I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 9, 2011

Bahagian B Sejarah STPM


SOALAN 01
BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI ASIA



P
emerintahan dalam masyarakat Asia sebelum pengaruh Barat muncul disandarkan kepada sistem beraja. Dalam sistem ini masyarakat memberikan kesetiaan yang tidak berbalah bahagi kepada raja. Kedudukan raja amat dihormati dan menjadi suatu keramat kepada rakyatnya. Dalam menilai dan mengkaji sistem ini ia dapat dinilai melalui konsep raja dari sudut pandangan rakyat.
            Melalui konsep yang dipegang, rakyat melihat raja mereka sebagai individu manusia yang lain daripada  manusia yang lain. Raja dilihat sebagai individu yang penuh keramat dan kesaktian. Raja mempunyai kuasa yang tidak ada tandingan dengan manusia lain. Keadaan seperti ini dapat dijelaskan melalui konsep ketuhanan atau kekuasaan ketuhanan yang ada pada raja. Dengan kata lain penghormatan rakyat terhadap rajanya bergantung pada kekuasaan ketuhanan yang ada pada raja itu. Dengan kepercayaan bahawa raja itu, sama ada ialah tuhan, anak tuhan, mempunyai kuasa tuhan atau individu lindungan tuhan, raja menjadi objek sama ada untuk disembah atau menurut segala arahan  atau titahnya. Melawan atau cubaan memberontak menjadi satu kesalahan besar dan boleh menyebabkan mereka yang berkelakuan seperti ini disumpah atau dimurkainya. Kemurkaan raja ini dianggap sebagai kemurkaan tuhan dan individu yang melanggar kepercayaan ini akan mendapat kecelakaan. Kepercayaan seperti ini telah meletakkan raja dalam situasi yang selesa dan sentiasa mendapat kepatuhan daripada rakyat.
            Keadaan seperti ini dapat digambarkaan melalui kepercayaan masyarakat Jepun yang percaya bahawa keturunan kemaharajaan Jepun daripada keturunan Amaratsu iaitu keturunan Dewi Matahari. Kedewaan maharaja Jepun menjadi masyarakat Jepun percaya maharaja mereka mempunyai satu kekuasaan terhadap rakyat dan negara Jepun. Begitu juga dengan kedudukan raja-raja Burma. Siam, dan Indocina. Raja-raja mereka dihubungkan dengan kesucian dan pengaruh Buddha Theravada. Mereka percaya bahawa bahawa kedudukan raja akan membantu mereka untuk mendapatkan kebahagian di dunia masa kini dan mendatang. Malahan bagi rakyat Burma, kedudukan dan kawasan istana raja dianggap suci. Rakyat perlu menundukan kepada mereka, membuka kasut, dan mematuhi peraturan istana bagi menghormati kesucian istana yang dianggap sebagai lambang kesucian dan ketuhanan. Sifat-sifat ketuhanan yang ada pada raja-raja ini membolehkan mereka dihormati lebih daripada individu manusia lain dan membolehkan mereka menjalankan pemerintahan dan pentadbiran tanpa banyak penentangan daripada rakyat. Keadaan ini ditambah dengan pengaaruh golongan cerdik pandai agama seperti para sami yang mendapatkan kedudukan yang tinggi selepas maharaja.    Keadaan ini juga berlaku kepada Raja Siam yang menganggap dirinya sebagai raja segala raja ataupun divine kingship. Kedudukannya dihubunkan dengan kesucian agama Buddha dan membolehkan kedudukan raja Siam mengatasi lain-lain kerajaan beraja di muka bumi ini.
     Jika Maharaja Jepun dianggap mempunyai kaitan dengan Dewi Matahari, Raja Nguyen di Vietnam menganggap dirinya anak tuhan atau Thein-tu. Dengan kedudukan ini raja Vietnam dianggap mempunyai hak dalam memerintah dunia. Beliau menganggap dirinya sebagai wakil kepada tuhan. Kedudukan ini membolehkan pengaruh dan kuasanya dapat dipeluaskan kepada seluruh rakyat dibawah pemerintahannya. Begitu juga dengan keturunan raja Kampucea seperti Ang Duang ( 1848 -1860 ) dan Sihanouk ( 1943 - 1970 ). Mereka  dianggap suci keturunan yang suci. Kesucian ini membolehkan mereka membina pengaruh dan kuasa dalam memerintah negara.
Melalui konsep ketuhanan ini raja-raja di Asia beperanan dalam menentukan kesejahteraan negara dan rakyatnya. Sebagai contoh, Raja Burma berperanan dalammengembangkan agama dan menjadi penaung dalam negara. Ia juga berperanan sebagai sumber penakluk negeri dan menjadi tunggak kekuaatan ketenteraan Burmaseperti yang dipaparkan oleh Alaungpaya 1800an. Kekutan negara dapat diterjemahkan dengan kekuatan yang ada pada raja. Ini dapat disimpulkan dengan kepercayaanmasyarakat Burma bahawa raja mereka mempunyai satu keajaiban dan kekuasaan kerana keuapayaannya untuk mengumpulkan    gajah putih. Pengumpulan ini dianggapsebagai lambang kepada ciri-ciri luar biasa raja seperti gagah dan lambang kemakmuran negara. Gajah putih juga dikaitkan dengan sebagai simbol kedaulaan sejagatserta pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa-kuasa ghaib. Selain itu, raja Burma juga beperanan dalam memberi pengesahan sama ada dalam sistem politik mahupun soisal.Di sinilah keunggulan yang ada pada diri raja. Tanpa pengesahan raja individu pembesar tidak boleh menjalankan pemerintahan mereka. Oleh itu semua kedudukanrakyat memerlukan pengesahan daripada raja bagi mengesahkan kuasa dan pemerintahan yang dijalankan. Raja juga berperanan dalam menentukan adat resam tempatan berkekalan dan dipatuhi. Ia juga perlu mempunyai moral yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rakyat di dunia dan dunia akan datang. Dengan demikian kesucian raja yang dihubungkan dengan ketuhanan perlu bagi menjamin pengekalan dan kebahagiaan itu sentiasa ada dan dinikmati oleh masyarakat.
Dalam masyarakat Vietnam, peranan raja mereka dalam pemerintahan diibaratkan sebagai punca ilmu. Selain itu ia juga berperanan dalam menentukan kemakmuran ekonomi negara dan rakyat. Ia juga dipercayai sebagai ayah kepada rakyatnya. Hal ini kerana manusia kebanyakan diberi keupayaan yang berbeza  jika dibandingkan dengan raja dan raja Vietnam memiliki kelebihan tersebut, iaitu kelebihan sebagai anak tuhan. Kelebihan-kelebihan inilah yang menjadikan raja Vietnam ditaati dan sumber kepada kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi. Kelebihan ini bukan sahaja ada pada raja di Vietnam , tetapi ia juga menjadi kelebihan kepada raja di Kampucea. Dengan status sebagai raja yang suci, raja-raja Kampucea berperanan sebagai tempat rujukan undang-undang. Malahan, apa-apa yang dikatakannya adalah merupakan satu peraturan dan mesti dipatuhi. Selain tugas tersebut, raja Kampucea juga berperanan sebagai tempat menaruh harapan kepada rakyat yang menghadapi masalah. Raja dianggap sebagai tempat menyelesaikan kesulitan kerana ia juga dianggap sebagai lambang kepada kemakmuran. Dengan kata lain tanpa raja negara akan musnah dan kacau bilau akan berlaku. Oleh itu, kepatuhan kepada kata-kata raja merupakan undang-undang dan peraturan yang harus dipatuhi.
Bagi raja Siam peranan yang dimainkannya dalam pemerintahan negara ialah raja dianggap sebagai pelindung kepada rakyat. Tanpa raja rakyat akan menghadapi kesengsaraan. Hal ini kerana raja Siam dipercayai mempunyai kuasa yang mutlak tentang semua yang ada di bumi ini. Keadaan ini bersesuaian dengan konsep divine kinship  yang ada pada raja. Dalam era pemerintahan  Rama 1, beliau telah mengeluarkan undang-undang  yang diperlukan pada waktu itu. Selain itu raja juga ialah penaung kepada agama Buddha dan beliau juga memastikan segala upacara negara dan agama dijalankan. Dalam bidang pendidikan, Rama 1 menggalakkan kesusasteraan rakyat serta telah mengubahsuai tradisi yang diamalkan dalam era Ayudhya seperti undang-undang cerai, kesusasteraan, sejarah, undang-undang agama, dan istiadat negara. Beliau juga telah melaksanakan revolusi senyap yang mementingkan intelek manusia bagi menentukan nasib negara. Dalam pemerintahan Rama 2 dan 3, mereka telah berperanan dalam menentukan keamanan negara disamping meneruskan usaha Rama 1 dengan berperanan dalam pelaksanaan upacara negara serta memperkembangkan keintelektualan masyarakat di samping mempertahankan negara daripada tekanan pihak luar. Keadaan dan kebolehan  raja Siam dalam menjalankan pemerintahan dapat dikaitkan dengan kekuasaan yang ada pada rajanya dengan mengumpulkan gajah putih iaitu satu lambang kebebasan raja dalam mendapatkan dan menjalankan pemerintahannya.
Bagi masyarakat Jepun walaupun raja dianggap mempunyai unsur ketuhanan, tetapi ia dapat dimanipulasikan oleh Shogun. Dalam hal ini raja Jepun hanya berperanan dalam melaksanakan upacara sahaja, tetapi tidak dalam hal politik jika  dibandingkan dengan raja-raja di Burma, Siam, Vietnam, dan Cina. Aspek politik banyak diiitentukan oleh Shogun yang memerintah melalui keesahan raja. Segala bentuk perrjalanan dan pemerintahan negara dijalankan oleh Shogun. Malahan raja dihalang daripada bertemu dengan pembesar lain dan rakyat. Ia hanya boleh dilakukan jika mendapat kebenaran dan iringan Shogun Tokugawa sahaja. Walaupun dalam aspek ini kelihatan Shogun lebih berkuasa, tetapi raja tetap berperanan sebagai ketua negara dan kerajaan. Hal ini kerana Shogun masih memerlukan raja, kerana tanpa raja Shogun tidak boleh berkuasa. Ini berikutan daripada kepercayaan  rakyat bahawa raja memberikan kuasanya kepada Shogun untuk memerintah. Shogun pula memanipulasikan kedudukan raja bagi memberikan hak kepadanya untuk mentadbir Jepun. Keadaan ini kerana raja Jepun dianggap mempunyai kesucian dan ada hubungan dengan dewi matahari. Pemberian kuasa kepada Shogun oleh raja melambangkan pemberian kuasa dewi matahari kepada Shogun. Dengan kata lain, raja Jepun ialah sumber kedaulatan dan bukannya sumber kuasa dalam pentadbiran. Shogun pula memperguna kedudukan ini bagi mendapat taat setia daripada rakyat dan pembesar  supaya mereka tidak menentang dan memberontakan terhadapnya. Kedudukan ini membolehkan keluarga Togukawa mengawal pemerintahan dan mentadbir Jepun lebih daari 200 tahun, jika dibandingkan dengan rakan-rakannya – Nobunaga dan Yoritomo.
Bagi maharaja Cina ia masih mengawal dan mentadbir  serta menjadi nadi penting dalam pemerintahan Cina. Maharaja mempunyai kuasa penuh dalam pemerintahan dan menganggap dirinya seperti divine kinship. Ia melihat orang lain tidak bertamadun jika dibandingkan dengan Cina. Keadaan di India dan Indonesia pula raja-rajanya didapati kehilangan banyak kuasa. Segala kuasa mentadbir telah diambil oleh pihak penjajah. Walaupun pada peringkat awalnya mereka seperti raja-raja Asia yang lain, tetapi kebijaksanaan penjajah Eropah telah menyebabkan mereka kehilangan kuasa melalui perjanjian dan kekalahan dalam peperangan. Dari segi konsep, rakyat masih melihat mereka mempunyai hubungan dengan tuhan. Bagi Indonesia rajanya pada awalnya dikaitkan dengan amalan dalam Hindu, Buddha, dan kemudiannya Islam. Begitu juga, dengan raja Burma dan Vietnam yang akhirnya mereka mengikut jejak langkah dengan kehilangan kuasa di tangan penjajah Eropah.
Sebagai rumusannya raja-raja ini boleh dikatakan kesemuanya telah dihubungkaitkan dengan aspek agama. Mereka telah dilihat seperti manusia lain yang teristimewa sehinggakan segala perintahnya diikuti dan ditaati. Tanpa hubungan ini manusia raja ini berkemungkinan tidak akan dapat bertahan lama dalam pemerintahan. Unsur kesucian dan ketuhanan yang ada pada mereka telah membolehkan mereka sentiasa ditaati.

SOALAN 02

SISTEM FEUDAL MENCORAKKAN BENTUK PEMERINTAHAN DALAM MASYARAKAT ASIA.


            Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan, iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Pada asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9 memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal) yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberi perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruh untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama.
            Jika dilihat dari segi strukturnya, sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid. Di bahagian bawah sekali ialah golongan rakyat atau petani manakala di bahagian atas sekali ialah raja. Bahagian tengah pula ialah golongan pembesar yang bertanggungjawab menjadi ‘tali penghubung’ antara raja dengan rakyat dan secara praktikalnya turut bertindak sebagai tuan tanah. Dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu hierarki yang jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja. Ia sangat terikat dengan pendapatan dari kampung.
            Di rantau Asia Tenggara, sistem feudal yang wujud adalah berasaskan masyarakat pertanian yang merupakan satu cirri umum utamanya. Raja adalah kuasa yang besar dan dianggap sebagai pemilik tanah yang boleh ditemui di semua kerajaan Asia Tenggara. Raja dianggap sebagai pemilik tanah seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tiga Tera di Siam serta perundangan di Burma. Raja dianggap sebagai tuhan yang mempunyai kuasa mutlak terhadap semua aspek termasuk kehidupan rakyat yang turut ditentukan oleh raja. Dalam masa yang sama, raja juga bergantung kepada pembesar daerah terutama dalam melaksanakan segala keperluan pemerintahan ataupun keperluan yang berbentuk peribadi.
            Sebelum kehadiran pihak Barat, sistem feudal yang dilaksanakan di Asia Tenggara menjelaskan bahawa kuasa pembesar wilayah adalah cukup besar. Dalam keadaan-keadaan tertentu, kuasa pembesar lebih besar daripada raja atau pembesar pusat. Berdasarkan kelayakan serta pengaruh tertentu, golongan pembesar telah menerima anugerah yang besar daripada raja termasuk mentadbir sebuah wilayah.
            Di Burma, sistem feudal yang wujud merupakan kesan daripada kebergantungan raja kepada golongan pembesar terutama Myowun (gabenor) dan Myosa (pembesar wilayah). Di ibu negeri terdapat empat orang Myowun yang mengendalikan hal ehwal tempatan, setiap orang mentadbir sebuah daerah di ibu negeri tersebut. Myowun yang berada di luar ibu negeri menjalankan kuasa atas dasar feudal iaitu mereka mempunyai kuasa besar memungut cukai sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada hasil tahunan rakyat. Sebahagiannya dihantar kepada raja di pusat dan sebahagiannya disimpan untuk kegunaan sendiri.
            Masyarakat Vietnam pula masih berpegang kepada sistem tradisi. Sistem pemerintahan di bawah Maharaja Gia Long dan selepasnya adalah bercorak birokratik yang berasaskan hierarki Mandarin. Negara dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu Annam, Tongking dan Cochin-China. Wilayah Annam terletak di bawah kuasa raja manakala dua wilayah lagi dikuasai oleh wizurai yang mempunyai kuasa yang sangat besar. Wilayah-wilayah ini kemudiannya dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil termasuk Provinci, Phu, Huyen, Tong, dan Kemun di mana setiap bahagian di tadbir oleh seorang pembesar. Pembahagian ini menyebabkan kerajaan pusat kurang memberi perhatian dan menyebabkan para pembesar mengukuhkan kedudukan masing-masing. Walaupun raja berkuasa mutlak, namun dalam keadaan sebenarnya, pembesar Mandarin yang menjalankan sistem sosial dan pemerintahan Vietnam.
            Sistem feudal di Asia Selatan pula telah diamalkan lebih kurang pada abad ke-4 sebelum Masihi. Sistem ini telah dilakukan oleh kerajaan Maurya yang turut menjadikan tanah sebagai elemen utama iaitu tuan tanah mempunyai hak yang lebih besar berbanding petani. Dalam sistem feudal di Asia Selatan, golongan keagamaan atau Brahmin turut terlibat. Brahmin merupakan pemilik tanah terutama geran-geran yang diberikan oleh pihak-pihak berkuasa sebagai satu keistimewaan terhadap golongan ini dan untuk menjaga status mereka di kalangan masyarakat. Mereka mempunyai kuasa autonomi yang besar pada tanah-tanah yang mereka miliki. Secara langsung, sistem feudal di Asia Selatan yang terus berlangsung sehingga pasca-kemerdekaan memperlihatkan satu keterikatan yang sangat kuat antara pihak berkuasa, bangsawan dan pemerintah tempatan, golongan agama dan petani yang menduduki atau menyewa tanah.

            Pada zaman kemuncak sistem feudal, iaitu sebelum kuasa Barat muncul pihak pemerintah yang terdiri daripada golongan raja merupakan pihak yang diberi seluruh taat setia mereka. Kelangsungan ini dapat dilihat di mana muncul ratusan raja-raja kecil yang menguasai wilayah-wilayah tertentu di Benua Kecil India. Kedatangan British pada tahun 1947 tidak mampu menguasai seluruh benua itu, dan masih terdapat raja-raja yang masih bebas. Raja-raja ini mempunyai pembesar-pembesar daerah atau digelar Nayaka yang bertanggungjawab menyediakan segala keperluan raja, mengutip cukai dan sebagainya. Untuk mempertahankan kedudukan raja, mereka telah menubuhkan pasukan ketenteraan yang terdiri daripada rakyat.
            Sistem feudal juga dijalankan di negara-negara Asia Timur. Di Jepun, sistem feudal dilihat secara jelas iaitu maharaja mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuk tanah. Misalnya, pada zaman Kamakura antara abad ke-12 dan 14, keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun. Selain itu, sistem feudal ini dapat tumbuh subur kerana tumbuhnya estet-estet persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estet-estet ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan kelas perwira (buke).
            Di Jepun, sistem feudal telah menyebabkan satu corak tertentu dapat dilihat di mana telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan tuan-tuan tanah dan daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja. Golongan daimyo mempunyai hubungan yang kuat dengan petani dan tentera, tetapi golongan maharaja tidak banyak peranan. Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) sebagaimana di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya mengalahkan kuasa maharaja. Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan untuk mempertahankan hak milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan daimyo ini menjadi tulang belakang kebangkitan daimyo sehingga maharaja tidak ada peranan.
            Secara ringkasnya, sistem feudal di Asia Tenggara dan Asia Timur mempunyai persamaan daripada beberapa segi iaitu raja atau maharaja memerintah hanya pada teorinya sahaja sementara kuasa sebenar banyak ditentukan oleh pembesar-pembesar. Pembesar-pembesar ini juga mempunyai gelaran yang berbeza mengikut kekayaan dan kedudukan. Golongan pembesar ini biasanya adalah golongan pemerintah. Selain itu, kerajaan terbahagi kepada dua iaitu kerajaan pusat dan wilayah di bawah kekuasaan pembesar. Tanah juga menjadi pengikat yang kuat dalam sistem feudal.

            Kesimpulannya, abad ke-19 dan 20 memperlihatkan satu perkembangan menarik dalam sejarah sistem feudal di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Sejak sekian lama, ketiga-tiga rantau ini telah melaksanakan dan menerima sistem feudal sebagai sistem sosial mereka. Peranan pembesar wilayah mempunyai pengaruh yang sangat besar meskipun meletakkan raja atau maharaja sebagai kuasa tertinggi.

SOALAN 03
 BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DALAM SISTEM PEMERINTAHAN TRADISIONAL MASYARAKAT ASIA.

NORIZAN BT.NASSIR


                   Institusi pemerintahan di rantau Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur bukan sekadar mengandungai raja atau maharaja yang berada di kemuncak hierarki sahaja,malah institusi ini turut di sokong oleh institusi pembesar.Secara umum,pembesar bermakna pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang telah diberikan kepadanya.Realitinya,kelompok pembesar inilah yang melaksanakan segala tugas pemerintahan .Menurut kamus Dewan pula,pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi.Oleh itu,dalam system pemerintahan beraja ini,kedudukan pembesar itu sangat penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.
                   Dalam sesebuah kerajaan pembesar secara umumnya terbahagi kepada beberapa peringkat serta bahagian dan mempunyai tugas tertentu.Ini bermakna satu bentuk pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat berdasarkan jabatan yang dipegangnya.Tanggungjawab melaksanakan tugas tersebut akan memastikan jawatannya akan dikekalkan.Jika pembesar gagal melaksanakan tugasnya,raja mempunyai kuasa untuk melucutnya dan digantikan dengan pembesar yang lain.Dalam masa yang sama pembesar juga dibahagikan mengikut kelas-kelas tertentu.Misalnya,pembesar kanan bertanggungjawab menasihati dan membantu raja membuat keputusan .Gelaran yang khusus terhadap pembesar kanan seperti Wazir,Perdana Menteri dan sebagainya.Pembesar pusat pula,bermakna mereka yang menjalankan tanggungjawabnya di ibu kota kerajaan dan istana.Mereka dipertanggungjawabkan mengetuai sesuatu jabatan seperti jabatan peperangan ,kehakiman ,percukaian dan sebagainya.Manakala,bagi pembesar wilayah dan daerah pula akan mentadbir wilayah atau daerah tertentu dan mempunyai kuasa tertentu.Pembesar ini mempunyai kuasa penuh kepada raja di pusat.
                   Dalam pada itu, golongan pembesar hanya mempunyai kuasa yang terhad mengikut tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan mempunyai kadar kebergantungan yang tinggi kepada sokongan raja.Jika sokongan ini berkurangan secara langsung kedudukan seorang pembesar akan terjejas.Selain itu,kelompok pembesar ini turut mempunyai tanggungjawab yang besar kepada para pengikutmereka.Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu pembesar melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh raja mereka.Ini bermakna seorang pembesar bukan sahaja bertanggungjawab terus kepada raja tetapi juga kepada pengikutnya.Ramainya bilangan pengikut seseorang pembesar bukan sekadar melambangkan kedudukan serta status malah turut melambangkan kekayaan serta kejayaan mengeksploitasi ekonomi.Ikatan ekonomi serta kekayaan inilah yang menjadi dasar penting dalam melihat hubungan antara pembesar dan pengikutnya.
                   Dalam lingkungan pembesar yang mempunyai pelbagai tahap dan kedudukan ,terdapat pembesar yang secara khusus terbabit dalam hal ehwal pertahanan dan ketenteraan Mereka menjadi tunjang penting dalam mempertahankan sesebuah kerajaan dan memperluaskan kuasa dan sebagainya.Kalangan pembesar ini mempunyai kepakaran dalam seni peperangan dan persenjataan .Misalnya,golongan samurai di jepunyang mempunyai kebolehan dalam seni pedang iaitu,kendo dan ken-jutsu atau seni panah.
                   Mereka juga terserap dalam system pembesar dalam system pemerintahan beraja ini.Di Asia Timur terutama Jepun ,kewujudan pembesar ini sangat jelas dan dikenali sebagai hulubalang seperti Shogun dan samurai.Golongan pembesar ini bukan sahaja memainkan peranan penting sewaktu peperangan ,malah menjadi pengimbang penting kedudukan kerajaan.Oleh kerana  golongan ini mempunyai kebolehan dalam peperangan maka hal ini sangat penting dalam usaha maharaja mengekalkan kedudukan dan kuasanya.Tanpa sokongan golongan ini,pastilah sesuatu kerajaan dan dinasti tidak akn bertahan lama.Sejarah China sejak berabad-abad yang lalu membuktikan kebenaran ini.Apabila sesuatu kerajaan menerima tentangan daripada kalangan hulubalang atau pembesar ,maka sebuah dinasti baruakan muncul .Secara langsung,kalangan pembesar turut menjadi penentu senario serta perkembangan politik dalam  sejarah di Jepun dan China.
                   Dalam konteks yang lebih luas ,hulubalang ini dipertanggungjawabkan mengawal diri raja sebagaimana peranan pengawal peribadi.Golongan ini berada di kelas dan kedudukan yang tinggi dan istimewa.Dengan menduduki kelas yang tersendiri ,golongan ini muncul sebagai golongan yang dihormati dan dianggap pemimpin masyarakat..Golongan ini turut dilantik sebagai pembesar daerah seperti Teungku Raja Pakeh.Selain itu,golongan ini mempunyai peranan yang cukup meluas .Mereka bertindak sebagai pengawal raja ,pengawal ibu kota serta bertanggungjawab memimpin peperangan .Malah perkembangan abad ke-19 dan awal abad ke-20 turut menyaksikan beberapa peranan hulubalang begitu penting dalam menyatukan masyarakat aceh yang sedang menghadapi tentangan Belanda.Dalam hal ini,Anthony Reid menjelaskan bahawa hulubalang merupakan warleader .Malah antara 1830an –1870an,gabungan hulubalang seramai 12 orang bagi mempertahankan aceh daripada serangan belanda telah dibentuk .Oleh itu,perluasan kuasa belanda ke aceh khususnya menyaksikan pembabitan golongan hulubalang sebagai pemimpin masyarakat.
                   Sejak zaman berzaman ,ketiga-tiga rantau ini,telah sedia mempunyai satu sistem pembesar yg lengkap dan tersusun.Para pembesar ini berperanan sbg pembantu dan pelaksana arahan .Kewujudan sistem pembesar bukan sahaja sekadar menjadikan sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional berjalan lancar malah memperlihatkan satu keupayaan yang tinggi utk memerintah.Satu pengkhususan tugas sebagaiman yg diperlihatkan oleh kewujudan pembesar membuktikan keadaan tersebut.
                   Kewujudan satu sistem pentadbiran yg lengkap ini dapat dibuktikan dalam semua kerajaan Asia. Di Burma ,kelompok pembesar bertanggungjawab memastikan pemerintahan kerajaan berjalan dengan baik.Golongan ini menjadi tiang penyokong kerajaan yg penting.Antaranya termasuklah Raja Muda,Wungyi,atau Ketua Menteri,Wundauk atau Menteri Muda, Atinwun atau Pegawai Istana dan para pembesar yg lain.Wungyi dianggap mempunyai taraf yg tertinggi dan dikatakan sbg menjalankan kuasa raja.Wundauk pula,Menteri Muda dan bertanggungjawab membantu wungyi .Atinwun mempunyai darjah yg lebih rendah drpd wauduk ttp lebih berkuasa krn bertugas di istana dan mempunyai hubungan yg rapat dgn raja .Mereka btgjwb mengawal dan mengendalikan petugas istana.Mereka myai ruang yg besar utk mempengaruhi dasar dan perintah raja krn ia myai kedudukan yg hampir dgn raja.
                   System pembesar di burma adalah tersusun dan bukan sekadar myai pembesar pusat sahaja ttp myai pembesar daerah yg berpusat di pusat –pusat daerah.Ketua daerah myai kewibawaan tersendiri yg bergantung kpd kedudukan sosialnya serta hubungannya dgn raja dan pembesar pusat.Gabenor atau myowun btgjwb thdp system ptdbrn daerah .Di Burma, pembesar yg memegang jawatan yg rendah ialah ketua kampung ( Ywa Thugyi ) yg bertanggungjawab utk memungut cukai dan mjlnkn ptdbrn undang-undang.
                   Di Vietnam pula,sewaktu pemerintahan dinasti nguyen satu btk pemerintahan yg sistematik tlh disusun .Maharaja yg bertindak sbg ketua kerajaan akan dibantu oleh 6 kementerian(Quan) iaitu hal ehwal awam, kerja raya,kewangan ,upacara,kehakiman dan peperangan .Quan yg penting ialah Quan Awam yg myai taraf yg tinggi berbanding yg lain.Ketua quan terdiri drpd kalangan yg menerima pddkn confuciusdan turut btndk sbg pembesar yg menduduki kddkn istimewa  .Sebuah majlis tertinggi (noi-cac) yg dipengerusikan oleh maharaja serta 6 orang menteri kanan .Majlis ini bukan hanya btgjwb mberik pandangan kpd maharaja malah mjadi medan menyelesaikan perkara yg tidak dpt diselesaikan di peringkat kementerian .Pra pbsr di peringkat daerah btgjwb utk mengutip cukai,mjlnkn upacara keagamaan serta adat istiadat ,mengambil dan melatih tenteradan soal kehakiman.Bagi pbsr yg paling rendah ialah pbsr di kg.Dalam soal ini,selagi wujud ketenteraman dan penguatkuasaan udg di kg. Kerajaan pusat tetap mberik kebebasan kpd pbsr utk melaksanakan ptdbrnya.
                   Selain itu, di Siam klgn pbsr turut mbtk satu bahagian penting dlm keseluruhan sis.pemerintahan.Negara siam dibahagikan kpd siam utara yg terdiri dari golongan awam  dan siam selatan terdiri gol.tentera.Biasanya,klgn pbsr ini terdiri klgn bangsawan yg digelar khunnang serta anak-anak raja.Pbsr ini dibahagikan kpd krom atau jbtn termasuklah jbtn hal ehwal ,ptdbrn awam ,pthnn,kwgn dan hubungan luar yg diketuai oleh pembesar kanan .Selain itu, ptdbrn pbsr di siam juga dibahagikan kpd pbsr pusat dan daerah .Ia bertujuan utk melicinkan ptdbrn krjn dan menguasai sumber tenga manusia .Siam myai 4wilayah yg berbeza bdsrkn kedudukan kpd kddkn dan kepentingan wilayah itu.Keempat-empat wilayah ini diperintah oleh raja ttp perlaksanaannya dilakukan oleh pbsr.
                   Di Asia Timur,terutama China dan Jepun terdiri drpd klgn satria dan asas-asas ketenteraan yg myai tempat teratas.Misalnya, di jepun kuasa raja terbatas sebaliknya gol.shogun btgjwb ke atas pemerintahan dan secara langsung berwatakkan ketenteraan.Selain shogun,gol daimyo atau bangsawan yag myai tanah yg memerintah di atas tanah milik mrk sbg pbsr feudal.Kedudukan mrk di sokong oleh gol samurai dan karoiaitu org suruhan yg mtdbr tanah.Dalam ptdbrn jepun ,shogun dan samurai myai ikatan yg kuat dan berjaya mendominasikan krjn jepun.Selepas pemulihan meiji ,gol ini menerima kesan yg cukup besar .Jawatan shogun dihapuskan sementara gol.samurai diserapkan dalam sis. Pmrthn krjn bukan sbg samurai sebaliknya,pegawai krjn yg terbabit dlm perusahaan.
                  Sistem pemerintahan china turut memaparkan kepentingan pbsr yg dilantik berasaskan pendidikan Confucius berbanding mrk yang myai latar belakang ketenteraan.Klgn tentera ini juga dilantik sbg pbsr wilayah dalam usaha memastikan wilayah berada keadaan aman dan tenteram serta mematuhi arahan krjn pusat,namun pbsr wilayah dibenarkan utk mengubah dasar tersebut dgn kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat .Oleh itu,peranan pbsr di china ini amat penting sbg teras kekuatan kerajaan .
                   Secara kesimpulannya,jelaslah di sini bahawa peranan pembesar dalam system pemerintahan tradisional masyarakat asia di mana kebanyakkannya sesuai dijalankan bagi mempertahankan kerajaan masing-masing dan untuk kepentingan rakyat.   

SOALAN 04
SISTEM PEMERINTAHAN ASIA DIKATAKAN MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN INSTITUSI AGAMA. JELASKAN.

 
            Secara keseluruhannya, masyarakat Asia yang tergolong dalam golongan Asia Selatan, Asia Timur, dan Asia Tenggara menganuti pelbagai bentuk kepercayaan dan agama. Dalam masa yang masa juga bukan sekadar kepercayaan tradisi, malah turut mempengaruhi sistem pemerintahan di Asia. Menurut disiplin antropologi, agama disifatkan sebagai sistem kepercayaan dan amalan dalam sesuatu masyarakat. Selain disifatkan sebagai suatu kebudayaan sejagat, secara umumnya anutan agama diketiga-tiga wilayah ini dapat dilihat melalui dua pembahagian, pertama wujudnya agama universal (mempunyai penganut-penganut dari semua bangsa di dunia) dan kedua ialah kewujudan kepercayaan komuniti. Agama universal termasuklah agama Islam, agama Kristian, agama Buddha dan agama Hindu.
Agama Islam adalah agama yang penting dan penganutnya tersebar diseluruh wilayah Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. Kemunculan Islam dan perkembangan di Tanah Arab sangat gemilang sehingga telah membawa kepada penyebaran ke seluruh wilayah. Islam telah membawa kepada perubahan kepada masyarakat di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. Ia telah membawa kepada semangat nasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja dikalangan pihak istana dan kerabat, malah telah membabitkan rakyat. Perkembangan Islam di  Asia Tenggara dilihat lebih terbuka dam mampu mendominasikan perlakuan dan pemikiran rakyat. Kejayaan ini dapat diperlihatkan melalui beberapa kelahiran kerajaan Islam seperti kerajaan Pattani, Kesultanan SuluIndonesiaBrunei dan Semenanjung Tanah Melayu. Sewaktu abad ke-19, masyarakat Islam telah mempunyai satu system politik dan pemerintahan yang kukuh dan sistematik, suatu sistem yang yang berlandaskan ajaran Islam, system perekonomian yang baik dan sistem social yang dinamik. Misalnya dalam konteks perundangan, Islam telah memainkan peranan dalam menentukan perjalanan kehidupan masyarakat agar mengikut landasan yang ditentukan dalam hal pemerintahan, harta warisan dan sebagainya. Masyarakat telah menjadikan agama Islam sebagai landasan perjuangan yang penting di Asia Tenggara. Sepanyol yang menjalankan dasar penyebaran agama Kristian telah mendapat tentangan hebat daripada kesultanan Sulu yang menjadikan Islam sebagai sumber kekuatan dan penyatuan rakyat. Dilihat daripada perang Mora dan keadaan yang berlaku di Acheh jelas menunjukkan Islam telah menanamkan kesedaran kebangsaan ke dalam jiwa masyarakat tempatan.

Islam telah dilihat menjadi asa penyatuan masyarakat sewaktu berlakunya perang Jana antara tahun1825-1830. Dalam masa yang sama, telah lahir ulama yang bertindak sebagai pemimpin masyarakat dalam gerakan penjajahan. Pembabitan masyrakat jugaberdasarkan hubungan yang erat dengan kerajaan Islam. Aktiviti menunaikan haji ke Mekah telah menyebabkan wujudnya perhubungan dengan kerajaan-kerajaan lain. Islam telah dijadikan dasar dalam menubuhkan pertubuhan-pertubuhan politik. Dalam pertubuhan ini, Islam telah digunakan sebagai lambing penyatuan dan perpaduan kebangsaan. Selepas perang Dunia ke-2, Islam telah diambil alih sebagai antara elemen penting dalam pembentukan negara merdeka, agama Islam menjadi faktor penting dalam pemilihan presiden.
Selain agama Islam, agama Buddha turut mempengaruhi pemerintahan negara-negara Asia. Di Asia Tenggara, Burma dan Siam telah menjadikan agama Buddhasebagai agama rasmi dan mempunyai kedudukan yang amat kukuh. Kristian dilihat gagal menembusi benteng keagamaan ini. Kuil-kuil Buddha dan pembinaan patung-patung Buddha diperbuat daripada gangsa disokong oleh kerajaan. Kesungguhan beragama diberikan penghormatan bersungguh-sungguh terhadap rahib Buddha merupakan factor perpaduan masyarakat BurmaKepentingan rahib Buddha dalam pembentukan masyarakat turut berlaku dalam aspek pemerintahan. Rahib Buddha bertindak sebagai penasihat kerajaan. Sangha merupakan pusat penting dalam gerakan nasionalisme di Burma.  Sangha bertindak melindungi agama, adat dan kehidupan masyarakat.
Agama Buddha mula bertapak di Kemboja pada abad ke-14 dengan aliran Theravada yang penting. Ajaran Buddha dianggap sebagai ajaran yang benar dan telah diberikan sifat ketuhanan yang disembah. Ini bermakna amalan Buddha telah diasimilasikan dengan kepercayaan tempatan. Selain itu, Siam juga menjadikan agama Buddha sebagai agama terpenting sehingga dijadikan agama rasmi negara. Ajaran agama Buddha yang menekankan karma menjadi pegangan penting masyarakat Siam.Pemerintah Siam merupakan penganut agama Buddha yang taat dan banyak menjalankan usaha untuk mengembangkan agama ini. Pemerintahan serta dasar kerajaan yang mementingkan agama diteruskan oleh pemerintah seterusnya. Di Asia Selatan, cara kehidupan rahib di kuil atau biara merupakan kehidupan yang paling unggul dalam agama ini. Masyarakat diminta untuk menyokong para rahib dan kuil Buddha dengan memberi segala bentuk bantuan dalam pemerintahan.
Pemerintahan di negara Thai dipengaruhj oleh agama Buddha Theravada. Agama ini mempunyai hubungan yang erat dengan organisasi politik. Raja dianggap sebagai penaung dan pendukung agama. Pada akhir abad ke-18, Rama 1 telahpun memulakam proses membuddhakan sistem pemerintahannya yang dipengaruhi oleh amalan agama Hindu. Baginda telah mengeluarkan perintah yang melarang rakyat negara Thai yang memberi penghormatan yang mulia kepada kuasa ghaib, malahan rakyat mesti menghormati agama Buddha sepenuhnya. Akibat pengaruh agama Buddha, institusi kerajaan Thai menetapkan raja dipuncaknya. Raja mempunyai kuasa mutlak dan berkuasa ke atas nyawadan harta benda rakyat baginda. Walaupun demikian, seseorang raja Thai tidak boleh melakukan kekejaman atau bertindak sewenang-wenangnya. Ini kerana kuasa raja Thai dilembutkan oleh ajaran agama Buddha. Selain itu, susunan hierarki masyarakat Thai tradisional dalam pemerintahan ini ditentukan oleh konsep-konsep agama iaitu bun (pahala) dan bab (dosa).
Shintoisme merupakan agama asli masyarakat Jepun. Ia dikatakan bermula daripada mitos dan lagenda. Masyarakat percaya bahawa setiap objek alam sekitar mempunyai semangat sendiri. Pada abad ke-18, ajaran Inoi telah dihubungkaitkan dengan pemerintahan (politik) terutama untuk menyokong keluarga-keluarga pemerintah. Agama Shinto merupakan aspek penting dalam masyarakat Jepun. Ia bukan sahaja menyatukan rakyat, malahan membangkitkan semangat nasionalisme di Jepun. Agama ini dijadikan medium yang sangat berkesan dalam membangkitkan semangat kebangsaan dan taat setia kepada raja. Shinto menekankan bahawa keluarga diraja mempunyai unsure-unsur ketuhanan dan harus dihormati.kepercayaan yang mendalam membantu Jepun menyatukan rakyat dibawah satu tampuk pemerintahan.
Kerajaan telah bertindak sebagai penaung kepada perkembangan agama inidan beribi-ribu rumah berhala telah didirikan. Shinto telah dilihat menjadi pemangkin yang kuat dalam membangkitkan semangat nasionalisme dan perpaduan Jepun.  Kepercayaan yang kuat bahawa agama Shinto mampu menjadi penawar kepada aspek pemerintahan menyebabkan agama ini telah dipilih sebagai agama utama di Jepun. Kerajaan Jepun telah menubuhkan Jabatan Shinto yang bertanggungjawab mengendalikan segala persoalan yang berkaitan dengan agama ini. Satu deklarasi telah dibuat untuk mengumumkan bahawa agama Shinto menjadi asas dalam dasar pemerintahan Jepun.
Confuciusnisme juga mempengaruhi pemerintahan di Asia. Confuciusme merupakan satu falsafah. Secara asasnya, ajaran ini amat berkait rapat dengan ajaran-ajaran yang berkaitan dengan tradisi etika dan idea-idea pemerintahan. Ajaran ini merupakan satu cara untuk ‘Pemimpin Hidup’ yang dikenali sebagai Tao. Dengan Tao, kehidupan manusia akan mencapai satutahap yang tinggi. Sejak zaman dinasti awal, ajaran ini jadi pegangan dalam perintahan. Kepentingan Confucius dapat dilihat daripada kewujudan sistem peperiksaan awam yang menjadi syarat khas kepada perlantikan pegawai-pegawai kerajaan. Buku-buku klasik Confucius digunakan sebagai bahan rujukan dalam pemerintahan seseorang raja terutamanya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya di Vietnam, maharaja Minh Mang (1824-1841) menganggap bahawa bencana alam yang berlaku pada awal pemerintahannya dan kedatangan Perancis adalah disebabkan moral peribadinya yang lemah. Ajaran ini telah berkembang terutamanya di Korea, Jepun dan rantau Asia Tenggara. Malah, sistem pentadbiran di Vietnam juga mengambil modal China sebagai asas pentadbiran.Ajaran Taoisme sebagaimana ajaran Confucius lebih merupakan fahaman falsafah. Idea Taoisme lebih tertumpu kepada kebebasan masyarakat yang tidak harus dikongkong oleh golongan atasan yang melakukan pelbagai penindasan.
Kesimpulannya,agama mempunyai pengaruh yang kuat terhadap system pemerintahan di Asia selain menunjukkan ketamadunan sesebuah negara. Disamping itu agama juga turut menjadi asas kepada kebangkitan semangat nasionalisme yang meluap-luap berdasarkan unsur-unsur ketuhanan disamping membentuk taat setia kepada keluarga diraja dan negara, misalnya agama Shinto.

No comments:

Post a Comment