I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 9, 2012

SATU BULAN TERAKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN


SAYA TIDAK AKAN PELAJARI TAJUK-TAJUK BARU LAGI
KERANA SEPATUTNYA SAYA TELAH PELAJARI 
SEMUA TAJUK BERKENAN

Di bulan-bulan terakhir pelajar sepatutnya hanya menekankan perkara-perkara berikut:

  1. Ulang kaji bersendiri, tumpuannya ialah:
    #    Buat latihan soalan peperiksaan mengikut tahun peperiksaan dan topik
    • Latihan soalan tahun-tahun sebelumnya
    • Latihan soalan ramalan
    • Latihan soalan dalam buku ulang kaji
    • Latihan soalan peperiksaan sekolah lain
    #    Semakan daya ingatan fakta-fakta tertentu
    #    Baca, fahami dan ingati nota-nota ulang kaji
    #    Latihtubi matematik, prinsip akaun dan sebagainya

  2. Perbincangan berkumpulan, tumpuan utamanya ialah:
    #    Buat diskusi tajuk-tajuk terpilih
    #    Mengajar kawan-kawan apa yang dipelajari
    #    Buat kuiz akademik
    #    Bincang strategi menjawab soalan


MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

SAYA TIDAK LAGI BELAJAR HINGGA LEWAT MALAM
ATAU BANGUN PAGI TERLALU AWAL

SAYA PERLUKAN MASA REEHAT YANG CUKUP 
BAGI MEMASTIKAN MENTAL DAN FIZIKAL SAYA 
SEGAR SEPENUHNYA PADA KEESOKAN HARI

Apa yang perlu saya lakukan ialah:

  1. Menyemak kembali nota-nota yang berkaitan dengan kertas peperiksaan yang akan di hadapi pada keesokan harinya.
  2. Menyemak atau menguji daya ingatan sendiri dengan tajuk-tajuk tertentu
  3. Memastikan alat tulis, dokumen peperiksaan, kad pengenalan dan pakaian telah siap sedia.
  4. Jangan berbual kosong atau menonton tv. Jika perlu dengarlah alunan muzik instrumental yang lembut.
  5. Tidur awal sedikit. Pastikan mendapat rehat yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan.


PADA PAGI HARI PEPERIKSAAN

SAYA BERSEDIA SEPENUHNYA 
UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Saya perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

  1. Bangun awal sedikit untuk memastikan persediaan diri telah sempurna.
  2. Pastikan sarapan yang mencukupi. Pilih makanan yang rendah kandungan lemak dan karbohidrat serta kurang pedas. Makan tidak terlalu banyak.
  3. Sekirany perlu, selesaikan urusan ke tandas samada di rumah atau di sekolah sebelum ke dewan peperiksaan.
  4. Pastikan keluar rumah atau asrama awal sedikit.
  5. Pastikan dokumen peperiksaan termasuk kad pengenalan dan alat tulis serta peralatan-peralatan lain perlu dibawa bersama.
  6. Yakin pada diri sendiri, lafazkan lafaz-lafaz positif seperti saya boleh dan sebagainya atau saranan diri positif.
  7. Sementara menunggu untuk masuk ke dewan peperiksaan, rujuk nota sepintas lalu untuk sekadar menenangkan fikiran. Jangan adakan perbincangan dengan sesiapa pun.


BEBERAPA MINIT AWAL SEBELUM MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN

SAYA BUAT AKTIVITI PRA-JAWAB SOALAN 
UNTUK BINA KEYAKINAN DIRI DAN TENANGKAN FIKIRAN

Amalkan perkara-perkara berikut:
  1. Masuk ke dewan peperiksaan dengan tenang dan senyum. Mulakan dengan langkah kanan dan baca doa serta Bismillah
  2. Setelah duduk di kerusi, lakukan perkara-perkara berikut dalam tempoh masa satu atau dua minit sahaja:
    #   Doa yang ringkas
    #   Tarik nafas panjang beberapa kali untuk menenangkan fikiran
    #   Berkata kepada diri sendiri dengan penuh emosi beberapa lafaz positif

KEMUDIAN BARULAH SAYA TUNGGU ARAHAN DARI 
PENGAWAS PEPERIKSAAN UNTUK MEMULAKAN PEPERIKSAAN. 
SAYA BACA, RANCANG DAN JAWAB KERTAS SOALAN 
DENGAN TENANG DAN YAKIN SEKALI.
SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

No comments:

Post a Comment