun dewa.
- Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang –undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka.
- Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi, kerana institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba.
- Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang.
- Dari segi sosial pula, tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya.
2. Golongan Pedagang
- Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam masyarakat di lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri sama ada golongan buruh yang merdeka atau hamba.
- Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdagangan yang dijalankan oleh mereka adalah bebas , iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai.
- Para pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor yang mempunyai lambang bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti
3. Golongan bawahan
- Sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, golongan bawahan masyarakat di lembah Indus terdiri daripada golongan petani,buruh dan hamba
- Golongan petani biasanya tinggal dirumah-rumah kecil ataupun yang disediakan oleh golongan pedagang, biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik.
- Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta.
- Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar bijirin, membina tembok, dan menenun kain.
- Manakala kerja-kerja seperti mengumpul, menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba.
4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas kedatangan orang-orang Aryan
- Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat di sini kini dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini mengklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan mereka.
- Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang berurusan dalam soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan pemerintahan
- Golongan kedua pula kasytria yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh tatkala diancam
- Seterusnya pula golongan Vaisya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang
- Manakala kasta yang paling rendah di antara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya merujuk kepada golongan petani
- Kasta- kasta yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas
B) Organisasi sosial China
1. Golongan raja
- Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China, merupakan sumber kekuasaan dan mempunyai ‘supreme authority’ sebagaimana peranan firaun di Mesir.
- Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara; segala arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama, ketua kerajaan dan hakim ,mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayaan, dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran
- Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat dari tuhan atau syurga seandainya berlaku bencana alam seseorang raja itu harus ditukar sama ada secara baik ataupun melalui pemberontakan
- Walaupun begitu kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda, biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masyarakat China.
2 .Golongan Aristokrat
- Merupakan pembantu utama raja, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masyarakat China
- Pada zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alat-alat ritual dan senjata
- Sesuai dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan
- Pada zaman Dinasti Chao golongan ini amat berpengaruh, mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu .
3. Golongan yang diperintah
- Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas, kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku .
- Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu, maka tidak hairanlah golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat .
- Golongan inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti confuciunisme, taoisme, legalisme, moisme, dan menciusme.
- Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat china yang menjadikan organisasi di sini agak unik ialah petani. Mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia.
- Kelas seterusnya ialah golongan artis @ tukang-tukang yang mahir yang bertanggungjawab menghasilkan monumen – monumen tertentu.
- Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat, tidak seperti kawasan lain tetapi tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.
- Bagi masyarakat china selain pedagang dipandang rendah satu lagi kumpulan yang lebih hina kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon, pelacur serta hamba tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat.
- Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan. Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri
C) Kesimpulan :
- Pembentukan organisasi sosial telah membentuk masyarakat yang kompleks.
- Dengan demikian telah dapat membantu perkembangan masyarakat yang membantu perkembangan tamadun yang lebih hebat.
No comments:
Post a Comment