I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 9, 2011

SOALAN 5
BINCANGKAN PERKEMBANGAN PERTANIAN BERAS DI  TANAH BESAR ASIA TENGGARA.


Sebelum kedatangan bangsa Eropah, sistem ekonomi sara diri merupakan amalan yang lumrah di kalangan masyarakat Asia. Bagi rantau Asia Tnggara, aktiviti ekonomi sara siri dapat dilihat dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan. Sektor pertanian merupakan aktiviti yang paling asas dalam krhidupan masyarakat tempatan dan penanaman padi sawah dan padi bukit merupakan jenis tanaman yang utama. Pada mulanya, aktiviti pertanian diusahakan untuk kegunaan sendiri dan lama-kelamaan bertukar menjadi kegiatan ekonomi komersial. Keadaaan ini telah dipengaruhi faktor geografi dan cuaca di Asia Tenggara yang panas dan lembap sepanjang tahun serta teknologi tinggi yang dicipta oleh masyarakat tempatan. Antara kawasan padi yang terdapat di Asia Tenggara ialah Delta Irrawaddy (Burma), Dataran Bangkok/Lembah Menam Chao Phraya (Thailand) dan Delta Mekong (Vietnam), Tasik Tonle Sap (Kampuchea) dan Laos.
Terdapat dua jenis pertanian padi sawah. Pertama, padi sawah yang bergantung kepada air hujan seperti di Delta Irrawaddy. Kedua, menggunakan air tambahan yang boleh dilaksanakan melalui banjir dari sungai-sungai seperti di tanah pamah Mae Nam di Thailand dan sepanjang bahagian hilir sungai Mekong. Bagi pertanian padi bukit pula, penanaman ini dijalankan kerana ianya memerlukan kuantiti yang sedikit. Penanaman ini turut diamalkan oleh suku Chin, Karen dan Kachin.maka, dengan kewujudan pertanian beras di Tanah Besar Asia Tenggara, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kemajuan tersebut.
Perkembangan pertanian disebabkan oleh wujudnya perubahan dalam teknologi pertanian pai. Penggunaan cara pertanian yang lebih maju telah menyebabkan wujudnya pertambahan dalam penggunaan kerbau dalam industri pertanian. Selain itu, melalui pertanian padi telah lahir satu bentuk industri yang utama iaitu pengilangan padi. Kewujudan kilang-kilang pemprosesan padi telah menakibatkan perluasan penanaman padi. Bankok ialah pusat pengilangan padi memandangkan wujudnya beras dan kilang-kilang pertama yang dibuka pada tahun 1858. kemampuan kilang ini dalam sehari adalah diantara 100 hingga 200 tan padi. Kilang ini muncul di wilayah-wilayah seperti Korat dimana ia merupakan kilang moden. Perubahan lain ialah semakin banyak terusan –terusan dibina bagi memodenkan pertanian beras seperti yang berlaku di Rangsit, Thailand. Perkembangan ini berlaku di Delata Chao Phraya . satu contoh yang boleh diberi ialah Rangsit. Rangsit telah dibangunkan oleh syarikat kepunyaan elit Bangkok dan seorang bangsa Itali. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1888. Syarikat ini juga telah diberi beberapa keistimewaan oleh kerajaan seperti menggali semua terusan yang dibiayai oleh kerajaan. Terusan di rangsit yang begitu cepat telah menarik minat pembeli-pembeli tanah yang terdiri daripada golongan elitdari Bangkok. Begitu juga dengan petani-petani yang mengerjakan tanah sebagai penyewa.
Perkembangan pertanian beras ini juga disebabkan oleh perubahan dalam sisitem pemilikan tanah. Pembinaan terusan di rangsit telah menyebabkan tanah-tanah di persekitarannya dibuka untuk belan orang ramai. Ininjuga hasil pemodenan yang dibuat oleh raja Siam bagi membolehkan seramai petani atau pemodal yang mengusahakan tanaamn padi. Perkembangan ekonomi Thailand mempunyai senario yang unik dimana pemerintahan Dinasti Chokri terpaksa mengorbankan sesetangah dasar demi mengekalkan kedaulatan politiknya. Oleh itu, pemerintahan Chokri ini telah menggubal dasar tanah dan cukai di dataran Tengah. Tujuannya bagi menjaga kepentingan pekebun kecil serta menghapuskan aktiviti perhambaan dan buruh paksa yang menjadi penghalang ekonomi kepada pertumbuhan perdagangan eksport tanaman jualan. Ia juga bagi membantu petani untuk menerima kredit dan perkhidmatan teknik. Bagi petani di Vietnam, mereka sangat terikat dengan aktiviti penanaman padi dan mereka menjalankan aktiviti tersebut di kawasan yang dianggap sebagai milik masyarakat. Sebelum kedatangan Peransis, harta persendirian dalam bentuk pemilikan tanah meupakan milik bersama dan mereka menjalankan aktiviti padi di atas tanah milik bersama ini.
Keadaan muka bumi yang subur juga menyebabkan perkembangan pertanian beras di Asia Tenggara. Delta Chao Phraya, Delta Mekong, dan Delta Irrawaddy merupakan kawasan subur dan amat sesuai untuk penanaman padi. Disamping itu, ia juga mengalami hujan yang banyak bagi bekalan air untuk padi. Bagi Delta Irrawaddy, ia mempunyai kesuburan yang padat penduduknya. Di Vietnam, keadaan geografinya terdapat kawasan subur, iaitu Lembah Mekong. Limpahan lumpur Sungai Mekong ini membolehkan kawasan tersebut subur dan dan seterunya menjadi kawsan tumpuan penduduk. Di Vietnam, juaga mempunyai sistem parit dan tali air yang dibina untuk mengawal banjir di Sungai Koi dan Delta Sungai Merah di Tonking. Manakala, di Thailand muka buminya yang bergunung-ganangdan mempunyai kawasan yang subur dan padat penduduknya dengan sistem pengairan yang luas merupakan salah satu sebab berkembangnya pertanian padi di Asia Tenggara. Faktor kombinasi hujan dan musim banjir selama tiga bulan dalam setahun juga menyebabkan kawasan di Thailand sesuai dengan pananaman padi. Sungai Mekong menjadi sempadan diantara Vietnam dan Laos. Setiap tahun setelah Sungai Mekong yang melimpah dalam musim monsunsurut , tanah lanar yang subur menutupi bumi dan disinilah kebanyakan penduduk Laos tertumpu untuk pertanian.
Selain itu, berkembangnya sistem eknomi komersial juga menyumbang kepada perkembangan pertanian padi di asia Tenggara. Hasil perubahan yang dibawa penjajah terhadap ekonomi sara diri , masyarakat pribumi berlumba-lumba bagi mencari pendapatan dan kekayaan . Perubahan nilai yang dibawa dalam sistem ekonomi komersial telah telah mengubah persepsi masyarakat terhadap ekonomi sara diri yang berfokus pada kerahan tenaga upah dan bekerja untuk golongan pembesar dan raja. Ekonomi komersial memberikan peluang kepada masyarakat tani untuk mendapatkan hasil yang sama dan bagi memastikan keuntungan titik peluh yang dikerjakan adalah hak mereka. Perubahan mentaliti ini memperlihatkan ramai petani –patani mencari jalan bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Sebagai contoh, masyarakat tani Burma, telah menggunakan atap zink bagi menggantikan atap nipah, menggunakan barangan import seperti kain dari India dan British. Di rumah petani terdapat barangan perabot Eropah. Keadaan ini adalah hasil perubahan nilai yang dibawa oleh sisitem ekonomi komersial. Penggunaan barangan moden dan diimport dalam isi rumah seperti perhiasan perabot dari british, makanan dalanm tin, sabun, kelambu, potret Ratu Victoria dan lain-lain barangan import telah berlaku kepada masyarakat tani Burma. Perubahan mentaliti petani daripada mengharapkan saraan secukup hidup kepada persaingan dalam mengejar kekayaan seperti yang ditunjukkan oleh Kyaw Din telah berjaya  menaungi petani lain.Selain itu, konsep sisitem serah juga berubah menajdi kepada buruh upah.
            Faktor buruhupah yang ramai juga turut mempengaruhi perkembangan beras. Perkembangan ekonomi komersial menyebabkan hilangnya burh dalam sistem kerah. Ini membolehkan buruh-buruh yang bekerja tanpa upah berubah dan bekerja bagi mendapatkan pendapatan. Dengan tumpuan kerja, masyarakat banyak tertumpu dalam bidang penanaman padi. Ini membolehkan industri pertanian beras berkembang tanpa menghadapi masalah buruh. Contoh di Burma ialah kemasukan buruh dari India dan China adalah disebabkan oleh gaji yang murah. Mereka datang melalui sistem yang dibuat oleh kuasa barat. Buruh India biasanya tertumpu di bawah jajahan British terutama nya di Burma dan Semenanjung Tanah Melayu . Buruh dari India telah dibawa masuk  bagi tujuan menuai padi. Pembukaan terusan Suez pada tahun 1869 juga membantu perkembangan perusahaan beras di Burma.
            Pemodal-pemodal asing juga merupakan faktor berkembangya pertanian beras di Asia Tenggara. Pemodal yang melabur modal penanaman padi sanggup membina kilang-kilang beras di Eropah seperti di Liverpool , Bremen, dan Hamburg bagi memenuhi permintaan masyarakat Eropah yang memerlukan beras. Salah satu contohnya ialah Cheng Siok Hwa, The Rice Industry in Burma. Di Burma, syarikat yang mula-mula mendirikan kilang beras ialah Joseph Heap and Sons Ltd. Selain daripada itu, syarikat-syarikat Eropah lain juga telah meletakkan wakilnya bagi mendapatkan padi untuk dieksport ke negara mereka.
            Di samping itu, permintaan beras dunia yang semakin bertambah di Eropah juga menyebabjkan perkembangan pertanian beras di Asia tenggara. Ini dapat dilihat daripada jumlah eksport yang dieksport ke Eropah semakin meningkat  dari tahun ke tahun. Pengeluaran pai telah bertambah dengan pesat dan Burma telah muncul sebagai pengeksport beras yang penting di dunia. Menjelang akhir akhir abad ke–19, jumlah eksport beras Burma iala 2.5 juta tan. Kemunculan mendadak permintaan yang banyak dan kerap dari pasaran luar negeri menjadikan beras eksport yang penting. Selain pemintaan dunia, perkembangan sisitem perhubungan laut yang murah juga membolehkan beras Thai bersaing dengan berkesan di pasaran terbuka.
            Selain itu, sistem pengairan yang baik juga merupakan faktor perkembangan pertanian beras di Asia tenggara. Aktiviti pertanan padiini bergantung kepada sistem pengairan. Justeru, masyarakat Vietnam, telah membina sistem pengairan seperti parit dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian padi dan mengawal banjir . sistem saluran ini dapat membantu petani mengawal aktiviti pertanian.teknik pengawalan ini diambil dari China sejak zaman-berzaman. Selain di Vietnam, Lembah Sungai Mekog juga merupakan kawasan pengairan kerana kesan daripada limpahan lumpur SungaiMekong.ia juga untuk kemudahan mendapatkan sumber bekalan air dengan mudah untuk membantu penduduk menjalankan aktiviti pertanian. Kawasan pengairan yang baik ini seterusnya menjadi tumpuan penduduk di sesuatu kawasan untuk menjalankan untuk menjalankan kegiatan pertanian.
            Kesimpulannya, dengan pelbagai faktor perkembangan pertanian beras ini, maka ianya akan lebih berkembang dengan pesat dan dapat memasuki pasaran antarabangsa. Hal ini kerana, penanaman padi merupakan kegiatan asas pertanian di seluruh rantau Asia Tenggara.   

SOALAN : 6
KEINGINAN PENJAJAH UNTUK MENGUASAI PERDAGANGAN TELAH MENYEBABKAN NEGARA ASIA DIJAJAH. BINCANGKAN.


Secara umumnya penjajahan merupakan kegiatan sesebuah negara untuk meluaskan wilayah dengan menguasai dan menjajah negara-negara lain sama ada dariaspek ekonomi,politik,mahupun social. Sebab utama yang telah menyebabkan negara Asia dijajah ialah keinginan penjajah yang ingin menguasai perdagangan. Dasarperdagangan ini dijalankan oleh pedagang-pedagang Eropah di Asia Timur,Asia Selatan dan Asia TenggaraKuasa-kuasa Barat sepertiPortugal,Sepanyol,Belanda,British dan Perancis telah menjajah benua Asia untuk memonopolokan perdaganganSemua kuasa Eropah sedar tentang kebaikanmemperolehi tanah jajahan secepat mungkin supaya kepentingan ekonomi lebih terjamin.
            Terdapat banyak factor yang mendorong bangsa Eropah menjalankan dasar penjajahan masing-masing di Asia Timur,Asia Selatan dan Asia Tenggara.Antaranya ialah dari segi keuntungan dan kekayaan. Syarikat Timur Hindia Timur Inggerisb(SHTI) meluaskan pengaruhnya keatas wilayah India kerana inginmendapatkan keuntungan perdaganganKuasa Barat di India bermula menjelang pertengahan abad ke-18. British menegakkan kuasa mereka di Benggal dan Madras.British telah memulakan dasar penjajahan melalui sebahagian besar daripada India. Motif utama orang Inggeris ini memulakan dasar penjajahan di India adalah untukmendapatkan keuntungan daripada perdagangan. Ini kerana hasil-hasil dan barang keluaran India telah mendapat permintaan yang tinggi di pasaran barang. Tambahanlaggitenaga manusia amat diperlukan sebagai tentera yang boleh melindungi kawasan jajahan mereka daripada serangan musuh.
            Dengan adanya pemodal asing asing jugaturut menjadi penyumbang kepada penjajahan negara-negara Asia. Pemodal yang melabur modal sanggupmembina kilang-kilang bagi memasarkan barang-barabg pengeluaran kilan itu. Pemodal akan mencari kawasan yang boleh membekalkan bahan-bahan mentah danmenjadi pasaran bagi hasih keluaran kilang.
            Kedua ialah dari segi perkembangan Revolusi Perindustrian. Perkembangan Revolusi perindustrian di Eropah Barat mendorong kuasa-kuasa besar untukberlumba-lumba menuju ke dunia Timur dan membolot sumber-sumber bahan mentah yang ada. Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah corakdasar penjajahan kuasa Barat. Kuasa Barat pada masa ini berlumba-lumba untuk mencari tanah jajahan dengan tujuan untuk menaikkan imej negara mereka denganmembentuk satu empayar yang luas. Britain sebagai pelopor Revolusi Perindustrian memerlukan tanah jajahan dengan meluaskan kuasa demi menjamin kepentinganekonominya. Dalam proses inipersaingan berlaku antara negara-negara Imperialis.
            Revolusi Perindustrian membolehkan barang-barang dikeluarkan secara besar-besaran dengan pembinaan kilang-kilang yang besar. Pengeluaran barang-barang secara besar-besaran telah mewujudkam permintaan yang lebih besar untuk bahan mentah. Akibatnyakuasa Barat tidak perlu lagi memonopolikan barangdagangan seperti the dan rempah ratus tetapi mereka perlu menguasai kawasan yang kaya dengan bahan mentah dan keperluan kilang penguhaan mereka.
            Di samping itukegunaan bahan mentah yang pelbagai juga mengakibatkan permintaan terhadap bahan itu bertambah. Negara-negara yang kaya denganbahan mentah ini seperti bijih timah,petroleum,gas asli menjadi kuasa tarikan kuasa barat menguasainyaDi Indonesia, Belanda campurtangan sebab inginkan bahanmentah seperti rempah ratusBahan mentah terdapat banyak di Acheh dan Muluku. Antara usaha-uasaha yang dilakukan oleh Belanda untuk mencapai matlamatmereka ialah dengan melibatkan diri dalam campurtangan di Indonesia. Belanda juga telah melakukan beberapa serangan ke atas Makasarmenyebabkan termeterainyasatu perjanjian yang terpaksa ditandatangani oleh Makasar iaitu Perjanjian Bongoya. Akibat daripada perjanjian tersebutMakasar berjaya dimonopoli oleh Belanda.Belanda sanggup melakukan apa sahaja kerana Belanda sedar akan kedudukan Jawa sebagai pengumpul rempah di kepulauan Makasar, Ternate dan Tidore.
            Factor lain ialah mencari pasaran barangIni dikaitkan dengan Barat yang memerlukan teh dan sutera dengan banyak sebagaimana di China tetapibarang di kilang Inggeris tidak diperlukan oleh orang China. Jadi matlamat pihak Inggeris untuk menjadikan China sebagai pasarannya telah gagal. LagipunInggerishanya dibenarkan berdagang dengan Cohong. Malah Inggeris terpaksa menggunakan wamg perak untuk berdagang dengan negara China. Pedagang-pedagang Inggerismembawa masuk candu secara haram dengan banyak ke China. Kemasukan candu ini telah menyebabkan berlakunya imbangan perdagangan yang dialami oleh China.
            Seterusnyapersaingan sengit yang berlaku di antara beberapa kuasa barat telah menggalakkan negara-negara Asia dijajah. Kesan daripada RevolusiPerindustrian di Barat telah mendorong kuasa-kuasa Barat untuk berlumba-lumba menuju ke dunia Timur dan membolot bahan mentah yang ada. Keadaan inimenyebabkan berlakunya persaingan sengit sesama sendiri. Kuasa penjajah seperti Portugal,Sepanyol,British dan Perancis telah menimbulkan sentimen penjajahan dikalangan negara-negara EropahKeadaan ini didorong oleh factor ekonomi dan sentimen kebangsaan. Dalam masa yang samapemerintah turut memberikan doronganke atas persaingan tersebutAntara bantuan yang diberikan ialah seperti moral dan material. Keadaan ini disebabkan pemerintah ingin meninggikan kedudukan dan moralnegaranya.
            Di samping itumonopoli perdagangan oleh kuasa-kuasa besar dan meluaskan kuasanya untuk menyumbang kepada penjajahan. Orang Belanda keTimur untuk memperoleh rempah. Belanda berjaya merampas perdagangan rempah dan beberapa tanah jajahan Portugisdi Asia Tenggara seperti Pulau Ambon (1605),Betawi (1619) dan Melaka (1641). Di Hindia TimurBelanda mengamalkan dasar monopoli perdagangan dengan cara memaksa masyarakat tempatan menjual baranganhanya kepada merekaPerancis menubuhkan Syarikat Hindia Timur Perancis pada tahun 1664 untuk berdagang di Asia. Perancis meluaskan dasar Imperialisme damMekatilisme ke atas India secara bertahan menjelang abad ke-18 dan berjaya merampas Madras pada tahun 1746 tetapi dikembalikan kepada Inggeris pada tahun 1848.
            Pada abad ke-19, kuasa-kuasa Barat telah berlumba-lumba meluaskan pengaruh ekonomi serta membentuk empayar yang luas di Benua Asiaterutamanya di India dan negara China. Kuasa-kuasa barat memberi tumpuan kepada negara China dan India kerana beberapa sebab. Antaranya ialah  kedua-duanyanegara itu kaya dengan pelbagai bahan mentah yang diperlukan bagi kilang-kilang industri merekaKedua-dua negara itu mempunyai bilangan penduduk yang besar dandapat menyediakan pasaran yang luas bagi barangan hasil keluaran kilang-kilang mereka.
            Bukan itu sahajakemajuan dalam bidang Sains dan teknologi yang berjaya menghasilkan penggunaan kapal-kapal berkuasa wap turut menjadi factor yang mendorong kuasa-kuasa Eropah menjalankan dasar penjajahan. Kapal-kapal wap ini membolehkan perjalanan laut lebih selamat dan cepat kerana tidak perlubergantung pada anginkos pengangkutan pula rendah serta jarak masa perjalanan dapat dipendekkanPenggunaan kapal-kapal perang dengan senjata moden turutmembantu mereka membolot perdagangan di Asia Tenggara serta membantu kemasuka pelabur-pelabur Asia.
            Tambahn lagiPembukaan Terusa Suez 1869 telah menghebatkan lagi zaman penjajahan. Terusan Suez ini telah memendekkan jarak dari Eropah keAsia. Kuasa-kuasa Barat mula memperkukuhkan kedudukan politik mereka sepert Belanda,Inggeris dan lain-lain. Ini ditambah lagi dengan ciptaan telegraf yang telahmempercepatkan urusan perniagaan kerana membolehkan peniaga-peniaga Eropah berurusan dengan ejen-ejen mereka di tempat lain dengan cepatIni memnamtudalam peningkatan perdagangan yang seterusnya memesatkan imperialisme Barat.
            Kesimpulannya,kuasa-kuasa Barat dapat meluaskan kuasa perdagangan ke atas negara-negara Asia sama ada di Asia Tenggara,Asia Timur dan AsiaSelatanAdakalanyabeberapa negara yang dijajah menjadi koloni kuasa-kuasa Barat sehingga kehilangan kemerdekaan negaranya sendiri. Negara-negara jajahankemudiannya menjadi pasaran dan bekalan bahan mentah yang diperlukan untuk industri-industri bagi barangan siap di negara-negara Barat.    

SOALAN  7
MASYARAKAT PRIBUMI MENJALANKAN PELBAGAI PENENTANGAN UNTUK MENGHAPUSKAN PENJAJAHAN BARAT.BINCANGKAN CARA PENENTANGAN TERSEBUT.


            Kejayaan dasar imperialis yg dijalankan oleh kuasa asing tlh membawa dan mendatangkan keuntungan dgn mrk. Namun begitu keselesaan yg dinikmati tidalberpanjangan. Ini kerana kesengsaraan yg dihadapi oleh penduduk pribumi tlh menyedarkan mereka utk bagkit menentang penjajah. Pelbagai cara dan strategipenentangan dilancarkan.
            Penentangan msyk pribumi bermula melalui penulisan dan media. Bahan ini amat penting dlm menyalurkan seruan kpd msyk utk bangkit menentang penjajah.Strategi ini dikenali sebagai gerakan dakyah. Di Filipina seorang tokoh yg aktif dlm memperjuangkan penentangan penjajah ialah “Jose Rizal”.Antara karya beliau ialahNovel ‘Noli Me Tangere’ dan El Fili Busterimo’. Selain itu turut diterbitkan akhbar ‘La Solidaridad’. Bahan ini tlh berjaya membangunkan semangat nasionalisme di Filipina. Di Indonesia golongan nasionalis tlh menerbitkan akhbar Medan PriyayiKaum Sunda dan Utusan Hindia. DiChinagerakan nasionalis tlh dijalankan oleh pelajaryg tlh tamat belajar diluar negara. Dgn pengetahuan yg diperoleh dr tokoh barat ttg penjajah ,maka mereka tlh memulakan perjuangan menentang penjajah melalui akhbarKuo Min Pao dan Twentieh Century China.
            Cara kedua ialah melalui pertubuhan parti politik dan persatuan. Pertubuhan ini biasanya dianggotai oleh golongan intelektual. Mrk melancarkanpenentangan dgn tujuan utk mendapatkan kuasa pemerintahan dinegara mereka sendiri. Gerakan yg dipelopori oleh cerdik pandai dpt mempengaruhi msyk pribumi krnmrk disanjungi dan berpengaruhPada 1878, wujud sebuah kumpulan diVietnam yg dipimpin oleh ‘Nam Thiep’. Beliau tlh berjaya mengumpulkan petani utk menyerangmarkas Perancistetapi gagal. Di India pula terdapat bbpr parti politik yg bergiat aktif utk menentang penjajah. Antaranya persatuan TheosofikaBrhmo Sawaj. Tokohterkenal pergerakan nasionalis ialah Mahatma Gandhi. DiIndia pula terdapat kongres kebangsaan India 1885 dan Liga Islam yg diasaskan oleh Nawab Salimullah Khan di Dhaka pd 1906.
            Seterusnya pemberontakan turut dilakukan utk menentang penjajah. DiChina pemberontakan Boxer tlh dibuat dan ia dipelopori oleh kongsi gelapDisamping itutujuan utama pemberontakan Boxer ialah menghalau kuasa asing bg mendapatkan sokongan kerajaan dr rakyat diChinaDiIndia pula kebangkitan askar sepoi Indiaterhadap British pd 1857 lbh dikenali sebagai DahagiPunca kebangkitan askar Sepoi India ialah apabila British mengilhakan kerajaan Qudh serta menggunakan askarsepoi ini utk berkhidmat dgn British. Bagaimanapun mrk dilayan dgn buruk. Mrk kehilangan kemerdekaan dan hak mrk disekat. Puncak kemarahan askar ini apbpentadbir British tidal menghormati adat tradisi agama dan budayaNamun pemberontakan ini gagal. Pemberontakan di Vietnam tlh diketuai oleh Phan Boi Chau. Beliautertarik dgn pembaharuan diChina. Pemberontakan tercetus akibat kemasukan sbg ahli Sarekat Islam spt Semaun dan Dorsono. Mereka ini tlh mendesak Sarekat spy bertindak agresif dgn menentang scr kekerasanMereka akhirnya keluar dr Sarekat dan menubuhkan PKI. Pertubuhan ini dpt menarik minat rakyat dan pemberontakanbersenjata cuba dilancarkantetapi ia gagal.
            Dengan itu terdapat jg penentangan berbentuk pemberontakan bersenjata. DiFilipina misalnyagerakan katipunan yg diasaskan oleh Andres Banifacio tlhmeneruskan perjuangan nasionalisme. Mereka tlh menyebarkan fahaman revolusi dikalangan msyk. Pada 1896 mrk bersedia utk melancarkan revolusi dan tlhmengumpulkan senjata bg menentang penjajah melalui kekerasanBagaimanapun rancangan ini gagal krn tlh diketahui oleh penjajah Sepanyol. Pemberontakan Cavite ygjg dilancarkan oleh rakyat Filipina tlh melibatkan 200 orang rakyat Filipina. Kegagalan pemberontakan ini tlh menyebabkan 3 orang paderi Filipina dihukum bunuh olehSepanyol. DiVietnam pula pemberontakan bersenjata dikenali sbg ‘Can Voung’.
            Penentangan seterusnya ialah melalui peperangan. Peperangan dilancarkan dikebnayakkan negara kerana mereka sedar bahawa segala tindakanusaha ynagdilakukan penjajah bertujuan untuk mengetepikan hak pribumi itu sendiri. Mereka juga berkeyakinan tinggi dengan kekuatanyang ada untuk menetang penjajah. Di Indonesia, pemimpin yang melancarkan peperangan keatas penjajah ialah DIPO NEGORO. Punca peperangan dilancarkan oleh beliau ialah tindakan Belanda ynagmengambil alih pemerintahan Indonesia dan keenganan Belanda untuk meniktiraf DEPO NEGORO sebagai pemimpin agama. Atas sebab-sebab lain juga menyebabkanbeliau telah melancarkan serangan gerila keatas Belanda yang berlarutan selama 5 tahun. Di Burma pula, penentangan melalui peperangan telah dilancarkan melalui tigasiri peperangan antara Inggeris- Burma. Disamping itu perang candu yang berlaku antara kerajaan China dengan British menunjukkan bahawa negara China tidalberminat atau menentang penduduk British dikawasan mereka dan seterusnya menjalankan perdagangan candu. Kebangkitan perasaan anti Jepun di Filipina wujudapabila pemerintahna ynag dijalankan oleh Jepun terlalu kejam dan zalim. Revolusi telah dilancarkan pada 29 Ogos 1896 sebagai langkah untuk mengusir Jepun di Filipinabagi mendapatkan semula kuasa pemerintahan yang lebih adil.
            Langkah seterusnya ialah pemboikotan. Pada 1922 di Indonesia, PKI telah menganjurkan pemogokan dikalangan pekerja yang dikelolakan oleh kesatuan BuruhRevolusioner Pusat. Peringkat awal usaha ini gagal. Pada Mei 1923, PKI melancarkan sekali lagi pemogokan dikalangan pekerja keretapi yang melibatkan 8 ribu orangmelalui Gabungan Kesatuan Buruh Hindu. Melalui usaha inipenjajah sedar bahawa usaha pembangunan di negara yang dijajah sentiasa ditentang. Di India pula Mahatma Gandhi telah memimpin demonstrasi Perbarisan Penderhaka Awam. Usaha menentang penjajah berterusan dengan kempen ‘Satyagraha’. Dalam kempen inimasyarakat pribumi bangkit untuk membantah pembayaran cukai keatas garam serta memulaukan barangan asing serta majlis perundangan dan perkhidmatan awamnegara. Bantahan ini gagal dan menyebabkan Gandhi dan pengikutnya dipenjara. Di Burma pula pemogokan pertama telah dilakukan oleh pelajar yang membantahkenaikan taraf kelayakan memasuki universiti oleh kerajaan British. Antara pemimpin dikalangan pelajar ialah AUNG SAN. Disamping itu untuk memantapkanpenetanganParti Kominkochin telah menyeru golongan pertani dan pekerja supaya pembayaran cukai keatas tanah dan hasil dihapuskan. GCBA mengalakan penubuhanpertubuhan diperingkat kampung untuk mendapat sokongan dalam perjuangan mereka. Mereka berjaya menubuhkan persatuan sebangsatetapi ketua kampung telahmenafikan penglibatan dalam pertubuhan ini kerana mereka adalah kakitangan kerajaan.
            Kesimpulannya penindasan yg dialami oleh msyk pribumi menyebabkan mrk bangkit menentang penjajah. Semangat nasionalisme yg semakin kuat menjadikanmereka berusaha sedaya upaya dan pelbagai cara digunakan utk membebaskan tanah air drpd terus dijajah.    

SOALAN 8

NILAIKAN PENDUDUKAN JEPUN DI BURMA,SIAM DAN INDONESIA HUBUNGANNYA DENGAN GERAKAN KESEDARAN NASIONALISME
   

     Pendudukan Jepun di Burma,Siam dan Indonesia tlh memberi kesan yg positif di mana ia tlh menyemarakan lagi semangat nasionalisme bagi rakyat di ketiga2 negara tersebut. Pd Disember 1941 Jepun tlh melancarkan serangan ke atas Burma. Menjelang Mei 1942 seluruh Burma tlh berjaya di takluki oleh Jepun. Jalinan kerjasama di antara Jepun dan Siam dlm bidang P,E dan ketenteraan menyebabkan pendudukan Jepun di Siam. Manakala  pd Februari 1942 Jepun tlh berjaya menduduki Indonesia.Pendudukan ini tlh menggalakkan lagi semangat nasionalisme di klgn rakyat tmptn.                                                                                                                        
      Di Burma, kejayaan Jepun mengalahkan british pd 1942 tlh membuktikan bahawa British bukanlah satu kuasa besar yg tdk blh dikalahkan. Kekalahan ini tlh menjadi inspirasi kpd semangat nasionalisme dan menggalakkan perkembangan anti- imperialisme di klgn nasionalis Burma. Keazaman mereka utk menuntut kemerdekaan semakin meluap2. keruntuhan pemerintahan British tlh menyedarkan mereka bhw mereka tdk blh mengharapkan sepenuhnya kpd penjajah utk menentukan nasib mereka sendiri.
    Di samping itu, Jepun juga memberi kebebasan berpolitik kpd nasionalis Burma utk menentang British. Jepun  tlh menyokong penubuhan Minami Kikan yg merupakan pertubuhan yg ditubuhkan semata2 utk menyingkir british dr bumi burmaJepun tlh beri sokongan dgn memberi bantuan latihan ketenteraan kpd rakyat tmptn yg berminat utk menyertai bidang ketenteraan. Secara tdk langsung menggalakkan lagi semangat nasionalisme diklgn rakyat tmptn dan nasionalis. Misalnya, Minami Kikan tlh memberi latihan kpd komred 30 dan B.I.A (Burma Independent Army) sbg penentang kpd  Jepun yg ingin meluaskan bahasa dan budaya Jepun.
    Selain itu, Jepun turut memberi pengalman politik dan pentadbiran kpd rakyat tmptn sbg persediaan utk berkerajan sendiri. Di Burma, ktk tentera Jepun menyerangBurma ramai pegawai2 British tlh melarikan diri ke IndiaIni menyebabkan berlakunya kekosongan dlm birokrasi Burma. Bg memenuhi kekosongan itu, Jepun tlh melantik rakyat Burma utk mengisi kekosongan itu. Pd 1 Ogos 1943, Jepun tlh beri kemerdekaan kpd Burma  maka sebuah kerajaan boneka tlh dibentuk. Ia di ketuai oleh Dr. Ba Maw sbg Perdana Menteri. Manakala, golongan Thakin diberi peluang memegang byk jwtan dlm kabinet baru. Thakin  Mya tlh dilantik sbg Timbalan Perdana Menteri dan Thakin Aung San pula sbg Menteri Pertahanan. Dgn ini, rakyat Burma tlh memperolehi byk pengalaman dlm memerintah negara. Ini tlh meyakinkan mereka utk capai kemerdekaan dan berupaya memerintah negara sendiri.
      Sementara itu, latihan dan pengalaman ketenteraan tlh memberi byk pengalaman kpd rakyat Burma utk menentang British. Sblm peperangan meletus di asia, Jepun tlh melatih dan membantu menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma(B.I.A)di bwh pimpinan Aung San dan Ne Win. Jepun tlh berjaya mempengaruhi B.I.A utk bantutenteranya menewaskan tentera British. Walaupun pasukan B.I.A mengandungi ahli seramai 30 ribu org namun mereka tdk memiliki kekuatan yg kukuh. Hal ini krn mereka kurang berdisiplin. Oleh itu, pd julai 1942 pasukan ini tlh ditukar kpd tentera pertahanan Burma. Kemudiannya, Tentera Kebangsaan Burma pd 16 Sept 1943.Latihan ketenteraan yg diberi oleh Jepun tlh menambahkan lagi semangat perjuangan org2 Burma. Apabila Jepun menunjukkan tanda2 kekalahan dgn tentera Berikat, Tentera Kebangsan Burma tlh berpaling tadah dgn memberi bantuan kpd British utk menewaskan Jepun. Pengalaman ini di gunapakai utk memperoleh kemerdekaan.
     Kemungkiran janji Jepun memberikan kemerdekaan sepenuhnya kpd Burma turut menyumbang kpd kesedaran nasionalisme di Burma. Golongan Thakin tidak berpuas hati dgn hak kemerdekaan yg di berikan oleh Jepun kpd mereka. Ini krn kemerdekan yg di beri oleh Jepun kpd Burma hanyalah satu kemerdekaan kosong krn tentera Jepun masih lagi berkuasa di negara itu. Namun kebencian terhdp Jepun tlh muncul sejak 1942 lagi. Aung San melihat bhw Jepun bukanlah penyelamat ttpi gagal memberikan rakyat Burma utk berkerajaan sendiri.  Oleh  itu, apabila Jepun menubuhkan Burma   Defense Army, Aung San tlh menggunakannya sbg saluran utk menentang Jepun.
     Selain drp itu, aspek2 lain spt penderitaan, propaganda dan kezaliman yg dilakukan oleh Jepun tlh menambahkan lagi kesedaran nasionalisme rakyat Burma.Penderitaan dan propaganda Jepun “Asia utk Org Asia”tlh menyemarakkan lagi keazaman mereka utk menuntut kemerdekaan. Kekejaman pentadbiran jepun dan kemerosotan taraf hidup tlh mewujudkan semangat anti- Jepun diklgn rakyat burma. Oleh itu, pd 1944 golongan Thakin dgn bantuan lain2 pertubuhan nasionalis tlh menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti- Fasis(A.F.P.F.I) utk menentang Jepun. A.F.P.F.I tlh menyebelahi British dlm bln mac 1945 apabila ia scra terbuka menentang Jepun. Slps kekalahan Jepun dlm Ogos 1945 A.F.P.F.I yg dikuasai oleh golongan Thakin tlh muncul sbg pertubuhan nasionalis Burma yg utama.
      Manakala jika ditinjau di Indonesia pula, kejayaan Jepun mengusir Belanda dr bumi Indonesia turut menjadi inspirasi kpd nasionalios Indonesia. Nasionalis2 Indonesia spt Sukarno, Hatta dan Sjahrir percaya sekiranya mereka mengikut model Jepun dlm rcgan saintifik dan teknikal menentang  barat maka mereka akan lebih berjaya merampas kuasa dr Jepun. Perkembangan ini tlh membawa kpd beberapa rusuhan menentang Belanda di Jawa,Madura dan Sumatera. Rusuhan ini tlh menemui kegagalan.
      Selain itu, layanan baik Jepun terhdp pemimpin tmptn ialah dgn membebaskan mereka drp tahanan Belanda. Ini tlh bantu mengaktifkan kembali gerakan nasionalisme di negara ini. Antara mereka yg dibebaskan ialah Sukarno, Hatta dan Sjahrir. Mereka juga tlh menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA) dgn sokongan dan bantuan Jepun. PUTERA tlh memainkan peranan ptg dlm soal gerakan nasionalisme. Dlm kata2 G.M Kahin penubuhan PUTERA membarakan lagi semangat nasionalisme diklgn rakyat Indonesia dan mengembalikan keazaman mereka utk capai kemerdekaan. Melalui PUTERA Sukarno dan Hatta bebas bergerak memberi ceramah di sanasini. Secara tdk langsung mesej nasionalisme dpt disebarkan.
     Kesediaan Jepun memberi kebebasan berpolitik kpd golongan nasionalis Indonesia tlh meningkatkan kesedaran nasionalisme. Utk menjaga keptgn, Jepun tlh membenarkan parti2 ini beroperasi dgn matlamat menentang  Belanda. Jepun tlh menyokong penubuhan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA) dan Pembela Tanah Air(PETA) yg memiliki persamaan di TM yg bertujuan membentuk fhman bersama. Pemimpinnya terdiri drp Hatta dan Sahrir. Pd awalnya, mereka menyokong Jepun namun secara sulit mereka mengadakan pakatan menentang Jepun. Ini membawa kpd pengharaman pertubuhan2 ini. Ttpi sms kebebasan diberi PUTERA tlh berjaya menyedarkan rakyat pribumi. Manakala PETA juga tlh memperoleh sokongan yg kuat dimana menjelang 1945 ahlinya tlh mencapai 120 ribu org. Jepun turut membantu menubuhkan Majlis Syuro Muslimin Indonesia(MASJUMI)yg menggabungkan parti2 agama. Ttpi sikap anti- Jepun wujud dlm parti ini yg tdk dpt terima maharaja jepun sbg tuhan.
     Di Indonesia jepun turut memberi peluang rakyat tmptn memegang jawatan dlm pentadbiran.ini krn Jepun menghdpi mslah kekurangan kakitgn utk kendalikan pentadbiran. Ini krn ramai org Belanda tlh di buang. Keadaan ini menyebabkan byk kekosongan jwtan diisi oleh golongan terpelajar/intelektual Indonesia. Mereka memegang jwtan2 pentadbiran dan teknikal. Golongan belia dan pelajar juga terlibat dlm pertubuhn2 spt Seinendan Gakutotai, Barisan Pelopor dan Angkatan Muda.Tindakan ini tlh beri keyakinan dan pengalaman kpd org2 Indonesia utk mentadbir negara sendiri. Antara jwtan yg dipegang oleh mereka ialah Pegawai Daerah dan Polis Rahsia Jepun/Kempetai.
     Selain itu, latihan dan pengalaman ketenteraan yg diberi oleh Jepun tlh menambahkan lagi semangat nasionalisme rakyat Indonesia. Organisasi semi-tentera tlh ditubuhkan utk selamatkan empyr  jepun dan bersifat tentera penuh. Ia di anggotai oleh pemuda Indonesia. Organisasinya spt Seinendan dan Keibodan yg ditubuhkan pd29Aapril 1943. Seinendan ialah organisasi semi-tentera  yg diberi latihan tanpa senjata. Ia di gunakan sbg garis belakang utk sokong tentera Jepun. Manakala Keibodan pula dijdikan sbg pembantu polis bg kawal ketenteraman dlm negara. Selain itu terdpt juga Barisan Pelopor, Barisan Berani Mati dan Hizbullah. Sementara, PETA dan Heino merupakan pertubuhan tentera penuh bertujuan menentang sergn tentera berikat. Latihan dan pengalaman ini di gunakan sebaiknya oleh mereka utk mengusir penjajah.
      Seterusnya jepun tlh mungkir janji utk beri kemerdekaan kpd rakyat Indonesia. Pd awalnya Perdana Menteri Jepun Koiso inigin beri kemerdekaan kpd Indonesia, ttpi apabila menyedari yg mereka kan kalah ditgn kuasa Berikat  maka kemerdekaan yg dijanjikan tadi enggan ditunaikan. Ttpi, akhirnya Jepun tlh melepaskan Indonesia di mana Sukarno tlh menetapkan kemerdekan Indonesia jatuh pd 24 Ogos 1945. namun, Belanda enggan mengiktiraf akan kemerdekaan Indonesia ttpi tanggal 27 Disember 1949 Belanda setuju mengiktiraf kemerdekan Indonesia.
        Kemerosotan ekonomi, kesengsaraan hidup dan kezaliman Jepun tlh mencetuskan semangat nasionalisme di klgn rakyat Indonesia. Penderitaan yg dialami rakyatIndonesia sp[t di paksa menjadi org suruhan Jepun, dipukul jika tdk bekerjasama, diseksa jika mengkhianati jepun, harta dirampas, wanita2 dirogo dll tlh mendorong kpd penubuhan gerakan penentangan. Antara pemimpin pergerakan anti- jepun terdiri drp Amir Saifuddin yg mendpt bantuan kewangan dr Belanda. Ttpi pd awal 1943 beliau tlh ditangkap oleh belanda dan di gantikan oleh sjahrir. Sjahrir tlh menggerakan gerakan bwh tnh dan mengembangkan cwgannya di Jakarta, Cheribon, Garut, Semerang dan SurabayaDi Cheribon tlh dipmpin oleh Dr. Sudersono yg menyalurkan kpd koperasi petani. Cth gerakan bwh tnh ialah gerakan bwh tnh Sendenbu yg dipimpin oleh Adam Malik dan beberapa yg lain.
        Utk menghapuskan kuasa Belanda , Jepun tlh mempertingkatkan taraf bahasa Indonesia.ia dilakukan dgn mengharamkan penggunaan bahasa inggeris dan belanda. Penggunaan bahasa jepun turut digalakkan krn bahasa ini tdk difahami oleh rakyat Indonesia.penggunaan bahasa Indonesia sbg bahasa kebangsaan tlh ditingkatkan diperkukuhkan lagi. Penggunaan bahasa Indonesia sbg bahasa kebangsaan tlh menyemarakkan l;agi semangat nasionalisme rakyat tmptn.
       Dr aspek pendidikan pula, dsr Jepun yg ingin menjepunkan rakyat tmptn tdk dipersetujui oleh rakyat Indonesia. Majority dr rakyat Indonesia adalah beragama islammaka dsr ini tlh dibangkang terutamanya ttg soal ketuhanan. Ini krn Jepun menganggap yg maharajanya sbg tuhan. Selain itu, tindakan Jepun yg amat biadap krn memaksa rakyat Indonesia tunduk dan beri penghormatan spt menyembah kpd tentera Jepun. Ini tlh menimbulkan kemarahan rakyat pribumi. Bg mereka yg enggan atau ingkar akan dibunuh dgn kejam.
      Di Siam pula, pergerakan anti- jepun tlh menghangatkan lagi semangat nasionalisme rakyat Siam. Di Bangkok, pergerakan anti-jepun yg dipimpin oleh Pridi, Direk Jayanam dan Thawee Bunyit. Penubuhannya ialah utk kurangkan keberkesanan kerajan Phibun dan sebarkan propaganda spy rakyat tdk mempercayaikerajaan Phibun dan tentera Jepun serta mengadakan hubungan dgn tentera Berikat. Slps 1942, pergerakan ini alami perkembangan pesat. Lama- kelamaan Pergerakan ini bertambah luas hingga meliputi stp jbtn kerajan samaada di peringkat pusat atau daerah dgn anggotanya dianggar antara 50 ribu hingga 90 ribu org. ia di lakukan utk kekalkan status merdeka oleh Siam.
    Seterusnya masalah ekonomi yg dihdpi oleh siam menambahkan lagi semangat nasionalime rakyat Siam utk mengusir Jepun. Hehadiran Jepun tlh menyebabkan simpanan kerajaan Siam di London dan New York tlh dibekukan. Ini mengakibatkan kejatuhan nilai bath dan urusan import-eksport terhenti. Inflasi juga berlaku dgn hebatnya dan ia tlh merumitkan lagi dgn percetakan wang yg berlebihan. Melesetan ekonomi ini tlh membawa kpd gejala lain spt kegiatan pasar gelap. Keutgan yg diperolehi byk krm krn brg2 disorok menyebabkan aktiviti rasuah semakin berleluasa. Ini tlh menyedarkan siam yg jepun tlh menindas dan mengeksploitasikan sumber ekonomi Siam.
     Dr aspek pendidikan, sekolah2 siam tlh diarahkan utk mengajar bahasa Jepun,mempelajari mengamalkan budaya Jepun serta menyanyikan lagu kebangsaan Jepun.Manakala Maharaja Jepun pul dijadikan lambing tat setia. Minggu Jepun turut di adakan bg memberi penerangan ttg Jepun kpd rakyat Siam. Ini tlh menimbulkan kemarahan rakyat siam dan membawa kpd penentangan.
      Kesimpulannya, pendudukan jepun di BurmaSiam dan Indonesia tlh mempercepatkan lagi proses kemerdekaan negara mereka. Walaupun pendudukan ini membawa byk kesan negetif namun terdpt juga kesan positif yg diperolehi spt semangat nasionalisme.              

No comments:

Post a Comment