SOALAN 9
BANDINGKAN PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAH DI ASIA SELATAN DAN ASIA TENGGARA
Kehadiran dan penglibatan kuasa Barat di beberapa buah negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur telah menimbulkan rasa tidak puas hatidikalangan penduduk tempatan. Bentuk penentangan yang dilakukan oleh penduduk tempatan mempunyai persamaan dan perbezaan dengan negara-negara yang terlibat.Mesalnya walaupun penentangan tersebut ditujukan kepada kuasa asing tetapi ia berbeza mengikut penglibatan mereka masing-masing. Contohnya, penduduk Myanmarmenentang British dalam benntuk perang seperti Perang British-Burma Pertama, Perang British-Burma Kedua dan Perang British-Burma Ketiga. Gerakan menentangperaturan baru berlaku di bawah pimpinan Saya San. Kehadiran dan penglibatan Perancis di Vietnam mencetuskan gerakan penentangan. Golongan Manderin (pegawaikerajaan) yang tidak berpuas hati telah melancarkan gerakan menentang Perancis. Penduduk Indonesia pula menentang Belanda, manakala orang Filipina menentang Sepanyol dan Amerika Syarikat. Penentangan awal abad ke-19 di Filipina lebih bercorak tempatan. Gerakan tentangan di Filipina mengalami perubahan apabila Jose Rizal menubuhkan liga Filipina. Di India pula berlaku penentangan terhadap British. Ia lebih bersifat menghalau British, mengekalkan pemerintahan lama dan hubungan sosial. Selain itu, terdapat gerakan agama untuk membebaskan rantau dan membentuk kerajaan baru. Gerakan petani menetang peladang Eropah, cukai tanah, pegawai perhutanan, pemimjam wang tanah peribumi.
Faktor utama tercetusnya gerakan tentangan di Vietnam adalah disebabkan oleh semangat setia kepada raja,negeri dan fahaman confucionis . Dalam pada masa itu,gerakan tentangan juga meletus kerana slogan setia raja. Perjuangannya berunsur ideology dan bentuk perkauman. Temanya menghapuskan agama dan menghalau kluar Perancis. Pengaruh luar juga memberi dorongan kepada gerakan tentangan di Vietnam. Gerakan Islah K’ang Yu-Wei dan Liang Ch’i-Chi’ao pada tahun 1898memberi peransang kepada orang Vietnam untuk menentang. Selain itu,ia juga dipengaruhi oleh Sekolah Dong Kinh yang ditubuhkan pada tahun 1907. Penubuhan sekolah ini memberi pengkhususan seperti pendidikan , sastera , ekonomi dan propaganda. Revolusi China 1911 juga mempengaruhi perjuangan di Vietnam. Phan Boi Chau dan 100 orang dalam buangan di China menukar Persatuan Pembaruan kepada Persatuan Pemulihan. Matlamat persatuan ini ialah menubuhkan kerajaan republik demokratik Vietnam. Dalam pada itu,perkembangan agama Kristian juga mencetuskan rasa tidak puas hati dan bangkit menentang Perancis. Penguasaan Perancis ke atas kawasan tertentu menyebabkan timbulnya kebimbangan di kalangan penduduk. Ini kerana penduduk takut Perancis akan memusnahkan mereka. Tentangan juga dilakukan terhadap golongan yang bersubahat dengan Perancis. Rasa tidak puas hati juga timbul kerana sikap dan tindakan orang Perancis ke atas penduduk tempatan.
Orang Vietnam menentang Perancis dalam pertempuran di Kubu Da Nang pada tahun 1858 tetapi gagal. Pasukan Perancis dengan mudah menawan Da Nang padaSept 1858. Seterusnya pasukan Perancis mara ke Delta Mekong dan berjaya menawan Gia Dinh. Penguasaan Perancis di Delta Mekong ini menimbulkan tentangan di bawah pimpinan Sarjana Ningrat. Dengan itu lahir kumpulan penentangan di bawah pimpinan Sarjana Ningrat dan tuan tanah. Kumpulan ini tidak mahu menerima Perancis sebagai orang gasar ( barbarian ) . Kumpulan ini menyerang kapal Perancis,menghalang bekalan makanan dan membunuh pengsubahat Perancis. Pada 13 Julai 1883, Maharaja Ham Nghi mengumumkan 3 strategi menentang Perancis iaitu menyerang,bertahan dan berunding. Seterusnya gerakan tentangan terhadap Perancis diteruskan lagi di bawah pimpinan Hoang Hoa Tham. Beliau adalah petani dari Hung Yen. Selepas tahun 1890,gerakan tentangan terhadap Perancis berlaku di sepanjang Sg Da.
Manakala di Vietnam pula kesan yang timbul ialah Perancis berjaya menguasai 3 kawasan di delta Ang Giang,Ha Tien dan Vinh Long.Penduduk delta tidak lagi bebas bergerak di sg kerana kawasan delta diduduki Perancis. Manakala golongan sarjana ningrat yang terlibat dalam gerakan menentang Perancis meninggalkan delta buat selama-lamanya. Golongan bangsawan yang tinggal di kampung dan pembesar Canton memulakan hidup baru di bawah pemerintahan Perancis. Kebangkitankumpulan dengan slogan Setia Raja telah melancarkan serangan ke atas wilayah dan menyebabkan gabenor , pesuruhjaya kewangan dan perundangan ditangkap ataudibunuh. Serangan ini menyebabkan system pentadbiran tradisional wilayah Vietnam hampir runtuh. Selain itu,gerakan ini telah meninggalkan kesan sakit hati orang Vietnam katolik. Mereka yang terlibat dalam Gerakan Setia Raja bersama Phan Dinh Phung yang menyerah diri seramai 25 orang dibawa ke Hue dan dibunuh.
Manakala di Filipina semasa pemerintahan Sepanyol sama ada orang awam, tentera dan golongan agama banyak melakukan ke atas penduduk Filipina.Golongan agama adalah penyebab utama meletusnya gerakan tentangan terhadap Sepanyol. Mereka berlindung di sebalik kesucian agama dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas penduduk Filipina dan merampas harta mereka.Penindasan ini berlaku di kalangan pegawai kerajaan terutamanya golongan tentera di bandar.Pegawai Sepanyol juga menghina golongan kaya dan ternama.Selain itu, dalam pemerintahan Sepanyol orang Filipina jarang mendapat pendidikan.Dalam pelaksanaan undang2, terdapat perbezaan antara orang Filipina dengan Sepanyol.Keadaan ini menimbulkan rasa tidakpuashati orang Filiipina.
Pada tahun 1823, sekumpulan askar Filipina bangkit kerana tidak berpuas hati di atas layanan yang berbeza daripada tentera Sepanyol keatas mereka.Kebangkitan ini dilenali sebagai Novales.Layanan berbeza dalam agama mencetuskan kebangkitan Tayabas.Gerakan agama ini dipimpin oleh paderi berbangsa Filipina, Apolinavio De La Cruz.Paderi Filipina ini tidak berpuashati terhaadap layanan Sepanyol kepada mereka.Tuntutan persssamaan layanan ini tidak disokong oleh paderi Sepanyol.Seterusnya sekumpulan askar dihantar ke Tayabas.Dalam pertempuran yang berlaku De La Cruz telah terkorban.Pada1827, berlaku satu lagi kebangkitan di Caviti.Paderi berbangsa Filipina yang tidak berpuashati terhadap dasar Sepanyol yang tidak membenarkan mereka bersembahyang telah melancarkan gerakan menentang Sepanyol.Dalam gerakan propaganda yang di bawah pimpinan Jose Rizal mereka tidak menggunakan senjata sebaliknya menggunakan akhbar La Solidaridad sebagai perjuangan.
Selepas itu, muncul pertubuhan Katipuna pada 1892.Matlamat pertubuhan ini ialah membangkitkan kesedaran kebangsaan dan bergerak untuk pembebasan bangsa Filipina daripada kezaliman Sepanyol dan kekejaman agama.Pada 1896, Katipuna mengeluarak akhbar berjudul Kalayaan (kebebasan ) yang cenderung menaikkan semangat perjuangan.Pada1896 juga, Katipunan melanccarkan gerakan menentang Sepanyol.
Akibat daripada peristiwa tersebut, pelbagai kesan telah wujud.Antaranya ialah kebangkitan Caviti 1872 mengalami kegagalan.Mereka yang menyokong pergerakan ini ditangkap dan dibunuh.3 orang paderi bangsa Filipina dihukum mati.Selain itu, beberapa orang dijatuhkan hukuman buang negeri.Dalam perjuangan menentang Sepanyol di bawah Katipunan ramai yang mengalami kecederaan dan terkorban.Kerajaan menjalankan gerakan menyerang, menangkap dan membunuh.Sementara orang Filipina yang menentang Sepanyyol pada 1898 telah menyebabkan perang antara Sepamyol dan Amerika meletus.
Pada 1921, di bawah pimpinan Persatuan Belia Buddha pelajar Universiti Rangoon menjalankan mogok menentang syarat baru dan ketat mengenai kemasukan ke universiti yang diperkenalkan pada taaahun 1920.Pada 1922, penentangan juga berlaku apabila GCBA di bawah pimpinan U Chit Hlaing memulaukan pilihanraya majlis perundangan.Manakala U Ba Pe menubuhkan Parti 21 menyertai pilihanraya.Pada pertengahan 1920-an golongan Pongyi menjalankan kempen di kalangan petani anti cukai.Mereka juga menentang undang British dan polis.
Gerakan tentangan di Burma mencapai matlamatnya.Dalam kemangkitan Saya San kira2 3000 orang pengikutnya terkorban manakala pihak polis kehilangan 138 nyawa.Gabenor Innes mengisytiharkan penurunan cukai daripada 1/10 kepada 1/7 di kawasan yang teruk menerima kesan kemelesetan, menawarkan pengampunan kepada semua mereka yang terlibat menyerahkan senjata, pulang ke rumah dan memberi maklumat kepada kerajaan.Kerajaan telah melantik Booth-Gravely sebagai pesuruhjaya khas bagi mengatasi kebangkitan yang meletus di lima daerah dengan hebat.
Faktor penentangan yang berlaku di India adalah disebabkan oleh penglibatan British yang telah mencetuskan beberapa gerakan penentangan. Dalam gerakan Faraidi yang dipimpin oleh Hj Shariatulah, faktor agama sangat meonjol. Golongan ini yang dipengaruhi oleh Wahabi India bukan lagi negara islam tetapi telah berubah menjadi negara perang . Pada 1863 orang Sikh menentang British krn tidak berpuas hati dengan dasar membawa barangan dari luar dan pendidikan barat yangdiperkenalkan British. Pada 1907 sekali lagi British mendapat tentangan daripada orang Sikh krn peraturan baru yang diperkenalkan British. Mereka tidak berpuas hatiterhadap Akta Penjajahan Punjab 1907 yang menyatakan krj boleh meninggikan cukai tanah dan bayaran air dikawasan saliran pengairan.Pentadbiran British jugamenyebabkan ramai tukang mahir di India kehilangan sumber pendapatan dan mencari pekeerjaan lain kerana dasar British tidak menggalakan barngan India sebaliknyamengalakan barangan asing.Selain,itu tindakan memperkenalkan istem pendidikan barat mencetuskan kebimbangandan kegelisahan di kalangan orang India.Merekamenganggap tindakan ini sebagai percubaan British untuk mengkristiankan penduduk India.Perasaan tidak puas hati juga muncul karana langkah lord Dalhousemeluluskan Akta kahwin semula dan menjalankan kempen menhapuskan adat Sutee dan Thugee.
Orang India juga tidak dapat menerima teknologi barat yang diperkenalkan British.Pembinaan jalan keretapi dan telegraf disifatkan memberi ancaman kepadaagama Hindu dan kasta mereka. Rasa tidak puas hati semakin bertambah apabila tentera India mendapat tahu minyak yang diginakan untuk membersihkan rifel dibuatdaripada lemak babi dan lembu. Selain itu tentera Sepoi tidak berpuas hati dengan gaji bulanan mereka. Petani juga bangkit menentang peladang Eropah kerana mereka memakasa petani mengusahakan tanaman nila yang mendatangkan kerugian kepada petani di mana harga pokok nila dibayar dengan harga yang rendah daripada harga pasaran. Paksaan ini menyebabkan petani tidak dapat memberi tumpuan kepada tanaman padi.
Dalam aspek bagaimana penentangan berlaku di India, kaum Sikh melancarkan gerakan menentang British. Pada 1863, orang Sikh di bawah pimpinan Ram Sighmelancarkan gerakan memulaukan barangan dan pendidikan British. Selain itu, mereka juga menentang akta penjajahan Punjab 1907. pada 1859-1860, gerakan petani menentang tuan ladang berbangsa Eropah. Tentangan ini dikenali sebagai Pemberontakan Nila. Kemudiannya pemogokan berlaku pada 1860 di sekitar Benggal. Kilang nila diserang oleh ratusan petani dan penduduk kampung. Dahagi India meletus pada 10 Mei 1857 apabila Supai Di Meerut menyarang, membunh pegawai British dan membakar kediaman mereka, membakar rumah tol dan memasuki Delhi. Kemudian tentera Supai menawan dan mengawal Bandar Delhi.
Kesan penentangan di India, pemimpin yang melancarkan gerakan Faraidi, Dudsu Miyan telah ditangkap dan dipenjarakan. Manakala Ram Singh yang terlibatdalam gerakan memboikot barangan dan pendidikan British di buang negeri ke Burma. Seterusnya, Agit Singh dan Lala Lajpat Rai yang telibat dalam gerakan menentangakta penjajahan Punjab 1907 dibuang negeri dan dipenjarakan di Mandalay Burma. Kebangkitan petani di Benggal telah berjaya melumpuhkan perusahaan nila danakhirnya kilang tersebut ditutup. Pada bulan November 1860, pengistiharan dikeluarkan di mana rakyat tidak boleh dipaksa menanam benih pokok nila dan segalakekacauan akan diselesaikan melalui undang-undang.
Kesimpulannya walaupun penentangan yang dilakukan mendatangkan kesan yang negatif tetapi ada juga kesan positifnya. Walau bagaimanapun, penentanganmerupakan jalan terbaik bagi membebaskan sesebuah negara daripada terus dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
SOALAN 10
AGAMA MEMAINKAN PERANAN PENTING PERJUANGAN NASIONALIS DI BURMA, INDONESIA DAN FILIPINA. BINCANGKAN.
Nasionalisme memberi makna melahirkan perasaan cintakan tanah air dalam usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa. Oleh itu, perkataan nasionalisme berkait dengan dua perkara iaitu kewarganegaraan dan semanagt patriotik. Kewarganegaraan menuntut perpaduan politik dan kedaulatan kemerdekaan, manakala semangat patriotik pula bermakna cintakan tanah air. Dengan kata lain, nasionalisme boleh dikatakan sentimen kesetiaan atau simpati yang mengikat sekumpulan masyarakat menerusi institusi atau budaya yang sama untuk perpaduan di kalangan mereka dan seterusnya mencapai pembentukan negara yang merdeka.
Semangat perjuangan para nasionalis di Asia dibangkitkan dengan lebih bersifat massa oleh pelbagai faktor. Antara faktor awal yang memainkan peranan ini ialah agama yang telah berjaya mengikat perpaduan kelompok. Agama telah memainkan peranan penting dalam perjuangan nasionalisme terutamanya di Burma, Indonesia dan Filipina. Pengaruh golongan agama ini berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat pribumi.
Di Burma, perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme adalah berlandaskan agama dan diterajui oleh golongan agama. Golongan agama merasa tercabar dengan kemasukan pentadbiran British dan penyebaran agama Kristian di Burma. Penglibatan golongan agama ini boleh didasarkan atas dua sebab. Pertama, peranan ketua hierarki agama, Thatnabaing dalam urusan agama diketepikan oleh pihak British. Hal ini menyebabkan golongan agama terutama para pongyi tidak berpuas hati dan bertindak atas pertimbangan sendiri. Semangat perjuangan para pongyi (sami-sami Buddha) dilihat dengan jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, disebabkan oleh kemerosotan pengaruh sangha (komuniti sami-sami Buddha) dan sekolah-sekolah agama Buddha di bawah pentadbiran British. Oleh itu, golongan ponyi merasa terpanggil untuk menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat Burma. Kedua, menjelang tahun 1900, penyerapan nilai dan teknologi Barat secara beransur-ansur merosakkan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat Burma. Sekitar tahun 1921-1929, pongyi-pongyi yang berpolitik menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka menjalankan perjuangan mereka melalui Majlis Umum Sangha Sametggi (GCSS). Pongyi-pongyi bergiat dalam politik hasutan. Contohnya seperti taktik-taktik ketidak-kerjasamaan Gandhi, pemboikotan pembayaran cukai, tentangan terhadap pengajaran-pengajaran Kristian kepada kanak-kanak yang baeragama Buddha serta keganasan dan taktik-taktik ugutan U Ottama mengulami pergerakan nasionalis dengan cara hidup orang-orang beragama Buddha. Tindakan ini telah menukarkan pergerakan nasionalis menjadi satu pergerakan menjadi satu pergerakan yang disukai ramai. Peranan pongyi adalah amat penting kerana nasionalis-nasionalis Burma bergantung kepada sokongan pongyi ekoran pongyi telah menawan sokongan masyarakat luar bandar.
Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat Burma amat dibimbangi oleh golongan agama kerana khuatir Buddha akan terjejas. Meraka berusaha memulihkan kepercayaan terhadap agama melalui beberapa pembaharuan termasuk galakan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme. Antara usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan persatuan yang berasaskan agama sebagai matlamat perjuangan. Salah satu pertubuhan agama yang aktif dalam penyebaran sentimen nasionalisme ini ialah Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Buddha Bhata Kalyana Yuma Athin) atau lebih dikenali sebagai Young Men Buddhist Association (YMBA) yang ditubuhkan pada tahun 1906.
YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon (Yangoon) antaranya seperti U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada peringkat awal, kegiatan YMBA ialah tertumpu kepada soal agama, selain daripada aspek pelajaran, pembaharuan sosial, peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama jelas dilihat dalam perjuangan mereka menerusi slogan yang digunakan, “Buddha Penyelamat Kita dan Raja”, untuk memperjuangakan agama, sosial, politik dan ekonomi mereka. YMBA mula aktif pada tahun 1917, apabila pucuk pimpinan pertubuhan itu jatuh ke tangan pemimpin nasionalis yang lebih berfahaman radikal seperti U Thein Maung, U Chit Hliang dan U Ba Pe, berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat sederhana. Kewujudan pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan mereka kembali membangkitkan isu kasut yang kuat. YMBA merasakan British tidak mahu melayan tuntutan mereka agar menghormati agama masyarakat pribumi. Hali ini jelas diperlihatkan oleh para pelawat British yang mencemar dan melanggar peraturan kuil dengan tidak mahu membuka kasut mereka apabila memasuki kuil. Ini dianggap sebagai satu penghinaan ke atas kesucian rumah ibadat masyarakat Burma. “Masalah kasut” menjadi satu agenda utama dalam persidangan YMBA yang diadakan pada tahun 1917, namun tuntutan tidak dilayan kerana British memandang ringan hal tersebut.
YMBA sedar bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih berkesan, jika ia mendapat suara ramai dan bersifat kebangsaan. Oleh itu, YMBA berusaha meluaskan kegiatan mereka bukan sahaja di bandar malahan di luar bandar. Hasilnya, pada tahun 1920, terdapat kira-kira 6000 buah persatuan di peringkat kampung yang memberi sokongan kepada YMBA. Salah satu isu yang dipropagandakan oleh YMBA untuk mendapat sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama berhubung dengan “masalah kasut”. Perkembangan pesat YMBA memberi kesan kekuatan kepada persatuan ini sebagai badan pergerakan nasional, hingga menyebabkan beberapa tuntutan awal dan utama YMBA yang terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah “masalah kasut”. Kerajaan telah mengambil tindakan mengenakan undang-undang dan bertolak ansur dengan golongan agama. Kerajaan telah mengisytiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil.
Pada bulan Disember 1930 pula, berlaku Pemberontakan Tharawaddy atau dikenali juga sebagai Pemberontakan Saya San kerana ia dipimpin oleh Saya San yang merupakan seorang bekas sami Buddha tetapi berfikiran politik. Saya San dilahirkan di Shwebo adalah bekas sami, ahli jawatankuasa kerja Unit So Thein, cabang GCBA dan bomoh. Gerakan Saya San dikaitkan dengan pemulihan kembali keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha dan animisme. Saya San diarahkan oleh So Thein GCBA pada akhir tahun 1920-an menyiasat aduan rakyat mengenai cukai tanah, hutang petani dan larangan mengambil hasil, seperti buluh dan kayu api di hutan simpanan. Setelah menyerahkan laporan pada tahun 1928, Saya San meletakkan jawatan dalam So Thein GCBA dab secara rahsia mengendalikan pertubuhan untuk melancarkan kebangkitan. Gerakan awal Saya San adalah rancangan membunuh Pesuruhjaya British Bahagian Pegu. Kebanyakan pengikut Saya San adalah pongyi yang terlibat dalam politik dan bergiat melalui Wuthanu Athins. Bentuk politik agama dalam perjuangan Saya San terserlah daripada sumpah yang diwajibkan kepada semua ahli Galon. Antara lain ahli Galon menyatakan yang mereka adalah diikat sama untuk menghalau semua kafir sehingga mereka bebas daripada pemerintahan British. Setiap ahli juga bersumpah akan mengikut perintah pemimpin Galon dan dengan itu agama mereka akan selamat daripada orang kafir. Sebelum kebangkitan Saya San meletus Durbar berlangsung di Tharrawaddy. Pemangku Gabenor, Si J.A Maung Gyi menolak permintaan orang ramai mengurangkan cukai. Kebangkitan Saya San meletus pada 22 Disember 1930. kira-kira 1500 orang datang berkumpul dan jumlah ini bertambah sekali ganda kemudiannya. Kumpulan Galon ini memiliki kira-kira 30 laras senapang. Mereka melancarkan serangan ke atas balai polis, ketua kampung yang enggan bekerjasama, orang Cina serta India. Pejabat perhutanan menjadi sasaran utama mereka. Enam puluh pegawai perhutanan termasuk seorang Eropah terbunuh. Kira-kira 100 buah rumah kakitangan perhutanan dibakar. Ini adalah menepati tujuan asal pemberontakan iaitu bagi mendapatkan semula tanah daripada penguasaan ceti-ceti India. Mereka juga mahu menggulingkan pemerintahan British dan memulihkan kembali keagungan agama Buddha di kalangan masyarakat pribumi. Walau bagaimanapun, pemberontakan ini akhirnya dapat dipatahkan. Saya San telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1931. Namun demikian, pemberontakan ini telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di kalangan rakyat Burma. Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang dari markas Saya San melancarkan kebangkitan di Yamethin, Burma Tengah akibat pemilikan tanah oleh golongan ceti secara melampau.
Di Indonesia, walaupun penduduk Indonesia dipisahkan oleh kedudukan geografi yang luas dan mempunyai penduduk pelbagai bangsa dan budya tetapi kehadiran Islam membantu penduduk Indonesia bersatu untuk menentang kehadiran Belanda di negara itu. Lebih daripada 90% penduduk Indonesia adalah beragama Islam dan ikatan Islam umpama rantai besi yang mengikat perpaduan bangsa Indonesia. Oleh itu, munculnya persatuan-persatuan unsur Islam sebagai teras perjuangan bangsa Indonesia seperti Sarekat Islam, Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Sarekat Islam, misalnya mempunyai pengikut Islam yang ramai dan menjadi ancaman kepada pemerintahan Belanda pada tahun 1920-an.
Pada akhir abad ke-19, bilangan pelajar-pelajar Islam Indonesia yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah semakin bertambah. Mereka ini menerima pengaruh daripada gerakan Reformis Islam di Timur Tengah. Di Timur Tengah, mereka menerima ajaran-ajaran Islam yang lebih progresif serta mendapat inspirasi daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku di negara-negara Islam. Sebagai contohnya, di Mesir mereka mendapati orang-orang Mesir bergerak maju menuju kepada pembaharuan fikiran dalam Islam seperti Syed Jamaludin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
Gerakan ini memperjuangkan konsep Pan-Islamisme (penyatuan dunia Islam bagi menentang perluasan kuasa Barat) dan membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kuno yang tiada kaitan dengan ajaran Islam. Beberapa nasionalis yang mendapat pengaruh pergerakan Muhammad Abduh di Mesir telah menubuhkan pertubuhan Muhammadiyah untuk menegakkan kekuatan umat Islam daripada ancaman pengaruh asing yang melemahkan Islam serta dapat melawan penjajah yang beragama Kristian.
Pejuangan nasionalisme di Indonesia disemarakkan lagi dengan penubuhan Sarekat Islam pada tahun 1912 di bawah pimpinan Haji Omar Said Tjokroaminoto. Antara tujuan penubuhan sarekat ini ialah untuk memajukan kebajikan bangsa Indonesia dan menyebarkan agama Islam dan bentuk yang lebih sejati kepada seluruh rakyat Indonesia supaya dapat menyaingi agama Kristian. Sarekat Islam telah mempergunakan agama Islam sebagai lambang penyatuan dalam usaha-usahanya untuk menentang kaum-kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia. Pendekatan seperti ini telah menarik minat ramai orang Indonesia terutamanya golongan santri dan reformis Islam yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah. Orang Islam di Borneo dan Sulawesi menganggap pembentukan Sarekat Islam sebagai langkah pertama melancarkan peperangan suci menentang orang Belanda.
Tindakan Sarekat Islam bukannya semata-mata disebabkan ia memperjuangkan hak politik bagi rakyat Indonesia tetapi juga suara lantangnya mengkritik kerajaan Belanda dalam pelbagai bidang. Sebagai contohnya, Sarekat Islam menuntut agar kerajaan Belanda menghapuskan sistem diskriminasi dalam pendidikan dan menuntut pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah. Dalam bidang ekonomi pula, kerajaan digesa untuk memiliknegarakan industri penting seperti kilang-kilang tekstil, perusahaan kertas dan industri besi. Dengan itu, rakyat mula melihat Sarekat Islam sebagai punca penyelesaian masalah-masalah sosisoekonomi mereka.
Nasionalisme Filipina pula telah bermula sejak pertengahan abad ke-19. Sebelum tempoh itu, selama dua abad, berlaku tidak kurang daripada 100 penentangan terhadap Sepanyol yang menakluki Filipina. Kebanyakannya bertujuan mengembalikan kebebasan kumpulan atau suku kaumyang tertinda oleh tindakan tidak adil Sepanyol sama ada dalam aspek agama, sosiobudaya, pentadbiran atau ekonomi. Kehadiran Kristian menjadi pendorong kepada penduduk Filipina bersatu dan mula memandang diri mereka sebagai satu golongan masyarakat. Dengan kata lain, agama Kristian dianggap sebagai simbol perpaduan rakyat Filipina untuk membangkitkan perasaan perpaduan dan nasionalisme. Contohnya, layanan buruk oleh paderi Sepanyol juga memberi semangat kepada rakyat Filipina memberontak. Diskriminasi sering dilakukan oleh paderi Sepanyol yang disebut sebagai Paderi Regular, terhadap paderi Filipina yang disebut sebagai Paderi Sekular. Malahan, Paderi Sekular dipandang rendah dan menafikan mendapat jawatan penting dalam pentadbiran gereja. Paderi Regular juga lebih suka mengumpul harta daripada berkhidmat dengan penduduk tempatan.
Sebagai satu paradoks atau gerakan bertentangan dengan unsur perpaduan, penyebaran agama Kristian, pentadbiran bercorak sentral dan birokrasi berhierarki dari peringkat kampung hingga ke kota pentadbiran di Manila menggalakkan unsur kesatuan daerah dan penduduk Filipina. Pemelukan agam Kristian oleh orang Filipina menyebabkan mereka merentasi masalah sperti perbezaan kaum, keturunan, wilayah dan lain-lain. Dengan pemelukan agama Kristian, orang Filipina kini memandang diri mereka sebagai satu golongan masyarakat. Kemunculan identiti dan semangat nasionalisme ini banyak didorong oleh perubahan persekitaran sosioekonomi dan politik dalam kawasan dan di luar kawasan Filipina. Punca perubahan tersebut berkait rapat dengan tindakan Sepanyol membunuh tiga orang paderi ilustrado iaitu Mariano Gomez, Jose Burgos dan Jacinto Zamora. Ketiga-tiga paderi ini telah menjalankan gerakan yang dikenali sebagai Pengorbanan Gom-Bur-Za untuk menuntut hak persamaan bagi paderi Filipina dan Sepanyol. Pembunuhan tiga orang paderi ini dianggap sebagai titik permulaan pergerakan nasionalisme Filipina. Ini disebabkan buat pertama kali lahir kebencian yang menyeluruh terhadap keganasan dan ketidakadilan Sepanyol dalam soal keagamaan.
Penentangan menuntut keadilan atau persamaan hak dalam bidang agama juga dapat dilihat pada penentangan Apolinario de la Cruz (1840 hingga 1841) merupakan perjuangan menuntut persamaan hak bagi rakyat Filipina dalam hierarki atau jawatan kepaderian dan mengandungi unsur tuntutan politik. Cruz bertindak apabila beliau tidak dibenarkan belajar di biara gereja katolik kerana pihak gereja itu mengamalkan dasar menyekat orang Filipina menduduki jawatan penting dalam urusan gereja. Sebagai tindak balas, Cruz membentuk pertubuhan agama yang dikenali sebagai Confradia de San Jose. Pertubuhan ini tidak diiktiraf oleh Sepanyol dan Sepanyol ambil tindakan untuk hapuskan pertubuhan itu apabila ia semakin berpengaruh, khususnya di kawasan Tayabas. Cruz berjaya dibunuh oleh paderi-paderi Filipina yang disyaki menyokongnya disingkirkan sehingga mengurangkan jumlah paderi Filipina dalam organisasi gereja. Menjelang tahun 1871, hanya terdapat 181 orang daripada 792 pegawai gereja berbangsa Filipina. Penentangan menuntut persamaan hak dilakukan oleh tentera berbangsa Filipina dalam Dahagi Tagalog. Penentangan ini gagal memupuk perpaduan di kalangan rakyat Filipina. Malah, tindakan Sepanyol memperalatkan sesuatu kumpulan orang Filipina bagi menentang orang Filipina yang lain menyukarkan perpaduan di kalangan orang Filipina. Walau bagaimanapun, tindakan Sepanyol memperbodohkan serta menindas orang Filipina akhirnya menyedarkan mereka terhadap eksploitasi dan ketidakadilan penjajah itu.
Agama Islam juga dilihat sebagai sumber kekuatan dalam usaha masyarakat Filipina menentang ancaman Sepanyol. Masyarakat Sulu di bahagian Selatan Filipina telah menjadikan Islam sebagai tunjang penting dalam usaha mereka menentang Sepanyol. Sepanyol yang menjalankan dasar penyebaran dakyah Kristian secara aktif menerima tentangan hebat daripada Kesultanan Sulu sejak abad ke-16 lagi dan sepanjang tempoh itu, kesultanan Sulu sering sahaja menjadikan Islam sebagai sumber kekuatan dan penyatuan rakyatnya. ‘Perang Moro’ yang berlangsung sepanjang abad ke-16 hingga abad ke-20 membuktikan hakikat ini. Malahan di kalangan pejuang Moro telah timbul satu amalan yang disebut sebagai Juramentado iaitu kesanggupan mengorbankan nyawa sewaktu berperang dengan Sepanyol.
Kesimpulannya, agama turut menjadi landasan penting dalam menyemai semangat nasionalisme di kalangan nasionalis. Kebangkitan semangat kebangsaan ini adalah satu langkah atau usaha awal dalam membebaskan diri mereka daripada cengkaman penjajah dari aspek sosial, politik dan ekonomi masyarakat pribumi.
SOALAN 11
JELASKAN SEBAB-SEBAB WUJUDNYA DASAR EKONOMI TERTUTUP DI SIAM, CHINA, DAN JEPUN.
Kebanyakan negara-negara, termasuk Asia Tenggara dan Asia Timur seperti Siam, China, dan Jepun telah mengamalkan dasar ekonomi tertutup. Dasarekonomi tertutup ini juga dikenali sebagai dasar tutup pintu yang mana dijalankan merujuk kepada kuasa dasar yang menghalang hubungan sesuatu negara itu dengannegara luar merangumi aspek politik, social, dan ekonomi. Dalam erti kata yang lain dasar ekonomi tertutup ini merupakan dasar yang dijalankan bagi mengelakkancampurtangan serta kemasukan pengaruh luar. Sememangnya dasar yang diamalkan telah memberi manfaat kepada ketiga-tiga buah negara ini. Jadi dasar ekonomitertutup atau permencilan yang diamalkan disebabkan oleh kebimbangan China, Jepun, dan Siam akan campurtangan kuasa barat, tidak memerlukan barang dari luar,untuk menyekat penyebaran agama kristian, bimbang akan wujud persaingan dalam ekonomi, pemerintah takut kehilangan kuasa dan untuk menjamin kedaulatan dankemerdekaan negara.
Antara sebab dasar permencilan ini diamalkan adalah disebabkan rasa bimbang negara berkenaan akan canpurtangan kuasa asing dalam politik, ekonomi, dansocial. Kuasa barat sememengnya mempunyai niat untuk mencampuri urusan pentadbiran negara lain untuk meluaskan pengaruh dan empayar jajahannya. Lagipunbiasanya campurtangan kuasa barat mempunyai muslihat tertentu. Hasilnya banyak negara di Asia berjaya di takluki akibat kesan campurtangan. Contohnya kejayaanSpanyol menjajah Filipina akibat dasar buka pintu yang memberi peluang kuasa barat untuk campurtangan. Jadi dengan mengamalkan dasar tutup pintu dapat mengekangkuasa barat daripada terus mencampurui urusan dalam negara tersebut. Selain itu negara seperti China, Jepun dan Siam cuba beralih hanya dengan menyelesaikanmasalah dalaman mereka sendiri. Jika kestabilan wujud sudah tentu akan menghalang kuasa barat daripada mengambil kesemp-atan diatas masalah yang timbul.
Selain iti dasar ekonomi tertutup yang diamalkan kerana negara Jepun, China, dan Siam tidak memerlukan barangan dari barat. Hal ini kerana negara tersebuthanya mengamalkan sisitemekonomi sara diri. Ekonomi sara diri yang diamalkan hanya melibatkan urusan perdagangan dan jual beli didalam negara sahaja.
Keistimewaan negara China, Jepun, dan Siam sebagai negara yang kaya dengan sumber semula jadi juga menyebabkan dasar ekonomi tertutup diamalkan.Negara-negara ini merupakan negara pertanian utama. Contohnya, China yang terkenal dengan pengeluaran teh, sutera, tembaga dan bijih timah. Siam dan Jepun pulaterkenal dengan pengeluaran padi. Jadi hasil yang diperolehi mencukupi untuk menampung pembangunan negaranya. Dasar tutup pintu ini dapat menjajikan mereka hidupberdikari tanpa bantuan kuasa asing.
Seterusnya adalah untuk menyekat agama Kristian. Pada masa yang sama China, Jepun dan Siam turut bimbang akan pencemaran budaya tempatan akibatkemasukan budaya barat seperti agama Kristian. Selain itu mereka juga bimbang agama Kristian akan digunakan untuk menyatukan kaum feudal yang beragama Kristianoleh kuasa-kuasa barat untuk menjatuhkan kerajaan. Jika kaum feudal ini bersatu tentu akan wujud pemberontakan yang akan mewujudkan ketidaksetabilan politik danakan menggalakkan campurtangan asing. Contohnya di Jepun mereka menghalau mubaligh-mubaligh dan para pedagang kerana tidak mahu mereka menyebarkan agamaKristian. Penyebaran ini akan menyebabkan penduduk tempatan meninggalkan kepercayaan dan adat tradisi mereka selama ini. Ajaran Kristian juga didapatibertentangan dengan agama Buddha iaitu jalan 3 lapis mulia dan agama Shintoisme iaitu jalan tuhan iaitu pembersihan dan penyucian untuk mengelakkan kemusnahan.
Selain iti negara China, Jepun dan Siam turut merasa bimbang sekiranya mereka membuka laluan perdagangan dengan negara barat akan menyebabkan kuasa baratmemonopoli ekonomi dan mengaut hasil bumi mereka. Sebagai contoh kuasa asing telah menyebabkan beberapa perusahaan mengalami kemerosotan sepertiperusahaan kain dan pertukangan. Ini telah menambah bilangan penduduk yang menganggur. Selain itu tindak-tanduk negara barat yang kurang sopan juga menyebabkannegara seperti Siam tidak mahu menerima barang luar. Saudagar Hunter telah menjalankan perdagangan secara menyeludup. China turup membatasi perdagangandengan barat dengan peraturan seperti tidak boleh menjalankan perdagangan secara bebas. Namun kuasa barat telah melanggar peraturan tersebut dan telah merugikankerajaan China. Jadi dasar tutup pintu ini telah menghalang monopoli perdagangan barat dan membataskan hubungan antara mereka.
Factor kuasa dan kekuasaan juga antara sebab dasar permencilan ini diamalkan di Siam, China, dan Jepun. Golongan pemerintah juga merasa bimbang akankehilangan kuasa pemerintahan apabila membuat hubungan perdagangan dengan kuasa barat. Lagipun dari awal kedatangan kuasa imperialis barat ke Asia amatdiragukan keiklasannya. Contohnya Indonesia, pada awal kedatangan Belanda mereka hanyalah bertujuan untuk berdagang. Namun apabila mereka telah menjumpaihasil pertanian yang banyak dan sumber mineral yang dijumpai telah mengubah dasar daripada perdagangan kepada penjajahan. Apabila belanda berjaya menguasaiIndonesia, golongan pemerintah seperti raja dan pembesar telah kehilangan kuasa mereka. Maka sebagai langkah berwaspada, negara Siam, Jepun, dan China telahbertindak lebih awal dengan menghalang hubungan dengan kuasa barat melalui dasr tutup pintu.
Kesimpulannya, dasar ekonomi tertutup yang diamalkan telah membantu meningkatkan resputasi positif bagi menghalang pengaruh imperialis barat. Dasar ini telahmenunjukkan kejayaan Jepun, China dan Jepun dalam pemerintahannya tampa mengharap bantuan kuasa besar lain terutama kuasa barat.
SOALAN 12
BINCANGKAN PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH GOLONGAN INTELEKTUAL DAN AGAMA DALAM MENCETUSKAN KESEDARAN NASIONALISME ASIA.
Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan kesedaran nasionalisme di negara2 di Asia. Ini adalah tindakbalas drp perubahan2 yg dilakukan oleh penjajah dr pelbagaiaspek(P,E,S). Istilah nasionalisme merujuk kpd negara dan bangsa. Ia bertujuan utk menegakkan kebebasan individu @ negara dr kokongan dan penindasan pihak penjajah. Oleh itu, sejak perang dunia ke-2 nasionalisme memjadi faktor utama utk menentang penjajah.Dgn ini tdk dpt dinafikan lagi bhw peranan golongan intelektual dan agama amatlah penting dlm mencetuskan kesedaran nasionalisme di klgn mskt Asia.
Golongan intelektual ini tlh membekalkan kepimpinan bg gerakan kesedaran dan tlh membawa negara mereka ke arah kemerdekaan. Golongan ini tlh menubuhkan pertubuhan2 utk menentang penjajah dan juga menjadi pemimpin kpd pertubuhan itu. Di Vietnam, penubuhan Parti Kebangsaan Vietnam(VNQDD) PD 1925-1930 tlh diasaskan oleh Nguyen Thai Noc di Hanoi. Penubuhan VNQDD,bertujuan utk melakukan revolusi nasional dgn menggunakan tenaga tentera utk menggulingkan system feudal Perancis semata2 ingin menjaga kebajikan rakyatnya dr penderitaan hidup. Selain itu pertubuhan ini juga ingin mewujudkan Vietnam sbg negara republik demokratik. Di Indonesia pula, Parti Nasional Indonesia(PNI) tlh ditubuhkan oleh Sukarno pd 1927. Ia dianggotai oleh Dr. Tjipto Mangkunkusumo, Dr. Sartono dan Sunarjo. Matlamat pertubuhan ini ialah utk menyatukan semua parti politik bg mencapai perpaduan rakyat serta mewujudkan semangat kebngsan. Sukarno juga tlh mengamalkan sikap tdk mahu mengikat diri dgn perjuangan kominisme. Pertubuhan ini juga tdk bekerjasama dgn Belanda. Pertubuhan ini juga berperanan dlm menyedarkan mskt utk menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Di Myanmar juga terdpt satu golongan intelektual yg berperanan dlm kemerdekaan Myanmariatu golongan Thakin. Golongan ini tlh menyatukan dan memimpin mskt Myanmar utk menuntut kemerdekaan dr penjajah. Selain itu, Thakin juga tlh menubuhkan beberapa pertubuhan bg mendptkan sokongan dr para petani bg meningkatkan kegiatan ekonomi msktnya. Pd 1938, Thakin Mya tlh menubuhkan Pertubuhan Petani2 Burma dan mencdgkan beberapa pembaharuan cukai utk membantu petani. Pd 1940 pula Thakin Ba Swee tlh menubuhkan All Burma Trade Union Congres. Iabertujuan utk menyelaraskan kegiatan pertubuhan2 buruh dan menentang pemerintahan British. Golongan Thakin juga tlh melancarkan beberapa siri permogokan pekerja2 pengusaha minyak dan pengangkutan sungai pd 1939- 1940 bg menuntut kenaikan gaji dan syrt2 pekerja yg baik.
Peranan seterusnya ialah membantu dlm menyatupadukan rakyat. Di Myanmar, gerakan kesedaranya turut melibatkan golongan terpelajar spt Aung San dan rakan2 nya. Mereka tlh menamakan diri mereka sbg golongan Thakin @ Tuan. Pelbagai aktiviti tlh diadakan bg menentang penjajah dgn menjadikan diri mereka sbg alat utk menyatukan rakyat bg menuntut kemerdekaan. Kejayaan golongan ini blh dilihat melalui perubahan sentimen nasionalis dlm arena politik. Dlm proses menuntut kemerdekaan golongan ini tlh melancarkan beberapa siri permogokan bg membantah tindakan disiplin yg dikenakan ke atas pelajar di Universiti Rangoon. Manakala di India pula, golongan intelektual turut berperanan dlm menyatukan rakyatnya utk menuntut memerintah sendiri. Ini krn mereka beranggapan budaya dan pemikiran baratakan memusnahkan budaya dan tradisi hindu. Maka lahirlah beberapa nasionalis India yg terdiri drp B.G. Tilak dan Lajpat Raj. Mereka merupakan pemimpin kumpulan radikal yg menentang Akta Pembahagian Benggala dan mempercayai bhw kemerdekaan akan dicapai melalui penyatuan rakyat. Pd 1915, Mohandas Karam Chand Ghandi tlh menyertai India. Beliau tlh mengamalkan dasar tdk bekerjasama dgn british dan turut serta dlm usaha menuntut hak org2 india dgn cara yg baik.
Golongan intelektual ini turut membantu ke arah pembaharuan dan permodenan. Di Indonesia, Raden Adjeng Kartini tlh memainkan peranan dlm memperjuangkan ketidakadilan dan penindasan penjajah Belanda ke atas rakyat Indonesia. Selain itu, beliau turut memulakan gerakan kesedaran nasionalis kebudayaan Indonesia. Oleh itu, beliau tlh menubuhkan sebuah sekolah bg anak2 perempuan pegawai2 Indonesia. Ia bertujuan utk meningkatkan dan memajukan kaum wanita dr pelbagai aspek terutamanya pendidikan. Beliau turut menyatakan agar wanita diberi kebebasan dr belenggu tradisional dan perlu diberi pendidikan. Oleh itu, beliau tlh merangsang pergerakan nasionalis kebudayaan Indonesia. Kemunculan beliau melambangkan bermulanya gerakan nasionalis di Indonesia. Manakala di China, golongan intelektual in tlh menganjurkan beberapa pembaharuan berasaskan sentimen yg lebih bersifat nasionalisme dan patriotisme melalui Gerakan Mental(1917). Hu Shih merupakan seorang tokoh yg menyumbang dlm aspek bahasa. Beliau tlh memperkenalkan bahasa muda iaitu Bahasa Mandarin (Pai Hua) utk menggantikan bahasa cina lama yg sukar difahami. Selain itu, universiti turut memainkan peranan sbg pusat intelektual dimana penuntutnya mendpt inspirasi dr para pensyarah msg2. Ini tlh membawa kpd Gerakan 4 mei. Gerakan ini merupakan usaha utk memulihkan maruah negara China sbg sebuah negara yg bertamadun dan terkenal dgn gelaran “Middle of Kingdom”.Peperiksaan Perkhidmatan Awam juga tlh dihapuskan. Dgn ini tlh memberi peluang kpd penuntut utk menyertai perkhidmatan awam dgn lebih ramai.
Di samping itu, golongan ini turut membantu mengusir penjajah dgn cara pemberontakan. Di Myanmar berlaku satu pemberontakan yg dikenali sbg PemberontakanTharawaddy(Myanmar Hilir) pd Dis 1930. Ia tlh diketuai oleh Saya San yg merupakan seorg bekas sami Buddha yg bergelar Pongyi dan berfikiran politik.Pemberontakan ini diadakan bertujuan utk mendptkan kembali tanah dr tangan ceti2 India. Mereka turut ingin menggulingkan pemerintahan British dan mengembalikan semula keagungan agama Buddha. Pemberontakan ini tlh berjaya meresap hingga ke sebahagian besar Hilir Myanmar. Pemberontakan ini tlh berjaya dipatahkan dan Saya San tlh ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pd 1931. Pembunuhan ini tlh menyemarakan lagi semangat kebangsaan diklgn rakyat Myanmar.Di China pula, tlh berlaku Pemberontakan Boxer(1850-1864) yg merupakan tindakbalas org china kesan dr tekanan penjajah. Bg mskt China,mereka mengelarkan pemberontakan ini sbg “I Ho Chuan” yg bermaksud keadilan,keharmonian dan mengamalkan seni mempertahankan diri.Mskt barat pula menggelarkan sbg Boxer krn mereka mengamalkan latihan jasmani hingga menjadikan seseorg itu kebal( disertai ilmu sihir). Gerakan ini juga bertujuan utk menentang British dan Jepun serta org cina kristian yg dianggap sbg pengkhianat bangsa. Di China juga, terdpt segolongan intelektual yg terdiri dr Kang Yu Wei, Liang Chi Chao tlh mengutarakan idea2 radikal spt system pemerintahan raja berpelembagaan dan kerajaan berparlimen. Mereka ingin menyusunsemula institusi2 sosial dan politik negara China berdsrkanmodal barat spy memodenkan dan memperthnkn negara China drpencerobohan brt ttpi gagal. Intelektual China yg berjaya menggulingkan Dinasti Manchu dan menghapuskan pemerintahan beraja ialah Dr. Sun Yet Sen. Beliau berpendpt yg pemerinthn beraja sudah ketinggalan zaman dan menubuhkan Tung Meng Hui pd 1905 di Tokyo. Tujuan beliau ialah utk menubuhkan sebuah negara republik. Beliau tlh memungut wang dan mengrekrut sukarelawan utk melaksanakan pemberontakan di China. Stlh itu beliau tlh beri ceramah ttg pemberontakan nasionalisme melalui akhbar dan meminta bantuan dr luar spt Rusia serta menubuhkan KMT.
Selain itu, golongan ini turut membantu dlm membangkitkan semangat nasionalisme melalui hasil tulisan. Di Filipina, Jose Rizal byk memberi kesedaran kpd rakyat Filipina mengenai penindasan yg dilakukan oleh Sepanyol terhdp mereka. Corak penentangan beliau blh dilihat dlm 2 bentuk iaitu penulisan yg bersifat gerakan propaganda menerusi penghasilan novel dan puisi serta kaedah berpolitik. Antara novel yg tlh dihasilkan ialah Noli Me Tangere dan El- Falibusterismo. Kedua2 novel ini menceritakan ttg penderitaan rakyat Filipina dibwh penjajahan Sepanyol serta mengkritik kesatuan2 agama. Selain itu, beliau turut menyumbangkan karya2 majalah dan akhbar iaitu La Solidaridad pd 1889. Manakala di China pula, Chen Tu- Hsiu memainkan peranan dlm menyemai semangat nasionalisme diklgn mskt cina. Idea2 beliau disalurkan melalui majalah ‘New Youth” utk memulihkan keadaan di China dgn membuang ajaran2 lama. Beliau berpendpt yg ajaran lama tdk berguna dan harus dibuang. Manakala belia cina digesa utk baiki keadaan dgn mengambil sikap lebih terbuka, progresif,liberal dan praktikal.
Dr aspek agama, golongan agama tlh memainkan peranan dlm mendaulatkan kembali agama mereka dgn mengamalkan sikap anti- kristian. Di Myanmar, golonganPongyi( sami2 Buddha) tlh menuntut pihak British agar menanggalkan kasut apabila memasuki Pagoda(kuil). Hal ini krn Brtish tlh mencemarkan mencemarkan dan melanggar peraturan kuil di mana stp pengunjung dikehendaki membuka kasut. Perbuatan ini tlh mencemarkan kesucian rumh ibadat mereka. Oleh itu, mereka tlh berjuang utk menyedarkan mskt ttg mslh kasut yg mencemarkan identiti dan maruah Myanmar. Manakala di china, golongan sami2 Buddha tlh bangkit utk menyedarkan mskt ttg penjajah yg tlh menganggu dan menjejaskan agama mereka. Usaha menyebarkan agama kristian oleh mubaligh pd 1890-an tlh dittg oleg sami2 Buddha krn berttgan dgn falsafah dan amalan tradisi China. Perasaan benci ini semakin bertambah apabila ramai org cina menganut agama kristian malahan mereka diberi perlindungan dan keistimewaan. Selain itu, adat2 lama spt menghulur bantuan kewangan ktk hari perayaan tlh dilupakan. Oleh itu, golongan ini tlh mengusir mubaligh kristian dgn menyedarkan mskt cina.
Agama turut berperanan menyatukan mskt Asia. Di Indonesia agama islam dianggap sbg agama perpaduan krn 90% penduduknya beragama islam. Dgn ini rakyatIndonesia dpt melupakan perbezaan kebudayaan, keturunan serta semangat kewilayahan. Golongan ulama spt Hj. Agus Salim dan Abd. Muis tlh sedarkan mskt ttg pentingnya perpaduan. Muhammadiyah dan Sarekat Islam merupakan pertubuhan yg membela agama dan jihad islam. Saudagar Batik Indonesia tlh menubuhkan Sarekat Dagang Islam utk lindungi mereka dr ditindas org cina. Pertubuhan ini tlh gunakan islam sbg lambang penyatuan semua saudagar Indonesia demi menentang saudagar dan peminjam cina yg selalu menindas mereka. Pd 1912,Sarekat Dagang Islam tlh dikenali sbg sarekat islam dan berjaya menarik ramai org Indonesia dr golongan reformasi utk menyertainya. Ramai org Indonesia menganggap yg pertubuhan ini merupakan langkah awal menentang org kafir iaitu Belanda. Di Thailand pula, agama Buddha pula dianggap sbg agama penyatuan dan perantaraan rakyat. Semasa pemerintahan Raja Vajiravudh, agama Buddha tlh dihidupkan semula dan digunakan sbg alat penyatuan . peranan agama dlm aspek ini dititikberatkan sms Pibun Songgram. Beliau tlh menegaskan bhw penganut agama Buddha adalah patriot agama yg sebenar menyebabkan ramai org kristian thai memeluk semula agama Buddha. Di Filipina agama kristian tlh bantu satukan mskt Filipina. Pentadbiran Dela Torre tlh hapuskan udg2 sekat kebebasan akhbar dr bersuara. Diskriminasi sering dilakukan oleh paderi Sepanyol terhdp paderi Filipina. Ini membawa kpd timbul rasa tdk puas hati dan menuntut keadilan membawa kpd paderi Filipina bangkit utk membantah spt yg dilakukan oleh paderi Mariano Gomez, Jacinto Zamora, Jose Guevera dan Jose Burges.
Agama turut beri perubahan kpd sistem politik di mana golongan Pongyi yg merupakan golongan yg berpengaruh diklgn petani2 Myanmar tlh menjadi alat utk meniup semangat nasionalisme kpd petani di luar bandar. Golongan ini turut terlibat secra langsung dlm membentuk unit2 politik di kws kg dan pedalaman. Mereka bertindak sbg pemimpin melalui unit2 berpolitik dan gerakan nasionalisme. Antara tokoh yg berjuangkan politik dan negara ini ialah U Otama dan U Wisara . golongan ini tlh gunakan Baktik2 agama dlm usahanya menanamkan kebencian mskt Myanmar 1909 pula, Persatuan Belia Buddha yg di tukar kpd Majlis Am Persatuan2 Burma. Pembabitan golongan Pongyi dlm gerakan nasionalisme Myanmar semakin ketara antara 1916-1935. Golongan ini ingin menegakkan semula pengaruh agama Buddha dlm msktMyanmar. Malahan mereka tlh menguasai perjuangan nasionalis Myanmar pd era 1920- an. Di Indonesia pula, penubuhan Sarekat Islam yg terhdp British. Di samping itu, agama turut mendorong utk menubuhkan persatuan2 bg menentang penjajah. Di Myanmar, Persatuan Sasanadara tlh ditubuhkan pd 1897 oleh U Shway Thwih di Mandalay. Pd dipimpin oleh Hj Agus Salim pd 1882-1934 bertujuan utk memajukan keptgan islam dan kedudukan sosioekonomi rakyatnya bersama kerjasama program kebajikan kerajaan Belanda. Namun ia menjadi popular stlh mengkritik kerajaan Belanda yg gagal memperbaiki ekonomi rakyat Indonesia. Pertubuhan ini turut mnuntut penghapusan buruh kanak2 dan buruh paksa serta kemudahan lain. Bermula pd 1917 pertubuhan ini tlh memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia.
Peranan seterusnya ialah dlm pembaharuan agama. Di India terdpt beberapa golongan agama yg berperanan mencetuskan kesedaran nasionalisme spt Ram Mohan Roy, Parthanan Samaj dan Arya Samaj. Ram Mohan Roy merupakan perintis gerakan agama dan pembaharuan sosial di India pd abad ke- 19. beliau sering dianggap sbg org moden pertama di India. Beliau berpendpt yg agamah Hindu harus terima pengaruh luar yg tdk berttgan dgn ajarannya. Selain itu, kesan tamadun barat tlh buat orgIndia yg berendidikan inggeris menyoal akan sahnya idea2 dan tradisi mereka utk buat satu penilaian semula terhdp nilai2 mereka sendiri.Mereka tlh kritik kepercayaan karut dan dongeng yg menyelubungi agama Hindu. Pd masa yg sama kesusasteraan dan ilmu sains inggeris tlh tunjuk kpd org hindu nilai2 tulisan purba mereka sendiri dan beri mereka satu perasaan perpaduan kebangsaan menentang kebudayaan barat. Manakala,di China Hung Hsiu- Chuan tlh lahirkan agama baru berasaskan ciri2 agama kristian. Beliau tlh gabungkan beberapa unsur agama kristian dgn agama yg sedia ada. Beliau turut menganggap ttg perlunya pembaharuan dlm kehidupan . dgn ini mskt anggap yg agama ini dpt baiki hidup mereka. Hung pula gunakan sokongan ini utk gulingkan Kerajaan Manchu dlm usaha sedarkan msktnya utk ttg penjajah dan Kerajaan Manchu.