I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 9, 2012

sampel esei bm pmr 2012


Ibu bapa merupakan ketua dalam dalam insitusi keluarga. 
Huraikan peranan ibu bapa membentuk keluarga bahagia.


Dewasa ini, semakin hari, hubungan baik antara ahli keluarga semakin terhakis ditelan arus pemodenan negara. Keluarga bahagia menjadi impian segenap masyarakat dan ini dapat dibentuk melalui perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga bahagia.

Pertamanya, ibu bapa sewajarnya mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Sebuah keluarga yang diselubungi oleh perasaan sayang akan lebih bahagia dan seterusnya melatih sikap penyayang dalam diri mereka sendiri bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Misalannya, sokongan moral dan dorongan amat penting terutamanaya ketika ahli keluarga melalui saat- kekecewaan atau kegagalan. Siapalah yang akan memahami sikap dan kekecewaan anak-anak jika bukan ibu bapa sendiri. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak.

Selain itu, seseorang anak yang telah diterapkan dengan didikan agama pastinya lebih patuh dan akan menjadi seorang individu yang mulia. Oleh itu, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Sembahyang tepat pada waktu, didikan baik-buruk sesuatu tindakan, amalan berzikir dan mematuhi perintah Tuhan dapat melembutkan hati dan seterusnya menjadikan suasana kelurga itu lebih aman dan harmoni. Jelaslah, didikan agama yang secukupnya amat penting dalam melahirkan individu penyayang.

Di samping itu, peribahasa ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’ menarangkan anak-anak akan mencontohi dan melakukan apa yang dipelajari daripada ibu bapa. Lantaran itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian menunjukkan anak-anak mencerminkan perwatakan orang tua mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Contohnya, semangat  hormat menghormati dan kepentingan amalan bertolak ansur dan bantu-membantu.
Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam mewujugkan keluarga bahagia. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan mereka iaitu memberikan kasih saying, didikan agama yang secukupnya, menunjukkan nilai yang baik dan sebagainya kepada anak-anak untuk melahirkan individu yang penyayang yang akan mewujudkan masyarakat yang sejahtera.


Ibu  bapa berperanan menentukan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan.
Bincangkan  usaha-usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat persiapan menghadapi     peperiksaan .

Cadangan isi :
·       membelikan buku-buku rujukan
·       menyediakan jadual ulang kaji
·       menyediakan kelengkapan alat tulis
·       menyediakan makanan yang berkhasiat
·       memberi kata-kata perangsang/ motivasi kepada anak-anak.

CONTOH JAWAPAN

Ibu bapa merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anak-anak. Segala peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberikan impak yang besar terhadap masa depan anak-anak. Kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM amat dinanti nantikan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak membuat persediaan dalam peperiksaan.

Anak-anak perlu membuat persediaan awal bak kata pepatah ‘Sediakan payung sebelum hujan’.Ibu bapa pula dapat membantu dengan menyediakan segala prasarana seperti bahan bacaan untuk rujukan, alat tulis dan menyediakan kawasan persekitaran yang kondusif untuk mereka mengulang kaji. Suasana yang harmoni di rumah juga penting agar anak-anak dapat belajar dalam suasana yang tenang.

Selain itu, anak-anak mesti bijak membahagikan masa terutamanya apabila menghadapi peperiksaan utama dalam kehidupan mereka. Penyediaan jadual ulangkaji yang sempurna amat penting kerana ‘masa itu emas’. Ibu bapa dapat membantu anak-anak menyediakan jadual waktu ini menggunakan beberapa konsep seperti SWOT. Tambahan pula, mereka boleh memantau segala aktiviti anak-anak agar tidak menganggu proses persiapan anak-anak mereka mennghadapi peperiksaan.

Pemakanan makanan seimbang seperti sayur-sayuran, susu, kekacang dan buah-buahan serta pengambilan vitamin untuk kesihatan diri dan kecergasan juga penting kerana otak yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas dan sihat. Pengambilan makanan yang berkhasiat dapat mempersiapkan diri anak-anak dari segi mental dan emosi. Sokongan sebegini oleh ibu bapa sekali gus akan membantu mengeratkan hubungan kasih sayang dalam diri anak-anak terhadap ibu bapa.

Di samping itu, ibu bapa harus memastikan emosi anak-anak tidak terganggu. Mereka harus berperanan sebagai tempat anak-anak berkongsi masalah dan perasaan. Anak-anak juga harus dilatih memperbanyak doa dan sembahyang dalam tempoh masa terdekat sebelum peperiksaan. Semangat dan dorongan oleh ibu bapa dapat menenangkan dan melahirkan keyakinan dalam diri anak-anak.
Tuntasnya, orang yang terdekat dengan anak-anak ialah ibu bapa, peranan ibu bapa sewaktu anak-anak menghadapi peperiksaan amat penting dan akan memberi sumbangan yang besar dalam keputusan peperiksaan anak-anak. Sehubungan itu, ibu bapa harus meluangkan masa dan tenaga dalam menyediakan cahaya mata mereka menghadapi peperiksaan.
  

No comments:

Post a Comment