I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 5, 2011

STPM Ekonomi (Mikroekonomi) 2011 – Extra Tips and Predictions for Paper 944/1



Tips dan Ramalan Tambahan bagi STPM Ekonomi 2011 Kertas 1 dengan menguasai Bab 1 Mikroekonomi.
Bab 1 – Masalah asas ekonomi
Masalah asas ekonomi iaitu:
1. Apa dan berapa barang yang hendak dikeluarkan?
  • Masalah apa merujuk kepada jenis barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepadacorak peruntukkan sumber dalam ekonomi bagi memaksimumkan kepuasan pengguna.
  • Masalah berapa barang yang hendak dikeluarkan merujuk kepada kuantiti barang yang hendak dikeluarkan berdasarkan kepada Mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran di pasaran.
2. Bagaimana barang hendak dikeluarkan?
  • Masalah bagaimana barang hendak dikeluarkan merujuk kepada teknik / kaedah pengeluaran sama ada teknik berintensifkan modal atau teknik berintensifkan buruh dalam sesebuah ekonomi.
  • Sesebuah firma akan memilih teknik pengeluaran yang paling cekap iaitu teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan firma.
3. Untuk siapa barang hendak dikeluarkan?
  • Masalah untuk siapa barang hendak dikeluarkan merujuk kepada pengagihan barang dan perkhidmatan kepada pelbagai masyarakat dalam ekonomi yang bergantung kepadacorak agihan pendapatan dan kuasa beli pengguna.
  • Contohnya, Golongan berpendapatan tinggi, mempunyai kuasa beli yang tinggi mampu mendapatkan barang yang lebih berkualiti dan banyak berbanding golongan yang berpendapatan rendah.
Nota Penting: Pelajar perlu ingat kata kunci (perkataan yang dihitamkan)
INGATAN:
Jika soalan seperti:
Bagaimanakah masalah asas ekonomi bagi pengeluaran kopi diselesaikan?
  1. Apakah dan berapakah kopi yang hendak dikeluarkan?
  2. Bagaimanakah kopi hendak dikeluarkan?
  3. Untuk siapakah kopi hendak dikeluarkan
Maka dalam jawapan anda mesti dinyatakan kopi,
Jika pelajar tidak menyatakan kopi dalam masalah asas ekonomi maka 0 markah akan diberi.

No comments:

Post a Comment