TIP UPSR 2011 (Kata Kerja/Adjektif)
Tip Tatabahasa SK/SJK 2011
1. Cara memotong
a) memotong b) mengerat c)menghiris d)membelah e) menetak f)mencantas g)memangkas h)menggunting i)melapah j)menyembelih k)menyiat l)mencencang m)menebang n)memenggal o)menakik p)menebas
2. Cara duduk
a)bersila b)berlunjur c)bersilang d)bertinggung e)berlutut f)bersimpuh
3. Cara membuang
a) membaling b)membuang c)melontar d)mencampak e)menghempas f)merejam g)melempar
a) membaling b)membuang c)melontar d)mencampak e)menghempas f)merejam g)melempar
4. Cara jatuh
a)terjatuh b)tersembam c)tersungkur d)tertiarap e)terjelopok f)telentang g)terpelanting h)terjunam i)terbabas j)terhumban
5. Cara menggosok
a)mengelap b)mengesat c)menggosok d)menggilap e)mengilat
6. Cara menggunakan air
a)menyimbah b)menyiram c)menjirus d)merenjis e)mencurah f)menuang
7. Cara makan/minum
a)membaham b)menelan c)melulur d)mengunyah e)menggigit f)mengerit g)memagut h)meneguk i)menyedut j)menghirup k)menghisap
8. Jatuh........
a)tumbang b)runtuh c)rebah d)jatuh e)gugur f)roboh g)ranap h)luruh
9. Bimbang........
a)bimbang b)rimas c)resah d)ragu-ragu e)cuak f)curiga g)gelisah h)takut i)cemas j)sangsi k)risau l)runsing
10. Datang/muncul.......
a)muncul b)tampil c)terbit d)timbul
11. Arah/haluan........
a)mundar-mandir b)lalu-lalang c)bolak-balik d)ulang-alik
12. Bising........
a)riuh-rendah b)hingar-bingar c)gegak-gempita d)bingit
Terima kasih kepada guru-guru, kawan-kawan dan murid-murid kerana masih memberikan sokongan kepada saya terutamanya sekolah-sekolah yang telah menjemput saya untuk memberikan ceramah. Tidak dilupakan, guru-guru serta murid-murid yang menghadiri ceramah saya anjuran Kampus Astro di Pulau Pinang dan Petaling Jaya. Terima kasih kerana masih menaruh kepercayaan terhadap saya. Diharapkan tip-tip ini dapat membantu anda semua!
Tema untuk bahagian ini pada tahun ini kemungkinan berfokuskan INDIVIDU dan SEKOLAH. Maknanya, gambar yang mungkin diutarakan berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan individu atau sekolah. Contohnya, gotong-royong di luar/dalam sekolah, aktiviti yang melibatkan individu seperti aktiviti harian, satu majlis keramaian/pertandingan, dan lain-lain. Namun, semua murid dinasihatkan agar tidak melupakan format yang lain seperti graf, jadual dan gambar berpusat/bercapah.
Tajuk lain - Gambar - perkhemahan, gotong-royong (murid), perpustakaan, sambutan majlis, hari sukan, Hari Kebangsaan, Hari Guru. Jadual- jadual harian murid bertugas/individu. Graf- keputusan peperiksaan. Gambar berpusat - yang berkaitan dengan menjaga kebersihan/kesihatan atau nilai murni.Gambar bercapah - pohon kelapa, kelapa sawit, getah, buluh dan sebagainya.
Bahagian B - SK
1. Cerita 2. Surat 3. Perbualan/Dialog 4. Syarahan 5. Pengalaman 6. Fakta
Bahagian B - SJK
1. Autobiografi 2. Catatan 3. Laporan 4. Pengalaman 5. Keperihalan 6. Fakta
Tajuk-tajuk penting Tahun 2009/2010/2011
1. Lawatan ke sebuah tempat yang menarik/bersejarah
2. Pengalaman terlibat dalam satu aktiviti-majlis hari lahir, perkahwinan (2009 SJK), aktiviti di
sekolah(2009 SJK), bercuti (2010-SJK), aktiviti di rumah (2010(A)SK)
3. Sukan (2009 SK)
4. Kokurikulum
5. Perpustakaan
6. Komputer
7. Kebersihan (2009 SJK)/kesihatan diri
8. Mengenang jasa ibu bapa, guru, orang tua(cara menghormati)
9. Tindakan yang dijalankan dalam satu-satu situasi
10.Autobiografi - Aku Sebuah Beg Sekolah, Aku Sebuah Pusat Sumber
11. Cara-cara/persediaan menghadapi peperiksaan (2009 SK)
12. Cara-cara/bagaimana menjadi murid yang cemerlang/orang yang berguna
13. Majlis perpisahan seseorang
14. Perkelahan
15. Perkhemahan (2010(A) SJK) / (2010 SK)
16. Hobi (Permainan 2010 SJK)
17. Soalan-soalan yang berkaitan dengan nilai murni (2009 SK)
18. Gotong-royong (2009(A) SJK) / (2009(A) SK)
19. Kem Motivasi/Kecemerlangan UPSR (2010 SK)
Tajuk-Tajuk Tambahan 2011
1. Kawan baik - ciri-ciri/mengapa pilih dia
2. Keluarga
3. Cara-cara menjaga keceriaan/kebersihan sekolah/rumah
4. Hari Guru/Hari Kanak-kanak?hari Kantin/pertandingan di sekolah
5. Hadiah yang saya inginkan
6. Impian Saya
No comments:
Post a Comment