Cara menulis jawapan ringkasan.
- Mulakan jawapan dengan kata kunci soalan
- Diikuti dengan penanda wacana selain itu......, seterusnya......, ........juga......, pula, di samping itu, bukan itu sahaja. (juga dan pula ialah kata keterangan)
- Jangan guna kata hubung justeru, tambahan pula dan manakala sebagai penanda wacana
- Anda boleh menulis antara 5 hingga 7 isi tetapi panjang ringkasan mestilah tidak lebih 80 patah perkataan.
- Baca petikan lebih dari sekali dengan teliti sehingga betul-betul faham akan isi petikan tersebut.
- Semasa membaca petikan, garisi perkataan yang menggambarkan isi yang dikehendaki oleh soalan.
- Cuba gabungkan perkataan-perkataan tersebut untuk membentuk isi yang mantap.
- Anda digalakkan untuk menggantikan huraian isi yang panjang dengan perkataan tertentu atau istilah lain yang lebih sesuai.
1. Panjang ringkasan mestilah tidak melebihi 80 patah perkatan. Selepas 80 patah perkatan, ringkasan anda tidak akan dikira.
2. Sebolehnya jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk perenggan. Jawapan yang dibuat dalam bentuk point tidak akan mendapat markah penuh.
3. Penggunaan bahasa yang baik dan lancar
4. Berupaya menggunakan ayat sendiri.
5. Pemilihan kata yang tepat
6. Ayat yang gramatis
7. Penanda wacana yang sesuai
8. Ejaan dan tanda baca yang betul
Soalan A(ii) - Pemahaman
Soalan 1.
1. Maksud mestilah tepat mengikut konteks dan ayat hendaklah gramatis.
Soalan 2.
1. Isi dinyatakan dengan cukup dan lengkap dan ayat perlulah gramatis.
Soalan 3.
1. Isi perlulah releven mengikut tugasan dan ayat hendaklah gramatis.
Soalan B - Karangan berdasarkan bahan rangsangan
1. Panjang huraian mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
2. Isi sekurang-kurangnya 3 dan isi perlu diambil dari rajah yang diberi.
3. Ayat perlulah gramatis.
4. Penggunaan kata dan kosa kata yang luas dan tepat.
5. Ejaan dan tanda baca yang betul.
6. Idea hendaklah releven dengan tugasan yang diberi.
7. Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang.
8. Pengolahan mestilah menarik dan berkesan
Soalan C - Karangan Respon Terbuka
1. Penggunaan pelbagai kata yang luas dan tepat.
2. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
3. Penggunaan penanda wacana yang betul
4. Ejaan dan tanda baca yang betul
5. Penggunaan kosa kata luas dan tepat
6. Idea yang releven dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh-contoh yang sesuai
7. Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan.
8. Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.
Soalan D - Pemahaman Novel
1. Pastikan penggunaan bahasa yang baik dan lancar
2. Penggunaan ayat yang gramatis.
3. Ejaan dan tanda baca yang betul.
No comments:
Post a Comment